Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Sunday, April 21, 2013

Adikku yang sindrome down & arwah ayahnya.

Assalamualaikum

Adik aku. Nama dia Faizul. Dia sindrome down,kini 17 tahun tapi bersekolah di sekolah khas. Mek selalu kena pujuk2 dia makan,mandi,pakai baju, sebab dia xnak buat tu semua.Kadang2 berjam2 pujuk saje. Tapi dengan ayah,sekali dua ayah pujuk,dia dah buat apa yang ayah suruh. Dia sangat manja dengan ayah. Dia sangat mengada2 dan inginkan perhatian yang lebih dari segala-galanya dan lebih dari semua orang.

Mek selalu xde masa nak pujuk dia lama2 sebab mek banyak keje nak buat kat rumah tu selain layan dia. Lagipun dia dah biasa dengan mek sebab mek hari2 dan 24 jam dengan dia. Tapi ayah x. Ayah balik keje,ayah xde buat apa2..tengok TV sambil layan dia. Sure lah dia manja dengan ayah kan? :)

Dulu dia suka makan sendiri
Adik sayang ayah,bila ayah outstation lama2, ayah x pernah salah beli hadiah. Semua yang dia beli kompem adik suka. Haiwan plastik, makanan ringan, layang2,alat muzik,gambar. Yup adik suka sesuatu yang bergambar. Sebab tu aku tiap kali cuti aku belikan dia buku bergambar, terutama gambar2 haiwan. Adik suka.

Kalau hujan,adik tukar seluar sebab nak main hujan kat luar. Tapi mek x bagi. Takut demam. Kemudian adik datang dekat aku,dengan harapan aku nak izinkan dia main hujan. Tapi dia hampa, aku kata gi mandi dalam bilik air. Air hujan asid,air paip klorin. Better mandi klorin.Dia buat muka seposen dan berdiri belakang pintu sambil tengok air hujan,sambil tengok budak2 lain main hujan. Lepas tu dia senyum dan ketawa sorang2 sebab seronok tengok orang lain main. Lepas tu dia buat muka seposen lagi. Bila ayah balik,dia happy. Cepat2 dia pegi dekat ayah,dengan harapan yang sama. Ayah kata pergilah
Dia tahu ayah pasti izinkan. Dia pun keluar lah nikmati zaman indah dia. Tanpa fikir masalah apa2. Hanya seronok saja. Sebab tu dia sayang ayah sangat- sangat.
Dulu dia suka selcha



Kalau aku bawak dia pegi kedai runcit,aku kata ambil lah apa saja yang dia suka. Dia ambil maggi,mamee yg 30 sen tu,aiskrim,dan snek. Tapi aku tukar snek tu. Aku kata snek ada MSG,pewarna tiruan,perasa tambahan dan bla2. Nanti rosak gigi. Jadi aku ganti dengan kek apollo. At least, walaupun manis tapi xde MSG. Aku tahu teori aku salah tapi aku tetap nak buat sesuatu supaya adik lebih sihat. 

Bab maggi plak,aku yang tentukan perasa dia banyak mana yang boleh dia letak dalam maggi. Aku letak sikiiiiiiiiiiit je. Aku kata biar tawar asalkan x makan MSG. Mamee tu,aku buang perasa dia. Biar dia makan tanpa perasa. Pasal aiskrim, aku x kesah sbb aku sendiri pun makan aiskrim. Hahaha. Aku x kisah kalau aku sakit sbb makan makanan ringan,tp adik aku,no! no way ! 

dulu dia sunburn sekarang jadi putih

Tapi kalau dia g kedai runcit dengan ayah,dia boleh amek semua makanan yang aku haramkan tu. Ayah plak siap tolong bubuh dia punya perasa2 tu semua. Now tell me mcm mana adik x syg ayah sangat2? 
 *************************

