Wednesday, April 4, 2012

Lakukannya

Assalamualaikum

Tekankanlah satu persatu petak kecil papan kekunci komputer ribamu untuk kau eja isi hatimu.
Tataplah betul-betul pada sticker Hello Kittymu kerana pada bentuk pecah-pecah watak itu ada aksara untuk kau susun mana dahulu mana kemudian,maka jadilah satu ayat.
Bacalah ayat permulaanmu itu,kemudian yang seterusnya pula,bacalah jangan kau lepas pandangmu sehingga ayat terakhirmu.
Simpanlah ia di dalam satu folder yang kalau boleh kau kuncilah daripada pancaindera orang lain. Tapi biar dia seorang saja celik lalu dengar kata hati kamu yang kau kunci.
Sudikanlah fungsimu sang objek mahal empat segi, bekerjalah dengan sendiri mengikut kata hatiku. Betapa aku harap kamu faham.


Engkau yang tidak mampu menggerakkan hujung jari. Lemah. 
Kau letakkan seketika. atau selama lama cermin kaca. ke bawah kamu.sama duduknya dengan siku. Lemah. Kau juga sama.Bulu-bulu ceria di luar saja gediknya. Mengapa begitu mudah mengikut kata hati? Lantas kata akal pula sama? Bagai lalang. Entah mana kau puja. Pergi wahai resah. 
Nyanyikanlah keresahanmu pada piano,agar kau senang.
Tarikanlah kekecewaanmu pada cahaya,biar bersinar-sinar hingga kau jadi suka.
Untuk melakukannya.
Lakukannya.

Tafsir mimpi kita

deleted

Tasik Embayu Proton City

Assalamualaikum

Facebook buat hal hari nie. X leh bukak wall.











Tasek Embayu Proton City. Tanjung Malim.
Merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung. 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TASIK EMBAYU PROTON
-   Terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa.   

-   Terdapat trek 'jogging' disediakan mengelilingi tasik.
       
-   Keindahan flora dan fauna dapat dirasai di tasik.
-   Permandangan yang indah serta hampir dengan bukit-bukau yang menghijau.


Monday, April 2, 2012

Love is felt

Assalamualaikum

Why it's so hard to say love
whereas it is felt
in the spite longing
the silence of night
love is felt
why it's so hard confessing the love
whereas it exists
in the drizzle of rain
in the light of moon
also in a sadness


Mahu tegur atau tidak?

Assalamualaikum

Sebab kalau tegur cepat kecil hati. Cakap elok2 tersinggung dalam hati,cakap kasar2 konpem melenting sbb mmg jenis kepala hangin. Lalu harus bagaimana? Sbb itu kalau boleh tiadalah hubungan seplastik ini. Segorgeous ini. Kalau boleh tidak perlu wahai dunia. Kerana apabila berlaku perkara seperti ini,mana mahu pilih? Selalu berharap agar si dia mengerti. Kerna si dia juga manusia,remaja,berpendidikan,dan lebih kurang sama citarasa dan gaya seperti aku. Selalu berharap agar si dia faham-faham sendiri apa yang perlu,apa yang patut,apa yang harus. Apa yang orang suka,apa yang orang tidak suka. apa perasaan orang masa tu. Yang paling penting,si dia sepatutnya faham akan mimik muka,gaya bahasa,dan keadaan aku. 
Lihat,apakah gamaknya si dia bercerita berhepi bermesra di saat orang berduka,bermuram durja? Tidakkah si dia nampak orang itu tidak senyum seperti biasa? apakah dia tidak nampak orang itu tidak memandang pada mukanya? apatah lagi matanya? apakah dia tidak faham gaya bahasa? kenapa si dia x faham? kenapa? Buat kalian,apa kalian akan lakukan jika kalian sedang menangis,tapi orang ajak kalian ketawa? tidakkah kalian rasa si dia sangat buta? mengapa tidak tunggu saja orang itu sehingga tamat waktu dukanya,baru lah mula nak ketawa bergurau senda. disini,siapakah yg tidak senstif pada siapa? Tergamak.

Aku mahu pergi kepantai ketika ada tekanan jiwa. biar tiada orang yang menyibuk dalam jiwa raga. 




Please. stop talking to me right now. leave me alone. i wanna have my own time. your word is not working.