Saturday, April 21, 2012

UPSI student suicide by jump from building

Assalamualaikum

Breaking news,  UPSI student suicide by jump from building!
On 21st April 2012, a female student from UPSI passed away, caused by suicide jump from the 5th floor of a building.
That incident happened around 5.15 pm, and the victim die on the scene after felt down from the e-learning block in UPSI University.
The witness was shocked, seeing live the female student jump from the building.
The witness however after the incident has not been for interview and did not give any more information. We believe UPSI university is investigating this case.

From : JEJAKTREND.COM

Friday, April 20, 2012

Tuhan,dia sabar sangat .

Assalamualaikum


Tuhan…
Dia sangat sabar.
Menyekat kemarahan ku tika aku marah di meja makan di restoren kerana pelayan salah menghantar minuman,
Aku lihat wajahnya yang mula terkial-kial agar marahku tidak didengari pelayan itu
Memotong bicaraku yang ingin aku lemparkan kepada pelayan itu.
Menyuruh aku bersabar.
Meminum air minuman yang silap itu dan menggantikan aku minuman yang baru
Agar aku tidak memarahi lagi
Tuhan..
Dia sabar sungguh.
Memerhatikan pandangan mataku yang akan ku campak pada pelayan restoren lagi,
Kerana lewat menghantar minuman.
Mengawasi gerak geri aku agar aku tidak bangun atau bersuara lantang di meja makan,di depan mereka yang ada.
Tuhan,dia sangat menjaga. Dan aku tak pernah lupa sebenarnya.
Tuhan,kesabaran dia tinggi,
Kala aku diam membatu,
Tundukkan muka namun mataku kupaku atas wajahmu,
Kau mula cuak tak ketahuan hala tuju
Kau takut aku marah padamu
Lalu kau pujuk agar aku redakan apiku
Kau takut aku sepahkan meja makan di depanmu
Sehingga pecah terbengkalai 1 restoren itu
Sebab kau tahu perangai burukku di meja makan,
Kerana engkau selalu bersamaku disitu.
Tuhan,,
Dia sabar orangnya.
Tetap diam walau aku maki beribu yang palsu
Tetap menahan walau aku hamun berjuta ikut rasa
Tetap sabar.
Itu engkau yang tidak pernah minta putus dari aku
Itu engkau yang tak akan melayan aku setiap kali aku minta putus darimu,
Kerana kau tahu kata putus itu bukan dari hatiku,tapi bibirku saja yang mengamuk seperti hantu.
Tuhan.. mana kau cipta manusia sesabar itu..
Tidak pernah mengangkat tangan apatah jari terhadapku
Kerana mulut bias tiap kali tidak bersetuju
Aku sendiri rasa aku patut di pukul di palu
Namun kau,masih sabar dengan aku
Engkau yg sabar bila aku buat begitu
Engkau yg sabar bila aku buat begini,
Kau masih sabar
Kau tetap sabar
Kerana aku
Kau rindu selalu.

Setiap gambar ada puisi :)

Assalamualaikum

Tekadlah kau pada hati
jangan dituntut walaupun janji
Allah itu sengaja menguji
Yang lemah cukup lemah
tidak terkecuali.


 Biar yang pedih di mata itu pasir
jangan sampai tembus ke dalam dada
percaya tidak mampu melawan takdir
teruskan lah.. dengan kudrat sekuat
kuatnya


renunglah lihat angin yang tak nampak
bukan alam maya bukan juga nyata 
kau pejam saja mata sebenarnya ada dalam gelap bila kau pejamkan kelopak
mata 1 mata 2
kedua-dua mata yang kau ada
mata hati.
mata semata-mata
nanti kau..usah di buka kerna belum tiba masanya
sabar 
melangkahlah setapak 
setapak
 bukan masanya untuk gentar


bertanyakan apa alasan ditunduk sebuah ego
ah,kalah kau 
sampai ke kaki jatuhnya
soal lah apa kau dapat wahai rasa yang boleh binasa
rosak kerana rasa yang ego kau lupa

gagal sekali tidak bermakna kita tak kan gagal lagi sekali
ketawa 
aku cabar mereka yang berkata-kata
mampukah mendongak ke langit kalau bukan melihat matahari?
kenapa tidak kau renungkan mata tanpa kau angkat kepala
tataplah matahari
mungkin kau akan lihat sinarnya
sehingga kau buta kerana seri
 mencebik kepada diri 
mana pergi keyakinan diri?
kenapa diturunkan pandangan mata 
kurang berani menanti yang tersedia untuk kita?
pergi.. larilah mengejar harta
harta yang ingin kau puja
harta apa bagimu itu rahsia
sehingga kau rasa apa yang aku rasa
berkenaan dengan harta


andai berdiri jangan kau akui
kekuatan diri tidak selalunya akan pergi 
supaya sedar kita ini sebenarnya dimiliki
Maha Pencipta belum panggil mengadapnya kembali
gigihlah berdiri dengan kedua kaki
andai jatuh ini masanya manfaatkan satu-satunya kaki.
  
gambar dah delete :p

Wednesday, April 18, 2012

Antara dia dan dia ada kau?