Semalam mek call. Happy sangat nada nya, dia kata adik dah keluar rumah. Aku nangis kot masa tu. (tp aku cover la x macho la kakak nangis) Gembira sangat. Syukur tak terkata.  Sejak ayah meninggal setahun lebih lepas,dia tak pernah keluar rumah. Tak pernah. Tak pernah ! Macam2 cara,macam2 ayat kami pujuk .Tp ntah kenapa dia x nak keluar. Dia x macam dulu, dulu dia suka  keluar duk depan umah main2 ngan budak2 lain walaupun tak semua orang nak kawan dengan dia. Dia suka keluar,duduk dalam buaian lepak2 sampai maghrib tp skg xde langsung. Tapi jelas sangat,lepas ayah xde, dia x mahu keluar rumah lagi . Tak de sesiapapun tahu knp kecuali Allah. Tapi aku dan family buat andaian, ya,dia rasa sangat tertekan dengan pemergian ayah. Sbb dia kan paling manja dengan ayah.

dulu dia periang dgn semua
dulu dia suka buat peace





















Bila ayah meninggal,dia macam terpinga2,dia mcm takut,menyendiri,tapi dia x boleh luah apa2 sebab dia xboleh bercakap. Dia hanya boleh sebut beberapa perkataan basic. Tapi bila kami cakap pasal ayah depan dia, air mata dia keluar. Aku tahu dia faham apa yang berlaku.

Air mata dia. Dia jarang menangis sejak dia masuk sekolah tapi bila ayah dah xde,dia nangis. Aku nampak air mata tu, Aku nampak!!!! Kami adik beradik semua nampak. Kami semua nangis sbb tgk air mata dia. Mata dia merah. Masa tu aku marah sangat kat Tuhan, Kenapa la macam nie sekali dia nak uji kami . Kalau uji aku sorang xpe lagi, nie ngan adik2 aku sekali. Aku marah. Aku tak boleh terima pemergian ayah. 

Sejak hari tu kami 1 family tidak lagi cakap pasal arwah ayah depan dia. Orang lain pun kami x bg sebut nama ayah depan dia. Tak sanggup kami nak lihat kesedihan adik lagi.  Setahun berlalu,dah lebih setahun pun,adik dah jadi lain..Selain susut,dia x nak bercakap,xnk berkawan,xnak keluar rumah,jarang ketawa,jarang makan,jarang main,semua jarang. Dia lebih suka bersendiri sejak ayah tak de........

dulu kalau bergambar dia suka buat muka

Bila dapat call mek semalam, kami syukur sangat kalau adik dah pulih dari rasa kehilangan yang mendalam... Syukur sangat. In sya Allah, lepas nie hope sangat adik jadi periang macam dulu,hope sangat2. Kami rindu adik yang gemuk,yang tahu makan saje. Yang tahu main saje. :) 

Teringat kisah aku ngan mek pergi buat kad pengenalan untuk dia. Pegawai tu mintak cap ibu jari dia. Masa nak letak tangan dia kat meja tu,dia cabut lari. Ya Allah.. :) Comel sangat.. masa tu jugak la dia nak main kejar2 dengan aku... habis orang tengok.. ada yang ketawa lucu... punyalah happy dia masa tu,dia ingat aku suka sangat main kejar2 kat tengah2 orang ramai nie? Padahal aku kena kejar dia sbb nak cap jari dia tu! Selagi x dpt mcm mana nak siap? Hehe..adik..adik.. aku x kisah kena main kejar2 masa tu asalkan dia happy dengan hidup dia. Penat melayan dia. Tapi oh well,itulah adik aku yg Allah bg. Dulu dia lahir x cukup bulan..eksaited sgt nak main kat dunia nie. Bru 6 bulan dah keluar! Mek cite,kecik dia. kecik gila macam anak tikus. X sangka boleh hidup.. 


dulu dia hiperaktif
Itulah adik aku yang sindrome down. Alhamdulillah selepas setahun lebih dia berkurung dalam rumah,dia keluar juga ikut mek pergi rumah jiran kelmarin. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah... 

Al-fatihah 
untuk arwah ayah nun jauh di sana..kami rindu..

Jakarta... ayah pernah g Jakarta bersama Pak Ngah komposer Cindai Siti Nurhaliza. Wakil Malaysia dalam persembahan muzik Malaysia  :) In sya Allah one day,aku plak pegi. Shopping gelang.

Terbang ke Jakarta dengan RM1. Tarikh akhir booking: Isnin depan.




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts