Tuesday, December 30, 2014

Barangan elektrik masih boleh digunakan walaupun sudah ditenggelami banjir ! Bagaimana?

Assalamualaikum

Barangan elektrik masih boleh digunakan walaupun sudah ditenggelami banjir ! Bagaimana?

Ketika dilanda banjir, pasti mangsa akan berasa tertekan kerana banyak barangan terutamanya peralatan elektrik akan dibuang begitu saja kerana berasa ianya tidak boleh digunakan lagi.


Menerusi sebaran media sosial, seseorang yang pernah mengalami banjir menceritakan pengalaman beliau mengendalikan barangan elektrik yang telah tenggelam didalam banjir terutamanya peralatan eletrik. Seterusnya dibawah...


Ini juga adalah dari pengalaman saya (bukan penulis) menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh, table fan, peralatan letrik dapur dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop yang berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YANG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada "hair dryer" tiupkan udara panas kebahagian yang sensitif tersebut supaya betul-betul kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru.

#Sebarang cubaan yang tidak menjadi bukan tanggungjawab admin yerrr....cuba dulu...tak cuba mane nak tau...tak gitu...

sumber
whatsapps

 

Monday, December 29, 2014

Pergilah kau...2014 pergi...kami redha..

Assalamualaikum


2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...
Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...
Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...
Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...
Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...
Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...
Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...
Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...
Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...
Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...
2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...
Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...
MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...


Saturday, December 27, 2014

#Banjir2014 - A status for friends of mine

Assalamualaikum


Alhamdulillah setakat ni air dah surut...(Kebakat) Terima kasih kawan-kawan yang concern..kawan sekolah,kawan U,kawan tempat keje,kawan fb x lupa. Omg bertuah dapat kawan2 mcm korang, xoxo ! ^_^

Not forgotten, I noticed ramai kawan-kawan blogger dah tak upload gambar selfie atau makanan atau enjoy2 event di luar sana.. korang mmg terbaik love u olls ^_^

Sama juga customer2 Irrara Label yg tak marah-marah walaupun dah bank in tapi tak sampai barang. Masing2 faham situasi kat sini dah x boleh buat penghantaran poslaju... Dah elok semua ni kita start semula ya... mood malam td tido lena...dah tak risau air naik tanpa disedari dah hehe... Syukur. Retis sgt status aku. Kisah pulak :P

P/s - Terima kasih kawan2 yg menderma kpd mangsa2 di pantai timur dan negeri2 terlibat. Kita ada nampak di fb,blog,ig,itu yg kita nampak.yg kita x nampak byk lg yg derma kan. Semoga Allah terus memurahkan rezeki kalian. Aminn.

Wednesday, December 17, 2014

Catatan Matluthfi

Assalamualaikum

Sebenarnya, aku menghadapi sedikit kesukaran dalam mengeja nama matluhtfi ni. Aku harap, aku bukan satu-satunya yang eja nama mathlufi ni salah. Matluhfi. matlufti. Ejaan sebenar adalah Matluthfi. Eh stress la macam ni ! :( huhuu...

Bila dapat tahu beliau (guna beliau untuk make sure tak salah eja nama beliau) keluarkan buku dia sendiri, aku tersangatlah teruja kerana otak aku ni bakal diisi oleh ilmu-ilmu baru lepas ni. haaa. So aku tanpa membuang masa, terus order online buku Catatan Beliau. Masa tu aku tengah scroll facebook, ada iklan yang promote buku catatan beliau ni. So dengan pantas dan tanpa berfikir,  terus bank in dan beberapa hari kemudian, alhamdulillah sampai jua buku idaman. Ekceli, bukan nak perasan tapi aku ni memang jenis suka membaca weh, cuma kalau buku untuk final exam je aku malas sebab buku tu terlalu sarat dengan ilmiahnye, jadi aku tak rasa otak aku mampu menyedut semua ilmu yang ada dalam buku ilmiah tu. Tapi untuk buku mat beliau ni, aku baca, khatam, ulang baca, ulang khatam banyak kali sebab dia ada humor dan tarikan serta gaya bahasa tersendiri. Heee..

Muka depan buku Catatan Matluthfi
Catatan Matluthfi sudah berada dalam genggaman !
Catatan Matluthfi
 Kalau korang nak tahu, aku pernah la tulis pasal  Matluthfi ni kat blog ni.. masa tu dia datang UPSI. Yeayyy suka angat tapi aku tak boleh pegi :( tapi takpe, bacalah kalau sudi mat-luthfi-di-upsi dan anwar-hadi-di-upsi.


 

Sesi Photoshoot dengan Utusan Malaysia

Assalamualaikum

Julai yang lepas, Rara telah pun diberi peluang untuk featured dalam akhbar Utusan Malaysia bagi kolumn Blogger Pilihan. Alhamdulillah, 4 tahun jadi blogger baru kali ini 'diintai' . Tau ? hehe. Sesi photoshoot dengan Utusan Malaysia ini dikendalikan oleh Encik Rosni. First time jumpa, dia profesional dan senang dibawa berbincang mengenai 'pose' yang dimahukan. Maka, sesi photoshoot berjalan dengan lancar tanpa masalah.

Pada hari sesi photoshoot ini, Rara ditemani oleh BFFs iaitu Mariatul dan Arif. Terima kasih BFFs,kalau tanpa u olls, i olls mesti kekok2 sebab tak biasa lagi shoot dengan orang lain. Kalau ada korang tak pe laa.. hilang sikit rasa segan tuh. Walaupun Rara engkorang ni bukan dalam kategori pemalu pun. Hee. TQ,

Arif ni memang seorang jurugambar sebenarnya, Rara pernah shoot dengan dia beberapa kali. U all boleh check di page blog Rara ni dalam  | Photo_shoot | Jadi, dia pun shoot Rara sekali lah :) Suka-suka katanya. Lagipun mariatul pula memang seorang talent/model. Memang tak rugi lah bawa kamera kan.. jom photoshoot !

Gambar-gambar di bawah adalah gambar dari kamera Arif. Rara tak ambil salinan dari kamera Encik Rosni sebab segan dan taknak nak menyusahkan dia, lagipun ia adalah hak cipta terpelihara... haaa... kalau dengan Arif ni, awal-awal lagi dah minta izin.

Jurugambar : Arif 
Lokasi : Taman Perbandaran Tengku Anis Kota Bharu 





Kemain kau..Rara...
haha.. 

Kemudian this part more interesting.. shoot dengan adanya BFF di sebelah. Cantik kan budak Mar ni. heee. 




 Happy moment it is ! 

So inilah papernye..hehe.... nanti kalau ada masa, Rara akan tempekkan lagi picture yang zoom gambar Mar dengan Arif. Di entry yang lain so that ia nampak dua org bff ni sangat istimewa sampai Rara sanggup buat entry khas untuk mereka ! hehe.. wait n see yea.



Friday, December 12, 2014

Tak sabar nak posting, rindu nak jadi cikgu di sekolah !

Assalamualaikum


"Sedar ataupun tidak, dah 6 bulan Rara tamat pengajian di UPSI. Alhamdulillah, walaupun sekarang belum di 'posting' kan ke mana-mana sekolah, (interview pun belum panggil lagi)  sekurang-kurangnya kak Rara engko ni tak duduk saje kat umah ternak lemak tau. Dia jadi cikgu tuisyen di Pusat Tuisyen Masyarakat di KB dan personal tuition teacher bagi sebuah keluarga secara private" -  copy paste dari entry Rara yang lepas :) semasa menulis entry throwback photoshoot-geek

Oh well, itulah yang ingin dibicarakan pada hari ini. Rindu weh kenangan jadi cikgu praktikal dulu-dulu. Rindu sangat. Walaupun banyak cabaran dari pihak atasan dan tekanan kerja yang melampaui kemampuan, sekurang-kurangnya ia adalah sesuatu yang berharga dan akan dikenang sampai bila-bila walaupun tak mahu mengulanginya lagi... haha.. tak mau dah jadi cikgu praktikal.. nak jadi cikgu tetap.. at least kalau dah jadi cikgu tetap, kita akan tahu di mana tempat kita berdiri. Siapa kita di mata guru-guru lain dan sebagainya. Oh my god, i can't wait ! :) Seronok jadi cikgu ni.. you all.. suka tengok pelajar happy,pandai,nakal,bersungguh-sungguh,main-main, macam-macam lagi lah. Tapi ada jugak orang kata tak seronok kan? Iyalah, minat dan kecenderungan masing-masing kan, so what can i do.. :) Mungkin dari kecil lagi aku dah pasang cita-cita nak jadi guru, sebab tu aku kata seronok kan, yalahh sebab aku minat ! 

Syukur sebab dah konvo 3 bulan lepas dan genggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling pada umur 24. Namun, belum capai tahap puas lagi aku ni.. aku harap aku dapatlah posting pada tahun 2015 nanti. Kalau tak ada rezeki, harap-harap 2016 lah yer. Bukanlah aku ini seorang graduan yang pasif dan hanya menunggu posting KPM semata-mata, tapi, ia memang dah menjadi cita-cita aku...so aku kenalah tunggu dengan sabar dan bergantung harapan sepenuhnya pada Allah S.W.T.. harap-harap cepatlah keluar tarikh temuduga posting ni. Aku nak lulus, dan aku nak dapat penempatan. Bagi rakan-rakan graduan upsi, jom kita sama-sama doa agar kerajaan cepat-cepat selesaikan masalah yang berlaku dalam pentadbiran mereka... so that penempatan kita akan dapat disusun dengan cantik. Aminnn...amin...... 

Tapi kalau dah tak ada rezeki... emmm xpela...redhoooooooooooooooooooooooooo... huhu. Kerja lain banyak lagi kat Malaysia ni, asalkan kita (aku ni) tidak terlalu memilih dan produktif serta proaktif ! yeahh :)   Cuma buat masa sekarang, doa haruslah tidak putus jika kita benar-benar inginkan penempatan itu.. Semoga di perkenankan oleh Allah S.W.T .. amin.. 

AWAS gambar di bawah adalah contoh guru yang belum peka pada etika seorang guru. Beliau tak pakai nametag. Nasib baik pengetua tak ada. Meeting. TQ 

"Cikgu ! orang sana makan dalam kelas" 
Oh..yang ini.. X-Y..
Y jatuh...



Feedback - Nutrigoat Miracle 8 | Susu Sedap

Assalamualaikum

Review produk | Feedback - Nutrigoat Miracle 8 | Susu Sedap | Bulan ramadhan yang lepas adalah kali pertama Rara diperkenalkan dengan minuman susu nutrigoat ini. Pada mulanya terasa 'berat hati' nak minum sebab minuman ini sah-sah susu, dan sangat jarang Rara engkau ni nak minum susu.... hehe... Tapi disebabkan kawan-kawan blogger cakap susu nutrigoat miracle 8 ini sedap, maka terpengaruh jugalah Rara ingin mencubanya. Alhamdulillah, sesungguhnya rasa susu nutrigoat ni lebih sedap dari yang engkorang bayangkan... hehe. Serius babe ! Susu ini semua peringkat umur boleh minum, cumanya jika anak-anak seawal umur 2 tahun kebawah, kita galakkan ibunya yang minum.., jadi anak-anak boleh menikmati khasiat susu ini  melalui zat ibu sendiri.

Bila sebut susu kambing, mesti terbayang tentang bau hamis, hanyir, dan macam-macam lagi kan? Haaa..itula.. you all tak tahu.. silap tu persepsi itu dah kuno yer..tak boleh diguna pakai dah, sebab susu nutrigoat miracle ni bebas dari sebarang bau dan bebas juga daripada sebarang rasa yang pelik-pelik. Yang boleh dijamin, hanyalah kesedapan yang membuatkan sesiapa sahaja yang meminumnya akan menjadi 'ketagih' nak lagi.. dan lagi.. benar ! 



Nutri Goat Miracle 8 ini  merupakan minuman kesihatan yang sememangnya berasaskan susu kambing dan kombinasi zat 8 makanan sunnah seperti kurma, kismis, habbatus sauda dan sebagainya. Complete dalam 1 sachet. Berbaloi bukan ? Cubalah !

Kebaikan mengamalkan Nutri Goat Miracle 8

Merendahkan kolestrol
Memberi tenaga kepada ibu mengandung
Mengurangkan risiko jaundice pada bayi
Sumber kalsium yang tinggi
Melawaskan perkumuhan
Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Menguatkan sistem imunisasi
Meningkatkan daya ingatan dan fokus
Menambahkan susu badan 
dan sebagainya 



Bagi Rara sendiri, setelah mencuba susu Nutri Goat Miracle 8 ini , perubahan pertama yang dapat dilihat adalah ia dapat mengurangkan insomnia - kesukaran tidur pada waktu malam. Kalau sebelum ni Rara sering tidur lewat sebab tak terlena, padahal memang niat nak tidur tapi tak boleh. Lepas minum susu ni, sekejap saja dah boleh tidur. Serius.... so tidur memang tiptop dan bila bangun pagi, badan rasa ringan dan segar, terbaik dari ladang giteww.. Alhamdulillah,dapatlah subuh yang sangat berkualiti. Siapa yang tak nak oiiiiii :) 
Jadi sejak itu Rara amalkan Nutri Goat ini sampai sekarang. Walaupun kadang-kadang terputus bekalan sebab tak dan duit, tapi bila dah dan duit, memang beli lah susu ni. Yummmyyyy ! InsyaAllah ia dapat menambahkan kalsium dalam badan ni. Rara kan kurus sangat, elok sangatlah kan minum susu ni. 

Rara nak syorkan kepada rakan-rakan dan pembaca semua, kalau nak ubah gaya pemakanan/minuman kepada gizi yang lebih sihat, cubalah Nutrigoat Miracle 8 ini ya ? Nanti kalau dah cuba, jemputlah komen disini and bagitau maklum balas u all kalau sudi. Ehem2. Till we meet again, xoxo :) 

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh lah langsung hubungi admin di :


Contact : 019-3497868

selamat mencuba ! 


Photoshoot GEEK

Assalamualaikum

Hai ! ^_^    

Mood ceria jer bila mengenang zaman muda-muda dulu. Haha... Zaman kak Rara engkorang ni aktif menjadi seorang talent di universiti. Huhu. Sedar ataupun tidak, dah 6 bulan Rara tamat pengajian di UPSI. Alhamdulillah, walaupun sekarang belum di 'posting' kan ke mana-mana sekolah, (interview pun belum panggil lagi)  sekurang-kurangnya kak Rara engko ni tak duduk saje kat umah ternak lemak tau. Dia jadi cikgu tuisyen di Pusat Tuisyen Masyarakat di KB dan personal tuition teacher bagi sebuah keluarga secara private.  Hashtag - #cikgusukaphotoshoot

And, tak lupa juga Rara sedang sambung berbisness dan kini, dah bukak kompeni kecil-kecilan IRRARA LABEL enterprise. #sayajualtudung ig shop : @irraralabel

Haa, sebut pasal bisness, buat pengetahuan adik-adik semua, Kak Rara dulu start bisness dengan jual baju GEEK ni la.. hehe..Entry --> GEEK T-SHIRT .Baju t-shirt yang dipakai untuk sesi photoshoot ini pun adalah salah satu koleksi yang dijual. Dah sold out semua dah dik oii, tak ada restock dah... huhu ramai sangat yang whatsapp tanya pasal baju geek walaupun dah tulis kat bawah tu, SOLD OUT. hewhew. Tak boleh marah-marah because customer is always right, u olls.

Hari ni, kira throwback lah yer gambar-gambar shoot ni. Kalau tak silap, ni zaman hujung-hujung semester akhir dah.. zaman assignment semua dah submit, thesis dah submit, just tunggu tarikh rasmi untuk balik kg jer. Jadi mari lah kita bergambor. Well, Mastura kan memang suka posing ~ grrrr ;p



 Jurugambar : Safwan Hasbullah 
Lokasi : Padang kawad, UPSI 



LIKE PAGE : Safwan Pictures

Thursday, December 11, 2014

Tutorial Pakai Shawl Mutiara oleh Mastura Rara

Assalamualaikum

Alhamdulillah  hari ini Rara ada sedikit masa untuk diluangkan bersama pembaca blog Rara ni. Jadi, petang tadi Rara dah siapkan satu tutorial khas untuk hijabista-hijabista yang baca blog rama2 ni ! :) Tutorial pakai selendang mutiara sponsored by Irrara Label. --> ig shop aku dan partner ^_^ @irraralabel

Selendang mutiara ini adalah bermaterial chiffon dan bidang besar sedikit berbanding bidang shawl biasa. So, memang menutup bahagian yang perlu ditutup. Istimewanya shawl ini, dihujungnya ia dijahit secara ruffle rapat dan bertindih. Selain itu,terdapat susunan mutiara (manik bulat putih) yang ditindik khas untuk memastikan pemakainya tampak berseri-seri seperti tuan puteri yang memakai crown mutiara... wahh ! hehe. Style hijabista sekarang la kan ber 'crown-crown' bagai ni. Crown yang simple, nampak comel dan manis kan. Tak der lah nampak overrr sangat kauuu... :) sweetsweet gitu. Kalau u girls pakai lagi sweet tahap aiskrim kelapa extra susu. Yummy ! 

Ok jom layan tuto.

1. Capai selendang mutiara anda 


2. Letakkan selendang di atas kepala seperti biasa satu bahagian pendek dan satu bahagian panjang


3. Pin bahagian bawah dagu 


4. Letakkan bahagian bermutiara di atas kepala dan pastikan ia berada di tengah-tengah dan sematkan dengan jarum.   
(Boleh juga mutiara diletakkan bahagian tepi, mengikut citarasa sendiri) 


5. Kemaskan bahagian depan dan pinkan di bahu dengan brooch/jarum 


6. Bahagian belakang akan automatically jadi terbentuk 3 segi seperti ini. Mudah ! :) 


Siap ! 
Selamat mencuba you all. Kalau nak order tudung macam ni, boleh hubungi Rara di 01127799383 atau pm fb Mastura Rara. 
Kalau nak tengok pilihan-pilihan warna yang ada, jemputlah singgah di ig @irraralabel. Terima kasih :) 


IRRARA LABEL  



Wednesday, December 10, 2014

Bawal Chiffon Manik Exclusive

Assalamualaikum

Tudung bermanik-manik ini biasanya digemari oleh mereka yang telah bekerjaya ataupun orang yang berada. Betulkah ? Hmm, mungkin ada benarnya, mungkin juga ada tidak tepatnya. Sebenarnya, sulaman manik dan labuci pada setiap rekaan tudung adalah mengambil masa yang agak lama dan sangat memerlukan daya fokus yang tinggi dalam menyiapkan sesuatu tudung manik ini. Begitu juga dengan faktor penggunaan manik dan labuci itu sendiri. Jika elok kualitinya, harganya agak tinggi,  maka elok jugalah manik dan labucinya. Oleh itu, amat wajarlah bagi mereka di luar sana menjual tudung manik dengan harga yang agak tinggi. 'Makan' kos tenaga dan kos modal yang tinggi juga okayyyyy. :) 

Walaupun demikian, bagi penggemar tudung manik di blog mastura rama2 dot blogspot, harga tudung manik yang ditawarkan tidaklah setinggi yang dibayangkan, serendah RM 45 sahaja u all, percaya tak? Percayalah.. ~ kasihmu lama tersulam ~

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan memenuhi impian mereka yang teringin nak pakai manik-manik labuci ala-ala mak datin ! :) so, mampu milik bukan? Grab one now, u guys!

Ok dah. Jemput lihat koleksi Tudung Bawal Chiffon Manik Exclusif yang Rara sediakan untuk peminat-peminat IRRARA LABEL. Thank you..



 Jika anda mula berminat, bolehlah hubungi Rara sekarang :) Servis terbaik.... promise  ! 

Ig shop : @irraralabel
Ig owner : @masturarara
Contact : 01127799383 (WA,sms, no calls)
Butik : Vendor boutique, tepi Parkson KB
Cimb / maybank


Yang ini selendang halfmoon saiz S

 Jika anda mula berminat, bolehlah hubungi Rara sekarang :) Servis terbaik.... promise  ! 

Ig shop : @irraralabel
Ig owner : @masturarara
Contact : 01127799383 (WA,sms, no calls)
Butik : Vendor boutique, tepi Parkson KB
Cimb / maybank



 Jika anda mula berminat, bolehlah hubungi Rara sekarang :) Servis terbaik.... promise  ! 

Ig shop : @irraralabel
Ig owner : @masturarara
Contact : 01127799383 (WA,sms, no calls)
Butik : Vendor boutique, tepi Parkson KB
Cimb / maybank

Tudung gaya baru terkini 2015

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, kita telah pun menuju pada pengakhiran tahun 2014 ini.. Emmmm, tak lama dah you olls. Alhamdulillah, bagi penulis sendiri, (aku lew) penulis merasakan tahun 2014 adalah tahun di mana industri fesyen hijab berkembang pesat melalui online. Berbanding dengan tahun-tahun terdahulu, perkembangan fesyen hijab tanah air terutamanya biasanya akan dapat kita lihat melalui kaca TV sahaja namun kini, segalanya cukup mudah dan cepat, iaitu melalui media massa sahaja. Dan yang paling dekat dengan kita adalah, media sosial :)

Satu perkongsian melalui media sosial penulis sendiri, di instagram baru saya @irraralabel ( irrara label ) sudah terdapat beberapa fesyen hijab terkini khas untuk di fenomenakan pada tahun 2015 nanti. InsyaAllah.

mastura rara
 
mastura rara
Mutiara Shawl

Salah satu bentuk hijab yang didatangi secara separa instant. Mutiara yang sengaja disusun di atas kepala menjadikan pemakai kelihatan seperti memakai mahkota yang cukup simple tapi comel. Kan? Hehe :) Direka khas untuk memudahkan hijabster memakai selendang dengan hanya 30 saat sahaja. Kepada semua pembaca, cubalah, dan rasai perasaan menjadi princess sekarang juga !

Price : RM 30 termasuk poslaju

Material : Chiffon

Bidang : 50"

Order : 01127799383  atau pm fb MASTURA RARA

Ig shop : @irraralabel

Saturday, December 6, 2014

Bagaimana nak jadi usahawan berjaya? How?

Assalamualaikum

Memandangkan sekarang ini aku (Rara) telah pun secara langsung dan konsisten berada di dalam dunia perniagaan, jadi tips macam ini tersangatlah baik dan sesuai untuk aku baca,faham,hadam, dan bertindak tanpa rasa ragu-ragu. Tak gitu? ...  

Disini Rara kongsikan kepada pembaca, tentang apa yang perlu kita lakukan kalau nak berjaya, terutama dalam perniagaan..tak kira lah nak meniaga apa, even jeruk asam boi pun kalau kena dengan teknik yang mantap, mau capai riban-riban seminggu ooo..... 

Ok kita teruskan dengan cara untuk menjadi usahawan berjaya. Bismilllah.

1. Bercita-cita tinggi.
- Semua org mempunyai impian. Ada yg nak jd jutawan, nak hidup senang, ada kereta mewah, rumah besar. Jd, tentukan apa yg Sdara/i semua impikan. Terapkan dalam diri.


2. Mempunyai matlamat yg jelas
- Selepas menetapkan impian, kita perlu juga menetapkan matlamat untuk mencapai kejayaan tersebut. Sbg cth, impian kita adalah untuk menjadi jutawan. Jd, apa yg perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut? Kita perlu lebih berkerja keras, bykkn mempromosi produk kita, berikan perkhidmatan yg terbaik kpd plnggan dan sbgainya.

 

3. Rajin berusaha.
- Point yg ketiga ni amat penting. Kalau sekadar berangan2 tp tidak melakukan apa2, segala impian kita x kn menjadi knyataan. Jd, bykknlah berusaha. Dan berusaha pula perlulah berpadanan dgn apa yg kita impikan.

 

4. Sentiasa Berfikiran Positif.
- Antara punca kejayaan seorg usahawan adalah berfikiran positif. Fikiran +ve adalah punca kekuatan diri seseorg.Yg menghalang seseorg ushwn 2 berptus asa, n membuat perniagaan sentiasa bertapak kukuh.


