Monday, August 13, 2012

23 Ramadhan_ Mastura Rara. Rama2 yg buzy

Assalamualaikum
Saya............
 
Buzy dgn ;
1. Tido
2. Bisness mak
3. Keje i
4. Kerja dapur
5.Kwn2
6. Budak2
7. Buah kuih raya
 

So sy nk bgtw 

sy syg blog sy..

Even though
 :))

 
Pesanan tulus ikhlas dari Mastura Rara Rama2
klik kalau nak tgk ea..





Sunday, August 12, 2012

Ramadhan 22_ Cakap dalam hati

Assalamualaikum

Malam lepas2 anak buah yg darjah 2 tny sepupu yg darjah 4 berbual2 sambil jalan kaki nk g terawih. Mereka berdua perempuan.

'' kau dah keluar air mani?''
''Wei air mani org laki lah! ''
''Kau kata kau dah cukup umur ! kau dah keluar ke darah nifas?''

Sepupu yg darjah 4 tu x menjawab,sama ada dia malas nk layan atau dia x tau pape jugak pasal tu, x sure lah sy. Sy diam aje. huhu
So skg ase bersalah plak sbb masa tu sy tak terangkan kat mereka berdua pasal air mani dgn darah nifas serta maksud 'cukup umur' tu . Sbb anak buah i tny sepupu tu sbb.. spupu i tu walaupun bru darjah 4, tp dah datang bulan. Hohohoooo subur nye. Darjah 4 kot !

            ******

Pasal saf dalam terawih. Mmg kena bg kat org tua dulu ek? berdosa ke kalau kitorang yg duduk depan. Bukan sapa cepat dia dapat ek?
Ke mmg kitorang nie x layak.
Tp klu budak2 kecik mmg xleh kan duk depan?
Tp.. ntah..kdg2 pelik jugak.. org kemain dtg awl nak duk depan skali last2 kena halau jugak.. Ciannn :( sakit atii.. :( Hmmm. tp kalau dah hukum macam tu, xpela.. redha.. kena ikhlas, insyaAllah..

*******
Tadi pegi morak dgn adik beli soya. pastu jalan2 ngn moto dia.. Pastu lalu 1 umah tu, ada org kaya bg zakat, masa i lalu, ramai sgt org. berpusu2. Tp i rasa dia bg utk yg terpilih aje, lepas tu  i rasa yg dah terpilih dapat nie balik cita abis kat org kampung, so semua pakat mai . semua tamak2 sampai semua 1 rumah seisi keluarga datang nak mintak zakat. Ada ek zakat mcm tu? pakai x tengok keluarga, layak ke tidak, kalau ada yg tipu mcm mana? Dalam rumah penuh org. dia bg zakat kat luar rumah tp dalam pagar. dalam pagar penuh org. berebut2. yg kat luar lagi lah ramai. org tua,anak2 kecil ada yg nmpk betul2 susah tp takde org nak jaga. pihak yg bg zakat xde pun nak panggil dulu ke macam mana ke.. tp x tau lah mcm mana. kdg2 nak salah kan mak cik n pakcik tu, knp datang? sapa yg panggil? sapa suh dtg susahkan diri mcm nie? dah la panas,puasa,duk bersila atas jalab yg x berapa nak bersih. kesian. sedih . nak nges. Aku asalnya lalu situ dgn adik. then ada kawan kt situ so benti la kejap tgk2 apa yg ramai sgt nie kan. Hmmm zakat. Yg dah dapat suka. Yg x dapat2 nie maki2 dah. nate beruk nati anjing. Mesti mula2 masa dorang dtg,dorang happy sbb berharap sgt nak dpt duit free.mesti dorang puji2 org kaya nie, tp bila x dpt duit n just dapat duduk atas jalan, depa maki2. sy tak tau la nak salahkan sapa..  sbb xtau pape.. so diam ajelah.. ckp dalam hati.mcm skg nie.
mungkin org kaya 2 x jemput mereka..
mungkin org kaya salah sbb x bg pada yg betul2 perlu..
nampak mcm ikut nasib je sapa yg dpt tu. sapa dapat masuk pagar rumah,dpt duit. macam rusuhan pun ada td. Hmmmmmmmmmmmmmm. klu miskin,kufur. kalau kaya, takabur. Mcm tu? insyaAllah tak..
Geram,ada la beberapa ketul lelaki yg sihat tubuh berisi kulit gelap, mesti keje buruh. ada sama. ala abg. keje la.. jgn la amik hak org lain.. ramai lg mak cik pak cik tua nie.. 
ntah... sedih tgk.. ramainya org miskin.. sikitnya org kaya kat sini..

Jahat ke kalau kite amik gambar curi cenggini...? 
 

 Hmmm..
Allah tak pernah tidur. xpe..
 

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan _ Lauk yg....ew.

Assalamualaikum

Semalam abg sulung dgn bininya serta anak nya balik umah nie. Yeay ! Berbuka puasa kat sini. So baru lah rasa cukup adik beradikku 5 orang. Hewhew. Lama x makan bersama. Umm biasala bila dah kwen,ikut pilihan masing2 nak duk mana..



SYUKUR KITA  DAPAT MAKAN....

Chicken Chop DFC. Aweeeesome!


 p/s : Lepas nie nak search pasal Lailatul Qadar lagi :)

PESANAN PENAJA 

Klik kalau suka bercuti
Klik kalau suka tgk video tacing2

Ramadhan 20_ Tentang Lailatul Qadar

Assalamualaikum
Saya mulakan dengan Riwayat Aisyah


X lama lagi bulan ramadan akan meninggalkan kita. Ada yg sedih sebab pahala yang berganda2 pada bulan ini akan tiba lagi setahun, ada yang gembira sebab tak sabar sangat dah nak raya. Ada yang rasa terharu sebab ramadhan kali nie betul2 bermakna baginya.. ada yang x puas hati sebab x berapa nak banyak amalannya dalam bulan nie.. Dan macam2. Hati manusia.. Hari nie entry pasal Lailatul Qadar. *Sedap kan sebut Lai.la.tul. Qa.dar.... sedap. Sejuk hati. 
Selepas research kat internet, rasanya nak share apa yang sy dah baca. Moga dapat manfaat bersama. InsyaAllah..

INFO MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ”

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan  dalam malam ganjil (mungkin pada malam 21,23,25,27,29 ramadan). ”

Doa yang patut dibacakan ketika bertemu malam lailatulqadar

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

doamalamlailatulqadar
Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “

Sumber : Jais
Bacaan lain : al-azim


Buat readers semua,
Terima kasih kerana menambah ilmu bersama2 saya 
:)
Teruskan ber-ramadhan. 

PESANAN PENAJA

 Tapi pilih yang tutup2 okay?Faham kan. Sy pun kdg2 terlepas pandang,jadi jom sama2 kita ingatkan.

Ikan yang menyentuh hati.. Hati siapa yang kudus boleh check kat  

Mulut orang yang berpuasa harum disisi Allah.Tau? :) Tp tetap kenalah gosok gigi okay ! Oh meh

Tiket flight nak balik raya kat kampung dah ada ke? (Yang naik flight bestnyeeeee..)