Saturday, June 16, 2012

Yg ditunggu.. Tamat Sudah ! Ini hasilnya.

Assalamualaikum

TAMAT SUDAH
 PEPERIKSAAN AKHIR 
SEMESTER 4 TAHUN 2
 SAYA
TAMAT SUDAH
 SEMESTER 4 
SAYA.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

 Kini yang ditunggu- tunggu- tunggu-tungu-tungu..

BALIK KAMPUNG !!

Malam nie balik kampung ! Yeay ! Sebelum saya babai,sy nak buat sedikit komen terhadap saya sepanjang semester ini.

1. Semester ini saya x ponteng kelas walaupun kelas tersebut pegi ngn tak pergi sama saja.

2. Sy juga mampu bangun awal untuk ke kelas pagi. Tanpa buat2 sakit seperti semester 2 yg lepas. Ponteng sifar.
*tp rasanya ada kot ponteng sekali dua,atas sbb yg mmg x dpt elak. bukan suka2. okay?

3. Sy bangga terhadap diri sendiri kerana dapat memaksa mental dan fizikal saya untuk menyertai perkhemahan pandu puteri selepas perkhemahan terakhir yg pernah sy sertai adalah semasa tingkatan 2. Walaupun sy buat kerja haram pegi tido dalam asrama, tak tido dalam khemah tersebut,sy tetap pergi berkhemah ! Perkhemahan pandu puteri.

4. Sy tidak stress sbb assignment semester ini. Alhamdulillah,mgkin sbb sy x buat kerja last minit lg dah.

5. Satu2nya sbb yg buat sy menangis secara sedar sem ini adalah kerana merindui arwah ayah. Itu saja. Ini bermakna sy bukan lg budak cengeng,please. (Menangis tanpa sedar adalah disebabkan PMS/Stress)

6. X ada masalah kewangan sem nie sbb tak shopping, tak enjoy. Yeahhhh ! Suksess ! Suksesss !

7. Sem nie rasanya lebih sibuk kot sampaikan kami BFF xde sgt masa untuk lepak sama2..

8. Bagi sy, paper major final exam sem nie x berapa senang. Sungguh, x senang. (Xnk ckp susah ! )

Itu saja yg terlintas... klo rajin2 kite tulis lagi... untuk tatapan diri sendiri pada suatu masa nnt.. bila dah tua2 ke mcm mana.. kan..

Bye....... Salam syg, Rara ~

Wednesday, June 13, 2012

Prinsip yg betul & kepercayaan yg salah.

Assalamualaikum

Prinsip itu betul, yang salah itu kepercayaan terhadadap bagaimana untuk merealisasikan prinsip tersebut. Yang kita nak ubah sekarang bukan prinsip ! Sbb prinsip itu pegangan kita,matlamat kita,yang terbaik yang pernah kita buat dalam hidup kita. Kita tak kan berpatri pada prinsip yang salah,bukan? Sbb kita tahu prinsip itulah yang akan bawak kita sepanjang hidup nie. Bergantung atas diri individu tersebut. Bagaimana dia melihat dunia ini dengan persepsi dunia dia berdasarkan dunia yang dia nampak. Dia punya kognitif . 
So ! Kepada mereka yang berprinsip, yang teguh pada janji yang dibuat dalam dirinya sendiri. Yang kental dirikan prinsip tu tanpa diroboh orang lain, wahai kita dan prinsip kita. Semak kembali bagaimanakah kepercayaan kamu itu?? Your belief system ! Betul atau tidak??

Andai kau percaya pada yang tak betul. Kau rugi.
Sampai bila?
Berbaloi ke? 
Mana buktinya?
Apa data yang you ada untuk buktikan kepercayaan you tu betul?

Teruskanlah dengan prinsip yang ada itu.. Betulkanlah sistem kepercayaanmu itu. Beranikanlah dirimu jika benar kau manusia berprinsip ! Bangkit lah dari kisah silam. Sedarlah, jangan biar ia yang mempengaruhi kamu. Berapa lama masa yang kamu mahu lagi?
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Itu bukan prinsip ! 
Itu takut ! 
Lawan lah hati kamu, bukakanlah pada yang kamu mahu. Kalau ia milik kamu, kau tahu itu sebab Allah sayang kamu. Kalau ia bukan milik kamu, kau tahu Allah sayang kamu sampai tahap macam tu sekali. Yang.  terbaik untuk kamu. Percayalah pada Allah, dia yang menggerakkan hati kamu. Dia yang mengubah hormon kamu. Dia yang aturkan untuk kamu. Percayalah pada Allah, kau akan celik tentang apa yang disediakan untuk kamu. 

Percayalah walau seteguh mana kamu percaya akan sesuatu itu, Allah boleh menukar kepercayaan itu berdasarkan apa yang terbaik untuk kamu. Apa pernahkah kau dengar Allah pernah menzalimi hambanya sendiri? TIDAK. Allah itu Maha Pemurah. Maha Mengasihani. Kamu tahu itu. Kamu percaya akanNya.

Lapangkan hatimu wahai diri,lepaskanlah yang mana telah kau usir pergi.. Kembalilah pada realiti.. Kau tahu apa yang terjadi. Cukuplah selama ini dibutakan mata dipekakkan telinga dibisukan suara. 
Yakinlah pada hati kamu, ada orang yang akan bersamamu, kamu tidak sendiri. Kalau jatuh kamu, jatuhlah dengan penuh kukuh. Jangan calarkan hati kamu,kamu tahu kamu boleh kawal hati kamu. Rebah kamu,rebahlah dengan tabah. Jangan nanahkan hati kamu lagi.. Kamu tahu di mana tempat merawat. Allah. Di situ ia hadir, di situ ia berakhir. Pastikan semata-mata kerana Allah. 

Prinsip kamu betul apabila kamu lakukannya kerana Allah, ibu bapa kamu, saudara kerabat kamu, guru2 kamu, sahabat2 kamu, dan untuk kamu sendiri, masa depan kamu yang cerah dan halal. Lakukanlah dengan terbaik. Jangan lupakan siapa yang ada untuk kamu selama ini.. dan yang akan datang. 

Prinsip kamu dah betul.
Kepercayaan kamu dah salah. 
Gapailah prinsip itu
Dengan kepercayaan yang betul.

Baiki hati kamu
Kikislah kepercayaan tidak rasional itu,mulai dari 
Here and now. 



Tuesday, June 12, 2012

Allah, tempat bergantung.

Assalamualaikum

Sabarkah???



Hanya bergantung sePENUHnya pada Allah...
Dan dengan usaha..
Sekiranya apa2 jadi dengan dirinya,...terutama hatinya,...nya akan letakkan semuanya atas beban nya sendiri.... 
nya yg buat keputusan nie... nya yang terima...
Syukur, Allah ada dengan nya waktu nie...
Tentang hati, tak ada siapa2 boleh kawal. Hanya Allah dan nya...
nya.
Semoga ini terbaik...
Allah, ini satu kebergantungan kepadaMu..
Ampunilah dosa nya, dosa kedua ibu bapa nya,..
Lindungi mereka untuk nya..
Lindungi nya untuk mereka..
Amin...
InsyaAllah, nya'll do the best..
nya promise..

Saturday, June 9, 2012

Ara Lee dan sejadah atas kepala.

Assalamualaikum

Hari tu kan ada kawan kite nie dia tny knp pakai sejadah atas kepala???? dia buat soalan tu macam suspen sgt !
Hahahaahaa. tau je saja nak melawak. Dia lelaki. Dia nampak macam tudung yg i pakai macam sejadah la kot. Yang rambu2 tu. Huhuu. Pastu i bgtw la dia skg nie kan fesyen macam2. Huhu tapi dia tahu je ini semua.. saja nak menyakat. 
I tny la dia., knp x cantik ke kalau i feshen2 sikit? Dia kata cantik je tapi kalau pakai tudung biasa lagi cantik.. mcm tudung bawal.. yg kancing kiri kanan ke.. yg penting tutup dada katanya... 
~ hewhew. 

Pastu dia send 1 gambar..Dia suruh pakai tudung nie ;


Dia kata lebih cantik.. lebih lawa..
manis..ayu dan sopan.. simple..
mmg lawa la kan. Ara Lee ! Tapi kalau sy pakai mesti x lawa dah sbbnya sy x reti tudung bawal. Tang atas tu last2 mesti senget punyalah ! Kalau time tak senget tu, mybe ada la dalam 2,3 saat. Sbb tu la i slalu pakai shawl.. tau.... hewhew. Mmg dr zaman sekolah lg senget. Hahak. Bye.

Sunday, June 3, 2012

Yeay ! Final Exam

Assalamualaikum

Esok petang 2.30 maka bermulalah kertas pertama utk peperiksaan akhir semester aku.
Like
Like
Like sampai lebam sbb bila FINAL mesti la lepas siap semua tu.. boleh balik kampung,cuti semester. Heheheee.
Phewww belum mula pun lg dah fikir nak balik kan.Heeee.
Apa yg lainnya final exam kali ini adalah kami budak2 UPSI xde study week. That means xde masa untuk berkelah,baca novel lama2,pergi jalan-jalan makan angin mahupun pulang ''study'' kat rumah dgn family. Sadis x. Khamis last kelas,Isnin final exam. Tp kira okay la jugak kot kan.. 3 hari tu, ada je mana2 masa Allah bg utk manfaatkan betul2. Hewhew. Kannnnnnnnnnn. 

Eh ok xleh cakap banyak sbb esok exam. Jadi nak kena tido sekarang... 


Exam Schedule
Semester 2 Sesi 2011/2012
CodeDescDateTimeVenueSeat
1KKC3023Kaunseling Kerjaya04/06/201202:30 PMB03-1-BK0126
2KKD3043Kaunseling Penyalahgunaan Dadah05/06/201202:30 PMSITC133
3KKH3043Kaunseling Individu06/06/201202:30 PMB10-0-BK0426
4BMK3043Seni Mengarang07/06/201202:30 PMSITC109
5KPS3014Pengurusan Pembelajaran16/06/201209:00 AMDewan Besar UPSI357
6CUF2021Pandu Puteri Siswi II No Final Exam
Exam Slip
Please print the slip on an A4 white paper using Landscape mode.


Ok U all. this is my exam schedule. 
Grrrrrr. 4 hari berturut2. 
dan Grrrrrrr. gap 8 hari semata2 utk 1 paper last. Ew.
ew
ew 
   ew !!

Tidur.... Selamat malam. Eh pagi. Tata.