5. Tidak Takut Pada Kegagalan.
- Untuk menjadi usahawan yg berjaya, jgn takut pd kegagalan. Bykkn mencuba wlaupun kita tau sesuatu yg kita lakukan itu akan gagal. Sbb pengalaman dr kegagalan yg membuatkn sesuatu prniagaan itu berjaya.


6. Tidak Gentar Pada Persaingan.
- Jgn takut pd persaingan perniagaan Sdara/i !. Apa yg perlu dilakukan adalah teruskn bersaing. Berikan perkhidmatan yg lebih baik dari pesaing.


7. Sentiasa Menampakkan Hasil Kerja Yg Terbaik.
- Berikan perkhidmatan yg terbaik kpd pelanggan Sdara/i. Biar mereka merasa puas dgn perkhidmatan yg diberikan Sdara/i. Perkara ini akan meningkatkan kepercayaan pelnggan kpd Sdara/i sekali gus dpt mengembngkn prniagaan Sdara/i.


8. Tidak Mudah Berputus Asa
- Dalam perniagaan, jgn mudah putus asa. Berikan perkhidmatan yg trbaik kpd plnggan. Jgn jdkn persaingn sbg punca Sdara/i berputus asa. Sentiasa mencari jln untuk menyelesaikan masalah. Jgn lari dari masalah.


9. Sentiasa Meningkatkan Potensi Diri.
- Ini PENTING !. Jgn mudah berpuas hati dgn sedikit kejayaan yg kita kecapi. Kembangkan diri Sdara/i. Andainya 1 hari nanti Sdara/i akan mencapai matlamat Sdara/i ( cth : menjadi jutawan ), jgn berhenti stkt disitu shj, ttpkan matlamat yg baru.( iaitu menjadi billionaire ).

Sebenarnya ada byk lg tips untuk menjadi usahawan yg berjaya. Rajin2kn lah diri untuk membanyakkan membaca buku-buku ilmiah, motivasi dan sbgainya.


 

Rujukan : Shiv Shera, 'You Can Win'- wangcyber.com



Buat pembaca-pembaca baru blog Rama2, fyi, Rara ceburi perniagaan tudung, a.k.a hijab. 
follow ig : @irraralabel ( irrara label )

Monday, November 17, 2014

Surat Jawapan Mah si isteri busuk kepada si suami curang

Assalamualaikum


Surat jawapan Mah si isteri busuk kepada si suami curang | Sumber | MySuperKids.net | Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.
Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.
Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.
Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Kehamilan Shaklee, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?
Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar set-set Shaklee. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.
Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.
Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…
Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.
Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.
Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.
Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…
Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?
Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.
Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.
Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.
Bye abang.
yang benar,
Mah.

Sunday, November 16, 2014

Cara Melukis Kening dengan paling mudah !

Assalamualaikum

Bagi wanita atau gadis-gadis yang baru berjinak-jinak dengan alat make up dan make up, pastinya mereka merasakan bahawa teknik melukis kening yang betul adalah sesuatu yang sangat susah dan rumit. Namun,bagi mereka yang telah lama terlibat dalam aktiviti make up atau merias diri ini, pastinya 'part' melukis kening adalah sesuatu yang sangat mengujakan kerana kening yang 'tidak cantik' itu telah menjadi kemas dan rapi dengan serta merta ! aummm :p

Hari ini Rara akan kongsi beberapa keping gambar yang mungkin dapat membantu kita semua dalam proses mencantikkan kening ini. Mari belajar dengan kaedah melihat gambar..

 1. Kenali bentuk kening anda


2. Ukur pangkal kening, (depan) puncak kening (yang paling tinggi/menaik) dan hujung kening (pastikan halus)

 3. Untuk menyenangkan diri sendiri, ukur dengan peralatan kening yang sedia ada seperti berus eyebrow itu sendiri atau pensil eyebrow. Yang penting ia panjang  dari hidung sampai ke kening

 4. Garis kening anda mengikut jenis bentuk kening anda masing-masing dan warnakan/blend dengan kemas.


p/s : kening yang berterabur atau mempunyai banyak lebihan bulu kening di atas atau bawah perlu ditutup dengan foundation atau concelour

Till we meet again :p

Saturday, November 8, 2014

Wide Shawl Terbaru

Assalamualaikum

Wide shawl kini menjadi sebutan ramai memandangkan penggunaan material cotton nya sangat selesa terutama bagi kita,wanita di Malaysia ini. Dengan perubahan gaya hidup setiap orang,wide shawl membantu kaum wanita dalam menjimatkan masa untuk bersiap kerana fabrik cotton tidak perlu di seterika dan kelihatan ringkas dan versetail dengan keringkasan cara pemakaiannya.

Kini wide shawl terbaru di pasaran adalah wide shawl labuci ringkas dan tidak sarat dengan manik-manik. Bak kata orang, labuci tak over u ollss ! ;p Mari kita lihat apa yang ada untuk dikongsikan bersama hari ini ! 


 Model : Mariatul Faridah Ibrahim (fb) 



Di sini Rara dah kepilkan beberapa helai Wide Shawl untuk tatapan u all. Wide shawl jenis ni, Rara jual dengan harga RM 15 sahaja.. boleh skodeng sekarang di instagram baru Rara,
@irraralabel   (IRRARA LABEL) 
atau klik saja FB Rara - MASTURA RARA 
manalah tahu sekarang dah jadi harga RM 10... jemput singgah semuanya :)

Tuesday, November 4, 2014

Tips penjagaan kuku

Assalamualaikum
Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku.  Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku. 
Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.
Cara Penjagaan Kuku
1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.
2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
Petua Tradisional
  1. Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. 
  2. Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.
  3. Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu..
  4. Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.
Tips Mudah
Jika kamu mempunyai bajet yang lebih boleh saja pergi dapatkan rawatan di manicure & pedicure!
Tips Kecantikan
Jangan amalkan mengigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.

Sunday, September 28, 2014

Tips menjadi wanita berjaya

Assalamualaikum

 AWAS : 360 

1. Ingat Bahawa Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".



Penulis menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller dan ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

 Sumber : Artikel iluvislam.com

Thursday, August 28, 2014

Feedback : Cool Hijab Hair Serum

Assalamualaikum

Dah dua minggu lebih Rara guna serum rambut Cool Hijab ni. Sejak dari kali pertama pakai di entry ini
sehinggalah hari ini , feedback Rara masih sangat berpuas hati.. :) Serius. Boleh dikatakan, setiap kali nak keluar dari rumah pada waktu siang hari, Rara akan sapu dulu kulit kepala dan rambut nie dengan serum Cool Hijab. Bukan apa, serum ini seolah-olah sebagai persediaan buat Rara untuk menghadapi hari-hari yang panas sejak akhir-akhir ni.


Kebetulan, sekarang nie Rara sibuk dengan bisness tudung  #SupportGazaShawl maka hampir setiap hari jugak la Rara guna serum nie untuk keluar untuk pos shawl, jumpa pelanggan, beli kain dan sebagainya.. Dengan mengamalkan dua titis serum rambut Cool Hijab ni, letih-letih pun masih segar je kulit kepala. Alhamdulillah. 

Kelebihan yang paling Rara jatuh cinta sangat dengan serum Cool Hijab nie adalah apabila cuaca panas dan kepala berpeluh, ia akan kembali bertindak menyejukkan kepala.  Bau wangi pula tahan lama, lepas bukak tudung boleh bau harum je rambut..Feeling princess sangat i olls :P


FUNGSI / KELEBIHAN COOLHIJAB 



RAMUAN / KANDUNGAN COOLHIJAB HAIR SERUM 

Baiklah, secara keseluruhannya, disini Rara nak senaraikan feedback Rara sendiri selepas 2 minggu mengamalkan serum rambut Cool Hijab nie.

1. Rasa sejuk/berangin selepas beberapa saat pakai serum Cool Hijab. Selesa ! :)
2. Bertindak sebagai minyak angin apabila pening kepala akibat cuaca panas. Lega :)
3. Rambut jadi lebih lembut
4. Rambut jadi wangi


Terbaik..... ! Thumb up