Wednesday, April 4, 2012

Lakukannya

Assalamualaikum

Tekankanlah satu persatu petak kecil papan kekunci komputer ribamu untuk kau eja isi hatimu.
Tataplah betul-betul pada sticker Hello Kittymu kerana pada bentuk pecah-pecah watak itu ada aksara untuk kau susun mana dahulu mana kemudian,maka jadilah satu ayat.
Bacalah ayat permulaanmu itu,kemudian yang seterusnya pula,bacalah jangan kau lepas pandangmu sehingga ayat terakhirmu.
Simpanlah ia di dalam satu folder yang kalau boleh kau kuncilah daripada pancaindera orang lain. Tapi biar dia seorang saja celik lalu dengar kata hati kamu yang kau kunci.
Sudikanlah fungsimu sang objek mahal empat segi, bekerjalah dengan sendiri mengikut kata hatiku. Betapa aku harap kamu faham.


Engkau yang tidak mampu menggerakkan hujung jari. Lemah. 
Kau letakkan seketika. atau selama lama cermin kaca. ke bawah kamu.sama duduknya dengan siku. Lemah. Kau juga sama.Bulu-bulu ceria di luar saja gediknya. Mengapa begitu mudah mengikut kata hati? Lantas kata akal pula sama? Bagai lalang. Entah mana kau puja. Pergi wahai resah. 
Nyanyikanlah keresahanmu pada piano,agar kau senang.
Tarikanlah kekecewaanmu pada cahaya,biar bersinar-sinar hingga kau jadi suka.
Untuk melakukannya.
Lakukannya.

Tafsir mimpi kita

deleted

Tasik Embayu Proton City

Assalamualaikum

Facebook buat hal hari nie. X leh bukak wall.











Tasek Embayu Proton City. Tanjung Malim.
Merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung. 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TASIK EMBAYU PROTON
-   Terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa.   

-   Terdapat trek 'jogging' disediakan mengelilingi tasik.
       
-   Keindahan flora dan fauna dapat dirasai di tasik.
-   Permandangan yang indah serta hampir dengan bukit-bukau yang menghijau.