Tuesday, October 9, 2012

Muhamad Amirul_Mirularts photoghraphy

Assalamualaikum

Tempoh hari *dah lama nie,baru update* UP (UPSIan Photoghraphy) bekerjasama usahasama dengan team Photo Student Politeknik Sultan Azlan Shah (PSP)  untuk 1 outing.

Salah seorang photogh dari PSP is Amirul.*Hai Mirul* 
Yang lain2, dalam 4,5 orang lg team ini saya belum pasti lg sbb sy belum di-tag picha nye kpd saya.. Oh xpe..sy mmg suka pose terguling tergolek *haa nampak hiperbola* dpn kamera tp sy x dpt pun gambarnye saya tu. hihi. Internet slow ek? xpe.. try UNIFI

Kawan-kawan mari berkenalan dengan ;

dan like page baru beliau

Like tanda support usaha anak muda yang cinta akan seni fotografi ini. 
Seni itu halus,halus itu saya. 
Tp makhluk halus itu dia.hee.

The gambars..

Pose nie Sahar Alif yang ajar.
* x reti2 aku nih*



Pengalaman shoot dgn group baru kenal nie buat sy sedar bahawa banyak bendaaaaa lagi sy nak kena belajar dalam talent mentalentkan saya nie. Terima kasih bagi tunjuk ajar :) Nnt saya improve lagi deh..

 THANK YOU U GUYS

Anyway jap jap..cantik x tgn sy? Kih3 amboi kau soalan! Boleh dgr org2 duk jawab ''x cantik pun mekkkkkkk!!!'' 
Dah tgk produk terbaru skg nie? Dah LIKE belum ? Sy klik like sbb suka 'botol' dia tu. Comel,simple,& pink pink tu penting. Silakan u all klik pulak ek.? Elianto Hand Cream.  Tp Rara x beli lg sbb Vasseline punya banyak lagi.. Tp xpe habis Vasseline tu nnt kita try Elianto plak deh? Selalu Rara pakai Elianto nie utk eyeliner ngn maskara je..best. Jimat.  Skg dah ada hand cream,so jom beli sama2 moh kite..
Sbg perempuan mak mentua x kisah kalau tgn kita kasar.. yelaaa bt keje umah kan.Tp suami kisah! ^_^   
(( Klik SINI kalau ada BF yg sejati. Stara mana dia blh mkn KFC baru nie boh?))

Heheheee..sorry loyar buruk. bye2 semua.. nak buat kerja sekolah..Salam.

Sunday, October 7, 2012

Berulang kembali - Siswi Diselamatkan Daripada Cubaan Bunuh Diri

 

TANJUNG MALIM, 8 Oktober - Bangunan E-Learning, UPSI sekali lagi mencetuskan kegemparan umum apabila seorang siswi telah diselamatkan daripada cubaan bunuh diri oleh empat orang pekerja 'cleaner', 5 Oktober (Jumaat) yang lalu.

   Maklumat tersebut diterima daripada Ahmad Suhaimi Mohd Noor, seorang pensyarah UPSI di akaun Facebooknya "Berita terkini: 7 oktober 2012, aku mendapat maklumat daripada rosli bin dahalan staf ict, upsi yang mendengar cerita daripada seorang " cleaner" bahawa kejadian " hampir2 bunuh diri" telah berlaku pada hari jumaat 5 oktober 2012 jam 2 petang yang lepas."

"Seorang siswi telah membuat percubaan untuk membunuh diri di tingkat 5- tempat yang sama kes siswi yang terjun dan terkorban pada bulan april yang lalu. Siswi tersebut telah diselamatkan oleh 4 orang " cleaner" yang berjaya menarik tangan dan memeluk siswi tersebut" katanya.

Seorang siswi berkata kepada media UPSIDaily, "pensyarah saya memberi tahu kejadian yang sama (cubaan terjun) pernah berlaku selepas kematian seorang siswi bulan April yang lalu. Cubaan terjun tersebut digagalkan oleh rakan yang menyedari tindakan siswi tersebut".

"Selepas siswi itu sedar, dia berkata terdengar suara ghaib yang memanggilnya ke arah tingkap tersebut. saya berharap pihak UPSI dapat menganjurkan satu program solat hajat untuk menjauhkan perkara ini berlaku. Saya takut perkara tersebut berlaku lagi" ujar siswi yang tidak mahu namanya disiarkan.

Penuntut UPSI dinasihatkan supaya tidak berjalan seorang diri di bangunan tersebut dan memohon kepada Allah S.W.T agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.  
Sumber-UPSIDaily,

Thursday, October 4, 2012

Prejudis.Perasan.Penakut nya aku nie

.

Wanita kembar sbg hiasan

Assalamualaikum


..Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah..

Pesanan Mokda : 
Jaga diri Mas.. Tak perlu jadi Liyana Jasmay... mahupun Lisa Surihani.. 
Shopping.. berpada-pada... itu Syaitan kalau kita beli..beli..pakai sekali..simpan dalam almari.. 
Hidup ini perjalanan... bila  mana kita di atas, kdg2 kita x nampak org lain.. sebabnya kita yang jauh.. bukan orang itu.. 

*Klik link yg i tambah k ! 
Thanks Mokda... 
Adawias Ibrahim.

Wednesday, October 3, 2012

Malam dalam khayalan

Assalamualaikum

Ruang malam yang ini aku dongakkan realiti
Infiniti terapung ringan merewang lembut-lembut dalam ingatan
Aku sendiri
Dingin
Seorang.
Aku tambah nilai interaksi komunikasi {Hotlink}
Supaya ikhtiar itu kita nampak segar.  

Kau biar aku di sini terus terusan bersama denting orkestra dalam khayalan
Melodi Sigur Ros meliuk lentok di segenap lapangan_JIWA. 
Aku menghadap setia
Ia milik sesiapa sahaja. 

Melangit aku ke bentuk- bentuk. Itu siling.
Merenung renungan yang aku renungkan.
Keadaan ini sungguh tidak bergraviti.

Berikan aku bandar lagi
Bandar yang lari dalam mindaku tapi hati-hati kali ini nanti aku jatuh
Sebab siapalah aku dalam modeniti ini?
Aku mahu pawagam  
Memancarkan cahaya alternatif menggantikan yang terlindung
Mereka melacur bakat. Aku peminat tubuh,oh bukan.Keringat.

Tapi aku sedang statik. Pegun dalam bayang
Ada entiti mengekang kita sedangkan akulah petikan gitarmu.
Aku telinga yang satu,mendengar dalam pandangan mataku.
Yang terus ke keningmu.
Kucupan pertama. Gila
Aku lari. 
Dalam segan malam. 
Penuh rama-rama . Teruja.
Eh pergi ! Malam ini jangan ada suara bayang