Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Friday, December 12, 2014

Feedback - Nutrigoat Miracle 8 | Susu Sedap

Assalamualaikum

Review produk | Feedback - Nutrigoat Miracle 8 | Susu Sedap | Bulan ramadhan yang lepas adalah kali pertama Rara diperkenalkan dengan minuman susu nutrigoat ini. Pada mulanya terasa 'berat hati' nak minum sebab minuman ini sah-sah susu, dan sangat jarang Rara engkau ni nak minum susu.... hehe... Tapi disebabkan kawan-kawan blogger cakap susu nutrigoat miracle 8 ini sedap, maka terpengaruh jugalah Rara ingin mencubanya. Alhamdulillah, sesungguhnya rasa susu nutrigoat ni lebih sedap dari yang engkorang bayangkan... hehe. Serius babe ! Susu ini semua peringkat umur boleh minum, cumanya jika anak-anak seawal umur 2 tahun kebawah, kita galakkan ibunya yang minum.., jadi anak-anak boleh menikmati khasiat susu ini  melalui zat ibu sendiri.

Bila sebut susu kambing, mesti terbayang tentang bau hamis, hanyir, dan macam-macam lagi kan? Haaa..itula.. you all tak tahu.. silap tu persepsi itu dah kuno yer..tak boleh diguna pakai dah, sebab susu nutrigoat miracle ni bebas dari sebarang bau dan bebas juga daripada sebarang rasa yang pelik-pelik. Yang boleh dijamin, hanyalah kesedapan yang membuatkan sesiapa sahaja yang meminumnya akan menjadi 'ketagih' nak lagi.. dan lagi.. benar ! 



Nutri Goat Miracle 8 ini  merupakan minuman kesihatan yang sememangnya berasaskan susu kambing dan kombinasi zat 8 makanan sunnah seperti kurma, kismis, habbatus sauda dan sebagainya. Complete dalam 1 sachet. Berbaloi bukan ? Cubalah !

Kebaikan mengamalkan Nutri Goat Miracle 8

Merendahkan kolestrol
Memberi tenaga kepada ibu mengandung
Mengurangkan risiko jaundice pada bayi
Sumber kalsium yang tinggi
Melawaskan perkumuhan
Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Menguatkan sistem imunisasi
Meningkatkan daya ingatan dan fokus
Menambahkan susu badan 
dan sebagainya 



Bagi Rara sendiri, setelah mencuba susu Nutri Goat Miracle 8 ini , perubahan pertama yang dapat dilihat adalah ia dapat mengurangkan insomnia - kesukaran tidur pada waktu malam. Kalau sebelum ni Rara sering tidur lewat sebab tak terlena, padahal memang niat nak tidur tapi tak boleh. Lepas minum susu ni, sekejap saja dah boleh tidur. Serius.... so tidur memang tiptop dan bila bangun pagi, badan rasa ringan dan segar, terbaik dari ladang giteww.. Alhamdulillah,dapatlah subuh yang sangat berkualiti. Siapa yang tak nak oiiiiii :) 
Jadi sejak itu Rara amalkan Nutri Goat ini sampai sekarang. Walaupun kadang-kadang terputus bekalan sebab tak dan duit, tapi bila dah dan duit, memang beli lah susu ni. Yummmyyyy ! InsyaAllah ia dapat menambahkan kalsium dalam badan ni. Rara kan kurus sangat, elok sangatlah kan minum susu ni. 

Rara nak syorkan kepada rakan-rakan dan pembaca semua, kalau nak ubah gaya pemakanan/minuman kepada gizi yang lebih sihat, cubalah Nutrigoat Miracle 8 ini ya ? Nanti kalau dah cuba, jemputlah komen disini and bagitau maklum balas u all kalau sudi. Ehem2. Till we meet again, xoxo :) 

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh lah langsung hubungi admin di :


Contact : 019-3497868

selamat mencuba !