Wednesday, March 27, 2013

Kejelitaan Adalah Hak Milik setiap Insan ^.^V

Assalamualaikum semua..:)

Menarik post dari Lynda Lee hari nie. Tq Lynn,bg izin.hee  <3


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.  Dia perlu menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”.
Jaga Perkataan. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga Kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Boleh lawati page kecantikan di sini <3 http:// whitening cream etc. com

Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

 Jangan rock-rock tau ^_^ 

Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


Terima Kasih kerana membaca ^.^

P/s : Fail aku. Fail terukkkkkk! 

Yang part menjeling tu paling ketara. :( huhu. Keterukan yang berganda sbb kat dia lah paaaaaaaaaling kerap aku jeling. Pantang x puas hati sikit . Adoiii. i need to change! cyaiyokkk

She is.. Lynda Lee. Adorable ! 

Tuesday, March 26, 2013

Perkongsian Hati

Assalamualaikum 



Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berkata kepada saudaranya, ‘Hai Kafir!’ maka ucapan itu kembali kepada salah seorang antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan.” (0049)

Membenci Bapa
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu membenci bapa kamu. Sesiapa yang benci pada kepada bapanya, maka dia kafir.” (0051)

Dari Saad bin Abu Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang mengaku ‘Bapa’ pada orang lain, padahal dia sedar bahawa orang itu bukan bapanya, maka haram syurga baginya.” (0052)

Mencaci Orang Mukmin
Dari Abdullah bin Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hati-hatilah kamu! Jangan lah kamu kafir kembali sepeninggalanku, di mana sebahagian kamu membunuh sebahagian yang lain (perang saudara).” (0054)

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada dua perkara pada manusia yang keduanya dapat menyebabkan mereka kafir, (1) Mencela keturunan (2) Meratapi mayat.” (0055)

Berita yang Mengacaukan
 Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [0082]





PESANAN PENAJA 

Klik untuk tahu 


Sunday, March 24, 2013

LELAKI

Assalamualaikum 

Lelaki
biar sehancur mana
dia dicincang dunia
--tak mati
walau bertalu disiksa
jasadnya takkan meronta
--dia sudi
suka tak suka, tak beza
bibirnya duduknya sama
--tak duli
kalau tak tau jiwanya
seringnya dikeji nista
--dia gigih jadi lelaki
Terkadang aku kasihan
‘tah gimana dia bertahan di selalu
takkah lenguh dia berjalan
meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi

                                                                                     
Lelaki
sambutkan hormatku dari seorang perempuan ( women-needs-html )
moga nanti
datang hari untuk kau betul2 dihargakan
jatuh bangunmu
gagah lemahmu
tidur bangkitmu
tumbuh patahmu
                                 KLIK
You are like a song that i've learnt
setiapnya kerna perempuan
biar dikata apa
dia tegak mendada
-- dia janji
selagi nafasnya ada
dia kan teguh bersama
-- dia masih jadi lelaki

Biar sehancur mana
dia dicincang dunia
-- tak mati.
By fynn Jamal

Wednesday, March 20, 2013

Projek Memikat Suami

Assalamualaikum semua.. :) 

Saya tak banyak masa hari ini...jadi kita teruskan saja dengan bismillah... hee. 


|NOVEL|

BAB 26

Semenjak peristiwa kiriman gambar suaminya dengan supermodel itu, Husna bagaikan kehilangan semangat. Rutin seharian dilaluinya macam robot. Di hadapan ibu mertuanya dia berlakon ceria, tidak mahu ibu mertuanya menghidu masalah rumah tangganya. Dengan suaminya, dia cuba sedaya mungkin untuk tetap memberikan layanan penuh hormat. Namun Zahrain kekal dengan mode ketul ais beku, menyebabkan hubungan mereka berdua dingin kaku.

Selepas berhari-hari dilanda kesedihan, Husna berasa lega bila hari yang dijanjikan untuk bersama teman-temannya tiba. Finally, I am going to meet my BFFs again. Hari ini dia berazam tidak akan berfikir tentang kisah Zahrain dan buah hatinya. Lantaklah dia! Hari ini hanya untuk bergembira dengan Em, Pet dan Atai!

Pagi-pagi lagi dia sudah ke dapur. Bahan-bahan masakan sudah dibeli semalam. Teman-temannya sudah siap memesan masakan itu dan ini. Sememangnya dia sudah biasa menjadi tukang masak untuk mereka.

Jam lapan pagi, Zahrain turun untuk sarapan. Husna berharap selepas bersarapan, Zahrain akan keluar. Suaminya itu tidak pernah lekat di rumah waima hujung minggu pun. Tapi selepas sarapan, dia mencapai Ipadnya dan membaca entah apa-apa. Lama juga Husna tertunggu-tunggu sambil sibuk memasak, suaminya tidak keluar-keluar juga.

Akhirnya, terpacul juga dari mulut Husna, “Err...kawan-kawan saya nak datang hari ini.”

“Awak dah bagi tahu semalam,” ringkas jawapan Zahrain.

“Awak tak keluar?”

“Kenapa, awak nak saya keluarkah?” Ini yang aku malas bercakap dengan dia, getus hati Husna.  We can never have a straight conversation.

“Tak, just wondering.” Husna patah balik ke dapur. Setiap hari tidak pernah lekat di rumah, hari kawan-kawan aku nak datang pula dia nak melepak di rumah, bebel Husna senyap-senyap.

“I am wondering too,” fikir Zahrain, “kenapalah dia hendak sangat aku keluar? Apa yang nak disorokkan? Has it got something to do with that boy...apa namanya? Atai?”

Terdengar isterinya menyanyi di dapur. Gembiranya dia hari ini, fikri Zahrain. Tidak macam selalu, dia sedar sejak hari Husna menerima MMS gambarnya dengan Adira, Husna bagaikan zombie. Baguslah, boleh tercapai Plan A aku.

Bosan di ruang tamu, dia menapak ke bilik tidur di atas, sambil melayari internet, dia berbaring-baring di atas katil............ TERUSKAN MEMBACA. Lawati http://www.penulisan2u.my

*******************************************

Tuesday, March 19, 2013

Fotografi & Graffiti

Assalamualaikum

Salam sejahteraaaaa :) Yup,maka hari ini adalah hari utk saya post beberapa keping gambar lagi dari Firdaus Norjaya Photoghraphy, yang mana update hari ini adalah rentetan daripada entry ini.. firdaus-norjaya-photography.html  yeahh.

Tahu kat mana lokasinya? Di dinding penuh graffiti yang mempamerkan bakat anak muda,atau belia mungkin dengan cara lukisan graffiti tersebut ! Hidup sep hip-hoppp. *mostly geng depa la.





Anda tahu keistimewaan seni graffiti dan seni fotografi? - Both of them really shows how u can express yourself to audience. Apa? tak percaya aaaaaa? Dan sekarang nie yg tgh hot di pasaran domestic is about  undian siapakah yang akan menjadi pemenang artis graffiti utk tahun 2013 ini !? 
Moh le kite vote. 

vote !! 




VIEW, READ MORE AND SELAMAT MENGUNDI ! =P


P/S : 16 Mac yang lepas kite g makan MCD yang RM4 tu. kat sini :) http-McDonald's Weekly.html