Friday, April 26, 2013

Gwiyomi Rara with Lyrics & English Translation

Assalamualaikum


Choko meopin han jogak sikyeonoko
Over a chocolate muffin
Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
Waiting for a cup of savory milk

Oppahago nahago kkok maju anjaseo
Oppa and I sit facing each other
Seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
And scribble on each other’s hands

Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Don’t look at other girlls No matter what they say You’re mine (You’re mine)

Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Don’t even talk to other girls I’m yours (I’m yours)
Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Please pinky promise me
Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
That you’ll never leave me alone

Chorus:
1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
One, two, three
Close your eyes and come to me
When you touch my cheeks with your two hands
I stop your lips from kissing and…
1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi

P/S : Rara dah lama buat gwiyomi tapiiii x post kat mana2 laman sosial takut kena hentam. Haha. Biasalah org kita kan suka hentam2. So, buat lah sesuatu yg x perlu menimbulkan kemenyampahan orang. Macam post translation Gwiyomi nie. Hehe. Selain gwiyomi, ada lg 1 fenomena yg tak kurang jugak popular,tapi suam2 kuku jugak la, and daaaa.. aduhhh seksi bangat cewek ini donggggg??! Its is  Miss Preety Dance! Ade jugak tgk kwn2 bila jumpa ngan geng2 depa, buat gedik gini.  Tapi. Kalau muslim,jangan la pakai camgitu,pastu menari gitu lak depan ajnabi,.Awwwww ! Pak aji abg aji jgn tengokkkkkkk  these preety solid girls mau tercabut serban. Opssss. Gurau ja. See u again, Tata :)) 

Sunday, April 21, 2013

Adikku yang sindrome down & arwah ayahnya.

Assalamualaikum

Adik aku. Nama dia Faizul. Dia sindrome down,kini 17 tahun tapi bersekolah di sekolah khas. Mek selalu kena pujuk2 dia makan,mandi,pakai baju, sebab dia xnak buat tu semua.Kadang2 berjam2 pujuk saje. Tapi dengan ayah,sekali dua ayah pujuk,dia dah buat apa yang ayah suruh. Dia sangat manja dengan ayah. Dia sangat mengada2 dan inginkan perhatian yang lebih dari segala-galanya dan lebih dari semua orang.

Mek selalu xde masa nak pujuk dia lama2 sebab mek banyak keje nak buat kat rumah tu selain layan dia. Lagipun dia dah biasa dengan mek sebab mek hari2 dan 24 jam dengan dia. Tapi ayah x. Ayah balik keje,ayah xde buat apa2..tengok TV sambil layan dia. Sure lah dia manja dengan ayah kan? :)

Dulu dia suka makan sendiri
Adik sayang ayah,bila ayah outstation lama2, ayah x pernah salah beli hadiah. Semua yang dia beli kompem adik suka. Haiwan plastik, makanan ringan, layang2,alat muzik,gambar. Yup adik suka sesuatu yang bergambar. Sebab tu aku tiap kali cuti aku belikan dia buku bergambar, terutama gambar2 haiwan. Adik suka.

Kalau hujan,adik tukar seluar sebab nak main hujan kat luar. Tapi mek x bagi. Takut demam. Kemudian adik datang dekat aku,dengan harapan aku nak izinkan dia main hujan. Tapi dia hampa, aku kata gi mandi dalam bilik air. Air hujan asid,air paip klorin. Better mandi klorin.Dia buat muka seposen dan berdiri belakang pintu sambil tengok air hujan,sambil tengok budak2 lain main hujan. Lepas tu dia senyum dan ketawa sorang2 sebab seronok tengok orang lain main. Lepas tu dia buat muka seposen lagi. Bila ayah balik,dia happy. Cepat2 dia pegi dekat ayah,dengan harapan yang sama. Ayah kata pergilah
Dia tahu ayah pasti izinkan. Dia pun keluar lah nikmati zaman indah dia. Tanpa fikir masalah apa2. Hanya seronok saja. Sebab tu dia sayang ayah sangat- sangat.
Dulu dia suka selcha



Kalau aku bawak dia pegi kedai runcit,aku kata ambil lah apa saja yang dia suka. Dia ambil maggi,mamee yg 30 sen tu,aiskrim,dan snek. Tapi aku tukar snek tu. Aku kata snek ada MSG,pewarna tiruan,perasa tambahan dan bla2. Nanti rosak gigi. Jadi aku ganti dengan kek apollo. At least, walaupun manis tapi xde MSG. Aku tahu teori aku salah tapi aku tetap nak buat sesuatu supaya adik lebih sihat. 

Bab maggi plak,aku yang tentukan perasa dia banyak mana yang boleh dia letak dalam maggi. Aku letak sikiiiiiiiiiiit je. Aku kata biar tawar asalkan x makan MSG. Mamee tu,aku buang perasa dia. Biar dia makan tanpa perasa. Pasal aiskrim, aku x kesah sbb aku sendiri pun makan aiskrim. Hahaha. Aku x kisah kalau aku sakit sbb makan makanan ringan,tp adik aku,no! no way ! 

dulu dia sunburn sekarang jadi putih

Tapi kalau dia g kedai runcit dengan ayah,dia boleh amek semua makanan yang aku haramkan tu. Ayah plak siap tolong bubuh dia punya perasa2 tu semua. Now tell me mcm mana adik x syg ayah sangat2? 
 *************************

Semalam mek call. Happy sangat nada nya, dia kata adik dah keluar rumah. Aku nangis kot masa tu. (tp aku cover la x macho la kakak nangis) Gembira sangat. Syukur tak terkata.  Sejak ayah meninggal setahun lebih lepas,dia tak pernah keluar rumah. Tak pernah. Tak pernah ! Macam2 cara,macam2 ayat kami pujuk .Tp ntah kenapa dia x nak keluar. Dia x macam dulu, dulu dia suka  keluar duk depan umah main2 ngan budak2 lain walaupun tak semua orang nak kawan dengan dia. Dia suka keluar,duduk dalam buaian lepak2 sampai maghrib tp skg xde langsung. Tapi jelas sangat,lepas ayah xde, dia x mahu keluar rumah lagi . Tak de sesiapapun tahu knp kecuali Allah. Tapi aku dan family buat andaian, ya,dia rasa sangat tertekan dengan pemergian ayah. Sbb dia kan paling manja dengan ayah.

dulu dia periang dgn semua
dulu dia suka buat peace





















Bila ayah meninggal,dia macam terpinga2,dia mcm takut,menyendiri,tapi dia x boleh luah apa2 sebab dia xboleh bercakap. Dia hanya boleh sebut beberapa perkataan basic. Tapi bila kami cakap pasal ayah depan dia, air mata dia keluar. Aku tahu dia faham apa yang berlaku.

Air mata dia. Dia jarang menangis sejak dia masuk sekolah tapi bila ayah dah xde,dia nangis. Aku nampak air mata tu, Aku nampak!!!! Kami adik beradik semua nampak. Kami semua nangis sbb tgk air mata dia. Mata dia merah. Masa tu aku marah sangat kat Tuhan, Kenapa la macam nie sekali dia nak uji kami . Kalau uji aku sorang xpe lagi, nie ngan adik2 aku sekali. Aku marah. Aku tak boleh terima pemergian ayah. 

Sejak hari tu kami 1 family tidak lagi cakap pasal arwah ayah depan dia. Orang lain pun kami x bg sebut nama ayah depan dia. Tak sanggup kami nak lihat kesedihan adik lagi.  Setahun berlalu,dah lebih setahun pun,adik dah jadi lain..Selain susut,dia x nak bercakap,xnk berkawan,xnak keluar rumah,jarang ketawa,jarang makan,jarang main,semua jarang. Dia lebih suka bersendiri sejak ayah tak de........

dulu kalau bergambar dia suka buat muka

Bila dapat call mek semalam, kami syukur sangat kalau adik dah pulih dari rasa kehilangan yang mendalam... Syukur sangat. In sya Allah, lepas nie hope sangat adik jadi periang macam dulu,hope sangat2. Kami rindu adik yang gemuk,yang tahu makan saje. Yang tahu main saje. :) 

Teringat kisah aku ngan mek pergi buat kad pengenalan untuk dia. Pegawai tu mintak cap ibu jari dia. Masa nak letak tangan dia kat meja tu,dia cabut lari. Ya Allah.. :) Comel sangat.. masa tu jugak la dia nak main kejar2 dengan aku... habis orang tengok.. ada yang ketawa lucu... punyalah happy dia masa tu,dia ingat aku suka sangat main kejar2 kat tengah2 orang ramai nie? Padahal aku kena kejar dia sbb nak cap jari dia tu! Selagi x dpt mcm mana nak siap? Hehe..adik..adik.. aku x kisah kena main kejar2 masa tu asalkan dia happy dengan hidup dia. Penat melayan dia. Tapi oh well,itulah adik aku yg Allah bg. Dulu dia lahir x cukup bulan..eksaited sgt nak main kat dunia nie. Bru 6 bulan dah keluar! Mek cite,kecik dia. kecik gila macam anak tikus. X sangka boleh hidup.. 


dulu dia hiperaktif
Itulah adik aku yang sindrome down. Alhamdulillah selepas setahun lebih dia berkurung dalam rumah,dia keluar juga ikut mek pergi rumah jiran kelmarin. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah... 

