Saturday, June 9, 2012

Ara Lee dan sejadah atas kepala.

Assalamualaikum

Hari tu kan ada kawan kite nie dia tny knp pakai sejadah atas kepala???? dia buat soalan tu macam suspen sgt !
Hahahaahaa. tau je saja nak melawak. Dia lelaki. Dia nampak macam tudung yg i pakai macam sejadah la kot. Yang rambu2 tu. Huhuu. Pastu i bgtw la dia skg nie kan fesyen macam2. Huhu tapi dia tahu je ini semua.. saja nak menyakat. 
I tny la dia., knp x cantik ke kalau i feshen2 sikit? Dia kata cantik je tapi kalau pakai tudung biasa lagi cantik.. mcm tudung bawal.. yg kancing kiri kanan ke.. yg penting tutup dada katanya... 
~ hewhew. 

Pastu dia send 1 gambar..Dia suruh pakai tudung nie ;


Dia kata lebih cantik.. lebih lawa..
manis..ayu dan sopan.. simple..
mmg lawa la kan. Ara Lee ! Tapi kalau sy pakai mesti x lawa dah sbbnya sy x reti tudung bawal. Tang atas tu last2 mesti senget punyalah ! Kalau time tak senget tu, mybe ada la dalam 2,3 saat. Sbb tu la i slalu pakai shawl.. tau.... hewhew. Mmg dr zaman sekolah lg senget. Hahak. Bye.

Sunday, June 3, 2012

Yeay ! Final Exam

Assalamualaikum

Esok petang 2.30 maka bermulalah kertas pertama utk peperiksaan akhir semester aku.
Like
Like
Like sampai lebam sbb bila FINAL mesti la lepas siap semua tu.. boleh balik kampung,cuti semester. Heheheee.
Phewww belum mula pun lg dah fikir nak balik kan.Heeee.
Apa yg lainnya final exam kali ini adalah kami budak2 UPSI xde study week. That means xde masa untuk berkelah,baca novel lama2,pergi jalan-jalan makan angin mahupun pulang ''study'' kat rumah dgn family. Sadis x. Khamis last kelas,Isnin final exam. Tp kira okay la jugak kot kan.. 3 hari tu, ada je mana2 masa Allah bg utk manfaatkan betul2. Hewhew. Kannnnnnnnnnn. 

Eh ok xleh cakap banyak sbb esok exam. Jadi nak kena tido sekarang... 


Exam Schedule
Semester 2 Sesi 2011/2012
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKC3023Kaunseling Kerjaya04/06/201202:30 PMB03-1-BK0126
2KKD3043Kaunseling Penyalahgunaan Dadah05/06/201202:30 PMSITC133
3KKH3043Kaunseling Individu06/06/201202:30 PMB10-0-BK0426
4BMK3043Seni Mengarang07/06/201202:30 PMSITC109
5KPS3014Pengurusan Pembelajaran16/06/201209:00 AMDewan Besar UPSI357
6CUF2021Pandu Puteri Siswi II No Final Exam
Exam Slip
Please print the slip on an A4 white paper using Landscape mode.


Ok U all. this is my exam schedule. 
Grrrrrr. 4 hari berturut2. 
dan Grrrrrrr. gap 8 hari semata2 utk 1 paper last. Ew.
ew
ew 
   ew !!

Tidur.... Selamat malam. Eh pagi. Tata. 

Saturday, June 2, 2012

Teater Hantu !

Assalamualaikum

Hello,hi.
3 hari lepas i pergi tgk teater lagi.Sebenarnya tiket dah habis pastu saja la sambil bual2 kosong komen2 kat facebook,bgtw kat kawan sorang nie,Adam. Dia kata dia nak ejas. Soooo.. kami pergi la. Kui3. Dapat masuk yeay yeay. Walaupun tak de tiket tp still boleh je byr cash. Masuk2,ye org ramai. Tpksa la duk belakang. Agak belakang. Untunglaaa kali nie tak lewat,so dapat tgk dr awal ke akhir.


Sinopsisnya begini. Keluarga hantu di sebuah bandar moden kini runsing,risau sebab tempat tinggal mereka sering dicerobohi manusia.Ada yang dating berdua2an di tempat mereka,ada yang menagih dadah. Itu yang hantu2 tu tak suka. Hantu ini macam manusia.Secara sindirannya,langsuir dan bininya langsuir sangat risau akan anak mereka i setan yang kini semakin terpengaruh dgn budaya manusia. Budaya kehantuan i setan kian hilang. I setan ditegur oleh ibu bapa hantu mereka kerana berpakaian seperti manusia- pakai jeans. dengan hobinya pegi cyber cafe dan sebagainya.Jadi langsuir ngn bini dia serta pocong dgn bini dia berbincanglah nak pindah di hutan belantara. Tapi anak meraka i setan ngn drakula tak setuju. Sbbnya dalam hutan boring,xde internet. Xde wifi. - lawak ah hantu2 skrg. !
Malasnya nak tulis. 

Dalam teater kali nie,nampak educated sikit sbb skrip mereka gunakan perkataan2 canggih dan moden mcm hantu2 tu guna perkataan anjakan paradigma,globalisasi,generasi,era,i pad dan sebagainya yang kita2 duk guna dengan arus urbanisasi sekaranglah. Kira citer nie hantu2 nie semua dah moden la.. yang tak modennya cuma languir dan bini dia,pocong dan bini dia. - Generasi lama yang tak moden. Anak2 mereka i setan dgn drakula dah moden,. dah tak pakai bju uniform hantu dah..  Hantu2 muda kini mahukan perubahan budaya..tak mau ikut nenek moyang hantu2 lama dah.. depa nak maju. Nak tuntut hak kehantuan mereka. aishhhh. heran.

Masa ada pasangan nak buat maksiat i setan muncul,dia siap boleh larang lagi manusia tu. Manusia tu rilek je gaduh ngn hantu i setan nie. Sama macam masa penagih dadah tu duk menagih,hantu2 nie datang semua nak takut2kan manusia penagih nie tapi penagih2 nie tak takut pun. Siap bertikam lidah,bagi ceramah kata hantu2 semua mereka tak takut dah.. lawak ah, penagih tu siap gelak lagi kat langsuir sbb buat style rambut mengerbang,mengilai hihihihii dan lain2.
Banyak unsur humor diselitkan dalam citer nie. Memang gelak la. hahahaha (teringat la pulak) Pocong paling kiut,bila dia kuar mesti background muzik kawad. Hahahaa ngan bini dia yg selalu bila stop kawad,terlanggar dia. 
Malasnya nak tulis. 

Last,disebabkan penagih2 tu gelak saja pada hantu2 tu.. hantu2 tu pun berpakat nak serang ramai2. bila ramai2 penagih2 tu kalah la. Peangih 2 org tu kena makan dek hantu. Abis darah2 depa tabuq kat perut ngn dada. ew. So bloody.

Itu saja.Sebab malas sangat. tak tahu lah kenapa malas sangat nak menaip sekarang.Tapi takpelah,nnt kita jumpa lagi.
Maka sebelum balik kami pegi makan minum dekat Cupak Cafe.. Pastu dia singgah 7E beli apa ntah. Ingtkan beli rokok, tp eh dia mana merokok. Tolong sikit..

Cadbury lagi lagi n lagi dr dia. eheh.

Jadi kami pun balik ke rumah untuk komitmen masing2.
Salam...


Have you ever experience this?? :)


muahahahahahahaaha !! makan budakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
makan !! makannn !

Tuesday, May 29, 2012

Teater SETERU

Assalamualaikum

Last night i pergi tgk teater SETERU. 8.30 malam di Panggung Budaya, Fakulti Seni dan Muzik UPSI.

 

Sy telah memaksa Yon@Kala Bulan Sunyi untuk menemani sy memandangkan kawan2 lain busy nak study. Heheh. Tq yon. Sorry kalau u penat lyn i tp sabar je lah k. Kata best fren forever kan. Hee. Kali nie pun lambat jugak masuk dalam panggung sbb si budak bertuah nie ajak jalan-jalan dulu sambil minum air tin sambil berjalan. Elok perangai # 

  Mengisahkan dua pasang suami isteri yang miskin tinggal di setinggan. Si suami dua2 gangsta gitewww. ada kawasan masing2. Junoh dengan Mat Jain/Jaid/Jais. x sure. Mereka bermusuhan.Kata gansta..kan. Isteri Jaid Siah,Isteri Junoh Lijah. Mereka berebut anak. Sengit mereka bertikam lidah. Mereka memuji suami masing2,so sweet. Sama juga dengan Junoh dan Jaid. Masing2 sayang pada isteri. So sweet. 
Eeeeee malasnya nak tulis.

Rupa2nya anak itu tak ada pun. Buaian itu kosong saja. Rupanya2 anak yang Siah pegang tu khayalan Siah semata2.. anak mereka dah tak de. Mati.. Siah meroyan semata2. Tp mungkin sbb suami dia syg sgt dekat Siah,dia lyn saja gila si siah tu. So sweet. Tp lama2 mereka sepakat selepas berlaku pergaduhan,pertumpahan darah bagai, - tp xde la darah, mereka sepakat untuk terus terang untuk memberitahu Siah bahawa anak mereka dah tak ada.. 
Blablablablabla,

Siah mati bunuh diri selepas dia bunuh orang kanan Junoh yang kononya mencuri buai tersebut. Padahal dalam buai tu sebenarnya duit hasil rompakan Junoh dengan Jaid. 

Actually cite nie best,tp i malas nak tulis.Jadi nampak macam tak best tak? Hewhew. Xpela.. yg pasti i ingat citer dia mcm mana. Rasa sayu saja bila cite pasal suami isteri.. anak.. u all rasa x apa yg i rasa? huuuu. 
 

YON. Muahahaha.
 


 

Saturday, May 26, 2012

Teater lagi

Assalamualaikum

5 hari lepas i pegi tgk teater. Kwn  blakon.


Start kul 8.30 mlm tp i sampai kul 9. Sebabnye ada dinner dgn produksi reality group. Hmmmm. jd i terlepas perfomance kwn i,Adam untuk persembahan yg bertajuk Mask. Tapi xpelah,sbb Adam ada lg 1 part yg bertajuk The Umbrella. Good job friend, well done ! 

3 dara terbang ke bulan,best sgt2. sweet. mereka tgk bintang, mereka nak jadi bintang. bintang kejora,bintang kecil,mcm2lah. mereka nampak mak. mereka nampak orang2 yg mereka syg di bintang2 itu.

Lucu,dan rasa nak nangis pun ada. betapa budak2,kalau dah ke dunia fantasi, mereka akan betul2 sampai. Mereka pegi ke bulan,naik rakit,pegi jumpa mak bulan. sbb nak mintak mak bulan supaya jangan lahirkan anak bulan, kerana mereka tidak mahu hari raya. Kan kalau kita nak raya,kite tgk anak bulan kan? So sweet 3 dara itu,pakai bju tidur.. pegang teddy bear. Heee. Ok kemudian mak bulan x penuhi permintaan mereka. Jadi mereka sedih. sedih2 nangis. mereka nangis kuat2,kononya nak bagi air mata dorang jatuh ke bumi,biar hujan lebat. Jalan cerita unik, kemudian mereka tua.. mereka bercerita,,apa yg terjadi pada mereka... 
sorang sakit 
sorang dicabul lelaki yg disayangi
sorang berjaya dan meninggalkan yg lagi dua.mati jatuh kapal terbang.

Mereka bercerita semasa mereka dah mati. mereka jumpa balik masa dah mati. 
Mati..

Lagi 1 yg best, kareografi yg mempersembahkan masalah mental dalam kalangan masyarakat. X de skrip,hny pergerakan, macam2 orang mental,macam2 tingkah laku. macam2 gaya. Masing2 menari, kehulu kehilir.. bila smpai muzik yg ditetapkan, mereka buat pergerakan yg sama. Cantik, kemas. menjadi.. Kemudian gila balik mengikut irama... susah nak perhatikan satu persatu. setiap orang bwk watak masing2 dalam pergerakan mereka.. ada pegang baby..meroyan kot. ada yg rambut menggerbang.. ada lelaki nak jadi pempuan.. ada makcik2..ada yg tradisional gila.. heeeee... mental.. itulah yg cuba nak disampaikan. 

The Umbrella. Pasal wanita yang dipinggirkan. Ada seorang wanita berbaju kurung yang mukanya sedih sgt. sampai perasaan sedih itu dihati audiens. berpayung.. kemudian keluar lagi orang2 ramai dgn pelbagai watak masing2.. Adam watak org bz kot. handphone kat telinga je. tak de sapa peduli satu sama lain.. xde sapa2. then kuar lg wanita yg tidak berpayung, merayu2 merintih2 pada org yg ramai itu.. walaupun xde suara, tapi faham2 lah apa yg dia cuba nak smpaikan... i rasa wanita nie adalah wanita yg utama tadi. kira macam itulah dia,, yg dipinggirkan..
Mat Derih Bachok.  -Bachok tu nama tempat di Kelantan tau.
Aaaaa yg nie i suka. pasal pergh kecek klate doe ! hehehee. x sangka,ada jgk la skrip mmg kelantan.. cina yg duk blakang kami masa tu duk speaking,dia kata dia tak faham semua sbb bahasa kelantan... xpe2. i faham. haha. mat derih ore bachok,ore debea kg bachok. keje nelayan. ada mok. tak dop ayoh. ayoh dia tinggal dia masa dia kecik lg. dia tak kenal ayh dia. umo 14 tahun dia g enjoy golok,dan dilucutkan terunanya. Lepas tu dia jadi tauke pusat pelacuran.. dia tembak mati ayh dia di pusat pelacuran tu. dia sedih sbb dia x smpat tny knp ayh dia tinggalkan dia ngn mak dia dulu. Sekian ringkasan dari saya. saya dah penat. hehe. 

****** Pip cian,masa scene org mental tu, org gila mai kat dia hahaa jenguk muka dia dekat2. mesti pip cuak masa tu. kui3. pika  pun sama... i jauh sikit,kerusi ketiga. depa duk tepi. Heheeheee.
Sebelum pulang pelakon2 teater tu turun salam ngn audiens n say thank u a lot, they are all talented. 
thank u. 


Depan pintu masuk

Sebelum pulang kami juga bergambar dengan hantu pocong ngn nenek kebayan yang sedang buat promosi teater mereka 30 mei nanti. InsyaAllah kami nak g tengok jugak !
 
tiket Hanturisme
Yaaaa. i duk jauh sikit ngn pocong nnt kena badi.hihihii
**********************************

28 mei nie tengok teater SETERU i plak  ! tiket dah ada :)