Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Friday, August 23, 2013

Petua untuk kaunselor yang sedang menjalani praktikum.

Assalamualaikum

Memandangkan kaunselor yang sedang menjalani praktikum tu is aku sendiri, so aku kena la baca petua2 or tips2 yg ada ni..pengetahuan am, n bila aku share kat blog aku ni hope classmates semua blh baca k... syg2.. good luck ! 

Petua 1 : Persediaan jasmani. 

1.Sentiasa berpakaian kemas. Sebagai GBK, kita perlu sentiasa menarik dan berkeyakinan. Tidak perlu baju yang mahal, yang penting penampilan yang sesuai
2. Jaga kesihatan. Jangan sengaja mengambil cuti (mc) ketika berpraktikal.

Petua 2 : Persediaan Emosi.

1. Jangan rasa terlalu takut atau terlalu berani. Kawal emosi. Yakin pada diri.
2. Apabila diarah untuk melakukan sesuatu oleh Guru Pembimbing dan pihak sekolah, jangan melawan dan jangan rasa diri dibuli. Kena rasa bangga diri diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu.
3. Kawal emosi dengan pelajar dan guru. Jangan bergaduh, memarahi pelajar (apatah lagi melempang pelajar) atau jatuh cinta dengan pelajar atau guru.

Petua 3 : Persediaan Rohani

1. Mohon agar Allah mudahkan urusan praktikal
2. Banyakkan solat sunat dan mohon pertolongan

Petua 4 : Persediaan Intelek

1. Dapatkan semua bahan yang berkaitan
2. Lakukan perkogsian pintar dengan rakan berpraktikal dari sekolah lain. Usah bergaduh dengan pasangan praktikal anda. Anda seharusnya saling lengkap-melengkapi.
3. Jangan tunjuk pandai dengan Guru Pembimbing. Bagi idea dengan cara yang berhemah
4. Kreatif. Buat sesuatu yang berbeza. Contoh : Buletin Pelajar Praktikal

Petua 5 : Persediaan sosial

1. Pandai menyesuaikan diri di sekolah. Usah jadi kera sumbang. Ingat, anda akan posting kelak, belajarlah bersosial. Memberi salam, menegur dan beramah mesra dengan guru sekolah, tapi janganlah pula terlebih ramah. Bersederhanalah

Petua am :


1. Apabila pelajar datang untuk membuat temujanji, pastikan semua borang yang berkaitan telah diisi. (Elak pelajar ponteng kelas)
2. Kena ambil seberapa banyak peluang untuk belajar. Jangan malu bertanya.
3. Bereskan latihan ilmiah anda, agar tidak menggangu tumpuan pada praktikal
4.Sentiasa berhubung dengan penyelia. Guru Pembimbing hanya membimbing. Penyelia lebih berkuasa terhadap markah praktikal anda. Usah senyap dan buat tidak ambil peduli dengan Penyelia
5. Jangan curi tulang dalam kiraan jam kredit anda menjalankan sesi. Allah Maha Melihat
6. Libatkan diri dalam semua acara sekolah, jika diperlukan seperti Hari Sukan.
7. Jangan berkira tentang duit, tenaga dan masa. Ini sangat penting. Kalau nak pandai, tolonglah jangan berkira dan sentiasa mengharapkan balasan.
8. Tunjukkan anda seorang yang menyenangkan. Anda membawa imej universiti. Usah buat perangai yang memalukan universiti dan pensyarah yang mendidik anda.
9. Ringan tulang membantu Guru Pembimbing melaksanakan program.
10. Sentiasa kreatif. Bagi saya, menjadi GBK perlu kreatif
11. Rakamkan aktiviti dan penglibatan (dokumentasi sangat penting)
12. Jangan tidak hantar Buku Rekod (Latihan Praktikal) kepada sekolah setiap minggu
13. Jaga etika kerahsiaan pelajar. Jika tidak pasti, rujuk Guru Pembimbing.




Sumber : mianasuha09

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts