Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Friday, December 7, 2012

Astora Jawab Kenapa Rosmah Tak Pakai Tudung

Assalamualaikum





Majoriti ramai umat Islam di negara kita faham dan percaya bahawa rambut adalah aurat wanita. (Klik for WANITA ) Maka sudah tentu majoriti berfahaman bahawa wanita wajib bertudung untuk menutup bahagian kepalanya kecuali muka. Ada juga yang berpendapat yang muka juga perlu ditutup dengan apa yang kita sering panggil sebagai purdah, namun ia adalah pendapat sebahagian kecil orang ramai.
Dengan mengambil fahaman pendapat orang kita sebegitu maka ramai pejuang Islam berasa tidak selesa dengan sikap glamour wanita pertama (dia kata) negara kita yang selesa dengan fesyen tunjuk jambulnya walaupun ketika berada di Mekah (kecuali ketika buat haji).

Tetapi nampaknya Rosmah macam tak berapa ambil hairan dengan kritikan umat Islam yang menempelak fesyen dedah rambutnya, sedangkan kita war-warkan seluruh dunia bahawa Malaysia negara Islam dan Najib merupakan pemimpin Islam yang disegani dunia Arab (kata depa). See for CANADA 


Mungkin kita akan tertanya-tanya, “kenapa ya?”. Rosmah ni tak baca blog ke, dia buat selamba saja macam tak ada apa-apa masalah.
Jawapanya adalah, Rosmah berkemungkinan mengambil fahaman ataupun fatwa dari salah seorang ulama kuat Umno (ulama moden) yang banyak mengkritik fahaman ortodok ulama-ulama ahlissunnah di seluruh dunia termasuklah semua ulama Pas di Malaysia.
Ulama kuat Umno itu sejak dari dulu menegaskan bahawa wanita tidak wajib menutup rambut mereka kerana rambut bukanlah sebahagian daripada aurat kaum wanita. Sebelum ini penulis Astora Jabat juga ada membuat fahaman sebegitu, tapi Astora Jabat sekarang ini hilang entah ke mana, mungkin dah kembali ke perkampungan asalnya di Siam sana .Disini aku sertakan pemahaman sesat Astora Jabat nih mengenai isu tudung…

Astora Jabat ‘Ulama’ UMNO;
Soalan Dayana Norman (Bicara Agama, Mingguan Malaysia, 10/10/99) yang mempersoalkan tentang hukum wanita Umno (yang pemimpin mereka mendakwa merekalah pejuang Islam sebenar) tidak menutup aurat (khususnya rambut dan leher). Dayana mempersoalkan bagaimana mereka ini boleh dicontohi dan diiktiraf sebagai pejuang Islam?
Maka berfatwalah Sahib al-Samahah wa al-Fadhilah al-Ustaz al-Shaykh Astora Jabat (hadahuLlah). Tuan Mufti Astora Jabat mentarjih (mengesahkan/memperkuatkan) pandangan yang ketiga tersebut berdasarkan dalil-dalilnya yang ‘teramat kuat’:
  1. Pada zaman Rasulullah saw. dan sahabat, ada wanita yang tidak menutup rambut sebagaimana disebut dalam kitab-kitab lama.
  2. Kawan-kawan wanita yang sama belajar dengannya di Thailand dan Wakaf Baru (Kelantan) hanya menutup rambut sewaktu di kelas agama saja, tidak di luar.
  3. Manakala kawan-kawan wanitanya semasa belajar di Tunisia dan Maghribi (Morocco) tidak menutup rambut langsung sama ada di dalam atau di luar kelas.
  4. Guru wanitanya yang bernama Aishah bt. Abd Rahman (terkenal dengan gelaran Bintu al-Shati’, saya pun memiliki beberapa buku tulisannya) tidak memakai tudung kecuali setelah teramat tua.
  5. Pelajar wanita Melayu dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina sebelum 1979 tidak bertudung ketika mereka belajar di Mesir, kecuali semasa musim sejuk. Ini termasuklah pelajar wanita yang telah menjadi isteri ulama di Malaysia sekarang ini. Anak-anak wanita ulama al-Azhar sendiri tidak bertudung seperti anak Dr. Muhd Ali Mahjoub, anak dan isteri pemikir Islam terkenal Adel Hussain dan anak Dr. Fathi ‘Uthman pun tidak bertudung.
Seminggu selepasnya (17/10/99) Tuan Mufti menambah lagi hujahnya untuk menjawab e-mel daripada Wahidah Hanum:
  1. Fenomena bertudung hanya muncul sejak 20 tahun kebelakangan ini saja iaitu selepas Revolusi Iran 1979.
  2. Tidak harus mengecam wanita yang tidak bertudung kerana mereka mungkin mengikut pendapat mazhab yang mengatakan tidak berdosa jika tidak bertudung seperti pendapat sesetengah ulama mazhab Hanafi atau hanya dosa kecil seperti pendapat sesetengah ulama mazhab Maliki.
  3. Puak-puak yang inginkan wanita bertudung bukan setakat ingin menutup rambut wanita sahaja bahkan mereka ingin menutup akal wanita supaya tidak mendapat pelajaran.
Ramai daripada pengkomen nampaknya amat bersetuju dengan tulisan serta hujah beliau. Memang ramai sebenarnya amat ternanti-nanti dengan fatwa bahawa wanita tak payah pakai tudung, baru syok!
Damn.


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts