Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Sunday, February 9, 2014

Dihalang masuk Jepun: Penganjur forum minta maaf kepada Anwar secara terbuka

Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa (Sasakawa Peace Foundation), Jiro Hanyu bertemu secara empat mata dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi meminta maaf atas insiden larangan masuk ke Jepun Januari lalu.

Jiro mengakui bertanggungjawab di atas insiden tersebut kerana selaku penganjur, mereka harus memastikan semua berjalan lancar.

"Saya adalah penganjur, saya harus bertanggungjawab atas kemelut yang berlaku.
"Saya bertanggungjawab ke atas insiden memalukan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Jiro dalam sidang media selepas bertemu Anwar secara tertutup di Hotel One World di Petaling Jaya, pagi ini.


Dalam kontroversi pada 19 Januari itu, Anwar dihalang masuk oleh pihak imigresen Jepun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.
Pihak berkuasa Jepun memberi alasan Anwar tidak mendapatkan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.
Jiro berkata, pihaknya mendesak penjelasan daripada kerajaan Jepun terhadap kontroversi halangan tersebut.

"Sebab utama lawatan ini ialah untuk meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengalaman buruknya di lapangan terbang.

"Saya juga sudah menghantar surat kepada pihak kehakiman dan kementerian hal ehwal luar untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Sementara itu, Anwar menerima permohonan maaf tersebut dan berharap kedua-dua pihak dapat melupakan insiden yang berlaku itu.

"Saya mahu melahirkan penghargaan kepada Jiro Hanyu yang sanggup datang dan meminta maaf serta pendirian mereka.

Sumber | Artikel asal : http://my.news.yahoo.com/dihalang-masuk-jepun-penganjur-forum-minta-maaf-kepada-052711992.html

"Bagi saya, pandang ke depan. Ini hanya satu pengalaman," kata Anwar pada sidang media sama.
Jiro berkata, beliau berharap insiden tersebut tidak akan menyebabkan hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun keruh.

"Saya juga berharap hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun tidak akan menerima kesan," katanya.
Anwar selepas insiden tersebut menuduh Putrajaya mempunyai peranan dalam halangan ke atas dirinya.
Pemimpin PKR mengkritik tindakan tersebut, malah sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai Shamsul Iskandar Md Akin juga menganjurkan himpunan di hadapan Kedutaan Jepun dengan memijak bendera negara matahari terbit itu.

Putrajaya melalui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki negara tersebut. - 10 Februari, 2014.





Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts