Monday, September 17, 2012

Selamat Hari Malaysia dari Cikgu Rara

Assalamualaikum

Yaa. Hari nie cikgu nak ajar kamu semua ttg sejarah 16 September iaitu??Hari Malaysiaaaaaaaaaaaa :)) *sengih nampak gigi
Ok..baiklah,cikgu bacakan teks,kamu semua salin dalam buku nota tau? Tulis dgn pen warna pink
Okay? :))

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Haa sempat salin semua?
Sempat cikguuuuuuuuuuuuu..*budak2 jawab 
Ok..itu saja cikgu nak kamu semua salin dan baca sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?
Ingaaaaaaaaattt........ *budak2 jawab dgn  nada x ikhlas

Ok..dah,tutup buku semua. Malam karang baca dan hafal ok? Haa..Sekarang nie cikgu nak tunjuk gambar2 cikgu masa cikgu muda2 remaja dulu. Masa cikgu muda2 dulu cikgu kiut miut tau ,. ! Kan? Cikgu nie dah la kiut miut,berbudi bahaserrrrrrrrrr,hormat bendera plak tu. Haaa.

Uweekkkkk
uuuwerrkkkk !! 
 *beberapa pelajar muntah2 dan loya.



Sambil2 kamu tgk gambar cikgu dgn bendera Malaysia nie,cikgu nak pesan balik sekolah nanti,suruh mak,kakak,makcik,maklong,maklang,nenek kamu semua tgk2 kek cawan cikgu nie... Kek cawan 1 malaysia. Kalau kamu nak tgk, sini ada --> Kek Cawan Malaysia !Tgk la,sbb Mak Jemah ada bertanding buat cupcake nie. Kreatif sgt tau dia buat. Mcm x lalu plak nak makan sbb kek patriotik sgt.  See? Cikgu suka yg nie--> Cupcake
Ohh lagi satu cikgu nak tanya,, kamu semua suka minum air coklat istimewa tak? Ermm air coklat istimewa tu mcm kat SINI .Nanti tekan je kat situ, tgklah coklat tu.  Yang istimewa nyaaaa... is.. dia nnt agih2 dgn trak hijau nie. Gambar ada kat sini lebih kurang --> Trak Hijau berisi air coklat !  
Kamu jangan risau..Coklat tidak menggemukkan. Sedapppppppp drpd milo. 



Baiklah...semua dah tgk gambar2 cikgu tadi? dah kan...
Ok k cikgu tahu kamu semua bosan sbb gmbr yg lebih kurang sama/sama sejibik je cikgu tunjuk kan?
Tp xpelah..mcm cikgu selalu ckp lah kan ;
Ada cikgu kesah? 
Hehe.. dah2 yg muntah td pegi toilet skg. Bucuk.

Yg penting cikgu nak kamu semua 
SAAAAAAAAAAAAYANGGG MALAYSIA
CIIIIIIIIIIIIIIINTA MALAYSIA
JAGA MALAYSIA KITA nie. Ok? boleh?
*bolehhhhh cikguuuuu !! ..  

Baiklah murid2 cikgu semua..cikgu da penat la. Cikgu balik dulu ek? Kamu semua x boleh balik lg..tunggu pukul 1 k? Sementara tu,kamu buat kerja masing2 ek.. Asah pensel ke...conteng buku ke.. k? 
Cikgu balik dulu.. tata

GURAUAN SEMATA-MATA. DILARANG DIBUAT RUJUKAN. 

Still Syawal 2 # Raya pun bowling

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik rasanya lg 2 hari syawal nak bye2 kat kite semua.. Tp xpelah insyaAllah kita semua panjang umur..Kan.. : )

Tak ada apa nak cerita dalam entry kali nie. Cuma mungkin ingin menyatakan sedikit kekesalan sbb i x buat puasa 6 pun tahun nie. Lalai. Lalai dgn dunia. Ummm.. Nampak sgt lalainya sbb mmg lepas raya,outing dgn kwn2 sgt menjadi2. Almost everyday. Bila dah outing lapar dahaga op kos la kan.. Plus,ada photoshoot beberapa kali ntah.. (Yg gmbr2 nya blum jugak upload kat blog,) Tp..ah xpelah..masa masih panjang kot..Hee. So memandangkan tajuk entry masih # still syawal , I nak upload pic raya ke berapa ntah.. kat pusat bowling,kbmall. Ehek. Bila lg nak men bowling pakai bju raya kan..bju kurung muehehee. 



