Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Monday, October 14, 2013

Koleksi pantun sempena Hari Raya Aidiladha ! :)

Peristiwa Lembu Lari Memang Tak Dapat Dilupakan,
Jadikan Memori Cerita Tok Nenek Zaman Hadapan,
Selamat Hari Raya Aidiladha kami Semua ucapkan
Hari Untuk Semua menuju ke arah kebaikan.

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin saya ucapkan buat semua,
Selamat hari raya aidil adha.

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat

Lembu di sana Kambing di sini,
Unta sedang tidur, biri-biri berjaga,
Jarak bukanlah persoalannya di sini,
Di Hari Raya Korban bertemu juga..

Pergi kedai kopi Pak Li main dam aji,
Kayuh basikal sehinggah lenguh lutut,
Parang diasah kasi tajam macam taji,
Takut tumpul potong daging pun tak lut

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts