Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 5_ Tom yam campur pulak

Assalamualaikum

Hari nie konon2 blog nie pasal resepi k? hehe. Pose ngn tak pose sama je.. fevret ttp tom yam.
 
BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

500 gm sotong
500 gm udang
300 gm ayam
300 gm daging
1 peket cendawan
2 peket pucuk jagung
1 batang carrot


BAHAN B:

2 kiub stok tomyam / 8 sudu pes tomyam
8 biji cili api- dititik
2 biji limau nipis- ambil jus saja
1 biji bawang besar
3 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
3 cawan air
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

* Kalau guna kiub tomyam Maggi selalunya kuah akan jadi masam so tak payah guna jus limau nipis .


CARA MEMASAK :
1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, lengkuas , bawang besar/putih, serai,cili api dan biar sampai kuah mendidih. Kemudian rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis , garam , gula dan kacau.

3) Masukkan semua bahan B kecuali udang /sotong dan kacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan udang dan sotong , kacau sekejap sampai udang masak dan boleh la ditutup api.

Senang ! :)
sumber : blog org,tp lupa dah. sorry you.

Tuesday, July 24, 2012

4 Ramadhan. Sahur & Melewat-lewatkannya

Assalamualaikum
 
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat."
 (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam.
Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud:
“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: 
"Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran."  
(Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.
 sumber : http://www.iluvislam.com

 : )
Lapar?
Sunnat bagi orang yang berpuasa melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka, iaitu dengan buah kurma atau dengan air sebelum bersembahyang.


Monday, July 23, 2012

Ramadhan 3. Masa depan anak2 i

Assalamualaikum

Apa yg i cuba nak buat bermula daripada dulu hingga sekarang,
Bukan buat untuk apa2.
Selain daripada seruan Allah yg mahu hambanya mencari ilmu di muka bumi nie.
Semua nie bukan untuk diri i sendiri. Bukan2.
Ini untuk manusia2 yang sangat penting dalam hidup i..
Untuk mak.
Untuk adik2. Untuk adik-beradik
Untuk sanak saudara, mana lah tahu suatu hari nanti mereka memerlukan i.
I harap umur i panjang, untuk sentiasa berada dekat2 mereka sekiranya mereka memerlukan i.
I,
Tentang masa depan yg Allah bg kita peluang untuk rancang,
Tapi Dia sendiri yang akan tentukan, tentang ini sangat perlu berhati-hati
Ada orang hidup susah sebab kesilapan sendiri.Tapi i sendiri tak boleh nak cakap itu bala. Tp anggaplah itu ujian. Klu kita x rasa susah, kita tak kan hargai hidup senang.
Ada orang hidup susah sebab ujian Allah.
Ada orang hidup susah tapi dia tak tahu kenapa. Orang itu mungkin lalai daripada Allah.
Allah itu maha adil. Apa2 yg terjadi, tabahlah. Ujian semata2.. percayalah.
Sedarlah.
I,
I nak anak2 i nanti tahu apa itu erti susah. I nak mereka rasa susah tu mcm mana.
Tapi
I xnak anak2 i hidup susah. Cukup lah mereka rasa susah tu mcm mana.
Tak sanggup nak besarkan mereka dengan terus susah.
I xnk mereka sedih sbb ada ibu bapa yg tidak senangkan mereka.
Maka. semua nie juga untuk kepentingan anak-anak i.
Fikir panjang.. tak salah.
Mmg kalau kita pilih itu untuk ini,x semestinya kita akan bahagia.
Tp sekurang-kurangnya anak-anak i nanti ada masa depan.
I rela berkorban.
Macam mak i.
Dunia.
Semua orang fikir dunia.

Akhirat. Jangan leka. Pesan pada diri. Tak kemana harta dunia. Akhirat itu juga yang kekalnya.
Kita kejar sama-sama. InsyaAllah..

InsyaAllah, seorang pelengkap rusuk kanan i akan hadir dalam hidup i.
I x mintak dia yg meluruskan rusuk i yg bengkok itu.
Sbb i sendiri ada kesedaran untuk luruskannya sendiri. I cuba.
Kenapa kita,perempuan kena bergantung pada lelaki kita? Kenapa tunggu mereka dulu?
Mana pergi kesedaran diri sendiri.
Come on, biar mereka ambil kita yg sudah terbaik.
Bukan bila mereka ada baru kita nak berubah menjadi lebih baik untuk mereka.. Then kita cakap untuk Allah jugak..
Klu untuk Allah, kenapa tidak saja kita berubah dari sekarang?
Kan?
Biarlah lelaki kita nanti menjadi pelengkap yang kurang..
Dan kalau kita belum cukup lurus bagi dia, masa tu lah biar saja dia yg luruskan..
Semoga semuanya baik-baik saja nanti. Doa I untuk semua orang.Juga untuk diri i..

Contoh

I?
Amik jalan mcm nie?
Mmg tak la.



Sunday, July 22, 2012

Ramadhan II, Doa kita2.

