Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Tuesday, November 17, 2015

Ways to take a break

Assalamualaikum


Alhamdulillah, tak lama lagi cuti sekolah. Walaupun masih sibuk dengan meeting plan takwim, perancangan strategik, taktikal, operasional dan blablabla, sekurang-kurangnya tidak lah sesibuk yang sebelum ni. 

Pensyarah saya pernah kata, nak tengok level sibuk orang tu, kita tengok dia sempat makan ke tidak. Kalau tak sempat makan, memang sibuk. Hmmm, saya pernah tu sibuk level tu. 2 minggu sibuk dengan program dan hal-hal UBK lepas tu saya sakit sampai kena ke hospital bagai. Kahkahkah padan muka. 

Disebabkan trauma dengan rasa sakit yang lain macam tu, kini saya telah menjadi seorang yang menjaga waktu makan. Sebelum pergi sekolah atau lepas punch card, saya terus makan kecuali ada program yang sebelum jam 7 tu. Slot bersama kaunselor gitu. Kemudian, balik sekolah terus masak untuk lunch tak kira la penat atau pun tidak. Janji kena makan ! 

Saya sendiri pun ada definisi sibuk.

''Kalau sehari tak selfie langsung tu, memang sibuk betul lah tu'' Huhu.

So dibawah ini ada 50 cara untuk berehat.

Sumber ; fb




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, November 15, 2015

My flashlight

Assalamualaikum

Mula-mula masuk kerja, saya macam krikkkk~krikkk
krikkk ~ krikkk

Takde kawan ! haha.

Maksud yang lebih tepat, tak ada kawan yang sebaya.. yang masih berada di generasi yg sama. Y

Sampai la saya jumpa Atiqah. Alhamdulillah, ada seorang guru baru, posting 8 bulan awal dari saya. Bila berkenalan, rupanya dia sama umur dengan saya. Omaigoddddd yay !

Hari tu Tiqah tolong saya buat kerja, lepas sudah semua kerja, dia lukis benda alah ni pakai painter.

Nah. Abadikan kenangan bersama. Lalalalaa.




Terima kasih Atiqah.

Tahun depan i vote you ! Guru paling komited 2016 :)


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, November 11, 2015

Mudahnya setia.

Assalamualaikum


Kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu, bagi saya terlalu susah. Jadi saya pilih untuk setia.

awak?



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Friday, November 6, 2015

Jurugambar penipu. Tipu kawan sendiri

Assalamualaikum

Jurugambar penipu. Tipu kawan sendiri | Saya tidak pastilah sama ada beliau anggap saya ni kawan dia ataupun tidak, tapi apa yang dia lakukan benar-benar buat saya rasa tak sangka, kecewa,sedih, kesian, dan bodoh. Hmm. Pity me. 

My best friend forever, Hilda kahwin beberapa bulan lepas. Dah nak dekat setahun dah pun... Masa dia kahwin tu dia hire khidmat kawan saya sebagai jurugambar. Jurugambar ni pula kawan lama saya.. Saya kawan dengan dia sejak saya umur 19 or 20 lagi. Pada mulanya Hilda tanya pendapat saya jurugambar mana yang sesuai untuk shoot wedding pictures dia dan hubby, jadi dalam kepala otak saya adalah beberapa nama calon yang terpilih, dan saya cadangkan EO sebab dia kawan lama saya, plus dia jenis yang softspoken, extrovert, pandai attract orang untuk bersahaja depan kamera dan macam-macam lah yang positif tentang jurugambar ni. 

Gosh, i thought wrong... 

Sungguh tak sangka lepas shoot wedding semua, jurugambar ni mula buat perangai. Mesej tidak berjawab... call tidak berangkat.. berbulan-bulan juga.. Mula-mula kami (saya,Hilda,suami dia, keluarga dia) bagi EO peluang untuk explain apa masalah dia sampai tak boleh siapkan gambar dalam masa yang ditetapkan.. tapi dia tidak respon juga... Kemudian kami sabar lagi.. Hilda bagi peluang kalau tak dapat siapkan album atau edit, bagi soft copy saja pun jadilah.. sebab nak la tengok gambar wedding sendiri kan.. tapi tak ada respon... saya sendiri ada mesej jurugambar ni tapi dia tak respon juga.. Saya mula rasa hilang hormat pada dia. Beb, aku anggap dia kawan kot ! Sebab dia kalau bercakap, wah macam bagus.. aku kagum dengan cara dia berfikir, cara dia mentafsir situasi, dan macam-macam lah yang positif sebagai seorang kawan. Kehidupan ini memang mendewasakan kita, now i belajar bahawa tak semua orang yang baik, akan baik sampai bila-bila... aku terfikir kalau la jurugambar ni anggap aku kawan dia.. tak kan la dia nak tipu kami... Duit dah ambil, penuh lagi. On time Hilda bank in. Andai kata lah jurugambar ni rasa bayaran ni tidak cukup... dia boleh sebenarnya berunding..sebab kami kawan kot ! Kenapa perlu senyap.. block fb.. instagram.. deactivate all... leave media sosial, leave friends,. Hey kata profesional ?? Bukan ke you selalu claim that people di sekeliling you tidak ikhlas berkawan dengan u sebab mereka hanya nak sedut ilmu fotografi percuma dari you ? bukan ke you selalu kata u sering di ambil kesempatan? Now answer me.. siapa yang ambil kesempatan pada siapa sekarang ? :) 

Sebelum dia deactivate semua tu, saya masih boleh lihat keberadaan dia. Dia dengan normalnya beriadah dengan rakan-rakan jurugambar yang lain. 

Dude, i stalk you.

Hilda ada buat report police. Saya ada baca kertas laporan tu. Tapi... itulah, kes macam ni. Krikkkk~krikkkkk. Well, EO, jumpa di akhirat lah dengan Hilda.. Minta maaf pada dia. Mas sebenarnya malu kat Hilda. I thought you are an honest man. I thought wrong again. I rasa bersalah kat Hilda, rasa bersalah kat suami dia, rasa bersalah kat mama dan abah Hilda because they trust me. I trust you but you? Hilda.. sorry... aku terasa bila kau update status pasal EO ni. Gila tak terasa, aku yang rekemen EO :( Tapi aku already know that u never blame me. But sorry Da. 

TAPI. Its all still my fault. I yang rekemen you kat mereka. Bukan salah you, bukan juga salah Hilda. Its me my self no one else. Geng, sorry. I didn't meant to. Thousand appologies gais. Sigh. Macam EO sendiri, dia boleh je fikir ''sape suruh kau ambik aku sebagai jurugambar? kau yang nak aku shoot kan''   (Dari segi pemikiran negatif, it would be like this)

Oh baru teringat. Before Hilda buat report polis, Kami ada bincang ikhtiar lain untuk berunding dengan EO, iaitu contact kawan baik EO. Alhamdulillah kawan dia boleh tolong. Tolong pass copy. Alhamdulillah la jugak, at least boleh tengok gambar wedding tu walaupun soft copy dan tanpa album dan editing yang sepatutnya seperti yang dijanjikan dengan nilai bayaran (kontrak lisan) 

Enty ini beri pengajaran pada saya. 

EO, i know you tak baca blog i, tapi i hope one of your friend in my friendzone akan sampaikan suara hati i ni kat you. Suara hati sangattttttttttttt. Wekkk. 

Beb i know payment tu tidak sebanyak orang lain. Bukan 3-4 ribu pun. Tapi cuba you fikir, kita percaya 100% pada ALLAH kan, tapi di mana agaknya tempat kita di sisi  Dia kalau macam ni kita buat orang? Kita sama-sama hamba. Usah lupa diri bila mula selesa bersendiri. 



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, November 1, 2015

Tempat Makan Menarik di Sipitang, Sabah

Assalamualaikum

Nak cerita pada readers, tempat pertama saya jalan-jalan bila dipostingkan di Sabah ni. Esplanade Sipitang ! Perjalanan dari KP ke Sipitang adalah lebih kurang 45 minit. KP stands for K**** P**** okay. Haiii malas la nak eja penuh nama KP ni, sebab nak elak orang KP google lepas tu jumpa blog ni secara langsung. Hahahaaa. Privacy la konon. 

Thanks Iman sebab ajak saya masuk geng. Jadi inilah kawan-kawan saya kat sini.

Esplanade Sipitang ni terletak di pekan Sipitang. Sangat senang nak cari sebab pekan dia kecil sahaja. Kalau korang ada dengar kawan-kawan nak pegi Sipitang, confirm nak pegi Esplanade  la tu. Makan sate. 
Dua jejaka kat belakang tu Ustaz Kerol dan Ustaz Din. Dorang je la kawan lelaki saya kat sini. Kui3. So, kepada cik abam saya nun jauh di semenanjung tuh... Nothing to worry okay. Mereka baik, kelakar dan islamik. Al-maklumlah, ustaz. Tiap kali lepas baca doa makan, mereka akan bacakan juga doa dipercepatkan kawen. Aminnnn... Hehe first time ni saya berkawan dengan golongan ustaz. Hee. Syukur.



Dua wanita ayu dan sopan ini pula teacher Iman dan Ustazah Yani. Dorang ni kategori gadis Kelantan yang pandai masak. Tak macam haku. Haha.. Iman juga merangkap housemate saya. Dia famous kat daerah ni. Tengok kereta saja pun dah tahu itu Iman. Kalau tak silap mereka berempat ni dah lebih kurang 3 tahun posting di daerah KP. Terima kasih korang sebab bawak saya kenal-kenal tempat kat sini. 

Kat Sipitang ni makanan yang best adalah Sate dia. Kalau pegi sana nanti anda akan lihat berderet-deret restoren dan gerai yang jual sate dan makanan lain. Pandai-pandailah pilih ek. Hehe. 



 Salah 1 piring sate yang kami order. 4 bintang ! 


Biasa kita makan sate dengan nasi himpit kan, tapi kat sini kita makan dengan. dengan. dengan pedia taktau orang panggil? Amende wei nasik dalam daun kelapa yang dianyam tu? 

Lagi satu yang menarik bagi saya lah, dia punya gelas... besarnya ! haha... Lagi besar dari yang korang tengok dalam gambar ini :) Apa-apapun, saya enjoy makan disini. View cantik, tempat bersih, kalau pegi petang-petang lagi seronok sebab lebih teduh. Till we meet again, adios.





Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, October 31, 2015

Wednesday, October 28, 2015

Pujangga Kata untuk Sahabat

Assalamualaikum

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.

Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan..

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran..

Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka. Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, walau di mana pun berada :)

Thanks korang ! Miss you all. See you soon darls . 




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Rindu Kelate.

Assalamualaikum

Hati girang sejak dua menjak ni. Mana tak nya, cuti persekolahan bakal menjelma. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa kerja tambahan atau kerja luar bidang, dapatlah balik pada hari yang dicadangkan. Doa-doakanlah ya.

Tiket flight dari KK ke KL then KL ke KB dah beli dah. Beres semua. TQ Kak Tia tolong uya :)

Naik Malindo jer i olls ni... yang paling mampu. Ekekekekee. Orang kata posting di SS ni untungla, banyak elaun. Tapi ada elaun pun guna untuk beli tiket ni ngekkk. Kikiiiii. Bak kata Amran Fans, jilake...

Bila rindu kelate menjelma, mula lah belek-belek album lama. Album dalam folder. Hehe.
Rindunya !
Dah lama tak makan tomyam ala2 siam ni.. Sini tak ada... hee. Maybe ada tapi belum pernah pergi lagi.

Ok bye ! Saja update blog walaupun tak ada info ni.



 Throwback sikit gambar poyo di Pantai Cahaya Bulan, 

Rindu jugak dengan si bulus ni. Meow ni along punya. 




Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, October 17, 2015

Two years ago

Assalamualaikum

Godek-godek lappy malam ni, terjumpa gambar-gambar dua tahun lepas. Gambar bersama Lela... masa ni kami tengah tunggu bas untuk balik ke rumah sewa selepas sejam di pasar malam :) Macam tu lah life semasa menjadi pelajar UPSI dulu. Masa ni kami tak ada kenderaan sendiri lagi, jadi pengangkutan utama adalah bas, kedua adalah teksi, dan ketiga adalah kereta skandal. Emmm. haha 

Rindu zaman belajar. Tapi tak rindu saat buat assignments dan thesis ok. 


 Semoga persahabatan kita kekal sampai tua. Heee. 



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, October 7, 2015

Kuotasi cinta menarik | Motivasi cinta

Assalamualaikum






Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Rupa tidak cantik ? Anda ada kelebihan !

Assalamualaikum


Sumber : Tentang kita 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Waktu doa mustajab | Dimakbulkan

Assalamualaikum

Kadang- kadang bila kita sudah tidak ada tempat untuk bergantung, kita lupa akan kebergantungan kita yang hakiki, yang satu-satunya tempat bergantung adalah kepada Allah S.W.T..

Korang pernah tak rasa macam doa korang tidak dimakbulkan?
Aku pernah !
HAHAHAHAA

Jadi bila ada masa sikit, jom lah kita sama-sama semak balik apa yang kita buat semasa atau sebelum berdoa itu.. salah satu faktor kenapa ya doa kita tidak diangkat.. emmm waktu kita berdoa tu tidak sesuai... huhu.

Contohnya macam saya sendiri, suka-suka saja bah berdoa apabila teringat. Walaupun masa tu tengah shopping.
Bah, check balik waktu yang sesuai untuk berdoa....





Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, September 13, 2015

You.. Just go.

Assalamualaikum

Aku ada 1 soalan. Soalannya adalah......

''hari apakah aku cuti ? ''

Isnin - Jumaat sekolah..
Jumaat - Ahad kem atau program...

Sapa dapat jawab soalan ni aku bagi hadiah :)

**********************


You, boleh u pergi sekarang ?
Sebelum saya berterus terang.

You, i tak mampu.
Cinta ini bukan untuk kamu.

You.., jurang ini terlalu jauh...
Suatu hari nanti engkau atau aku akan jatuh.
You, kita belum terlewat
Untuk hentikan apa yang sedang dibuat.


*******************************


Kredit gambar : Langit Di Hati Orked :  www.facebook.com/Langit DiHati Orked
                                                        Penulis : Iman #puisibawahlangit 
                                                     http://puisibawahlangit.blogspot.my





Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Saturday, September 5, 2015

Amaran buat yang ingin berkahwin bukan pada masanya

Assalamualaikum

Amaran ini dipetik daripada RUSYDEE ARTZ yaaaaa. Kite share jer :)
ehem-ehem !



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Wednesday, September 2, 2015

Lemas .

Assalamualaikum

LEMAS

4 tahun ku mengapai tangan mencari tebing.
ramai yang membantuku
kucapai kiri kudapat ranting
kucapai kanan kudapat sayap

LEMAS

lemasku tak sendiri
dalam air ini kulihat kehidupan
dalam air ini juga kuhampir mati
kata hati ini sia-sia
kata misi ini kuncinya

LEMAS

aku dah hampir kepenghujungnya
masa itu sungguh cepat berlalu
untuk mereka..
baik itik ataupun manusia 
aku berterima kasih..


Ada itik

Depa x juai itik. 


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

TIPS BERKESAN MENCEGAH STRESS

Assalamualaikum

PT3,SPM,STPM kini menjelang tiba...apakah perasaan adik-adik semua ? Bagi mereka yang bekerja, sekarang sudah hujung-hujung tahun... mesti banyak perkara yang perlu diselesaikan.. Disini kita nak bagi tips sikit. Tips apa?

Tips berkesan mencegah stress
1.      Buat senarai stress
Individu boleh mencuba untuk membuat senarai stress kemudian menyimpannya untuk beberapa minggu, dan senaraikan masa, tempat dan individu yang memburukkan lagi tahap stress anda. Jenisnya mungkin berbeza-beza. Stress mungkin boleh terjadi kerana kurangnya rehat, bebanan tugas dan perkara-perkara lain yang boleh mengakibatkan stress.

Apabila individu sudah mengetahui punca-punca stress, dua langkah ini boleh membantu iaitu :

·         Berkongsi masalah dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sebagainya kerana ia boleh membantu anda berjaga-jaga dengan mengenali benda yang menyebabkan anda berasa stress. Hanya melalui percakapan sahaja boleh menbantu individu menghilangkan stress.

·         Cara yang kedua ialah melalui teknik regangan yang dimana individu boleh melakukan regangan ketika menghadapi situasi yang tegang dan memaksa kita untuk mengambil bahagian. Sebagai contoh, apabila membuat regangan leher ketika mengalami kesesakan lalu lintas.
Cuba teknik regangan yang mudah seperti :
·         Tarik nafas sedalam yang boleh. Individu perlu mengambil nafas yang panjang secara perlahan-lahan dan menghembus nafas juga secara perlahan lahan. Lakukan secara fokus dan beberapa kali dan anda akan merasa lebih relaks.
·         Meregang dan merehatkan otot. Cuba memusing leher kekiri dan kanan mengikut keselesaan dan cuba untuk relaks. Rehatkan bahu dan otot belakang untuk beberapa saat dan rehat sepenuhnya.
Cuba cara mudah ini apabila anda berasa relaks dan jadikan ia sebagai rutin harian apabila berhadapan dengan stress.

2.      Regangan positif
Cari satu masa yang sesuai untuk rehat secara positif. Jangan tunggu sehingga anda berasa relaks. Individu perlu merancang aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa relaks seperti berendam di dalam air, duduk secara santai atau mendengar muzik. Cara ini boleh menjadikan hidup anda kembali menjadi normal. Sesetengah individu menyatakan bahawa pengambilan masa untuk antiviti rehat adalah berguna contohnya membuat yoga dan juga membuat senaman.

3.      Bercuti
Cuba untuk mencuri masa anda untuk pergi bersiar-siar ataupun bercuti bersama keluarga. Apa yang anda perlukan ialah mulakan hari dengan permulaan yang baik. Masa bercuti merupakan masa yang amat sesuai untuk merancang hari anda dan bersedia untuk untuk memulakan hari tanpa tergesa-gesa. Jangan biarkan sesiapa menggangu hari cuti anda.

4.      Senaman
Ramai yang bersetuju bahawa senaman boleh mengurangkann stress selain dapat menyihatkan badan dan juga mencegah penyakit. Sebarang senaman adalah baik tetapi cuba merancang untuk sekurang-kurangnya 30 minit untuk masa senaman lima kali seminggu. Bagi individu yang tidak biasa bersenam, mereka boleh bermula dengan berjalan dengan pantas. Tambahan lagi, dengan senaman dapat menyelesaikan masalah sukar tidur malam.

5.      Rokok dan alkohol?
Jangan diperdayakan dengan percaya merokok dan minum arak akan membantu menghilangkan stress. Pada jangka masa panjang, ia tidak membantu. Miinum arak untuk menghilangkan stress selalunya akan menyebabkan individu menjadi pemabuk tegar.

6.      Hobi
Ramai orang mendapati bahawa hobi yang di mana tiada tamat tempoh, tiada tekanan dan boleh diambil dan dibuang sesuka hati dan juga boleh menghilangkan stress seperti sukat, mendaki gunung, mendengar music dan juga membaca buku.

7.      Rawatan
Jika mendapati bahawa stress anda sudah menjadi teruk dan sukar untuk diatasi, jumpa doktor jika ianya menjadi lebih teruk. Rawatan lanjut seperti menjalani kaunseling atau pengambilan ubat-ubatan mungkin diperlukan.

Kesimpulannya, individu perlu bijak menguruskan stress mereka. Pencegahan yang baik juga perlu untuk mengelakkan masalah terutamanya masalah berkaitan kesihatan mental. Individu perlu mengenali diri sendiri kerana kadang kala kita sendiri tidak sedar bahawa kita mengalami stress walaupun badan kita telah memberi tindak balas.



Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Thursday, August 27, 2015

Sabah bha.

Sabah bha...


Alhamdulillah impian Rara sejak bangku sekolah dah pun tercapai. Tarikh 17 ogos 2015  adalah hari lapor diri di Kuala Lumpur dan 19 ogos 2015 pula merupakan hari lapor diri di sekolah yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Berkhidmat di negeri bawah bayu Sabah SMK P merupakan sekolah pertama aku dipostingkan selepas setahun menunggu panggilan ini.

Teringat zaman sekolah dulu, Rara pernah gagal dalam mata pelajaran yang kurang diminati. Namun semua itu bukan alasan untuk terus tunduk pada kegagalan itu.