 Baju raya kedua 


 Sebenarnya masa nie kitorang baru lepas beraya di sekolah lama.. SMKWB. Ada i mention kat SINI dulu. Lepas raya ngn cikgu2 baru datang sini..

 Mcm biasa..
Shishi | Rara | Nunu








 Jom main..terer kan i..... *buat sengau sikit suara tu*



  Tp as a girl kitorang bukan main sgt pun..tmbh2 pakai baju kurung kan,
so rasa nak ayu2 la sikit..
x melayu la main bowling. Ahakkss.
So,mcm biasa u girlsss.. klik! klik ! Muahh !
..............................................PESANAN PENAJA...............................................

Lihat bagaimana kami berjimat kat SINI. X main dah sms2 nie. Call terus
Semua orang tak sabar menunggu Trak Biar Betul Hijau... Apa benda tu? Tengok SINI 
Cupcake 1 Malaysia. Comel gilew SINI 




Tuesday, September 11, 2012

Still Syawal 1 # Aidilfitri 2012 #

Assalamualaikum

Ada lagi x sampai seminggu syawal akan menutup tirainya..sy rasa semua org punya mood raya dah habis kot. Sbb skg musim org masuk semester baru dah..,so sebenarnya motif malam nie adalah nak lew jugak i upload pic  raya.. Hewhew. Kata blogger. Kena la upload kat blog,bukan kat facebook. *kata sapa pun xtau laa

So ! Aidilfitri bagi Rara tahun nie rasanya x byk beza kot dgn yg lepas2. Cuma yg paling beza tu, i have no daddy anymore lah..Al Fatihah.. :( ... hmm.. k byep

Jom bersama saya.Masuk dunia sy.Kite flashback .

Pagi raya kemain bz. Bgun lambat tu biasalah,satu hal. Then as a daughter merangkap sister,nak x nak,ke dapur lew kejew nyew. Hufff. Mula2 pakai baju raya,jubah pieewitt first time kau nyahh. ;p Pastu bila asyik ulang2 ke dapur tambah mknn,berdiri kat sink cuci stock gelas,sapu sisa2 biskut yg budak2 sepahkan kat lantai dan sisa2 air yg tumpah lg.. - ye raya pertama budak2 ramai dtg. duit raya yeay ! kata budak2 tersebut. Oh, so i pun tukar pakai bju biasa balik..xmo bucuk2...huhuuuuu xde jubah2 dah haih.. Bila budak2 dah reda baru la tukar jubah balik..

Selamat datang ke teratak kite.. kepada kwn2 yg hadir dan saudara mara.

Petang,baru la dapat keluar.. mula2 sy ngn adik pegi rumah adik beradik tiri sepupu sepapat yg terdekat dari segi jaraknya.. pastu bru ke rumah kwn.
Haaa. kat rumah kawan baru la ada can nak bergambar... tau.. kat umah mana sempat..cam devian la klu sy sorang2 gedik nak bergambar.annnn an.
See here..
Raya tahun nie bkumpul rumah shi,sbb dia 1st time kot raya kat sini. Biasanya dia balik kg.
Nie BFF sama2 STPM dulu.. 

X pernah miss raya sama2 . Tentu u guys pun ada jgk kan BFF mcm nie.


Shishi | Rara | Nunu







K.. ini saja..
Anyway tudung raya x beli sbb ntah mcm mana blh terlepas pandang !! 

Kami semua pakai celcom. Anda bagaimana? Anyway celcom ada sesuatu yg menarik utk kita2. Kat SINI 
Tapi kalau ada di antara kami curang,lalu guna maxis,kitorang xde masalah pun..celcom-maxis pun kitorang sanggup bergayut. Sbb persahabatan itu mcm Nokia, connecting people. 
Kat  SINI offer utk budak2 kampus.. Maxis  . Silalah tgk2 klu rasa nak jimat top up... Kan... :)


Sunday, August 26, 2012

Rara :::: Anak dara sampaikan raya

Assalamualaikum

:::::Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin::::
Di kesempatan ini saya nak mohon maaf kepada semua pembaca kalau selama saya menulis blog-main-main saya nie dulu pernah terguris perasaan kalian semua.. ada ker??

InsyaAllah lepas musim raya nie, Rara akan giat kemaskinikan blog ntah hape2 nie supaya ada manfaat untuk semua yg sudi nak baca. Hee.klu u guys perasan kan,dulu ada byk page kat blog rama2 nie tp skg da xde. Its magic! Ia boleh berubah wajjah,Taaadaa! ;p Haha. Iye Rara hide dulu. sbb sepah sgt content dia.. Lgpun sejak akhir2 ini ada beberapa anonymous duk komen2 suh kemaskan blog nie. Surryy la awk. kite x cukup masa. Hee. Ada juga sorang tu kan..dia kan... komen kan... macam nie...
''tutup aurat tu! nampak rambut masuk neraka tau x?''  
Terkezut i.... huhuhuhuuuu..xmo2.xmo..Pastu, Sy pun kemain nie bukak balik entry2 lama,mana lg yg x delete kan. Huhu. Okla. jumpa la sekeping. Heheh. Jgn la marah awk ek.. kite tak sengaja la.. Itu gambar zaman dulu..
Dulu lain...sekarang lain..
Dulu bujang sekarang dah kawin..
Hoiii?

OK

SELAMAT HARI RAYA


Mohon maaf dari hujung rambut.. hingga hujung kaki yer.. :)

Anak dara berhari raya
Berhari raya di tepi muara
Mana nak cari anak dara beraya
Carilah di tepi muara.
ehhh


Duduk bersimpuh si dara muda
Warna warni hai berbaju raya
Bersalam bermaafan sesama mereka
Kosongg..kosongg..Najwa Latif punya
oiiiii


Ku susun jari sepuluh semuanya
Halus,kurus,x putih la pula
Sampaikan salam ini kepada semua
Rara ucapkan selamat hari raya

Untuk perkembangan Rara, kini Rara x kembang2 pun. Keding tang nie jugak. Hehe. Mood raya x habis lagi.. esok nak pergi beraya kat sekolah dengan cikgu2 dan kawan2. Mak Rara buat pulut dakap ! *Pulut yg ada inti pisang kat dalam..lepas tu bungkus dgn daun pisang (jugak..) pastu bakar. Yummmyyy ! Sapa nak rasa yg mak Rara buat boleh la pergi sekolah esok. SMKWB. Hehe. 
Di pihak peribadi Rara, Ra x blh makan kuih tu sbb berminyak. Rara dalam pantang. Pantang minyak,pantang ais,pantang haba. Sbb ada gejala batuk2 sikit sejak dua menjak nie. Hee. 
Lagi dua minggu dari sekarang Rara akan terbang/naik bas ke UPSI untuk meruskan hobi Rara iaitu buat assignment sampai rasa nak nangis. Heheheeee.
Juga.. Last,Rara ini juga sentiasa bahagia dengan family kat kampung halaman nie. Itu saja..TQ and i love you too ! haa

Friday, August 17, 2012

Ramadhan Terakhir_ SUNNAH DAN ADAB MENYAMBUT HARI RAYA

Assalamualaikum
Ramadhan terakhir utk tahun nie. Tahun dpn insyaAllah jumpa lg :)

Alhamdulillah.. tamat sudah puasa sebulan kepada yg berpuasa sebulan. Alhamdulillah.. see? see? xde sapa2 pun yg mati sbb puasa sebulan kan? kan? Herrrr. Puasa nie nikmat tau x,nikmat..Masa nie la kita nak rasa betapa susahnya org yg susah. Mereka lapar,mcm kita time puasa jugak la. Same goes to mereka2 yg mcm kat Afrika sana, xde air nak minum.. Sehaus2 tekak kita,haus lg tekak mereka tau.. So syukur lah dgn nikmat yg kita dapat nie. Puasa best kan?  Tgk i, dah turun berat badan. Hufff. Huhu tp x kisah la.. lepas nie boleh naikkan balik.. Apa susah? :)

Alahai bersyarah pulak. Actually nak jerit td.. 1..2...3 !

Esok raya yeay !

Esok raya yeay !

Esok raya yeay !

Ehek. ^__^
Mau x happy, esok pakai bju baru lg kot. Hewhew. Today saya nak kongsi tentang sunnah dan adab menyambut hari raya.. Sy rujuk dr website masjid an nur..

Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.



2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].


3. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.



4. Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.


5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik



6. Berpakaian baru/cantik di hari raya

Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.


7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.

ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.

iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.

iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.



8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya

Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.


9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya.

 Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”


11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya

Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

P/s : Dialog adalah rekaan semata2. 
Talent : Anisah, Anis & ''Ara'' ! 


Semoga adilfitri kita kali ini memberi seribu keberkatan daripada Allah SWT untuk kesejahteraan kita sepanjang hayat.. Ameen...

NAK BAGI DUIT RAYA KAT KITE TAK? 
Semak kat bawah sini..