Wednesday, June 13, 2012

Prinsip yg betul & kepercayaan yg salah.

Assalamualaikum

Prinsip itu betul, yang salah itu kepercayaan terhadadap bagaimana untuk merealisasikan prinsip tersebut. Yang kita nak ubah sekarang bukan prinsip ! Sbb prinsip itu pegangan kita,matlamat kita,yang terbaik yang pernah kita buat dalam hidup kita. Kita tak kan berpatri pada prinsip yang salah,bukan? Sbb kita tahu prinsip itulah yang akan bawak kita sepanjang hidup nie. Bergantung atas diri individu tersebut. Bagaimana dia melihat dunia ini dengan persepsi dunia dia berdasarkan dunia yang dia nampak. Dia punya kognitif . 
So ! Kepada mereka yang berprinsip, yang teguh pada janji yang dibuat dalam dirinya sendiri. Yang kental dirikan prinsip tu tanpa diroboh orang lain, wahai kita dan prinsip kita. Semak kembali bagaimanakah kepercayaan kamu itu?? Your belief system ! Betul atau tidak??

Andai kau percaya pada yang tak betul. Kau rugi.
Sampai bila?
Berbaloi ke? 
Mana buktinya?
Apa data yang you ada untuk buktikan kepercayaan you tu betul?

Teruskanlah dengan prinsip yang ada itu.. Betulkanlah sistem kepercayaanmu itu. Beranikanlah dirimu jika benar kau manusia berprinsip ! Bangkit lah dari kisah silam. Sedarlah, jangan biar ia yang mempengaruhi kamu. Berapa lama masa yang kamu mahu lagi?
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Itu bukan prinsip ! 
Itu takut ! 
Lawan lah hati kamu, bukakanlah pada yang kamu mahu. Kalau ia milik kamu, kau tahu itu sebab Allah sayang kamu. Kalau ia bukan milik kamu, kau tahu Allah sayang kamu sampai tahap macam tu sekali. Yang.  terbaik untuk kamu. Percayalah pada Allah, dia yang menggerakkan hati kamu. Dia yang mengubah hormon kamu. Dia yang aturkan untuk kamu. Percayalah pada Allah, kau akan celik tentang apa yang disediakan untuk kamu. 

Percayalah walau seteguh mana kamu percaya akan sesuatu itu, Allah boleh menukar kepercayaan itu berdasarkan apa yang terbaik untuk kamu. Apa pernahkah kau dengar Allah pernah menzalimi hambanya sendiri? TIDAK. Allah itu Maha Pemurah. Maha Mengasihani. Kamu tahu itu. Kamu percaya akanNya.

Lapangkan hatimu wahai diri,lepaskanlah yang mana telah kau usir pergi.. Kembalilah pada realiti.. Kau tahu apa yang terjadi. Cukuplah selama ini dibutakan mata dipekakkan telinga dibisukan suara. 
Yakinlah pada hati kamu, ada orang yang akan bersamamu, kamu tidak sendiri. Kalau jatuh kamu, jatuhlah dengan penuh kukuh. Jangan calarkan hati kamu,kamu tahu kamu boleh kawal hati kamu. Rebah kamu,rebahlah dengan tabah. Jangan nanahkan hati kamu lagi.. Kamu tahu di mana tempat merawat. Allah. Di situ ia hadir, di situ ia berakhir. Pastikan semata-mata kerana Allah. 

Prinsip kamu betul apabila kamu lakukannya kerana Allah, ibu bapa kamu, saudara kerabat kamu, guru2 kamu, sahabat2 kamu, dan untuk kamu sendiri, masa depan kamu yang cerah dan halal. Lakukanlah dengan terbaik. Jangan lupakan siapa yang ada untuk kamu selama ini.. dan yang akan datang. 

Prinsip kamu dah betul.
Kepercayaan kamu dah salah. 
Gapailah prinsip itu
Dengan kepercayaan yang betul.

Baiki hati kamu
Kikislah kepercayaan tidak rasional itu,mulai dari 
Here and now. 



Tuesday, June 12, 2012

Allah, tempat bergantung.

Assalamualaikum

Sabarkah???



Hanya bergantung sePENUHnya pada Allah...
Dan dengan usaha..
Sekiranya apa2 jadi dengan dirinya,...terutama hatinya,...nya akan letakkan semuanya atas beban nya sendiri.... 
nya yg buat keputusan nie... nya yang terima...
Syukur, Allah ada dengan nya waktu nie...
Tentang hati, tak ada siapa2 boleh kawal. Hanya Allah dan nya...
nya.
Semoga ini terbaik...
Allah, ini satu kebergantungan kepadaMu..
Ampunilah dosa nya, dosa kedua ibu bapa nya,..
Lindungi mereka untuk nya..
Lindungi nya untuk mereka..
Amin...
InsyaAllah, nya'll do the best..
nya promise..

Saturday, June 9, 2012

Ara Lee dan sejadah atas kepala.

Assalamualaikum

Hari tu kan ada kawan kite nie dia tny knp pakai sejadah atas kepala???? dia buat soalan tu macam suspen sgt !
Hahahaahaa. tau je saja nak melawak. Dia lelaki. Dia nampak macam tudung yg i pakai macam sejadah la kot. Yang rambu2 tu. Huhuu. Pastu i bgtw la dia skg nie kan fesyen macam2. Huhu tapi dia tahu je ini semua.. saja nak menyakat. 
I tny la dia., knp x cantik ke kalau i feshen2 sikit? Dia kata cantik je tapi kalau pakai tudung biasa lagi cantik.. mcm tudung bawal.. yg kancing kiri kanan ke.. yg penting tutup dada katanya... 
~ hewhew. 

Pastu dia send 1 gambar..Dia suruh pakai tudung nie ;


Dia kata lebih cantik.. lebih lawa..
manis..ayu dan sopan.. simple..
mmg lawa la kan. Ara Lee ! Tapi kalau sy pakai mesti x lawa dah sbbnya sy x reti tudung bawal. Tang atas tu last2 mesti senget punyalah ! Kalau time tak senget tu, mybe ada la dalam 2,3 saat. Sbb tu la i slalu pakai shawl.. tau.... hewhew. Mmg dr zaman sekolah lg senget. Hahak. Bye.

Sunday, June 3, 2012

Yeay ! Final Exam

Assalamualaikum

Esok petang 2.30 maka bermulalah kertas pertama utk peperiksaan akhir semester aku.
Like
Like
Like sampai lebam sbb bila FINAL mesti la lepas siap semua tu.. boleh balik kampung,cuti semester. Heheheee.
Phewww belum mula pun lg dah fikir nak balik kan.Heeee.
Apa yg lainnya final exam kali ini adalah kami budak2 UPSI xde study week. That means xde masa untuk berkelah,baca novel lama2,pergi jalan-jalan makan angin mahupun pulang ''study'' kat rumah dgn family. Sadis x. Khamis last kelas,Isnin final exam. Tp kira okay la jugak kot kan.. 3 hari tu, ada je mana2 masa Allah bg utk manfaatkan betul2. Hewhew. Kannnnnnnnnnn. 

Eh ok xleh cakap banyak sbb esok exam. Jadi nak kena tido sekarang... 


Exam Schedule
Semester 2 Sesi 2011/2012
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKC3023Kaunseling Kerjaya04/06/201202:30 PMB03-1-BK0126
2KKD3043Kaunseling Penyalahgunaan Dadah05/06/201202:30 PMSITC133
3KKH3043Kaunseling Individu06/06/201202:30 PMB10-0-BK0426
4BMK3043Seni Mengarang07/06/201202:30 PMSITC109
5KPS3014Pengurusan Pembelajaran16/06/201209:00 AMDewan Besar UPSI357
6CUF2021Pandu Puteri Siswi II No Final Exam
Exam Slip
Please print the slip on an A4 white paper using Landscape mode.


Ok U all. this is my exam schedule. 
Grrrrrr. 4 hari berturut2. 
dan Grrrrrrr. gap 8 hari semata2 utk 1 paper last. Ew.
ew
ew 
   ew !!

Tidur.... Selamat malam. Eh pagi. Tata. 

Saturday, June 2, 2012

Teater Hantu !

Assalamualaikum

Hello,hi.
3 hari lepas i pergi tgk teater lagi.Sebenarnya tiket dah habis pastu saja la sambil bual2 kosong komen2 kat facebook,bgtw kat kawan sorang nie,Adam. Dia kata dia nak ejas. Soooo.. kami pergi la. Kui3. Dapat masuk yeay yeay. Walaupun tak de tiket tp still boleh je byr cash. Masuk2,ye org ramai. Tpksa la duk belakang. Agak belakang. Untunglaaa kali nie tak lewat,so dapat tgk dr awal ke akhir.


Sinopsisnya begini. Keluarga hantu di sebuah bandar moden kini runsing,risau sebab tempat tinggal mereka sering dicerobohi manusia.Ada yang dating berdua2an di tempat mereka,ada yang menagih dadah. Itu yang hantu2 tu tak suka. Hantu ini macam manusia.Secara sindirannya,langsuir dan bininya langsuir sangat risau akan anak mereka i setan yang kini semakin terpengaruh dgn budaya manusia. Budaya kehantuan i setan kian hilang. I setan ditegur oleh ibu bapa hantu mereka kerana berpakaian seperti manusia- pakai jeans. dengan hobinya pegi cyber cafe dan sebagainya.Jadi langsuir ngn bini dia serta pocong dgn bini dia berbincanglah nak pindah di hutan belantara. Tapi anak meraka i setan ngn drakula tak setuju. Sbbnya dalam hutan boring,xde internet. Xde wifi. - lawak ah hantu2 skrg. !
Malasnya nak tulis. 

Dalam teater kali nie,nampak educated sikit sbb skrip mereka gunakan perkataan2 canggih dan moden mcm hantu2 tu guna perkataan anjakan paradigma,globalisasi,generasi,era,i pad dan sebagainya yang kita2 duk guna dengan arus urbanisasi sekaranglah. Kira citer nie hantu2 nie semua dah moden la.. yang tak modennya cuma languir dan bini dia,pocong dan bini dia. - Generasi lama yang tak moden. Anak2 mereka i setan dgn drakula dah moden,. dah tak pakai bju uniform hantu dah..  Hantu2 muda kini mahukan perubahan budaya..tak mau ikut nenek moyang hantu2 lama dah.. depa nak maju. Nak tuntut hak kehantuan mereka. aishhhh. heran.

Masa ada pasangan nak buat maksiat i setan muncul,dia siap boleh larang lagi manusia tu. Manusia tu rilek je gaduh ngn hantu i setan nie. Sama macam masa penagih dadah tu duk menagih,hantu2 nie datang semua nak takut2kan manusia penagih nie tapi penagih2 nie tak takut pun. Siap bertikam lidah,bagi ceramah kata hantu2 semua mereka tak takut dah.. lawak ah, penagih tu siap gelak lagi kat langsuir sbb buat style rambut mengerbang,mengilai hihihihii dan lain2.
Banyak unsur humor diselitkan dalam citer nie. Memang gelak la. hahahaha (teringat la pulak) Pocong paling kiut,bila dia kuar mesti background muzik kawad. Hahahaa ngan bini dia yg selalu bila stop kawad,terlanggar dia. 
Malasnya nak tulis. 

Last,disebabkan penagih2 tu gelak saja pada hantu2 tu.. hantu2 tu pun berpakat nak serang ramai2. bila ramai2 penagih2 tu kalah la. Peangih 2 org tu kena makan dek hantu. Abis darah2 depa tabuq kat perut ngn dada. ew. So bloody.

Itu saja.Sebab malas sangat. tak tahu lah kenapa malas sangat nak menaip sekarang.Tapi takpelah,nnt kita jumpa lagi.
Maka sebelum balik kami pegi makan minum dekat Cupak Cafe.. Pastu dia singgah 7E beli apa ntah. Ingtkan beli rokok, tp eh dia mana merokok. Tolong sikit..

Cadbury lagi lagi n lagi dr dia. eheh.

Jadi kami pun balik ke rumah untuk komitmen masing2.
Salam...


Have you ever experience this?? :)


muahahahahahahaaha !! makan budakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
makan !! makannn !