Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan_Budak2 i

Assalamualaikum

Hari nie pegi terawih dgn budak2. Adehhh.. tetiba lak aii anak2 buah nk ikut. So kami jalan kaki sama2.. i sorang je besar sikit yg lain dr drjah 2,3,4. Anak2 buah n sepupu. Memandangkan depa ikut, i solat terawih kat surau aje. sbb lebih dekat n x lama klu bbnding dgn masjid. Nnt budak2 nie main2 plak kat belakang..sapa susah.. hee.

Susah jgk jaga budak2 nie. Main je manjang. Main2 gaduh. Main2 gelak. Tgh2 jalan la bahaya sikit. Tau nak mainn aje. Lempang sorang sebijik baru tau! Hahaha. xde lah.. syg budak2 tu. minat nk g solat, minat nk pakai kain telekung. didikan dan asuhan dr kecil. Melentur buluh biarlah dr rebungnya bukan...

Depa solat dan 8 rakaat ja. Witir depa stop. Ngntuk katanya. kui3. X kesah lah.. esok or next2 penuh la tu.. i masa kecik2 dulu pun camtu jugak. smpai skg pun i kecik ! kita support usaha budak2 td k. hee

Lepas balik surau,depa mai umah plak. mintak ajarkan sns la. bi la. huhu. Kata cikguuuuuu. xpa2. silibus sekolah rendah, sapa2 pun reti kan. Hmm,rajin nye budak2 aku nie.

Till then, bye :)

Haa. nie bukan style anak2 buah i. hehe

PESAN UNTUK BUDAK2 DI SELURUH DUNIA :

BELAJAR PANDAI2
SOLAT RAJIN2.
:)

Ramadhan 5_ Tom yam campur pulak

Assalamualaikum

Hari nie konon2 blog nie pasal resepi k? hehe. Pose ngn tak pose sama je.. fevret ttp tom yam.
 
BAHAN-BAHAN :

BAHAN A:

500 gm sotong
500 gm udang
300 gm ayam
300 gm daging
1 peket cendawan
2 peket pucuk jagung
1 batang carrot


BAHAN B:

2 kiub stok tomyam / 8 sudu pes tomyam
8 biji cili api- dititik
2 biji limau nipis- ambil jus saja
1 biji bawang besar
3 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
3 cawan air
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

* Kalau guna kiub tomyam Maggi selalunya kuah akan jadi masam so tak payah guna jus limau nipis .


CARA MEMASAK :
1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, lengkuas , bawang besar/putih, serai,cili api dan biar sampai kuah mendidih. Kemudian rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis , garam , gula dan kacau.

3) Masukkan semua bahan B kecuali udang /sotong dan kacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan udang dan sotong , kacau sekejap sampai udang masak dan boleh la ditutup api.

Senang ! :)
sumber : blog org,tp lupa dah. sorry you.

Tuesday, July 24, 2012

4 Ramadhan. Sahur & Melewat-lewatkannya

Assalamualaikum
 
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat."
 (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam.
Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud:
“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: 
"Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran."  
(Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.
 sumber : http://www.iluvislam.com

 : )
Lapar?
Sunnat bagi orang yang berpuasa melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka, iaitu dengan buah kurma atau dengan air sebelum bersembahyang.


Monday, July 23, 2012

Ramadhan 3. Masa depan anak2 i

Assalamualaikum

Apa yg i cuba nak buat bermula daripada dulu hingga sekarang,
Bukan buat untuk apa2.
Selain daripada seruan Allah yg mahu hambanya mencari ilmu di muka bumi nie.
Semua nie bukan untuk diri i sendiri. Bukan2.
Ini untuk manusia2 yang sangat penting dalam hidup i..
Untuk mak.
Untuk adik2. Untuk adik-beradik
Untuk sanak saudara, mana lah tahu suatu hari nanti mereka memerlukan i.
I harap umur i panjang, untuk sentiasa berada dekat2 mereka sekiranya mereka memerlukan i.
I,
Tentang masa depan yg Allah bg kita peluang untuk rancang,
Tapi Dia sendiri yang akan tentukan, tentang ini sangat perlu berhati-hati
Ada orang hidup susah sebab kesilapan sendiri.Tapi i sendiri tak boleh nak cakap itu bala. Tp anggaplah itu ujian. Klu kita x rasa susah, kita tak kan hargai hidup senang.
Ada orang hidup susah sebab ujian Allah.
Ada orang hidup susah tapi dia tak tahu kenapa. Orang itu mungkin lalai daripada Allah.
Allah itu maha adil. Apa2 yg terjadi, tabahlah. Ujian semata2.. percayalah.
Sedarlah.
I,
I nak anak2 i nanti tahu apa itu erti susah. I nak mereka rasa susah tu mcm mana.
Tapi
I xnak anak2 i hidup susah. Cukup lah mereka rasa susah tu mcm mana.
Tak sanggup nak besarkan mereka dengan terus susah.
I xnk mereka sedih sbb ada ibu bapa yg tidak senangkan mereka.
Maka. semua nie juga untuk kepentingan anak-anak i.
Fikir panjang.. tak salah.
Mmg kalau kita pilih itu untuk ini,x semestinya kita akan bahagia.
Tp sekurang-kurangnya anak-anak i nanti ada masa depan.
I rela berkorban.
Macam mak i.
Dunia.
Semua orang fikir dunia.

Akhirat. Jangan leka. Pesan pada diri. Tak kemana harta dunia. Akhirat itu juga yang kekalnya.
Kita kejar sama-sama. InsyaAllah..

InsyaAllah, seorang pelengkap rusuk kanan i akan hadir dalam hidup i.
I x mintak dia yg meluruskan rusuk i yg bengkok itu.
Sbb i sendiri ada kesedaran untuk luruskannya sendiri. I cuba.
Kenapa kita,perempuan kena bergantung pada lelaki kita? Kenapa tunggu mereka dulu?
Mana pergi kesedaran diri sendiri.
Come on, biar mereka ambil kita yg sudah terbaik.
Bukan bila mereka ada baru kita nak berubah menjadi lebih baik untuk mereka.. Then kita cakap untuk Allah jugak..
Klu untuk Allah, kenapa tidak saja kita berubah dari sekarang?
Kan?
Biarlah lelaki kita nanti menjadi pelengkap yang kurang..
Dan kalau kita belum cukup lurus bagi dia, masa tu lah biar saja dia yg luruskan..
Semoga semuanya baik-baik saja nanti. Doa I untuk semua orang.Juga untuk diri i..

Contoh

I?
Amik jalan mcm nie?
Mmg tak la.



Sunday, July 22, 2012

Ramadhan II, Doa kita2.

Food. Yahooooow !! ;p
Assalamualaikum

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu
 doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka,
doa pemimpin yang adil dan
 doa orang yang dizalimi.
 Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, 
Allah s.w.t akan berfirman: 
Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…”
 (Riwayat Tirmidzi)
 sumber : Loveislam.com

Jadi kepada kita2 semua umat islam yg sedang berpuasa,jom manfaatkan bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Banyakkan berdoa. Bermintalah kepada Allah kerana hanya pada Dia tempat kita bergantung dan meminta. Bukan? Syukur Ya Allah. Maha pemurah..