Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Friday, May 12, 2017

Hashtag throwback

Assalamualaikum

Baca tajuk pun dah tahu kan, hari ni entry bergambar yang throwback je.. hehe. Bukan tak ada bahan lain, ada je. (sampai confuse nak update ke tak) Tapi tetiba rasa nak tb outing kami 3 bulan lepas. So perkenalkan... kawan-kawan Rara.. hehe.

Mek Cah (Hazanis) 
Nur (Wan Nur) 
Qiqi (Qiqiey Khairuddin) 
Mar (Mariatul Faridah) 

Usually, ada lagi sorang iaitu Anis Zahirah tapi masa ni beliau sedang berada di luar negeri. Huhu. Hai Anis, nanti kita dating lagi yeee.

Dah lama tak jumpa kawan-kawan sebenarnya, sebab masing-masing ada life sendiri kan, macam Sasa ngan Nur tu, sibuk dengan bisness plus jaga anak. Hihi. Mar sibuk ngan bisness dia, Qiqi? Sibuk dengan kerja and study dan Rara masa ni sibuk jaga perut..baru balik dari Sabah (Mengandung almost 9 bulan dah wei. Haha) Masa ni Rara ada di Kelantan sebab dah mula cuti bersalin. So dapatlah jumpa kawan-kawan semua.. Hee. 



Sasa, Rara & Nur 

Melayan anak Nur :) 

 wefie :)


Oh ya, Mar masa ni sedang pregnant juga... dalam  6 or 7 bulan kalau tak silap. (Sekarang dalam pantang dah) 



Anak-anak penyeri suasana hehe. Geram tengok bebudak comel ni, rasa nak kunyah-kunyah je ! Licha and Medina, muahhhh! 


Outing kami tak lama sangat pun, yela mana leh nak lama-lama macam anak dara dulu dah. Ada anak dan suami untuk diberi perhatian lebih. hehe. Lepas makan2, gosip2, wefie2,window shopping sikit, balik ler. 

Well thanks girls for your precious time, hope to see you again next time. Till we meet again.. Outing kali ni Rara dapatlah serba sedikit ilmu menjadi mak yang disampaikan percuma oleh ummi Mek Cah dan Ummi Nur ni.. heee. 

Adios ! :) 

Credit : Pictures from handphone korang.. Gallery whatsApp. Haha. #throwback 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Popular Posts