Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Monday, November 17, 2014

Surat Jawapan Mah si isteri busuk kepada si suami curang

Assalamualaikum


Surat jawapan Mah si isteri busuk kepada si suami curang | Sumber | MySuperKids.net | Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.
Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.
Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.
Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Kehamilan Shaklee, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?
Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar set-set Shaklee. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.
Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.
Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…
Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.
Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.
Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.
Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…
Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?
Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.
Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.
Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.
Bye abang.
yang benar,
Mah.

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, November 16, 2014

Cara Melukis Kening dengan paling mudah !

Assalamualaikum

Bagi wanita atau gadis-gadis yang baru berjinak-jinak dengan alat make up dan make up, pastinya mereka merasakan bahawa teknik melukis kening yang betul adalah sesuatu yang sangat susah dan rumit. Namun,bagi mereka yang telah lama terlibat dalam aktiviti make up atau merias diri ini, pastinya 'part' melukis kening adalah sesuatu yang sangat mengujakan kerana kening yang 'tidak cantik' itu telah menjadi kemas dan rapi dengan serta merta ! aummm :p

Hari ini Rara akan kongsi beberapa keping gambar yang mungkin dapat membantu kita semua dalam proses mencantikkan kening ini. Mari belajar dengan kaedah melihat gambar..

 1. Kenali bentuk kening anda


2. Ukur pangkal kening, (depan) puncak kening (yang paling tinggi/menaik) dan hujung kening (pastikan halus)

 3. Untuk menyenangkan diri sendiri, ukur dengan peralatan kening yang sedia ada seperti berus eyebrow itu sendiri atau pensil eyebrow. Yang penting ia panjang  dari hidung sampai ke kening

 4. Garis kening anda mengikut jenis bentuk kening anda masing-masing dan warnakan/blend dengan kemas.


p/s : kening yang berterabur atau mempunyai banyak lebihan bulu kening di atas atau bawah perlu ditutup dengan foundation atau concelour

Till we meet again :p

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, November 8, 2014

Wide Shawl Terbaru

Assalamualaikum

Wide shawl kini menjadi sebutan ramai memandangkan penggunaan material cotton nya sangat selesa terutama bagi kita,wanita di Malaysia ini. Dengan perubahan gaya hidup setiap orang,wide shawl membantu kaum wanita dalam menjimatkan masa untuk bersiap kerana fabrik cotton tidak perlu di seterika dan kelihatan ringkas dan versetail dengan keringkasan cara pemakaiannya.

Kini wide shawl terbaru di pasaran adalah wide shawl labuci ringkas dan tidak sarat dengan manik-manik. Bak kata orang, labuci tak over u ollss ! ;p Mari kita lihat apa yang ada untuk dikongsikan bersama hari ini ! 


 Model : Mariatul Faridah Ibrahim (fb) 



Di sini Rara dah kepilkan beberapa helai Wide Shawl untuk tatapan u all. Wide shawl jenis ni, Rara jual dengan harga RM 15 sahaja.. boleh skodeng sekarang di instagram baru Rara,
@irraralabel   (IRRARA LABEL) 
atau klik saja FB Rara - MASTURA RARA 
manalah tahu sekarang dah jadi harga RM 10... jemput singgah semuanya :)

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Tuesday, November 4, 2014

Tips penjagaan kuku

Assalamualaikum
Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku.  Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku. 
Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.
Cara Penjagaan Kuku
1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.
2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
Petua Tradisional
  1. Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. 
  2. Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.
  3. Selain itu boleh juga mengunakan hirisan buah lemon dengan di gosokkan pada jari dan kuku anda, biarkan 5-10 minit dan dibilas. Boleh amalkan selalu..
  4. Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.
Tips Mudah
Jika kamu mempunyai bajet yang lebih boleh saja pergi dapatkan rawatan di manicure & pedicure!
Tips Kecantikan
Jangan amalkan mengigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts