Tuesday, March 26, 2013

Perkongsian Hati

Assalamualaikum 



Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berkata kepada saudaranya, ‘Hai Kafir!’ maka ucapan itu kembali kepada salah seorang antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan.” (0049)

Membenci Bapa
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu membenci bapa kamu. Sesiapa yang benci pada kepada bapanya, maka dia kafir.” (0051)

Dari Saad bin Abu Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang mengaku ‘Bapa’ pada orang lain, padahal dia sedar bahawa orang itu bukan bapanya, maka haram syurga baginya.” (0052)

Mencaci Orang Mukmin
Dari Abdullah bin Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hati-hatilah kamu! Jangan lah kamu kafir kembali sepeninggalanku, di mana sebahagian kamu membunuh sebahagian yang lain (perang saudara).” (0054)

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada dua perkara pada manusia yang keduanya dapat menyebabkan mereka kafir, (1) Mencela keturunan (2) Meratapi mayat.” (0055)

Berita yang Mengacaukan
 Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [0082]





PESANAN PENAJA 

Klik untuk tahu 


Sunday, March 24, 2013

LELAKI

Assalamualaikum 

Lelaki
biar sehancur mana
dia dicincang dunia
--tak mati
walau bertalu disiksa
jasadnya takkan meronta
--dia sudi
suka tak suka, tak beza
bibirnya duduknya sama
--tak duli
kalau tak tau jiwanya
seringnya dikeji nista
--dia gigih jadi lelaki
Terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi

                                                                                     
Lelaki
sambutkan hormatku dari seorang perempuan ( women-needs-html )
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan
jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu
                                 KLIK
You are like a song that i've learnt
setiapnya kerna perempuan
biar dikata apa
dia tegak mendada
-- dia janji
selagi nafasnya ada
dia kan teguh bersama
-- dia masih jadi lelaki

Biar sehancur mana
dia dicincang dunia
-- tak mati.
By fynn Jamal

Wednesday, March 20, 2013

Projek Memikat Suami

Assalamualaikum semua.. :) 

Saya tak banyak masa hari ini...jadi kita teruskan saja dengan bismillah... hee. 


|NOVEL|

BAB 26

Semenjak peristiwa kiriman gambar suaminya dengan supermodel itu, Husna bagaikan kehilangan semangat. Rutin seharian dilaluinya macam robot. Di hadapan ibu mertuanya dia berlakon ceria, tidak mahu ibu mertuanya menghidu masalah rumah tangganya. Dengan suaminya, dia cuba sedaya mungkin untuk tetap memberikan layanan penuh hormat. Namun Zahrain kekal dengan mode ketul ais beku, menyebabkan hubungan mereka berdua dingin kaku.

Selepas berhari-hari dilanda kesedihan, Husna berasa lega bila hari yang dijanjikan untuk bersama teman-temannya tiba. Finally, I am going to meet my BFFs again. Hari ini dia berazam tidak akan berfikir tentang kisah Zahrain dan buah hatinya. Lantaklah dia! Hari ini hanya untuk bergembira dengan Em, Pet dan Atai!

Pagi-pagi lagi dia sudah ke dapur. Bahan-bahan masakan sudah dibeli semalam. Teman-temannya sudah siap memesan masakan itu dan ini. Sememangnya dia sudah biasa menjadi tukang masak untuk mereka.

Jam lapan pagi, Zahrain turun untuk sarapan. Husna berharap selepas bersarapan, Zahrain akan keluar. Suaminya itu tidak pernah lekat di rumah waima hujung minggu pun. Tapi selepas sarapan, dia mencapai Ipadnya dan membaca entah apa-apa. Lama juga Husna tertunggu-tunggu sambil sibuk memasak, suaminya tidak keluar-keluar juga.

Akhirnya, terpacul juga dari mulut Husna, “Err...kawan-kawan saya nak datang hari ini.”

“Awak dah bagi tahu semalam,” ringkas jawapan Zahrain.

“Awak tak keluar?”

“Kenapa, awak nak saya keluarkah?” Ini yang aku malas bercakap dengan dia, getus hati Husna.  We can never have a straight conversation.

“Tak, just wondering.” Husna patah balik ke dapur. Setiap hari tidak pernah lekat di rumah, hari kawan-kawan aku nak datang pula dia nak melepak di rumah, bebel Husna senyap-senyap.

“I am wondering too,” fikir Zahrain, “kenapalah dia hendak sangat aku keluar? Apa yang nak disorokkan? Has it got something to do with that boy...apa namanya? Atai?”

Terdengar isterinya menyanyi di dapur. Gembiranya dia hari ini, fikri Zahrain. Tidak macam selalu, dia sedar sejak hari Husna menerima MMS gambarnya dengan Adira, Husna bagaikan zombie. Baguslah, boleh tercapai Plan A aku.

Bosan di ruang tamu, dia menapak ke bilik tidur di atas, sambil melayari internet, dia berbaring-baring di atas katil............ TERUSKAN MEMBACA. Lawati http://www.penulisan2u.my

*******************************************

Tuesday, March 19, 2013

Fotografi & Graffiti

Assalamualaikum

Salam sejahteraaaaa :) Yup,maka hari ini adalah hari utk saya post beberapa keping gambar lagi dari Firdaus Norjaya Photoghraphy, yang mana update hari ini adalah rentetan daripada entry ini.. firdaus-norjaya-photography.html  yeahh.

Tahu kat mana lokasinya? Di dinding penuh graffiti yang mempamerkan bakat anak muda,atau belia mungkin dengan cara lukisan graffiti tersebut ! Hidup sep hip-hoppp. *mostly geng depa la.





Anda tahu keistimewaan seni graffiti dan seni fotografi? - Both of them really shows how u can express yourself to audience. Apa? tak percaya aaaaaa? Dan sekarang nie yg tgh hot di pasaran domestic is about  undian siapakah yang akan menjadi pemenang artis graffiti utk tahun 2013 ini !? 
Moh le kite vote. 

vote !! 




VIEW, READ MORE AND SELAMAT MENGUNDI ! =P


P/S : 16 Mac yang lepas kite g makan MCD yang RM4 tu. kat sini :) http-McDonald's Weekly.html

Monday, March 18, 2013

It almost perfect

Assalamualaikum

Pasal perfect tak perfect.

Yesterday. Yesterday everything went almost perfect sejak pagi. Yes, demi Allah happy sangat2. I did that.. i did it... almost perfect ! 

Why i'm saying almost perfect? Knp bukan perfect terus? 

Sbb masa tu belum 24 jam lagi. Aku ingat, semalam akan jadi hari yang perfect.Yelah, aku percaya permulaan yang baik pasti akan berakhir dengan baik. Dan sebaliknya. (Tp aku sedar juga bhawasanya  kepercayaan aku nie kebanyakannya hampeh jugak! Klu dah nak spoil,spoil jugak tak kira bermula dengan baik or not!) 

Jadi aku takut dan sangat berhati2 menjalani hari semalam. I did my best i swear !! Aku sanggup blablabblblblblbla demi pastikan hari semalam perfect. Tapi..... Hmmmm... kenapalaaaaa...whyy? .. Kenapa tak boleh bg aku 1 hari pun yang perfect ? 

Mula2 1 benda. Lalu 10% tahap perfect itu hilang. Kemudian tambah lg 20 % hilang ke-perfect-an itu. 
Lepas tu..... sikit demi sikit.. tinggal la tahap perfect tu dari 90% ke 40 % .. 

40% !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Like useless, hopeless ! 

Hmmmmmmmmmmmm....

Selena Gomez kate dalam lagu die (Who says) "Who says you're not perfect". Orang kate 'Practice makes perfect', so kene practice la. Tapi Hannah Montana kate dalam lagu die (Nobody Perfect) "Nobody's Perfect". Kurt Cobain pun kate la, "Practice makes perfect, but nobody's perfect, so why practice?"


I know xde seorang pun manusia yg sempurna,aku juga tahu xde 1 pun perkara atau benda atau apa2 lah yg sempurna. Tp............................... 

Allah, please?