Friday, August 10, 2012

Ramadhan 20_ Tentang Lailatul Qadar

Assalamualaikum
Saya mulakan dengan Riwayat Aisyah


X lama lagi bulan ramadan akan meninggalkan kita. Ada yg sedih sebab pahala yang berganda2 pada bulan ini akan tiba lagi setahun, ada yang gembira sebab tak sabar sangat dah nak raya. Ada yang rasa terharu sebab ramadhan kali nie betul2 bermakna baginya.. ada yang x puas hati sebab x berapa nak banyak amalannya dalam bulan nie.. Dan macam2. Hati manusia.. Hari nie entry pasal Lailatul Qadar. *Sedap kan sebut Lai.la.tul. Qa.dar.... sedap. Sejuk hati. 
Selepas research kat internet, rasanya nak share apa yang sy dah baca. Moga dapat manfaat bersama. InsyaAllah..

INFO MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ”

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan  dalam malam ganjil (mungkin pada malam 21,23,25,27,29 ramadan). ”

Doa yang patut dibacakan ketika bertemu malam lailatulqadar

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

doamalamlailatulqadar
Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “

Sumber : Jais
Bacaan lain : al-azim


Buat readers semua,
Terima kasih kerana menambah ilmu bersama2 saya 
:)
Teruskan ber-ramadhan. 

PESANAN PENAJA

 Tapi pilih yang tutup2 okay?Faham kan. Sy pun kdg2 terlepas pandang,jadi jom sama2 kita ingatkan.

Ikan yang menyentuh hati.. Hati siapa yang kudus boleh check kat  

Mulut orang yang berpuasa harum disisi Allah.Tau? :) Tp tetap kenalah gosok gigi okay ! Oh meh

Tiket flight nak balik raya kat kampung dah ada ke? (Yang naik flight bestnyeeeee..)

Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan 18 _ Love Patzzi,Baju Raya,Colek,Tidur dgn Hillda !

DELETED

17 Ramadhan_Shila Amzah dah pakai tudung daaaaa :)

Assalamualaikum

Dulu nama Shila Amzah sy kenal dgn nama Shila Tekno. Masa tu kalau tak silap saya baru sdg akhir2 sekolah rendah atau awal2 sekolah menengah. Sampai nama tu kawan buat sbg nama pena. *dulu zaman takde hp,jd sempat ada kawan pena main tulis2 surat! *Ada ke nama pena dia pun shida tekno. Kemudian album Sha-Hila meletup sbg penyanyi remaja. Masa tu sy dah start suka dgn Shila dan lagu 

Marilah kawan semua kini telah tiba masanya
gembira,suka ria, nyanyikanlah bersama
Lupakanlah dulu sengketa,tinggalkan semua masalah 
dunia terlalu indah nyanyikanlah bersama ceria...

Best. Selalu cari lagu nie time nak karaoke tp x jumpa2. hee.

Dunia terlalu indah tu sampai selalu sy tulis sbg status di fb dulu2 n kat blog dulu2 yg dah x wujud dah. 
Lepas tu Shila agak sepi.*bg saya. Lepas tu,dia masuk OIAM2, meletup2 dia naik. 
Di tambah pulak lagi Shila pandai main gitar n buat video upload kat you tube. Akustik dia sedap.
Actually sbb sy minat dia is.. 
Fesyen dia ! Heheheeee. lagipun umur sy dg Shila sama. So sy dgn shila nie mmg xde kaitan langsung la. hehehee. 
Ingt lagi dari style rambut dia,gelang dia,subang dia,rantai dia,kasut dia,jeans dia. Colourful Kiddy2 gitu.
Then bila lagi remaja,dah rock2 sikit. funky2 gitu.Hitam2 kelabu gitu.suka suka ! :) Zaman lagu bebaskan. Fesyen pun dah bebas. hew.
Pastu skg dah ladies2 sikit.* ok yg nie i tak terpengaruh sgt kot. Dgn rambut kembang2 gulung2 aaa lawa ala2 rambut Selena Gomez *yg nie i tiru kui3.

See? x ampak ambot daa :)
Pastu skg nie dah pakai tudung. 
Bye. 
Dia tiru i pulak.
*Phewwww "_" 
he.boleh?


Seyes Alhamdulillah bila org yg kite suka berubah kpd yg lebih baik. At least xde la kite ikut benda yg tak ketahuan hala kan. Hmmm bila pulak Liyana Jasmay nak pakai tudung nie.. Idola tuuuu... 

Lagipun skg nie tudung bulih macam2 dah nak pakai. Tak terikat dgn 1 fesyen je. Gegirl up to date nie kemain,nk bertudung pun nk ikut trend. Tp selagi tak melanggar syarak syariat hukum2 Islam semua, bertudunglah.. wajib, kena tutup rambut dgn kain tudung kalau tak nak tutup dengan kain langsir. Asalkan tertutup,tak jarang,tak ketat bla bla. :) Dah pandai kan.. 

Alhamdulillah syukur kpd Allah S.W.T. Sorang demi seorang...  Alhamdulillah. Lepas nie Shila akan dapat rasa dua benda, 

1. Cabaran kutukan hinaan dan persendaan daripada orang ramai 
2. Nikmat daripada Allah atas penghijrahan dia nie.

Sedikit pun nikmat Allah akan tetap bisa menguatkan hati Shila daripada mulut2 org nnt. Percayalah. 
Go Shila, Go ! 

Ok serius,
Shila Sharnaaz  pakai tudung dah.. Alhamdulillah.. kan? Bertuah bakal suami dia. Bertuah lagi mak ayah dia.  Bertuah lagi diri dia sendiri. 

Penyanyi, Shila Amzah akui dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.

"Alhamdulilah, saya kini sudah berhijab dan berhijrah sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Sebenarnya sejak 2 bulan lalu lagi saya sudah terfikir untuk berhijrah sepenuhnya. Namun keputusan itu membuatkan saya menjadi dilema, tak tahu kenapa.

"Walau bagaimana pun selepas mendapat nasihat daripada rakan terdekat, dan keluarga mengenai keputusan saya itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya untuk berhijrah," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Bercerita lanjut, bagaimana saat-saat penyanyi Patah Seribu itu mula yakin dengan keputusannya untuk berhijrah, Shila memberitahu semuanya bermula ketika dia mahu berjumpa dengan kekasihnya yang juga pelakon, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama pada Sabtu lalu.

Copy | Hari kejadian

"Terus-terang sejak 2 bulan lalu juga rasaya saya sudah mula mengenakan pakaian yang sopan dan tidak terlalu terdedah atau jarang seperti sebelum ini.
"Namun, kejadian yang saya tidak boleh lupa yang menyebabkan saya mahu berhijrah adalah apabila saya dengan tidak semena-mena telah mencapai tudung ketika hendak keluar berbuka puasa bersama Sharnaaz dan peminatnya.

"Sharnaaz yang terkejut melihat perubahan saya turut gembira dengan apa yang berlaku ke atas diri saya. Selepas majlis berbuka itu, saya dapati saya tidak mampu lagi untuk membuka hijab. Malah selesa mengenakannya bila hendak keluar ke mana-mana sahaja," luahnya lagi.
Shila yang mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya turut berharap penghijrahannya itu akan berkekalan hingga akhirnya.
"Saya berharap agar peminat terus mendoakan kebaikan ke atas diri saya supaya perubahan ini berada dalam istiqomah dan saya akan terus menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang, Insya Allah," tambahnya lagi. Murai.com


Surprise kat pakwe dia. 
 ''honey,look ! :)
Serpraissssssssssssssssssssssssssss...!!!! hehe
Memandaiii.

Shila actually suara pun aurat juga. tp xpe.. slow2 okay! : ) Lagi 1 lepas nie xleh nak terkinja2 dah tau atas pentas tu. Mania x mania. Hee. Takmau takmau lg k? Love u.

Monday, August 6, 2012

Ramadhan 16 _ Ramadhan yang berkualiti

Assalamualaikum

Actually hari nie dah 17 Ramadhan,tp semalam sy xde masa nak update sbb buzy.
Ramadhan tahun nie bg saya berkualiti sangat.
Ramadhan yg berkualiti.
Sbb saya rajin sikit. Hehehe.

Terawih tiap malam kecuali baru 3 hari kot tinggal. Itu pun sbb hujan dan ada masalah len.
Mengaji pun rajin. Phewwwwwww. hehee suke la rajin2 gini. Alhamdulillah Allah gerakkan hati nie. Sbb tahun lepas xde la se istiqamah mcm nie taw. He.
Sahur pun rajin,Bunyik jam automatik bgun.Panaskan nasik,lauk berlauk,buat air ho ho horlick milo dan makan dgn buat2 selera agar tidak lapar sgt di siang hari.
Lepas sahur x tido dulu,tunggu subuh dulu. Solat subuh, mengaji utk arwah ayh. bila ngantuk baru tido balik. Tp Ya Allah betapa x eloknya tido lepas subuh.. huhu... tp....tebiat ! 
Bgun tido tolong mak dgn bisness tapai pulut dia plak.. sampai la petang..
Petang masak untuk berbuka. Haaa ok, i masak. sedap x sedap belakang kira. makan!!!! :)
Berbuka mkn sikit je takut mengantuk time terawih. Mandi2,solat mgrib, g masjid/surau-ikut giliran.
Lepas balik terawih minum2 n klu rajin mkn,mkn lg. tp mmg jarang sgt la. hee. x lapar dah.
Spend time dgn family, n tido. zzzzzz



Dan apabila sy bgun dgn naturally,
itu namanya tidur yg berkualiti. 
:p