Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Thursday, December 20, 2012

Mereka sudah kiamat!

Assalamualaikum


BEIJING - China menangkap hampir 1,000 orang dalam operasi memburu sebuah kumpulan Kristian yang menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat akan berlaku pada hari ini, lapor media negara ini semalam.
Kumpulan yang dikenali sebagai Tuhan Maha Besar itu dituduh menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat tersebut.
Hari kiamat tersebut dipercayai beberapa pihak akan berlaku kerana kalendar kaum Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi akan berakhir pada hari ini.

Menurut laporan stesen televisyen CCTV, operasi memerangi kumpulan itu bermula pada minggu lalu.
Akhbar Beijing Times melaporkan, polis menahan lebih 350 anggota kumpulan tersebut di wilayah Guizhou, barat daya China manakala lebih 400 lagi ditangkap di wilayah Qinghai, timur laut negara ini.
Agensi berita Xinhua menyatakan, kumpulan tersebut menjanjikan keselamatan penduduk yang menyertai kumpulan tersebut.
Di Kootwijkerbroek, Belanda, seorang penduduk, Pieter Van Der Meer menyediakan sebuah bot penyelamat di pekarangan rumahnya.
Menurutnya, bot tersebut mampu menyelamatkan 35 orang jika kiamat berlaku pada hari ini.
Di pekan Bugarach, selatan Perancis, pihak polis mengawal laluan masuk ke Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,231 meter yang dikatakan akan terbuka pada 21 Disember ini.
Kawalan itu dilakukan bagi mengelak kebanjiran pengunjung ke gunung tersebut.


BEBERAPA lelaki kaum Maya mengadakan upacara keagamaan bagi meraikan kedatangan era baharu di bandar raya Guatemala, Guatemala kelmarin. - Agensi
Beberapa pihak percaya makhluk asing akan muncul bersama kapal angkasa untuk menyelamatkan golongan yang mempercayai hari tersebut.
Seramai 254 wartawan dari seluruh dunia telah berada di pekan tersebut untuk membuat liputan tentang kepercayaan hari kiamat itu.
Di Moscow, Rusia, sebuah kubu bawah tanah yang digunakan semasa Perang Dingin akan menjadi lokasi sebuah parti selama 24 jam bagi meraikan kedatangan hari kiamat.
Tiket sebanyak AS$1,000 (RM3,056) perlu dibayar kepada pengunjung yang mahu memasuki kubu tersebut untuk menyelamatkan diri. Kubu itu sedalam 56 meter.
Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, beliau tidak percaya kiamat akan berlaku pada hari ini.
Menurutnya, Bumi akan wujud bagi tempoh 4.5 bilion tahun lagi.
"Saya tahu bila dunia akan berakhir. Ia akan berlaku dalam tempoh 4.5 bilion tahun lagi," katanya.
Ketika ditanya jika beliau takut menghadapi hari kiamat, Putin berkata: "Kenapa perlu takut jika ia tidak dapat dielakkan?"
Sejumlah anggota polis turut mengawal di jalan-jalan yang terdapat di Kampung Sirince, barat Turki semalam bagi menangani kebanjiran pengunjung pada hari ini.
Sebahagian orang percaya kampung itu merupakan satu-satunya tempat yang tidak akan terjejas dengan hari kiamat kerana ibu Nabi Isa, Mariam dipercayai pernah tinggal di situ.
Beberapa upacara keagamaan turut dilakukan oleh kaum Maya di Guatemala kelmarin.
Upacara itu diadakan bagi meraikan kedatangan era baharu selepas kalendar Maya berakhir pada hari ini. - Agensi

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2FeuAOdEx 
Hakcipta terpelihara 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Kau adalah

Assalamualaikum

Kau adalah misteri yang bernyawa, 
Melihat mendengar dan kau menghidup cinta,
Kau seperti wangian sanubari, 

Dapat menghapuskan indera...






Klik 1 untuk pasangan anda




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Persediaan Kiamat 21hb Disember ni

Assalamualaikum



Persediaan Kiamat 21hb Disember ni


Ha. Apecer? Tajuk entri aku kali ni bunyi macam tak beriman ke? Kite semue percayekan hari kiamat seperti mane kite sebagai umat Islam tahu hari Kiamat adalah hari Jumaat. So, aku beriman la beb….
Tapi aku tak percaye Jumaat ni yang mana teori daripada Kaum Maya… yakni bertarikh 21hb Disember 2012.
Sebenarnye, aku memang tak sabar nak tunggu Jumaat ni. 21hb ni.
Kenape? Erm, sebenarnye takdelah excited sangat, cume nak gelakkan orang Kafir bile tibe Jumaat ni 21 hb ni.
Kenape perlu begitu?
Kau tau ade bende aku nak kongsi. Aku ingatkan orang Kafir percaye je gitu, persediaan mereka tak buat ape-ape pun. Nah, siap buat tiub sekali dan kapal.
Gambar berikut merupakan Life Armour. Life Armour ialah pod penyelemat dari Jepun. Pod ini bertujuan menyelamatkan diri muat 2 orang hingga 4 orang. Tapi tak tau saiz si gemuk muat. Bagi si gemuk kafir yang paranoid dengan kiamat Jumaat ni, doa-doa kut ade saiz untuk diorang.
Klik lagi untuk lagi gambar dan persediaan lain. (Gambar last setuju tak?)
pod life armour
Sebenarnye, Pod Life Armour ini dicipta selepas Tsunami yang melanda Jepun tempohari. Obviously, nampak macam boleh selmatakan diri daripada lemas.
Seriously mereka dah uji pod ni, bukan setakat cute je. Means HCI (Human Computer Interaction) atau juga Interaction Design ni dah diuji sebelum dijual.
Mane taknye, harge pun cantikla mengikut nilai mate wang negara kita iaitu RM 15 000. Dengan harge tu, pod tu boleh tahan tekanan 9.3 tan pada satu-satu masa bile diuji. Pod ini juga boleh jatuh dari atas sejauh 25 meter, dan boleh terapung atas air.
Selain itu, pod cute ni (bagi aku le), juge ade memang selesa la, lantai die jenis kusyen, siap ade panel solar untuk kuasa dan juga jaket keselamatan. Pendek kate, pencipta ni kate sangat sesuai la pod ni digelar sebagai alat perlindungan.
Ok, aku gelak.
Maknenye, pod ni tak boleh tahan tekanan pada 9.4 tan, atau juge tahan 1 tan + 1 tan + 1 tan + 1 tan + 1 tan + 1 tan + 1 tan + 1 tan + 1 tan + 0.3 = 9.3  tan pada lain masa. Pod ni juga boleh jatuh pada ketinggian Menara KLCC ea? or at least 26 meter? Come on la…
Ooo.. Ok. Boleh terapung ea? yelah, Kalau demi tsunami, aku terime, tapi kalau demi kiamat, kalau bumi terbelah, dan guling-guling membawapod  dan terlanggar Iceberg, atau terlanggar kepala adik aku yang keras lagi daripada Iceberg, tenggelam tak?
Thumb up, sebab HCI ade lantai die kusyen, demi manusia, yelah mane tau tak habis kiamat duk pecah sane sini,, hari perbicaraan tak mule lagi, sakit la punggung kalau kat dalam tu keras. Tapi tak tau nak makan ape sebab tak de peti ais dan takde kapsul cam Bulma.
Erm, about GPS tu, kalau bumi terbelah cam mane ea? Kalau bawak Iphone, atau Android boleh jalan tak? Panel solar boleh tahan sampai bile ea?
pod life armour
pod life armour
pod life armour
Yang ini pule, mamat dari China. Ops, mamat untuk jejaka melayu. Erm, ok lah name di Lu Zheng Hai juge emo denga Teori Kaum Maya ni.  Yelah mane taknye, bukan setakat Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, tapi juge orang tamadun Encik Lu Zheng Hai yakni para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun 2012 niihhh…
Ape si Lu Zheng Zai buat ar? Kalau dulu Nabi Noh a.s. menyeru umatnya membina kapal dek bencana bakal melanda. Lu Zheng Hai ni membina kapal demi kepercayaan kiamat die. Dah siap ke encik? Ops Encik tu tak faham la…
Lu Zheng Hai
Lu Zheng Hai
Lu Zheng Hai
Lu Zheng Hai

Aku tak tau nak kate ape Encik Lu. Maksud gua, pasrt HCI dan ID nye. Cume gua mau tau lu punye kapal tu strong tak HCI nye dengan kapal-kapal lain yang jual kat pasaran.
Kalau tak secure dengan hal ini. Beli jelah kapal-kapal tu.
Tak tau nak wish Good Luck ke tak. Kalau wish good luck pun bagi aku, aku sinis tu.
In before Encik Lu, lu punye kapal tu ade letak tak laser mark ‘Made In China’? Letak ea…
Sumber : Dailymail.ukDamngeeky.com
………………
Enough, itu sahaje yang aku dapat collect persediaan daripada orang Kafir.
Jangan geleng kepale, just wait and see pada hari kejadian ea.
Yelah, kalau percaye sekalipun kiamat tu, dah name pun kiamat ape ade esoknye? Perlu ke escape?
Orait, kenape takut sangat?
Pergilah google sendirik ape hal Kaum Maya buat teori sampai gitu.
Sebelum itu, pod Life Armour tu bagi aku boleh implemen untuk jualan la atau tujuan lain seperti untuk Taman Tema atau Live Game. Sebab memang cool. Tambahan dah memang ciptaan manusia yang memang ade limit ketahanannya.
Aku bukan setakat berminat dengan rekaannya seperti kapsul, cume bagi aku, pod itu mirip 1 bende kecil yang wujud di dunia ini yakni Webcam dan juge mirip 1 bende yang tak wujud kat alam nyata kita tapi wujud dalam alam dunia aku mase 6 tahun yakni aku dan Dragon Ball.

memento kami

Kapsul kapal angkasa Bezita mendarat kat Bumi yang mana die datang dari planet die yang sudah musnah.
Kalau bace Dragon Ball Z, Goku pun ade duduk dalam kapsul kapal angkasa macam Bezita ni. Tapi mase tu mase die bayi yang bernama Kakaroct pada asalnya. Die dibuang ke bumi sebab ayahnya Bardock yang juge mirip dengan Goku buang Goku sebab Goku terlalu lemah.

memento kami

So sad that part, bile mane ayahnye Goku yakni Bardock hampir mati dan nak balik dapatkan semule Kakaroct tu, saat bertarung nywa, die nampak mase depan anaknye. Tak tau nape aku emo sampai nangis bace komik tu.
Tak tau juge nape aku terlajak bercerita kat entri ni. Blog aku. Suke hati aku le…
Teringat juge dengan ciptaan Bulma yang sangat cool yakni kapsul die. Really wish bende ni wujud kat alam nyata.

memento kami

Ye, memang wujud dalam nyate. Ni ha!

memento kami

Memang nak aksesori gajet kapsul tu. Really wish bende gajet radar Bulma. Kalau ni takde, tiade gunenya jika kau miliki segale gajet seperti android, kamere dslr or lomo dan sebagainya.

memento kami

Harus di reka gajet radar Bulma, letak cip kat barang yang kite nak cari. Aku nak letak kat kereta Viva aku supaye aku boleh cari kat mane Viva menghilang dek adik aku gune.
Bosank dengan anime baru. Dragon Ball dan Sailormoon tetap lagenda dalam sejarah kanak-kanak aku!

Copy sepenuhnya dari http://mementokami.blogspot.com


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts