Thursday, September 27, 2012

Talked too much, a photo, before i go.

Assalamualaikum

Baru2 nie ada orang hello2..lepas calling2 janji la nak jumpa..Kemain aih call.Biasa sms je. Kredit byk ek ? Haa nie mesti guna HOTLINK MURAH nie kan? hee. Untunglaa jadi student nie kan. Mcm2 offer org nak bg. Murahnyaaaaa...x pyh la top up tiap minggu... oii percaya la ckp i mak jemahh. 
Oh2 lari topik. Anyway org tersebut bwk beg..Misteri..Dah jumpa dia pun keluarkan sesuatu dari beg tu. 

Ohh.. bunga..
Ah bunga?? 
Yeayy dapat bunga. 
Bunga ros. Plastik
Ihikkkk ^__^ 

Sukewwww. Jadi saya bawak dia ke belakang rumah saya. Indah tempatnya...hijau sungguh hijau. 
Pastu apa lagi.Shoot la.Tu la motifnye nk gtw. Hari nie ada prop. Bunga tu. Pinjam okay bukan bg. 
Wekk =P
Besar2 pun nak main tembak2 lg.. ajak la main masak2 ke..main master chef ke.. karnn..sbbnya bila tgk 1 video nie, rasa mcm teruja plak tgk org masak memasak nie. Ahakk.  Tp itulah,setakat bole tgk ajela.. confirm spesis mcm i nie confuse nak teruskan masak bila diberi pilihan macam tu. I mean, INI. View n tonton sesaat dua. *sesaat kau datang . Macam senang.. kan? senang je kot. Campak je la apa pun..jnj bila mkn x muntah2,mahupun terkena santau.

Hari nie saya sayu sikit sebenarnya..Sbb esok pagi nak kena bertolak ke Kedah. Aloq Staq. Umm ada kursus koperasi kat sana..Umm itu leww susah lew bile bakal jadi pemegang saham koperasi nie..Kikiki.. I rasa mcm sayu..pilu...sudu..garpu la nak tinggalkan Tg. Malim nie lama2.. Mybe sbb x minat sgt nk g kursus kot.. Kompem2 le aku tido. K bai.
Tapi kalau pergi konsert ke..ceramah UAI ke..fashion show ke.. pertandingan nyanyi ke..menari ke.. op kos la aku akan semangat ! Muehehehee. Mau x semangat. Klu org menari,kite pun rasa nak terkinja2 jgk an? Huaaaa :) rasa mcm gedik semacam je bila tgk dia orang nie masuk pertandingan menari. 

You guys blh la tgk siniiiii, view link bwh satu persatu supaya tidak tertinggal apa2 maklumat. Sapa2 nak masuk competition nie boleh lah BBM sy skg,sy sokong anda! *But i x pakai BB pun. Klu BB cream foundation pakai la. Sape2 yg berbakat mcm mak Jemah guru tarian AF boleh la join. KLIK ; 


Ok bila dah klik mari kita sambung pasal cerita saya yg akan travel ke jelapang padi esok nie.Aaaaaa.
Travel bukan sebarang travel. Traver bersama tawaran berguna. Apa pun barang x pack x setel, malasnya tp demi TRAVEL ku gigih jua ! 

Ahaa. mcm biasa sy nak bgtw, sy bwk dua2 hp. Celcom n Maxis. Sapa2 ada sesuatu nak bgtw call je. Terutama kepada mereka2 yg ada niat nak belanja saya makan nasi kandaq kat kedah nnt. Nasi kandar ada kat kedah jgk kan? 



Oh pasal photoshoot ini saya tangguh pengUPDATEtannya ek? Sbb gmbr xde ag. Boss x bg uhuk cian i. Tp xpelah. Tunggu ek? Sapa tunggu dia sayang i. Yeayyy ! 


 Minta maaf kalau terkasar bahasa. Tersilap bicara. Sy Mastura Rara dan saya suka bunga. See u . Jgn nakal2 yup? Daaaaa. 

Tuesday, September 25, 2012

Dirompak-Mantan YDP KAB Ditikam 3 Kali

Assalamualaikum.
Semalam kwn dekat call. Cakap pasal mantan YDP kena tikam. Astaghfirullahalazim..
Pastu tgh mlm semalam kawan jauh SMS,pun pasal nie. Suruh hati2 kat Tg Malim nie.Terutama kampus baru.Mesti dia nak cakap pasal benda nie jugak. Annn. Belum ku balas pesanannya.
Kemudian pg nie dpt lg 1 SMS,kwn x berapa dkt x berapa jauh. Dia sedang praktikal. Dia pesan jaga diri elok2 kat u..jgn kuar sgt mlm2..klu nak kuar jgk,berteman..
(masih ada yg sayang padaku..lagu)
Pagi nie homepage fb terselit berita ini. Lalu aku copy dgn jari. Oh jgn risau,aku sertakan sekali sumbernya.
 ___________________________________________________________


TANJUNG MALIM, 25 September - Mantan YDP Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, Abdul Azim Nasri malam tadi telah ditikam tiga kali dikawasan jalan gelap dari Behrang ke Proton City. 
Mangsa yang menunggang motorsikal bersendirian telah ditahan oleh individu yang tidak dikenali ingin meminta bantuan. Sebaik sahaja dia berhenti, dia terus ditikam sebanyak tiga kali dan duit sebanyak RM 20.00 telah dicuri.
Cerita selanjutnya admin perolehi dari FB SUARA MAHASISWA/I UPSI

Sebentar tadi admin sempat menziarah saudara kita di Hospital Slim River untuk mengetahui apa yang terjadi kpd Ust. Azim Mantan YDP JMK KAB.. 
kisahnya dia sedang menunggang motorsikal dari behrang..dan ada orang tahan dia untuk minta bantuan..dia pun berhenti.. 
lalu dia ditikam 3 kali di perut..penyangak itu hanya ambil RM 20.00..nasib baik laptop dia tidak diambil... 
apa yang dilakukan Azim sangat mulia..dia hendak membantu orang..tetapi malangnya orang pula menikamnya.. 
setelah ditikam..dia masih mampu menunggang motorsikal dan meminta bantuan dijambatan ke proton city..namun tidak ada yang mahu berhenti..mujul ada seorang hamba allah datang membantu dan membawanya ke klinik kesihatan tg malim.. 
kemudian dia mendapat rawatan susulan di hospital slim river..ketika admin sampai di sana Azim sedang dirawat (dijahit)..bapanya turut hadir. 
Azim..Niat baik yang membawa padah
antara yang hadir td...pengetua KAB..mantan pengetua KAB..ustaz rosli..tuan sayed..Prof Shah..sahabat yang baru menang We Love UPSI dan beberapa orang penyokong Mahasiswa pendidik.. 
beginilah kita mahu.politik secara matang..bila ada keadaan perlukan bersatu kita tetap bersatu... 
sama-sama kita doakan Azim cepat sembuh dan doakan semoga penjenayah itu mendapat baasan setimpal dengan apa yang dibuat!! 
*cerita ini tidak 100% betul..tapi ini yang admin faham
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Abdul Azim.-UPSIDaily
Sumber : UPSIdaily.blogspot

Penjual kek Malaysia yang paling control ayu kat Malaysia nie

Assalamualaikum

Antara saya dan kek mmg ada kena mengena. Walaupun saya x suka buat kek,saya juga x suka makan kek. Yg saya suka ialah kek. Saya suka kek sbb kek biasanya boleh hias cantik2. Perkaitan seni kek terhadap diri saya sungguh tebal. Serasanya. Saya suka sambut birthday sbb confirm akan ada kek. Saya juga suka birthday rakan2 sbb masa tu saya boleh berikan mereka kek.
Tentang kek. Biasanya harganya tak semurah coki2. Jadi saya pilih untuk beli kek yg kecil2 iaitu kek cawan. Amarika sebuk cupcake. Malaysia sebut kek cawan. Jadi kek cawan dengan cupcake.   adalah 2 unsur yang tidak berbeza sama sekali.



Sebagai seorang rakyat Malaysia dan sekaligus penuntut universiti kerajaan Malaysia,saya sedaya upaya mencirikan diri saya sebagai penggemar kek cawan dari Malaysia yang pada masa yang sama saya mahukan Malaysia juga menggemari akan diri saya. Ehhh? Jadi apa yang saya lakukan adalah sangat-sangat mudah.
  


Dengan mengenakan tudung bawal biasa2 yang mana semua wanita  mengenali jenisnya dan juga  menambahkan nilai2 seni pada cara pemakaian tudung tersebut iaitu kilaih tudung tersebut and letok ataih pala,saya mentafsirkan perkara ini adalah perkara yang mengayukan diri sendiri di negara bertuah ini.. Juga saya sematkan pin berjuntai yang kini hilang entah kemana. Rasa macam pernah lihat pada seorang teman tetapi bila ditanya,katanya kakak dia punya. :) Oh tidak mengapa.. Hangus RM5 untuk pin tersebut. Terima Kasih.



Kemudian saya juga turut menggunakan kaedah kepoyosan untuk menonjolkan bakat patriotik yang tersemat di dalam dada saya. Tidak sukar wahai rakan taulan. Poyo-poyo depan kamera handphone masing2. Kalian akan rasa,oh indahnya kalau kitalah rakyat paling comel kat Malaysia. 


Dengan kriteria2 tersebut saya telah menayangkan diri saya di hadapan kek-kek cawan yang ingin saya maksudkan. Walaupun realitinya kek cawan malaysian haruslah bercorakkan nilai2 kenegaraan, tp tidak mengapa kalau kek itu tiada jodoh bersama kita. Sama2 kita KLIK SINI untuk menjadikan kek tersebut hadir dalam pandangan mata kita dalam masa tak kurang dari 3 saat. Silakan wahai insan sekalian alam. Silakan..




Nampaknya bukan saya seorang sahajalah yang poyo?


Maka dengan ini,ayuh bangkit dan sokonglah kek cawan buatan Malaysia kerana kek tersebut 100% berwajah Malaysia walaupun tidak mengenakan baju kurung mahupun tudung bawal seperti apa yang saya lakukan berikut..
Ini kek yang ingin di'jual'nya... Sila klik disini untuk menengok mendenye.. ye... 

Monday, September 24, 2012

Sedih aku sedih

Assalamualaikum

Ada waktu, apa yang aku pilih untuk rasai, tidak bersebab. Tiada.
Aku putuskan untuk rasai sahaja. Redah. 

Mungkin dalam merasainya itu, aku akan jumpa sebabnya. 

Mungkin. 

Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa, juga.

Bermakna. 

Ia. 

Memang. 

Tidak. 

Bersebab.

Sebab aku pilih untuk merasainya untuk berada di sana.

Dan bukan disini. 

Jadi jangan tanyalah kenapa aku tiada di sini. 

Kerana aku pilih untuk berada disana.
Aku rasa sedih. Ini utk kali pertama dalam perjalanan yang baru 100 langkah ini. Belum sampai seribu.
Aku rasa sedih sangat. Aku cuba tahan,tapi.
Tak pernah aku rasa sedih macam nie sepanjang tempoh masa ini. Lalu titis gugur jua. Aku harap apa yg berlaku hanya permainan hormon semata-mata. Bukan sbb jiwa aku yg lemah. Aku kuat,keras hati sebagaimana aku tidak pernah mengalah selagi bagi aku ia tidak salah. Aku menangis.
Huu
Dengan suara. 
Wah.
Sungguh terasa sampai ke dalam dada. Telinga. Aku pekak seketika. Tenggelam dalam bunyi esak. Sedih aku sedih. 


;'(

Sunday, September 23, 2012

Apabila Rara belajar memandu

Assalamualaikum

Mlm nie nak citer pasal kereta. Sbnrnya nak cite byk lagi,pasal tudung,family,kwn2,tp malam nie pilih pasal kereta sbb the icon is back !!  Hehe. What say you? da tgk kan?

Cuti semester lepas,kat kg,saya belajar memandu dengan BFF sy Hilda. Tp gambar kat bwh nie masa kat UPSI. Gambar diambil semasa kereta masih belum bergerak. Terima kasih.
Nak citer belajar kete ngn ida..Daku belajar memandu kat belakang TESCO Kota Bharu .
Selepas enjin dihidupkan oleh sifat ketakutan diriku yg amat tinggi, Hilda sakit telinga sbb ak x habis2 menjerit. Hahaahaha ! Seyes,jerit je keje ak masa memandu tu. Ahakkss.





Yg nie gambar poyo.. sbb x gerak lagi.. masa blajar ngn ida, muka bukan tersengih2 dpn nie.. lain u.. lain ! haha. Cuak la kot. 
Tp peristiwa nie biarlah tersimpan antara ak dgn Hilda. Kih2. 
Bak kata org2 muda,klik sini so many stories,so much love !  Kongsilah pengalaman anda please. 






Kete gerak jerit
Kete slow pun jerit
Kete laju pun jerit
Kete nak belok lg la jerit
Ada kete lain lalu sebelah jerit x ingat
Ada kete lain kat belakang mau tak jerit
asyik jerit je keje aku. 
Hehe.. 

Soorrry da.. aku takut plus happy so ak ekspresikan perasaan tu dgn jeritan yg mencekik lubang telingamu.. Thanks sbb ajr ak bwk kete.. Daripada aku tak pandai dulu,sampai skg pun ak x pandai2 jugak. Kih3. Nnt cuti lagi,ajar lg k?
Nnt ak jd cikgu,malu la bwk skooter g skolah. Pakai bju kurung plak tu. Hewhew.

Aku rindu kau,Ida. Muahhhh ! 

Photoshoot - Upsian Photoghraphy

Assalamualaikum

Semester ini sy ada kawan baru. Eh bukan2,kawan2 baru.. :) Mereka terdiri daripada kumpulan fotografi UPSI. Kisahnya bermula apabila seorang rakan facebook saya, Iskandar telah meng'add' saya ke dalam group tersebut. Iskandar..nama macam abg kandung saya yg nombor dua jerk.
Tidak lama kemudian, nama saya di tag sebagai talent terbaru. Wuwuwuuuuu maluuuuuuuu... Dah la x kenal sapa2 kat dalam group tu..huhu.. Tp x apelah..buat2 x malu sbb dah ramai komen..pending betul la aku nie. X perasan notifications. Ok. buat2 x malu...

Then.. sehari dua lepas tu admin ajak shoot. Thank u big boss Harith Riz . Mula2 tu teragak2 jugak..sbb x kenal.. huu. Tp lepas dia kata talent mereka si cantikkkkk Aurora Ina ada , ok set. Yes i do : ) Juga ada bersama ialah Ili Athirah juga photoghrapher. Tekun orgnya. . Ina dgn Ili nie dah mmg kenal lama. Sejak depa sem 1 lagi. Masa tu KAK MAS jadi instruktur utk kelas ko kurikulum mereka.. So mereka nie junior la. Bulih la nak buli ke apa. ehhhh . Anyway, kemain la panggil kak mas tapi rupanya sama umur saja.. Opps. Tp ah x kisah la. ADIK ina n ADIK ili tetap kena panggil i kakak k. Haha. Tp skg mereka jarang dah panggil kak mas. Mereka panggil RARA pulak dah... Hehe.. mcm2 lah.. Ikutlah u all lah ea.. jnj sweet  ^_^ 
So set lah sudah pertemuan pertama kami untuk semester baru ini. First time utk saya. Sy tak tau pulak ada group mcm nie dkt UPSI. hee. Tapi group nie more to geng2 photogh la. Klu just talent2 macam sy nie mana reti pasal gmbr..nak komen pun x reti..semua gambar cantik.. Thats all. Titik. Kitew reti sengihh dpn kamera jew..x celik dalam bidang nie.Huu. 
Untuk menghilangkan sifat segan2 cicak i nie, i telah mengajak talent yg preeeettyyy . Lgpun dah lama nak shoot bersama dia sbb dia pandai pose. Byk idea dia blh utarakan. Dia Farah Hani. Ehem. Bakal 'kak' ipar insyaAllah.. ^_^

So its begins.. 
 
LOKASI : Terbaik dari ladang kelapa sawit, Kolej Harun Aminurrashid.
Universiti Pendidikan Sultan Idris





 Oh wajahku telah diperkotak-katikkan untuk eksperimen dan pembelajaran hihi
I love my lips. Muahh ! 
mana ntah gambar asal? x tag pun? hee.


 


The photoghraphers

Godek2 facebook mereka dan pilihlah yang mana berkenan di hati :)


 





The talents
Cantik..Ina talent tetap team ini.
Beautiful..godek2 blog  Princess Farah Hani

Sorry Asyraf,i edit yg ini tp x reti hihi jgn maraa.

Mereka di media cetak
Saya pilih Hanis Zalikha. anda pula?
..THANK YOU.....

Saturday, September 22, 2012

Blogger Pilihan from UPSI

Assalamualaikum

Dah baca newspaper hari nie? Ada org tuuu....masuk.......newspaper.. hihi. Ce selak ce selak dalam page Blogger Pilihan. Ce tgk ce tgk gambar sapa? Ngeh3... ^__^


Hubungan saya dgn Cikgu Hizami mmg  rapat  xde kena mengena. Sy x kenal dia dan semestinya dia x kenal saya. Yg saya tahu,td masa dalam kelas koperasi,saya baca newspaper apa ntah,pastu tgk page blogger pilihan,TERnampak lah dia. Lalu terus teruja sbb dia dari UPSI. Wahh sama la itew,samew samew. Skg mengajar kat Melaka kalau x silap. Hewhew. Semogalah sy pun nnt jadi cikgu+blogger mcm dia..ONE DAY.. InsyaAllah 2 or 3 tahun lagi dehh? ^_^ 

Kepada abe Hizami. Ehhh! Awak smart macam kereta. INI
Tapi Awal Ashaari lagi smart . Oppss
Apa awak nak buat kalau orang buat macam INI kat kereta awak?

Ok lah. Itu saja bendanya nak cakap.. Hee. Tata.




Friday, September 21, 2012

Gathering Geng Forever - Erra Kyra,Love Bunga Querida

..Assalamualaikum..


Pada 15/9/2012 yang lepas,bertempat di Marry Brown,Berjaya Times Square Shopping Centre,Kalalupo, satu event iaitu GATHERING GENG FOREVER telah diadakan dengan jayanya.Buat laporan program you !  Saya telah dijemput oleh Erra dan telah mengkontek rakan kongsi gelapnya sis bunga untuk sebarang pertanyaan lanjut. Kih3. 
Sebut pasal contact2 nie. Klik link bagaimana kami berjimat
UOX 

Memandangkan tarikh tersebut sy mmg free,dan mmg nak pegi KL masa tu untuk shopping dan outing dgn BFF yang lain,so Alhamdulillah dapat lah sy join event ini  dgn selambanya. Untuk event ini saya telah memaksa mengajak kawan sy.

Jgn mara ea. nak rasmi kamera dulu..cap ayam pun ayam la ^_^ 


Thanks Atin sbb temankan Mas. Muahh!
Ok...
Perkenalkan !  perkenalkan !
Managers event nie..
Ini la ::Erra:: si kaca mata &
 ::Bunga:: si bunga2 cinta. *ehh?
Sebenarnya i segan nak join,.sbb i nie tak gojes2 mcm u olls !! hehe. Tp xpelah. Be my self,be confident. Apa salahnya utk meluaskan komuniti? Bukankah begitu?

Mula2 sampai.. Oppps sis bunga bwk kumbang. Tp xpe..Kumbang dia x nakal. Rilex je melayan karenah kami yg gegirls nie. Time kitorang bermain,dia p main tepi2. Hihi. Sweet kan. Untunglaaa sis bungaaaa.

 Dah mula dah...
 SNAP ! SNAP !
 KLIK ! KLIK !

KAMI GENG ! Nak join x?

Lepas berkumpul and pose maut kat Marrry Brown, kami naik atas. Ingat nak main bowling tp bila pk2 balik.. Uuumm..xyh la kot.. Shopping lg best kan?? Hihi.

 Hee. diriku telah membuat perangai
iaitu pot pet sampai muncung2 mulut aiiiihh ! 

 Hai ! Kitotrang ada game. Jom main tukar2 hadiah. Yeay !
^^ dapat adiah yeay ! dapat adiah yeay ! ^^
Hadiah2 nya adalah... jeng2
Ok undi. Amik sorang satuuuuu
Rebuuuuuuuuuuttt ^_^

Done ! Bersama hadiah masing2 :)
 ::Anem::

::Bunga::




::Fiera:: *gambar fiera x smpat amek berdua..dia balik awl..huhu..
*****THE END*****

Depan2 peluk..
Padahal???
Ahakkks. Gurau2 je..Geng nie mmg sporting habissss.. !! Sangat meriah dgn adanya we all yg semua gile-gile remaja nie. Dah la sporting,cantik pulak tu. >>Ihikk<< Mereka semua sgt cantik.. Gojes you olls.. Lebih preety dari dalam gambar ni tau. Ada jugak yg malu2 tp biasala tu.Mula2 kan..Nnt dah gathering seterusnya agaknya runtuh kot TS nie. Kui2.
Best sgt dpt jmpa u girls. Semoga berjaya dgn kerjaya dan pelajaran serta rumah tangga masing2.. Okayy?
Ada masa nnt kita jumpa lagi..

oOPpS ada lagi..... Beberapa gambar yg di tag di facebook saya 

Meriah kan..bergambar..berkalut..bergossip.. *eh!
Ikut hampa lah nak buat gaya paaaa.. haha


Kemain kusilangkakikakuku

 Sehingga kita berjumpa lagi.. I miss u gilrs... Wish you all the best now and on. Ummmuahhhh ! 

Angkat kaki masing2..Jom balik membawa kenangan :)

Nie hadiah yg Rara dapat. Rama2 ! Hehe. Mmg tepat pada tuannya sbb Mastura suka rama2. Nama blog pun mastura.rara.rama2 dah. Happy ^^ Jam rama2 kite dapat,,tp x tau dari sapa. Hee. Utk pihak sy,sy belikan Hello Kitty. Alih2,dapat kat sis bunga. Good2. Dia mmg obses dgn spesis Hello Kitty !