Al-fatihah 
untuk arwah ayah nun jauh di sana..kami rindu..

Jakarta... ayah pernah g Jakarta bersama Pak Ngah komposer Cindai Siti Nurhaliza. Wakil Malaysia dalam persembahan muzik Malaysia  :) In sya Allah one day,aku plak pegi. Shopping gelang.

Terbang ke Jakarta dengan RM1. Tarikh akhir booking: Isnin depan.



Friday, April 19, 2013

Oh My Finger

Assalamualaikum semua.. :)



Semalam Rara overdose ubat. Pastu sebelum tidur tu rasa mcm terhuyung hayang je..sejuk tp panas. Panas tapi sejuk. Sampailah tertidur macam tu je selepas mengucap beberapa kali. Kot2 la mati -_- 
Bangun pagi nie, still rasa macam tu, tp gagahkan diri untuk mandi and bangun buat sarapan. Orang kata lepas sarapan mesti sihat. So bersarapanlah saya dengan makanan2 yang ntah berkhasiat ke x. Hahaha. Roti,sunquick ais,aiskrim jagung,kerepek ubi made in Kelantan,ayam goreng semalam yang goreng saja tapi x lalu nak makan,dan last dengan sebijik vitamin B yang dokter bagi tempoh hari. 

Lepas makan mmg segar sikit. So kesegaran itu digunakan untuk menge-check- facebook and says.com. Hee. Blog x check lagi masa tu. 
Layan layan layan, lapar pulak.... aishhhhh. Nie yg malas makan vitamin. +_+ Cari2 makanan,xde yg boleh terus dimakan. Ada yang mentah2 je.. huhu... Tapi memandangkan dah nak masuk tengahari, keputusan telah dibuat, kite masak je lah hari nie... ayam kan ade


So,at the end of story, lepas masak aku kemas2 la alat memasak kan..pinggan mangkuk periuk belanga semua..pisau..sudu.. pastu kan, zappppppppppppppppp ! 
auoohhh ! Jari aku... huk huk.. kena pisau!.... :( 
Sbb aku basuh pisau pun semangat sangat kot. Semangat nak makan,lapar kan? Hewhew... aduh du du du du....  Last, teringat plak kat mak di kampung halaman sana.. dulu masa kecik2 pernah la jugak menyibuk kat dapur sebelum dia suruh kak gi belajar nuh . mak masak sorang boleh

Miss u mom, 
mekkkkkkkkkkkkkkk jari berdarahhhhhhhhhh nieeeeeeeeee 

miss u too ayah :)

P/S : klik untuk lihat tiket flight murah ! cepat sebelum x dapat ! 

Tuesday, April 16, 2013

Photoshoot Personal & Portrait RM30 jer seorang!

Assalamualaikum semua.. :)

Semalam Rara post promosi from photoghrapher Firdaus @ modern-classic-girls-photoshoot. kan..lepas tu update kat Fb,ramai rakan2 kita yang tanya2 dengan lebih lanjut mengenai pakej personal/portrait tu. So jawapan kami is mengikut pakej asal adalah RM 70 untuk 30 keping gambar dan masa unlimited sampai cukup gambar. Bila kata 30 keping gambar tu ramai kata

wahhhh banyakknya saya x reti nak pose banyak2 tu kak. 
Unlimited? Kalau xde idea nak pose mesti lama untuk saya sorang. Sian orang lain tunggu.
Mahal lah kak..saya nak shoot suka2 je simple2 pun okay dah..

Jadi saya selaku PA (hahaha) berbincanglah dengan bos tentang pendapat2 mereka yang berminat ini.. Sooooooo,, keputusan telah dibuat menggunakan budi bicara bos iaitu harga pakej diturunkan lagi kepada RM 30 seorang tapi untuk 15 keping gambar sahaja. Bila saya bgtw pakej terbaru tu, mereka yg bertanya terus hip-hip hooreyyy sebab mereka mampu bayar dengan tiada sebarang ragu2 and mampu fikirkan pose terbaik mereka untuk shoot nanti. Hehe. Cuma diingatkan, kalau ada gambar yang kurang menjadi, kami akan reshoot kembali sebelum anda pulang sampai la u all puas hati. Sama2 puas hati.. :) 
Tau? Jangan risau pasal tu... apa2 boleh ejas...

