Tuesday, August 14, 2012

25 Ramadhan _ Confessions of a Shopaholic: The Baju Raya Nightmare

Ramadhan 24 _ Ayu Raudhah pun sudah bertudung !

Assalamualaikum

Source : Murai. Com 
Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2012: Selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu, pelakon Ayu Raudhah akui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan hijab secara drastik.
Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.
Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.
  "Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

Cantik..Ayu Raudhah semoga kekal.
  "Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.
  "Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.
  "Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.
  "Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.
Dialog jadi pendorong.. Ayu

Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.
  "Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini'',
  "Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.
Ayu tidak mengerjakan umrah keseorangan sebaliknya ditemani suaminya sepertimana tahun lalu bersama akak dan abang iparnya.
Bercuti rehat daripada berlakon sepanjang ramadan, Ayu bagaimanapun bakal kembali aktif untuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki pada September ini.

beautifulnara.com

 P/S ; Pernah tak u guys rasa risau atau tertanya2 bila semakin ramai artis wanita yg dikenali sbg seksi meksi itu tiba2 berhijrah? 
Anyway Alhamdulillah again.... 

Liyana Jasmay, Sara Ali, U olls bila lg? I minat u olls. hihi.

Kat sini ada video tutorial utk hijabsta yg ingin kelainan dalam berhijab, i mean bertudung. Kepada yg belum bertudung,sedang bertudung,dan telah bertudung tapi free hair balik,blh la tgk. Mana la tahu tergerak hati nak bertudung.. (yg free hair tu) Usahlah berasa bertudung itu kolot, kerana kini tidak lg :) Ada byk cara utk tetap kelihatan up to date namun masih mengekalkan syariat islam kita.. Pilihlah gaya tudung yg menutup dada,tidak jarang dan lain2.. yg kalian dah faham.. 
pesan utk diri sendiri juga.. :)

Monday, August 13, 2012

23 Ramadhan_ Mastura Rara. Rama2 yg buzy

Assalamualaikum
Saya............
 
Buzy dgn ;
1. Tido
2. Bisness mak
3. Keje i
4. Kerja dapur
5.Kwn2
6. Budak2
7. Buah kuih raya
 

So sy nk bgtw 

sy syg blog sy..

Even though
 :))

 
Pesanan tulus ikhlas dari Mastura Rara Rama2
klik kalau nak tgk ea..





Sunday, August 12, 2012

Ramadhan 22_ Cakap dalam hati

Assalamualaikum

Malam lepas2 anak buah yg darjah 2 tny sepupu yg darjah 4 berbual2 sambil jalan kaki nk g terawih. Mereka berdua perempuan.

'' kau dah keluar air mani?''
''Wei air mani org laki lah! ''
''Kau kata kau dah cukup umur ! kau dah keluar ke darah nifas?''

Sepupu yg darjah 4 tu x menjawab,sama ada dia malas nk layan atau dia x tau pape jugak pasal tu, x sure lah sy. Sy diam aje. huhu
So skg ase bersalah plak sbb masa tu sy tak terangkan kat mereka berdua pasal air mani dgn darah nifas serta maksud 'cukup umur' tu . Sbb anak buah i tny sepupu tu sbb.. spupu i tu walaupun bru darjah 4, tp dah datang bulan. Hohohoooo subur nye. Darjah 4 kot !

            ******

Pasal saf dalam terawih. Mmg kena bg kat org tua dulu ek? berdosa ke kalau kitorang yg duduk depan. Bukan sapa cepat dia dapat ek?
Ke mmg kitorang nie x layak.
Tp klu budak2 kecik mmg xleh kan duk depan?
Tp.. ntah..kdg2 pelik jugak.. org kemain dtg awl nak duk depan skali last2 kena halau jugak.. Ciannn :( sakit atii.. :( Hmmm. tp kalau dah hukum macam tu, xpela.. redha.. kena ikhlas, insyaAllah..

*******
Tadi pegi morak dgn adik beli soya. pastu jalan2 ngn moto dia.. Pastu lalu 1 umah tu, ada org kaya bg zakat, masa i lalu, ramai sgt org. berpusu2. Tp i rasa dia bg utk yg terpilih aje, lepas tu  i rasa yg dah terpilih dapat nie balik cita abis kat org kampung, so semua pakat mai . semua tamak2 sampai semua 1 rumah seisi keluarga datang nak mintak zakat. Ada ek zakat mcm tu? pakai x tengok keluarga, layak ke tidak, kalau ada yg tipu mcm mana? Dalam rumah penuh org. dia bg zakat kat luar rumah tp dalam pagar. dalam pagar penuh org. berebut2. yg kat luar lagi lah ramai. org tua,anak2 kecil ada yg nmpk betul2 susah tp takde org nak jaga. pihak yg bg zakat xde pun nak panggil dulu ke macam mana ke.. tp x tau lah mcm mana. kdg2 nak salah kan mak cik n pakcik tu, knp datang? sapa yg panggil? sapa suh dtg susahkan diri mcm nie? dah la panas,puasa,duk bersila atas jalab yg x berapa nak bersih. kesian. sedih . nak nges. Aku asalnya lalu situ dgn adik. then ada kawan kt situ so benti la kejap tgk2 apa yg ramai sgt nie kan. Hmmm zakat. Yg dah dapat suka. Yg x dapat2 nie maki2 dah. nate beruk nati anjing. Mesti mula2 masa dorang dtg,dorang happy sbb berharap sgt nak dpt duit free.mesti dorang puji2 org kaya nie, tp bila x dpt duit n just dapat duduk atas jalan, depa maki2. sy tak tau la nak salahkan sapa..  sbb xtau pape.. so diam ajelah.. ckp dalam hati.mcm skg nie.
mungkin org kaya 2 x jemput mereka..
mungkin org kaya salah sbb x bg pada yg betul2 perlu..
nampak mcm ikut nasib je sapa yg dpt tu. sapa dapat masuk pagar rumah,dpt duit. macam rusuhan pun ada td. Hmmmmmmmmmmmmmm. klu miskin,kufur. kalau kaya, takabur. Mcm tu? insyaAllah tak..
Geram,ada la beberapa ketul lelaki yg sihat tubuh berisi kulit gelap, mesti keje buruh. ada sama. ala abg. keje la.. jgn la amik hak org lain.. ramai lg mak cik pak cik tua nie.. 
ntah... sedih tgk.. ramainya org miskin.. sikitnya org kaya kat sini..

Jahat ke kalau kite amik gambar curi cenggini...? 
 

 Hmmm..
Allah tak pernah tidur. xpe..
 

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan _ Lauk yg....ew.

Assalamualaikum

Semalam abg sulung dgn bininya serta anak nya balik umah nie. Yeay ! Berbuka puasa kat sini. So baru lah rasa cukup adik beradikku 5 orang. Hewhew. Lama x makan bersama. Umm biasala bila dah kwen,ikut pilihan masing2 nak duk mana..



SYUKUR KITA  DAPAT MAKAN....

Chicken Chop DFC. Aweeeesome!


 p/s : Lepas nie nak search pasal Lailatul Qadar lagi :)

PESANAN PENAJA 

Klik kalau suka bercuti
Klik kalau suka tgk video tacing2