Tuesday, January 29, 2013

3 Kata Rindu

Assalamualaikum semua.. :)

Rindu rindu rinduuu !!!

Itulah 3 kata yg sesuai utk aku ucpkan kpd bloggers n readers sekalian.. Tp rindu yg pertama tu is for my blog nie. Ala,blog Rama2.

Alhamdulillah sy skg kt kg halaman. Wakaf Bharu Kelantan. Td petang baru sampai setelah 7 jam perjalanan dr Tg. Malim,Perak. Td masa otw balik, 3 kemalangan yg sy lihat. Hmmm. sgt bahaya jalan nok kelik kelate nie weiii.. Hati2 bwk kereta or moto hatta sikal pun. Ingtlah Rara tersayang.*eh?! (Lihat kereta  DI SINI

Anyway kepulangan kali ini sgt lain mcm sbb
sbb
sbb
Muka akuuuuuuuuuuuuuuu.
Heee. Muka ai ''cantik gilew'' u know? Kalah Tyra Banks. Kalah teruk Naomi Campbell.
Sbb yelah mau x tan, 4 hari di river. Fasi gitewwwwwwwwwwwwwwwww. Malas nak cite pnjg sbb lapar nasik skg nie.


Tuesday, January 22, 2013

6 Pesanan Buat Isteri

Assalamualaikum semua.. :)


Info : 6 Pesanan Buat Isteri





1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman. Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Monday, January 21, 2013

Gagal

Assalamualaikum

Satu dari sekian tanda tanya
Aku gagal buat dia faham apa yg patutnya dia faham ttg diri aku
Aku tak suka
Aku suka
Aku boleh terima
Aku pantang

Gagal aku melihat anak matanya tetap pada aku yang dulu
Yang dia hampiri membawa cinta
Pada saat di mana dia mahu letak cinta aku
Aku ambil simpan dalam kaca hati
Aku tilik. Aku nilai.
Pada suatu saat
Aku tanggalkan baju2 cinta
Aku pakaikan pada tubuh aku
Lama2 aku selesa dengan cinta itu.
Walau ia mengecil mengikut ukur badan aku sendiri
Aku masih sama,seperti aku yg dulu
Dan kau semakin jauh,
Tak kenal..

Saat aku berharap kemanisannya.
Ketika mimpiku sedang indah
Kian sampai pada syurga
Kau ingin akhiri...
Apa pun yang terjadi....
Kau tetap begitu..

Aku masih dgn baju itu.
Genggam hatimu. Genggamlah imanmu.
Terbanglah bersamaku melayang jauh..

Atas katil Athirah Zafirah,lepas bangun dari tidur,
7 bulan  6 hari..
2013

3.AM Citer hantu. Tercabut jantung aku !!

Assalamualaikum

Hari jumaat lepas,yakni 3 hari lepas, ak g Rawang ngn kengkawan semata2 nak tgk wayang. Dlm perjalanan dr TM ke Rawang tu ak tido kroh kroh sbb penat, baru balik dr keje aku sbg fasi kpd GSTT. Penat tu lebih sbb ak dah pun merelakan diri ak utk bertugas sbg fasi outdoor.Bukan lagi fasi indoor yg senang lenang goyang kaki itu.

Outdoor :(

K. Dalam tido2 dalam kereta ak tu ak terjaga sbb kengkwan duk menjerit seronok sbb dlm radio duk hebahkan pasal citer baru thailand. Citer hantu. Kemain depa seronok ! haha. Ak on je...takut tak takut belakang kira.

So,sampai2 yup mmg g tgk citer tu.

3 A.M

Movie nie 3 in 1. Mcm nescafe gak la. Ada 3 citer hantu yg aku mmg takut sbb aku penakut kot.

1. Hantu rambut palsu
Takutttt ohhh bila mengenangkan rambut2 palsu yg ada kat kedai tu adalah rambut mayat.Dalam citer nie, rambut ppuan mati kena bunuh dgn kejam. Rilex je pakcik tu potong rambut dia dgn tiada sopan santun and pegi jual and awek nie buat rambut palsu n jual kat kedai dia.Pernah pakai rambut palsu x? Agak menyesal tgk citer nie sbb ada darah2. Huhuuuuu... kena pancung. wekkkk nak muntah ! 

2. Ehem2 dgn mayat wanita cantik
Aku harap adik2 aku tak TERtengok citer nie. Adoiiiii.

3. Main hantu2
Part nie mmg buat jantung ak luruh bagai buah cempedak di luar pagar. Ada je kejutan. Klu org lemah semangat mmg please jgn lah tgk yg nie. Meninggal serta merta.. menyusahkan org lak. Bulih la depa duk main2 gitu. Pas main, ingt betul2 dah. Tp main2 lg. Pastu ingt betul2 dah,rupa-rupanya main2 lagi . Berapa kali ntah mcm nie. Nak marah, geram, takut,kecut, letih takut, dan sbg ak ase... mmg eeeeeeeeeeeeeeeeee !!

Anda bagaimana? Penakut x ? Kepada tak tak takut klu just tgk citer2 mcm nie,,blh lah join zombie kat Bukit Utama nnt. Sini Zombie Run Malaysia 2013 Bukit Utama Klik LIKE kepada yg tak takut utk buktikan anda x takut . (saya klik tanda buat2 tak takut) Hehehee.

HANTU MALAYSIA?


Sekian saja pasal hantu. Takut aku. eeeee.

Takut,takut jugak. Jgn lupa hny Allah yg maha berkuasa. Takutlah dan bertakwalah kepada Allah. 


Sunday, January 20, 2013

Sempadan kawan,sempadan !

Assalamualaikum 


Dan akan ada waktu - waktu kita melanggar sempadan itu. Kita langgar, rempuh, tolak-jatuh. Sempadan - sempadan inilah yang membezakan kita manusia. Tinggi rendah nilainya.

Kawan, aku selesa begini. Begini lah aku, dan hidupku. Dan jalanku hanya satu, kerana Tuhanku. Aku bukan tak mahu ikut kau dulu, dengan cara hidup kau yang begitu. Tak mungkin. Aku tahu mana tempat ku, mana cara ku. Di sini kawan, di sini tempat aku. Di sinilah aku. 

Tapi lihatlah kawan, aku juga mampu. Saing - saing kamu, tak jauh mana pun kita sebenarnya. Bezanya aku tidak sanjung apa - apa yang kau perlu sanjung. Meletakkan tinggi dari Tuhan. Oh, aku tak perlu itu. Begini lah aku. Masih berdiri senyum.

Begini hidup aku.

Rezeki aku masih halal kawan, bukan rezeki kamu. Rezeki bawah meja, tepi meja, dalam meja, luar meja. Aku tak perlu meja - meja. Kalau ada, ada lah. Kalau tiada, maknanya Tuhan yang kata begitu. Aku terima kawan. Aku masih tersenyum. 

Lihatlah, aku tak megah dimana aku, tapi kau megah kawan, dengan kelilingmu, dengan gaya hidupmu. Aku tahu. Oh, tak mungkin aku mahu begitu kawan. 

Pilihan aku masih setuju kawan, masih yang satu. Masih begini, tak perlu itu. Kita bukan hidup untuk berlumba kawan. Kalau benar berlumba, tunjukkan aku mana garis akhirnya?

Kawan, senyumlah. Lihat wajahku kawan, aku masih mampu tersenyum. Lihat! 

Hoi, bangun kawan!
Hidup ini bukan milik kita kawan, milik Tuhan!
Jagalah sempadan!


Zahiriladzim.blogspot

Manusia tanpa sempadan
Elok lah jadi hantu.