Kita tidak pernah gagal,Cuma kita temui jalan yang salah untuk berjaya.

                      Mari sama-sama kita betulkan !        



~Kerana kita begitu berharga ~


Bagaimana saya boleh membantu anda?
-Bimbingan Individu
-Bimbingan Kelompok
-Kaunseling Individu
-Kaunseling Kelompok
-Kemahiran Belajar
- Inventori

-Mengadakan program yang bersesuaian

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Monday, July 6, 2015

Mekap | Wajah Cerah Sekata dengan COLLAGEN CC CREAM - Raily Cosmetic

Assalamualaikum

Pernah tak korang (pembaca wanita) berdiri seketika di meja mekap, depan cermin, merenung alat mekap dan keliru untuk pakai mekap yang mana 1 ?? Pernah tak.... jeng3... Orang kata, perempuan ni jenis yang blur-blur sikit bab membuat pilihan, haha. Walaupun tak semua wanita blur, salah seorang yang blur itu adalah saya ! Lalalaa.. 

Contohnya kan, hari ini kena keluar jumpa customer. Lepas jumpa customer nak photoshoot tudung. Lepas photoshoot tudung nak jumpa kawan lama, so nak selfie banyak2. Ada 3 'event' hari ini. Maka, pening lah aii nak mekap jenis mana ni?? Bagi seorang yang blur, mekap yang paling sesuai adalah natural mekap ! Haha... Natural mekap ni paling selamat dikenakan. Tak over dan tak selekeh. Rilek-rilek sahaja... 


Sejak ada CC CREAM RAILY COSMETIC ini, memang  setiap kali nak mekap, Rara akan pakai cc cream ni. Jujur sejujur jujurnya, sejak guna cream ini, Rara tak lagi pakai foundation. Bedak pun tak pakai. 
Kalau awak-awak nak tahu, CC CREAM ni stands for collagen cream.. Dalam cream ni ada kolagen yang membantu untuk ; merawat kulit wajah dari dalam, menganjalkan kulit wajah, 
menutup cela dan pigmentasi di wajah, dan lain-lain lagi u all boleh baca di website di bawah :)


atau hubungi 
Dyah Mia
+6011 3295 8062
+6017 903 2179

As for myself, sejak Rara guna cream ni, perubahan yang Rara dapat lihat antaranya ; 
- Kulit semakin cerah dan pinkish 
- Kulit muka jadi lembut dan anjal,
- Parut jerawat jadi pudar 
- Kulit muka lembap dan tidak kering lagi...

Tapi kejap.. Mula-mula masa Rara cuba pakai cream ni, tak selesa sangat. Rasa macam 'mekap cair' ! Tapi rupa-rupanya bukan salah cream ni. Sebab hakak yang tak pandai pakai. Haha. Ok adik-adik. Ni kak Rara nak ajar cara pakai cc cream Raily Cosmetic.. 
1. Picit krim ke jari atau span 
*Tidak perlu banyak, sedikit sahaja sudah cukup* 
2. Sapu pada zon T atau mana-mana ikut kesesuaian masing-masing 
3.Sapu rata-rata seluruh muka dan leher jika mahu. 

Pointnya disini, cream ni pakai sikit sahaja dah elok :) kemain masa mula-mula pakai putih melepak, silap tu... pakai ala kadar je, hasilnya luar biasa, Natural ! Lagi satu, Rara perasan cream ni makin lama makin glowing... tak macam cream lain makin lama makin comot.. alalalalaaa. ala sayang...Selain itu, Krim ni halal dan tak ada merkuri.. usah bimbang tentang itu..ya..

Kalau kita pakai cream lain macam krim siang,bedak yang dibasahkan dengan span, atau foundation, kita dapat rasa kat muka kita yang kita ni kasar sebab lapisan mekap kita.. Tapi kalau cc cream ni, rasa smooth je.. rasa macam tak pakai apa-apa..malah, bila sentuh kulit, boleh rasa lembutnya haiii... ni kalau dah bersuami ni kompem encik suami puji setiap hari. Opppps. =P 
Tanpa foundation,bedak,conclear atau sebagainya.. hanya cc cream sahaja :) 
*lipstik & eyebrow kategori lain ya*

Last picture, di bawah adalah perbezaan tak pakai krim dengan pakai krim CC CREAM 

Picture ni tak di'filter' kan. Memang bila pakai cream jadi cerah la kulit. Tak nampak kusam dah :) 

Berminat ? 

atau hubungi  Dyah Mia
+6011 3295 8062 |  +6017 903 2179

Jemput LIKE FB RailyCosmetic untuk mendapatkan info terbaru dan harga promosi ya !
Selamat mencuba 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Apa itu Strok Haba dan Cara Mencegahnya

Assalamualaikum

Baru- baru ini negara kita digemparkan dengan kes seorang pelajar yang dikatakan meninggal kerana strok haba. Kanak-kanak tersebut (pelajar) dikatakan berpuasa dan itu memungkinkan lagi beliau untuk terkena strok haba serta merta. Kesahihan kes itu tidak dapat saya sahkan namun sebagai peringatan, semua orang harus berwaspada selalu. 

Cuaca yang panas, ditambah pula dengan bulan puasa ini tubuh badan seseorang kurang air dan tenaga. Oleh itu, amat mudah untuk kes strok haba berlaku pada bila-bila masa. Sebagai seorang yang perihatin, amat wajar untuk kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain mengenai kesedaran tanda-tanda strok haba dan langkah-langkah pencegahannya. 

Apa itu strok haba ? 

Strok Haba adalah keadaan apabila suhu dalaman badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius akibat cuaca yang terlampau panas. Cuaca yang panas terik  menyebabkan kurangnya air di dalam badan seseorang manusia. Asasnya, suhu normal badan manusia ialah 37 darjah celcius. Apabila suhu badan meningkat sehingga 40.5 darjah celcius, risiko strok haba menyerang adalah tinggi . Strok Haba boleh menyebabkan suhu dalaman badan seseorang meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celcius. 


Tanda-tanda awal strok haba ;



Cara rawat mangsa stroke haba :-
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan stroke haba :-
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari.
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Gambar diambil sebelum Ramadhan :) 
Take care everyone. XOXO 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Cara Mencerahkan Kulit Wajah secara Instant ! WHITESYNERGY PP MASK

Assalamualaikum


Tanpa bantuan filter gambar di instagram, sebenarnya  kulit kak Rara u olls ni tidak lah secerah yang disangka.  Aktiviti luar yang memerlukan pendedahan matahari yang terus membuatkan kulit saya semakin hari semakin gelap. Haaa. Yang ni lah kita panggil sunburn. Kalau dulu Rara ada share tips menghilangkan sunburn dengan menggunakan sumber alam semulajadi, kali ini Rara nak share 1 produk yang lagi senang, cepat, dan berkesan untuk tangani masalah kulit gelap atau terkena sunburn ni.

Al kisahnya, menyedari perubahan kulit yang semakin tan, saya tercari-cari produk yang boleh memutihkan kulit secara cepat dan mudah tanpa perlu mekap tebal, sehinggalah diperkenalkan dengan produk WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK oleh seseorang yang profesional. TQ Zyan :) 


Kini, WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK  ni dah jadi produk utama Rara untuk mencerahkan kulit muka. Yela teringin gak nak putih macam orang lain, kalau kulit putih, pakai apa pun nampak cantik. Huhu  =) 

WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK  ini HALAL dan diperbuat daripada bahan semulajadi, istimewanya ia telah dirumus khas secara moden untuk memudahkan kita menyimpan dan menggunakannya apabila diperlukan. Antara bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan PP MASK ini  ialah stem sel epal, stem sel oren, aloe vera dan the hijau. Selamat dan mesra alam bukan?

Fungsi/kegunaan PP MASK ini ialah untuk ;

-Memutihkan dan mencerahkan kulit
-   Menyegarkan wajah
-       Membuang whitehead dan black head
-       Mengurangkan pigmentasi
- membuang sel kulit mati

Di bawah adalah testimonial diri Rara sendiri ; 


 Sebelum,semasa,sesudah & siap ! Jom keluar.. tak payah mekap dah. 

Setiap individu akan mempunyai masalah kulit wajah masing-masing, termasuklah Rara sendiri. Kalau korang tengok dekat-dekat muka ni, akan terserlah lah whitehead dan blackhead yang ada ni… hehe. Memang masa mula-mula cuba pakai PP MASK ni, berharap sangat agar gel ni mampu tarik sekali kotoran-kotoran tersumbat di bahagian hidung dan pipi ni. Tak larat dah guna masker yang menyakitkan kulit sebelum ni. Alhamdulillah la harapanku tidak sia-sia. Selain daripada dapat ‘putih instant’ , dapat gak merasa licinnya haiii muka ni tanpa white and black head. Nyahhh kau ! Hehe.  PP Mask ni tak sakit bila tarik. 


Thank you WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK !


Berita baik, hari ni rezeki pembaca-pembaca sekalian. Sebab apa tau? Sebab...
Rara nak kongsi PP MASK milik Rara ni kepada 20 orang pembaca bertuah ! Setiap orang akan dapat sekeping PP MASK ini untuk dicuba dan kalian boleh lah turut sama bagi feedback di blog masing2 kalau sudi. Sudi-sudikanlah diri ya geng ! :)  Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan PP MASK percuma ni daripada Rara tau, sebab kalau beli ni... RM 18 tau. Barang baik, sesuailah dengan nilainya. Jadi, bagi yang berminat nak cuba PP MASK ni. Komen kat bawah nanti ya. Rara akan pos untuk u all. FREE. Yayyyy !
#REZEKIRAMADHAN #PUTIHDIHARIRAYA #PPMASK

Sebelum cuba, mari belajar cara menggunakan WHITE SYNERGY EFFECT PP MASK :)

1.       Sapukan/oles gel  pada keseluruhan muka dan leher.
2.       Biarkan seketika dan tunggu sehingga kering (sekitar 1 jam atau kurang)
3.       Tanggalkan gel yang telah kering dengan menarik dari bahagian leher/dagu hingga ke atas
4.       Bilas dengan air bersih
5.       Rasai perbezaannya ! Kulit akan lebih putih, segar dan lembut
SEMUA NI UNTUK PEMBACA BERTUAH ! YAAA. AWAK LA :) 
Last picture. Selamat hari raya tak lama lagi, jangan lupa amalkan guna PP MASK dari sekarang so raya nanti sempatlah merasa kulit putih berseri.

Untuk pembelian, pertanyaan dan sebagainya, boleh lawati website ini ; 
facebook 


Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Sunday, July 5, 2015

Apa Khabar Kulit ku sayang?

Assalamualaikum

Tersenyum sorang-sorang bila menjawab soalan daripada diri sendiri ni. Apa khabar kulit ku sayang? Sebenarnya kalau nak dibandingkan kulit wajah saya yang dulu,dengan yang sekarang, ada banyak juga bezanya... Perbezaan itu datang dengan dua bentuk iaitu positif dan negatif.

Yang negatifnya, usia kulit semakin tua seiring dengan umur. Semakin banyak terdedah kepada matahari, kotoran asap, debu, dan sebagainya. Benda-benda ni secara tak langsung bagi kesan kulit kusam sebenarnya.

Positif side pula, parut di muka semakin pudar... parut jerawat zaman budak U hampir tidak kelihatan, jerawat yang acah-acah nak tumbuh pula cepat jer surut. Kalau hari ni naik sebijik, esok dah kecut u olls ! Lusa dah hilang tanpa tinggal parut pun. Alhamdulillah.

Korang mesti nak tahu kan produk apa lah yang Rara guna untuk mengelakkan masalah wajah ni? Nanti Rara akan cerita detail di entry seterusnya. Ini kira entry pendahuluan la dulu.

Kita tidak mampu nak menyekat penambahan usia, tapi kita boleh melambatkan proses penuaan kulit kita. Kan? Well nanti Rara akan perkenalkan kawan2 pembaca semua dengan produk yang Rara amalkan ni. Sementara itu korang berkenalan lah dulu melalui gambar di bawah :)




Nak berkenalan senyap-senyap dengan produk yang Rara guna ni, boleh terus intai laman web; http://www.livingjungle.com.my/ atau 

Untuk mengetahui keberkesanan  produk ini dengan lebih lanjut, tunggu Rara up entry seterusnya tau ! see you. 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts