Friday, March 30, 2012

Mekap tunang. Memang senyum habis la

Assalamualaikum

Sebagai seorang mahasiswi,walaupun tiada kelas pada setiap jumaat,tapi natijahnya tetap ada kerja nak buat. Seolah2 ada kelas. bgun pagi2,gosok gigi. dan wajib mandi. Rambut kalau tak berapa sejuk pagi tu,syampoo terus. Klu tak,lakukan saja pada tengahari. Jumaat lah ada masa untuk bincang pasal assignment, dengan lecturer. Atau dengan rakan-rakan seperjuangan.Hmmm. jumaat minggu lepas ada kerja lain selain assignment.
Gmbr pika kena crop sebab buat aksi luar tabie.
Jumaat lepas aku dimekapkan oleh freelance MUA Nurulnabihanpinksjetfuel utk contoh mekap pertunangan
Lepas siap bincang2 dgn  lecturer ngn rakan2 terus balik rumah sewa untuk bertunang ini.

TERUS SIAP MEKAP
(Warning : Gmbar2 99.99% sengih nampak gigi. Atas arahan photoghrapher walaupun x edit gmbr.)
Harap x meluat sebelum menyampah.
PM : xde ke kompeni nak mintak jadi model ubt gigi?

Bju x salin ag
Dah salin dah!  
silap x pakai contact lens.
sbb tak reti pakai.
takut tercocok mata.







 Haaa mmg sengih sampai nak terkatup bijik mata la !!

 Dakkk. serius senyum teran2 bagi nampak gigi.
*kak andam kata lawa.
# Lawa dak?????? -Berani ckp x lawa?


Pengapit pun kena mekap tau.





Siapppppppp !!
Dah boleh pegi bertunang dalam mimpi. Alhamdulillah..

Freelancer make-up~ menyediakan perkhidmatan make up utk pertunangan, perkahwinan, kelas make up, dsb. jika berminat boleh hubungi 013 4916045 (nabihan).

(Staiii copy paste hat asal)

Wajib tgk page ini . kerana telah merobah bulu mata,bulu kening,dan sebagainya.
*Dia boleh bertukar wajjah,boleh berubah suara.. - buat melodi cita senario ok?


Thursday, March 29, 2012

Cikgu Mastura

Assalamualaikum

Selasa lepas presentation subjek 2P. (Pengurusan Pembelajaran) Group aku dapat tajuk pengurusan bilik darjah. Part aku,aku kena jadi cikgu sejarah. Ya,maka hari itu aku jadi cikgu sejarah. Masa tu aku perkenalkan diri aku. Aku tekankan nama aku cikgu Mastura. Ciss,,kenapa mesti aku sebut nama aku. Boleh je kalau just cakap cikgu. X pyh buh cikgu Mastura. huhuhu !  Makanya semua orang panggil aku cikgu Mastura waktu itu. Blaaa. Bla... blaaaa blaa. aku jadi cikgu sejarah form 3 ari nie. ajar empayar Melaka dgn teknik kemahiran ICT. tayang video.ganas gila masa part pelanduk putih tendang anjing.Ganas gila misai Parameswara.Hehehee. menarik. baru la budak2 minatttttttttttttttttttttttttttttttt . nie x,baca buku. sapa tak bosan? *Jadi kepada cikgu2 sejarah atau bakal cikgu sejarah di luar sana,ubahlah style teknik pengajaran anda di dalam bilik darjah. sudah2 la bacakan budak2 buku teks sejarah.brapa ketul je dgr. aku dulu masa sejarah mmg klu tak menguap luas2,tido. Heheheeeee, sbb tu aku xleh A sejarah. 

Smpai part modul kak tia,kak tia dapat tajuk susun atur bilik darjah. so dia suh "budak2" (rakan2 sekelas) tu buat plan bilik darjah. mcm lukis susun atur meja kerusi papan kenyataan sume. Jadi kami pantau pantau la
Pastu kan................  ada la 1 group nie,,yg dimonopoli lelaki kos apa ntah,, ADE KE PATUT DIA LUKIS SKALI NGAN CIKGU2 SEKALI. CIKGU TU PLAK,AKU. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! hahahaahahahaa ngok ngek tol la budak2 zaman skag. Lebih kurang mcm nie la dorang lukis aku dgn dialog aku.


Masa depa present plan depa,, lepas siap ckp yg wajib2 susun atur kerusi,,meja,,ada itu ada ini,skali ngn fungsi2 sume tu, depa tambah "haa nie kat tgh2 nie plak cikgu. tgh mgajaq.cikgu  Mastura. "pehe dok??'' Hahahahaha hareeem buat main ngn aku noh. hahahahaa. dah la dorang sengaja ikut dialek kelantan aku. Pintu keluar depa tulis pintu tubik ! saja nk mendatangkan kenakalan disitu. nasib baik tgh buat2 jadi cikgu. klu betul2 cikgu aku dah cubit sekor2. heheheheheee. 

Mcm mana boleh berlaku? sbb aku skg malas tul nak cakap bahasa rasmi Malaysia. rasa berat mulut sangat . so mana2 pun aku ckp kelantan kecuali masa present. klu dlm kelas,masa ckp ngn kwn2,masa order mkn,,mana2 lah. aku kecek klate. malah kecek ki il.

Heheheeee.


Bukan selalu aku pakai tudung bawal. Time nak present kebanyakannya.(sbb tutup dada) *reti malu pun.lgpun nk menghayati watak sebgai cikgu kena la pakai mcm cikgu :)cikgu dakkk muka i?????????????hehe.#tudung pinjam roomate punya. aku mana ada.shawl je la adanya. heeee.kancing kiri kanan kt bahu tu pun rumet buat. aku tak reti. aku reti belit2 pastu cekik je. x reti kancing. heee.


Sunday, March 25, 2012

Aku jawab soalanmu

Assalamualaikum

Apabila kau tanya soalan itu,aku diam. Lalu cepat aku tanya hari ini makan apa?
Masa kau tanya aku soalan itu aku heret suara lalu lekas lekas aku tanya hujan tak hari nie?
Ketika kau tanya tentang soalan itu aku minta kau tidur segera..
Sudah,usah ditanya perkara sia-sia. Perkara yg tidak perlu untuk kita.
Aku kata sebab aku benci kamu..
Hari-hari boleh gaduh..
Boleh sepak..
Boleh dukung kalau aku tak mau berjalan..
Kamu tanya lagi.
Kali nie aku jawab terus. Aku tak suka. Tak suka kamu. Jahat. 
Kita percaya tentang sayang.
Kau tak tanya tentang cinta. Kau sendiri tidak cinta. Aku rasa.
Aku tak pernah cintakan sesiapa selepas dia beberapa tahun yang lama. Percaya atau tidak? Aku bercakap benar. 
Berbicara tentang aktiviti harian,terlepas cakap pula tentang aktiviti dengan si tongkat. Kamu tidak suka? Apa tujuan aku perlu cerita semua? Apakah kau akan ada setiap saat jika aku celaka? TIDAK. 
Kamu kata kerana jika berlaku apa-apa kamu ada dan boleh ada di tempatnya. Apakah yg bakal terjadi pada aku? TIDAK. tidak akan terjadi apa-apa terhadap aku. Kerana aku sentiasa yakin,dan sebab itulah akhirnya aku cari kamu juga sebagai pelindungku bila-bila. Walau kamu tiada keupayaan melayani konsep mental secara amnya. Itu kelebihan kamu. Aku selamat di samping kamu. Sebab itu, semoga Allah tidak manjauhkan dirimu daripadaku. Namun mengapa aku pula yang lari dari kamu? Apa yakin benar aku bisa hidup tanpa kamu? 
YA. walau apa pun berlaku,aku mahu aku sendiri.Kalau boleh. Tp hidup ini seperti mendaki. Makin tingi kita pergi,makin tajam apabila terkena duri. Duri itu ada dibawah kaki,yang kita tinggalkan semasa mendaki tinggi. Kita tidak nampak lagi. Sebab kita makin tinggi,duri itu hilang dari pandangan kanan kiri.depan belakang,apatah lg sisi. Naik lah tinggi2. Kalau jatuh kena duri,tanggung sendiri. 

Kasut tumit tinggi.


Seriusnya dia

Assalamualaikum

Maka kini mungkin sudah sampai tahap serius. Anda,berapakah tahap serius itu? Tahukah berapa peratus saja serius bgku?Apa pengertian serius bg kamu? tahu x apa definisi serius bg daku? Mulai sekarang kamu,sila ambil tahu. Kelak kamu rasa terbelenggu.
Semalam dgn lampu jalan,lampu kedai makan,bersama lampu lip lap di pintu gerbang tempat kenyangkan perut tak comel mereka. Indah panorama. Bwh bintang. Atas penghadang jalan rendah. Tepi jalan raya,tepi sangat. Ada ruang antara jalan raya itu dgn penghadang itu .Dia selamat duduk disitu. Dia dengan orang lain. Tenang. Dia duduk jauh dgn dia. Sbb mmg kena duduk renggang,walau di khalayak ramai sekalipun. Dia gengam jari2 dia sendiri.. kejap buka kejap tutup. Dia picit2 jari2nya. Resah.Itu tanda tak selesa bila berbicara soal ini. Terasa kasar salah satu jarinya. Jari penguat segalanya. Kalau xde jari itu,lambatlah masak menu makannya. Pegang pemotong sayur lama2. Jadi kasar jari satu ini. kerana tekniknya salah barangkalinya ya?
Seriusnya dia. Tahukah apa saja boleh berlaku kini dengan rentetan arus perdana? Kenapa buat mcm tu? Dimana kejujuran sebenarnya? Ada ke tidak ada. Baik mengaku. Segera.