Assalamualaikum

Sekarang sudah mcm selalu. Ya tidak Ya tidak. Mengapa hati begitu? Kerana diturutkan kata hati itu. Semalam dia memberi 1 peluang.
Bukan, maksud dia, 2 peluang.
Bukan.
Maksud dia,3 peluang.
Bukan. mungkin berpeluang peluang peluang peluang peluang. Ala.. kenapa tidak saja ia dikira. Didesak id. ego kalah. Direnungkan ego,superego mengalah.
Itu nafsu dunia.
Dia,lupakan sajalah si dia. Dia tak ada fungsi,dia tidak ada bakti. Dia tidak berbudi. pada hati,dan sanubari.
Diam diam
Diam sekali lagi. Mana fikiran dia? Amboi inilah manusia mudah lupa pada janji. mudah lupa mana nak cari erti. sengaja lari dari realiti. dasar pengecut,takut untuk mati. mati hati. mati rasa.
Siapakah yang mendukung di saat waktu gembira bersuka suka mencari rasa happy?
Siapa yang memujuk muncung kalau boleh ditarik2 atau dibelai cantik2? dia manja orangnya.
Siapakah yang ada saat takut kerana percaya perkara yang tak nampak tapi boleh rasa,tak kiralah rasa itu logik atau tidak. boleh diterima akal atau tidak.


Siapa kalau bukan dia.
Siapa juga sejauh jalan raya panjang bersama sejuknya embun yang lalu lalang demi cinta atau dia tidak panggil cinta atau dia juga sama tidak akui itu cinta. Kerana dia dan dia tidak nampak itu dikatakan cinta.
Bagaimana harus kau percaya itu cinta kalau kau bukan satu-satunya yang ada di jiwa dia.
Bagaimana?
Kau boleh percaya pada perkara yang hanya kau rasa?
DAN
kau siapa sebenarnya.
Berkata-kata aku tentang dia dan dia. kenapa kau ada sama?
tidak lah ! aku tidak pernah menyebut dia. atau eja perkataan dia.
tidak.

Tuesday, April 17, 2012

Puisi salahku

Assalamualaikum


Salah aku !
Aku nampak makhluk itu. Jelas. Bermain dengan panjang hitam.
Lincah,riang ria. Kukunya keluar.  Main lagi dengan riang. Gigit2. Ah,sukanya
Puas dengan nafsu main. Makhluk itu pergi.
Tinggalkan panjang hitam sendiri. Tak siapa tahu bagaimana nasibnya.
Panjang hitam sepi.Sepi sampai aku datang.
Aku sampai pada panjang hitam. Aku tak pandang lagi. Aku sibuk dengan gajet.
Touch screen. Touch. Tap.tap.tap. asyik. Banyak aplikasi boleh sentuh.
Sampai saat aku bosan. Mahu hiburan yg berbunyi,yang beralun,yang asyik
Muzik
Aku capai panjang hitam. Aku cucuk pada lubang kecil.Sepi. Telinga sungguh sepi. Sepatutnya terbit bunyi.Sepatutnya.Sepi dan sunyi.Panjang hitam tidak berfungsi.Aku periksa. Panjang si hitam ini. Tali.
Ada kesan gigit.Hampir putus. Bukan 1 hampir putus. Bukan dua. Tapi lebih dari 3.
Sah. Earphone kesayangan panjang hitam sudah tidak boleh guna,
Kucing adik musnahkan segalanya.
Mak,berikan beberapa puluh ringgit. Perlu beli yang baru.
Salah aku kerana biarkan si kucing dgn earphone tadi. Ingatkan takde la smpai boleh rosak ! 


Antara barang2 kecintaan ;
1. Kain bulu2 wat balut diri dikala sejuk.
2.Rantai B pemberian rakan lama
3.Gelang sukan dari si dia rakan sains sukan
4.Gelang hitam manik2 yang tertinggal di surau- kini hny kenangan
5.Earphone ori dr hp nokia.
6.Tikar mek yang dirindui selalu.

  • Peristiwa bersalah berlaku di hometown.