****************************************
Sekali lagi diuar-uarkan, pakej terbaru yang lebih mudah dan murah serta cepat :) 

20-22hb  photoshoot session dah fully booked .
After that, jom !  :)
  • Boleh request mana2 tempat *yang cantik2 la.
  • Tema bebas 
  • Boleh bawak teman kalau segan..kawan or pasangan ^_^

Contoh gambar yang boleh diambil (dari koleksi beliau Firdaus Norjaya Photo)
Preety Anis Zahirah.. Beautiful Love Pattzi
nak bawak bear sendiri pun boleh :) cuma outdoor tau. x masuk studio
pose je macam mana pun janji happy kan?

*Rara x dapat nak fokuskan kat pre-wedding and maternity sebab komuniti Rara mostly young and single. Heheheee. 
Tapi kepada awak2 yang sudah berpunya or on the way nak dapat baby, jom abadikan kenangan paling istimewa itu di atas sekeping gambar kenang-kenangan.. :)  Contact us ! 

Personal/portrait..RM30 je seorang....Ingat tu.. ^__^ Berbaloiiiiiiii. 

Modern & Classic Girls Photoshoot

Assalamualaikum


Cuti midsem yg lepas Rara lepak2 dengan Mek Cah a.k.a Hazanis  sambil bergosip. Pasal..macam2 lah,fashion,bloggers,PRU13,universiti,photoghrapher dan sebagainya..Biasalah tu klu dah jumpa. Pastu balik2 tengok ada promosi baikkkkkkkkkkkkkkk punya dari sorang photoghrapher nie.. Firdaus. Skg  ni pun still berlangsung ada lagi promosi tu..

After 19 April, photoshoot boleh dilakukan area Kuala Lumpur 
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan yang kena mengena,
Hubungi Firdaus :  
013-222 0325
Hubungi Rara :  
01127799383

Kalau nak tahu,pasal Firdaus nie,kami pernah jadi talent untuk dia. Daripada duk amek gmbr ngn hp cabuk pastu post kat instagram kate muka x cantik la apa la,*padahal elok je pun kan* alangkah moleknye bila ada peluang bergambar dengan kamera besar dan berkualiti cam gini, kite guna peluang  itu sekali dua. Then bila tengok hasil,memuaskan,masa tu kita akan rasa yg dunia nie tidak sekejam mana. Kita adalah tidak secomot yg kita sangkakan.... :) 

Jadi..outing dengan abe jambu Firdaus nie adalah juga satu lg pengalaman yang cun dan terRileks.Sbb dia cool,humble,mesra pelanggan dan mesra pengguna. Heee. Org pro memang camnie..Sbb tu dia layak duk dalam kategori pro . ^_^  Gitewwww  *belanja i cool blog 1* 
*****************************
Ok k . Saya singkatkan kata2 yg x berapa nak singkat nie,Boleh tengok sini koleksi gambar yang rara simpan. #Firdaus 1# & #Firdaus 2#
Koleksi dari mek cah belum sempat di upload lagi..biasalah mek cah buzy sikit.Tp xpe u guys boleh cari gambar mek cah and sorang lg bff kitorang Anis Zahirah dalam FB Firdaus tau. Page pun. FirdausNorjayaPhoto. Ejah like boh :)

Klu pengalaman2 Rara nie, its excellent, ai puas hati dengan gambar2 beliau yang sharp and licin. Hehe. Alah,ekceli Rara x tau sgt pasal gambar2 nie. Yang mana nampak muka licin,putih dan berseri..itulah yg buat Rara suka hik hik sepanjang masa... Tak gitu? Haha..  

*************************
Kat bawah  nie outing kedua Rara dengan Firdaus Norjaya Photoghraphy. 

Gadis yang x berapa nak moden dengan gadis yang memang i tell u wanita melayu terakhir laaaa.. :) Fatin Zulkifli  

Sebelum beraksi depan kamera, beraksi depan makanan dulu.
Hiyarkkkkh! ^_^ Aummmmm..

Sesudah beraksi.
Jambu tak jambu tak. Hehe. Layan k-pop ini abe tw.
Then naaa.. Mempersembahkan,posisi tgn yg sama.. -_-   booooo Rara..
Time owang buat tangan ke lain tak edit pulak dier. Heheeee. Layan je la ek? Leblebleb




Mmg nampak poyo sikit banyak kalau buat muka sombong or x senyum cam gitu,tp best. Tak penat... :) 
*ingat tak penat senyum??? bukan senang nak buat senyum ikhlas dik oiii.. +_+





Nampak tak perbezaan 2 watak ini selain perbezaan ketinggian? Hehe. 

Ok thats all for tonight, nantikan Modern & Classic Girls Photoshoot part 2 okehh? Byk lg gambornye.. Cuma ditempek secara berperingkat ye olls.. 

Till then, tata.. apa2 contact nombor tadi tau... Daaaaaaaaaaaaaa