Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Tuesday, May 5, 2015

Siapa Nilam Himawari ?

Assalamualaikum

Nama Nilam Himawari kian menjadi familiar dalam kalangan pengguna laman social facebook dan blog terutamanya.Tertarik dengan nama komersial beliau NILAM HIMAWARI membuatkan saya terus menaip dengan perasaan teruja…  

Siapa Nilam Himawari ?

NILAM HIMAWARI  (NIL) atau nama penuhnya Nilam Syapina Binti Rahmad,20 merupakan seorang blogger dan penulis cerpen juga novel yang usianya masih muda namun bakat penulisannya sangat 'amazing'. Melalui  blog beliau http://Nilamhimawari.blogspot.com/ ,saya berpendapat gadis periang ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupannya sehinggakan  beliau suka untuk berkongsi saat-saat tersebut dengan pembaca sebagai pengajaran dan teladan. 

Selfie seorang Nilam. hehe

Blog Nilam Himawari -  http://Nilamhimawari.blogspot.com/

‘’Nil mula menulis sejak 2009 semasa form 2. Nil tulis blog untuk diri sendiri, Nil cuba cerita mengenai kehidupan Nil yang penuh dengan ujian 1 per satu ni. Nil harap, sedikit sebanyak pembaca boleh jadikan pengajaran dan teladan melalui kisah hidup Nil.’’

 ‘’Permulaan Nil dalam bidang penulisan blog, pada mulanya Nil hanya mengenali blog abang angkat Nil sahaja. Tak tahu pula dunia blog ni sangat luas sehinggalah jumpa blog lyssa,.Nil pernah dating dengan Lyssa tau, lepas tu Nil mula sedar yang blog Nil mula dikenali.. Opsss tertumpang glamor Lyssa pulak. Apa-apa pun, glamor tak penting, yang penting niat kita dalam blogging ni biar jelas Lepas dikenali tu lah Nil start deko blog Nil.. namun disebabkan Nil jenis otak seminit dan tak berpendirian tetap, blog Nil diubah diubah sehinggalah pembaca setia pon dah tak dpt tahu Nil di mana .. sehinggalah Nil muncul kembali. Rugi jugak sebab follower dulu agak banyak. Blog Nil dulu lebih kepada cute-cute  tapi sekarang disebabkan semakin matured Nil cuba ubah cara Nil dan Nil tak mahu terlalu tonjolkan diri, Nil hanya nak pembaca setia dan Nil puas dengan penulisan  dan cara Nil tulis’’

Sangat berbakat dalam bidang sastera

"Nil sangat sukakan bidang  sastera dan teater. Oleh itu di sekolah Nil sangat aktif dalam persembahan syair, deklamasi sajak .. nyanyian.. dan semualah bidang sastera. Bidang sastera juga boleh diekspresikan melaluipenulisan, sebab itulah Nil suka tulis cerpen dan novel ! "

   Pencapaian Nilam Himawari di dalam bidang penulisan blog dan cerpen/novel

Blogger Pilihan Utusan Malaysia 

Penulisan blog dan karya cerpen gadis muda ini pernah dipaparkan di Majalah Remaja, Akhbar Utusan Malaysia, Majalah Yezz dan jangan tidak tahu, rupanya Nil ini mempunyai suara yang merdu juga, pernah dapat tempat ke 3 dalam pertandingan karaoke 

‘’Novel sulung Nil diiktiraf oleh penerbit Karytos Creative, InsyaAllah novel  Nil akan di adaptasi menjadi drama tv  tidak lama lagi..Tapi Nil tak boleh beri kepastian tarikh dan masa sebab semua masih dalam rancangan dan perlu melalui beberapa peringkat lagi.. So tajuk pun Nil rahsiakan dulu ya...InsyaAllah, doakan Nil ! ‘’

Majalah 

Good luck dik Nilam, untuk pengetahuan Nil, Kak Rara masa form 2 dulu belum kenal lagi FB.. apatah lagi blog. hihiii.Kagum dengan adik kita ni. Muda-muda dah ada bakat menulis.. lebih kagum akan kerajinan Nil menaip. Wah ! Semoga terus melakar nama sebagai penulis ya, bakat dah ada ni. Kembangkan dan guna kepada jalan yang benar... gitewww. 

Kepada rakan-rakan followers, kalau nak berkenalan dengan Nil, boleh lah berkenalan di ;

bloggerNilam@rocketmail.com atau 
twitter : @bloggerNilamhimawari ,
 instagram : Nilamhimawari , 
blog www,Nilamhimawari.blogspot.com

.
.
.
.

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts