Saturday, November 10, 2012

Bicara Selebriti # 1

Assalamualaikum

Godek2 lappy pagi nie terjumpa gambar lama. Semasa Rara and the geng pergi 1 event ilmu kat Kota Bharu. Kalu ado ore Koto Baru yang masih ingat, event Santai Selebriti bersama artis2 yang berhijrah,Ustaz Hasrizal, dan moderator terkenal, Amin Idris.
Bila dah godek2 nie rupanya banyak sgt gambar yg terkumpul. Terus hilang mood nak menaip entry sbb senang2 upload je gambar,biarlah gambar menceritakan segala-galanya...

U see..

Kwn baru- Nisa
My gangs ! - Cemah,Ida,Shikin
Fa,Emmy,Shikin again 
 About my gangs annn, kalau mereka x ikut sekali kan, saya kan, rasa kan, mcm xde life ! 

 Ramai sgt yg dtg. sampai ada yg x dapat nak masuk pun.

Dan.. ramai yg berjilbab labuh . Ramai juga berpurdah  .

khusyuk :)

 They are all awesome ! 























Sekian. Kalau ada mood nanti,saya akan tulis pasal KENAPA YATT HAMZAH DAN ANA RAFFALI berhijrah @ tutup aurat. Yela, sbb sy dengar sendiri pengakuan mereka.. live.. heee. 
Dan juga utk pengetahuan semua inilah kali pertama saya berjumpa dgn LOVE PATZZI iaitu blogger terkenal dan model sambilan yg tinggal di kampung seberang.Disebabkan dekat aje so malam tu kitorang gi amek love patzzi fb nie depan umah dia terus. miahaha . spesial demo nisa ! :)  Walaupun baru kenal, kami semua sgt rapat cikebum cikebum dan sampai skg jadi BFF plak. hewhew. 

Byep

PENYERAHAN KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA UPSI

Assalamualaikum

TARIKH: 6.NOVEMBER.2012
MASA: 8.00AM - 2.00PM
TEMPAT: DEWAN BESAR, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, BANDAR PROTON
V.V.I.P: YB DSU DR RAIS BIN YATIM (MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN)

Alhamdulillah.. setelah sekian lama menunggu, pada 06/11/2012, penyerahan Kad Siswa 1Malaysia kepada mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) telah diadakan.. Terima kasih kepada Dato' Seri Utama Rais Yatim IIatas kesudian menyempurnakan majlis tersebut.. Terima kasih kepada pihak UPSI sendiri, mahasiswa/i UPSI, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi,dan Kesenian, sahabat - sahabat Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, rakan - rakan kepimpinan kolej dan persatuan, rakan - rakan KARISMA dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penyerahan Kad Siswa 1Malaysia dan RTM rentas kampus. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan..



Selasa lepas berlangsungnya program penyerahan KADS1M di dewan besar UPSI dan program-program sampingan bersama Dato Seri Utama Rais Yatim Menteri Mentor UPSI. Ramai siswa/i UPSI tidak melepaskan peluang menghadiri majlis penyerahan tersebut untuk menerima Baucer buku dan Kad Diskaun. 

Kelebihan-kelebihan ini diberikan kepada siswa/i seluruh Malaysia bagi memberi semangat dan kemudahan kepada semua siswa/i agar dapat menimba ilmu dengan lebih tenang. Wartawan UPSIDaily berada di tempat kejadian dan mendapati semua siswa/i hadir dengan wajah yang ceria. 

Selain Itu wartawan UPSIDaily juga menemui YDP MPP UPSI  Saudara Fadlillah bagi mendapatkan pandangan dan beliau memberi ucapan terima kasih kepada Dato Seri Utama Rais Yatim kerana sudi hadir bermesra bersama siswa/i dan memberikan KADS1M. Beliau juga berharap agar semua siswa/i menggunakan kelebihan tersebut secara berkhemah.

Disamping itu Fadlillah juga sempat membawa Dato Seri Utama Rais Yatim menaiki motosikal bersama rombongan 50 buah motosikal siswa/i UPSI mengelilingi kampus baru UPSI. Selain itu Dato Seri juga menyumbangkan 10 buah komputer dan 20 buah komputer riba kepada siswa/i.