Food. Yahooooow !! ;p
Assalamualaikum

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu
 doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka,
doa pemimpin yang adil dan
 doa orang yang dizalimi.
 Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, 
Allah s.w.t akan berfirman: 
Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…”
 (Riwayat Tirmidzi)
 sumber : Loveislam.com

Jadi kepada kita2 semua umat islam yg sedang berpuasa,jom manfaatkan bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Banyakkan berdoa. Bermintalah kepada Allah kerana hanya pada Dia tempat kita bergantung dan meminta. Bukan? Syukur Ya Allah. Maha pemurah..

Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan, ayah.

Assalamualaikum

Ramadhan pertama tanpa ayah. 
Daddyyyyyyy... i miss u sowwww much ! How come u leave me,leave all of us here.................
Ummm.. semoga arwah ayah sentiasa dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Semoga ayah baik2 saja di sana. Semoga ayah dapat tahu bahawa anak ayah yg kecik2 comel2 ini rindu ayah sgt2,tp dia xblh nak bgtw dekat sapa2 sbb dia emo sikit pasal nie. See? Dah tertitik air mata. Tap. Tap.  Tp dia tak nges pun. Come on x cantik la klu nges kan ayah kan? Daddy come on, answer me ! I miss u, i love u. I need u daddy. Nnt insyaAllah kita jumpa ya? Pd kehidupan yg akan dtg. Yang lama tu. Selama lama lama lama lama lama lamaaaaaaaaaaaaaaaaa nya... Can't wait ! 

Teringat sangat2 klu ayah ada lagi, ayah laaaa yg paling senang nak bgun sahur. Mek x yah ckp la. Dia x kena kejutkan dah automatik terbangun ann. Suka kejut ayah, sbb x perlu jerit2, x perlu goyang2 badan, ckp sepatah elok2 pun ayah dah boleh terjaga. Terus bgun cuci2 muka, mkn. Hahaha. xde pun nak mamai2 mcm org ngn adik beradik yg lain. Awesome daddy ! Cool ! Lagi mkn selera plak tu. X de nk ckp byk kata lauk x best ke apa ke mcm org. Mkn aje ayh nie.. Alamak2 nak nges lg ! Jgn2!

Ok flashback kita tamat disini

Ayah, org nk bgtw................... org jatuh cinta !! Hehek. Nie ramadhan pertama selepas 3 tahun org x jtuh cinta hihi. Ntah la budak mana ntah. Dia suka cari pasal ngn org.Tp org slalu x jd nk marah dia  sbb dia xbg peluang org nk merajuk pun. Org slalu jgk marah dia tp dia sabar aje.Dia buat benda tu jd lawak. Xjd nak marah yah.Haihhh. Klu ayh nak tau,dia ada pangai mcm ayh. Dia salu iye kan aje klu org ckp apa2. 
Selalu aje iye kan org nak apa2. 
Kdg2 menyampah ! Tp sweet la. mcm ayh. Mtk apa pun iye kan aje.. sampai org tak ingt dah mintak apa. Kui3. Its okay kan ayah? Org bukan nak sgt pun..mengada2 je. Ayh kenal kan pangai org? Hahaha. Sbb tu la iye kan je kan ! :) Sbb tahu org main mintak aje kn.
'' iyew.. sabar  nnt sy belikan''
''iyew syg''
''yew pegi lah..''
''yew cantik..''

Hahakkk. Ayah geli la dia panggil org ''syg''. Hee. Ayah balik sana awal sgt la. Org bru nak merasa peringkat umur pertengahan remaja. Mcm mana laa nk test dia nie yah ek. Ayah xde nak interview dia dulu. Aduu. Da citer kat mek, mek okay aje. Ayh plak?? Hmmm. tp xpelah.. tgklah mcm mana. InsyaAllah je..

Ayah2 mek beli tv lain pulak. TV plasma besar n nipis. Haha. Nakal kan mek.. dia kata sng nk tgk sinetron.Jauh2 dah boleh nmpk.Hehe. Dah la dah 3 minggu tiap kali jumaat tgk Harry Potter sampai habis tgh2 malam. Amarika la bini ayh nih. Kui3. Terpengaruh dgn org la nie Heri Potter bagai nie. Haha. Syg mek,syg ayh ! Ayh xnk balik sini ke kejap, nnt org jnj org x majuk klu ayah nk tgk bola.Okay x? 

Skg pukul 7 pagi yah. Org rasa org nak sambung tido balik la. Okay tak yah? Heheheeee. Anak sapa la nie kan. :) 
Jap g ayah datang la dalam mimpi org. Blh? Datang tau org tunggu.. Klu blh ayh jwb la skali soalan2 org yg org tulis kat sini nie. Okay daddy cool? Org tido dulu, Assalamualaikum.... Syg ayh,rindu ayh,cinta ayh. muahhhhh ! muahh3 ! :) ala air mata lg, last kiss ayah masa ayh dah dikafankan.. i miss u ayah,  
:)