Sunday, February 17, 2013

Permulaan yang tidak baik?

Assalamualaikum

Well,today is my first day,Woohooo ! Hewhew xyh nak wohowoho sgt lah xde sape kot yg suka duduk berjauhan dgn family. Kan? Anyway.. ini bukanlah first day i tinggal dgn mak mentua or apa,tp biasalah, i am a still student and yeahh, have to lah masuk U balik. Kannnnnn.

Everything is fine until lah dekat2 nak sampai UPSI,i mula x sedap hati bila semua org turun KHAR baru, KUO baru, KZ, KAB, except me. Huhu.  Untuk maklumat lebih lanjut, i tempek kan printscreen dari fb i boleh? Hee.


Teruk sgt x kalau i kate ini adalah permulaan yang tidak baik?

Hmm. Tapi, dont worrry be happy lah sbb baggage i dah jumpa pun. Adam tlg cari kan. (i tag benda yg sesuai utk dia. hihi) Ada haaaa.. nun kat KZ. Apelah pakcik india tu,pepandai je dia turunkan bagasi i. Dalam tu bukan saja ada maskara,bulu mata palsu pun ada tau takkk. *nampak tak kite cuba nak ckp yg betapa pentingnya benda2 yg x berpaedah nie bg kita. Harr harr harr. 

Lepas dpt bag tu i senang hati sikit so i mula lah kemas2 bilik air.. bilik tido..ruang tamu sapu sikit2.. *sikit2 sbb x licin sapu. Penattt.. 
Kemudian sekali lg i buat sesuatu yg i rasa ia adalah bukan permulaan semester yang baik. I took a sachet of 3in1 nescafe ! Huhu. For what? What for? 

Ia bertindak sebagai minuman yg memberikan tenaga xtravaganza yg mana dapat menjadikan kita lupa akan keletihan fizikal atau kelesuan mata,yakni mengantuk. 
Ye la mau x ngantuk. 8 jam dalam bas dr KB ke TM. Tido2 ayam itik je.  So i need xtra energy. 
Why dont i just go to sleep? 
Ngak bisa dong. Gue nungguin teman2 datengg ambilin barang2 inn. Hehe. Depa sume kena pindah KHAR baru so brg2 depa tumpang letak umah agam indah i nie. So molek kiranya sy x berehat dgn cara tidur sbb kalau tido, ia hny akan memeningkan kepala sj sbb kejap2 sorang mai. Kejap2 sorang mai. Depa mai dgn penuh senyuman. Wahhh . Semua bersemangat nak mulakan sem baru heh. Sem 6 !! Miss u all. Jumpa esok tau?? *tgk lah kalau i rajin g kelas. Biasa minggu pertama nie x g kelas pun xpa lg..kedatangan x ambil ag kan? Heee. We will see baby girls. 

Till then,byep ! ^__^


Result sem lepas? 
Lebih kurang sama mcm sem lepas
lepas 
dan lepas.

Alhamdulillah... xde la membanggakan sgt tp xpnh la sampai menghampakan. Giteww
*yg nie dalam kategori baik.

Tuesday, February 12, 2013

Jika Fikir Panjang tentang Nikah

Assalamualaikum

Mood : Gedik 
Lokasi : Depan mak
Lain2 : Lihat SHARE/MY



Orang perempuan jika 'berfikir panjang' maka mereka tak akan mahu bernikah 
manakala orang lelaki pula jika 'berfikir panjang' maka mereka akan segera mahu bernikah.

Ini kerana orang perempuan secara alami/fitrah sudah dipersiapkan oleh Allah untuk menjadi  isteri sejak memiliki kitaran haid yang pertama. Apa yang menghalangi mereka ialah perasaan mereka yang menebal. Rasa takut, curiga, risau, bimbang dan ragu-ragu yang jika difikirkan ibarat menambah minyak ke dalam api dengan situasi sekeliling dan persekitaran yang tidak membantu akan menyebabkan mereka menjadi takut untuk bernikah dan menjejakkan kaki ke alam baru. 
Sebab itu gadis yang tidak berfikir panjang cepat sahaja mahu bernikah kerana 'cinta' akan membius  dirinya sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Manakala orang lelaki pula kebiasannya sukar hendak memulakan langkah untuk bernikah kerana  selesa membujang dan enggan memimpin atau bertanggungjawab.
Namun jika mereka berfikir panjang, mempunyai cita-cita maka kehadiran isteri sangat membantu diri mereka berdisiplin dan membina hidup yang stabil maka mereka pun akan segera mahu bernikah !


Tuesday, January 29, 2013

3 Kata Rindu

Assalamualaikum semua.. :)

Rindu rindu rinduuu !!!

Itulah 3 kata yg sesuai utk aku ucpkan kpd bloggers n readers sekalian.. Tp rindu yg pertama tu is for my blog nie. Ala,blog Rama2.

Alhamdulillah sy skg kt kg halaman. Wakaf Bharu Kelantan. Td petang baru sampai setelah 7 jam perjalanan dr Tg. Malim,Perak. Td masa otw balik, 3 kemalangan yg sy lihat. Hmmm. sgt bahaya jalan nok kelik kelate nie weiii.. Hati2 bwk kereta or moto hatta sikal pun. Ingtlah Rara tersayang.*eh?! (Lihat kereta  DI SINI

Anyway kepulangan kali ini sgt lain mcm sbb
sbb
sbb
Muka akuuuuuuuuuuuuuuu.
Heee. Muka ai ''cantik gilew'' u know? Kalah Tyra Banks. Kalah teruk Naomi Campbell.
Sbb yelah mau x tan, 4 hari di river. Fasi gitewwwwwwwwwwwwwwwww. Malas nak cite pnjg sbb lapar nasik skg nie.


Tuesday, January 22, 2013

6 Pesanan Buat Isteri

Assalamualaikum semua.. :)


Info : 6 Pesanan Buat Isteri





1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman. Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Monday, January 21, 2013

Gagal

Assalamualaikum

Satu dari sekian tanda tanya
Aku gagal buat dia faham apa yg patutnya dia faham ttg diri aku
Aku tak suka
Aku suka
Aku boleh terima
Aku pantang

Gagal aku melihat anak matanya tetap pada aku yang dulu
Yang dia hampiri membawa cinta
Pada saat di mana dia mahu letak cinta aku
Aku ambil simpan dalam kaca hati
Aku tilik. Aku nilai.
Pada suatu saat
Aku tanggalkan baju2 cinta
Aku pakaikan pada tubuh aku
Lama2 aku selesa dengan cinta itu.
Walau ia mengecil mengikut ukur badan aku sendiri
Aku masih sama,seperti aku yg dulu
Dan kau semakin jauh,
Tak kenal..

Saat aku berharap kemanisannya.
Ketika mimpiku sedang indah
Kian sampai pada syurga
Kau ingin akhiri...
Apa pun yang terjadi....
Kau tetap begitu..

Aku masih dgn baju itu.
Genggam hatimu. Genggamlah imanmu.
Terbanglah bersamaku melayang jauh..

Atas katil Athirah Zafirah,lepas bangun dari tidur,
7 bulan  6 hari..
2013