Monday, May 27, 2013

Penawar sakit hati/Terluka

Assalamualaikum

Salam Maghrib ! :) Untuk perkongsian bersama, iaitu rakan2 readers yang masing2 ada hati..ada perasaan..ada jiwa..ada sanubari..ada kalbu..ada hati *eh hati dah ckp td 
***************

Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukanOrang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Saturday, May 18, 2013

De Soul Pixture ~ Precious memories should last forever !

Assalamualaikum

FYI, Rara dah lama x outing utk outdoor photoshoot. :)
Kenapa ?
Sebab buzy. Hee. hujung minggu biasanya akan buat proposal thesis sedikit demi sedikit.Lepas tu,berehat atau jumpa orang2 yang tersayang. Tonton kisah cinta bersama yang tercinta ^_^ (LINK). Itu aje.
Last Rara outing kan,dengan mereka nie. Geng De Soul Pixture dengan trademark nye
 ~Let us snap your precious moment~
hehe.
Kenapa kita nak kena snap our precious moment?
Sbb bak kata De Soul Pixture,, 
Your precious memories should last FOREVER!
Geng  De Soul Pixture nie terdiri daripada 3 anak muda yang talented bak hang ! :) Ce tanya umur depa...ce
tanya...

Mereka nie mmg kamceng. Kalau ada job op kos pegi sama2. Kalau ada permasalahan ke,nak diskus pasal photoghraphy ke, mereka sama2 berganding bahu. Gituuu 

Apa yang paling penting ekceli Rara nak bgtw mereka nie menyediakan beberapa jenis perkhidmatan berbayar. 
Macam : 

-Event
-Portraits
-Family Portraits
-Childhood
-Weddings/ Engagements
-Graduation
-Outdoor
-Dan lain-lain

Jadi kalau berminat, atau ada apa2 urusan boleh lah kindly hubungi mereka... ya?? 
Enjoy !! ^______^ 

Gambar2 di bawah adalah utk Dara.com 
by Harith & Asyraff. Rara edit sikit,bg muka licin. Hehe. Yelaaa. nak bagi comel macam Lisa Surihani ! (LINK) *Tp x comel2 jugak.pown. huahuah. 

Tudung bawal sulam hadiah oleh Hagemaru-collection . Upah bg gambar buat cover photo :)








Contact :
Harith Rizla (016-6136105)
Ili Athirah (013-2933970)
Asyraf Arshad (016 6591916)

Tidak lupa juga,, Kepada gadis2 atau teruna2 yang baru mula nak berjinak or masuk dunia seni bergambar nie, boleh lah tengok2 gambar  mereka kat facebook.tau,jangan lupa like pulak ! :) Kalau nak  jadi talent or model mereka juga ,boleh hubungi mereka. Nanti kawtim2 la yer. 

Acap
Harith

P/s : Cik abam cik adek jangan mare ek..depa nie adik lagi dari kite tau... hehee. ''kisah cinta kita dot com"

More pictures @ next and next enty 

Aktivis Pelajar, Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan




Berita mula diterbitkan pada: Mei 18, 2013 17:24 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/aktivis-pelajar-adam-adli-ditahan-bawah-akta-hasutan-14422?cp

Friday, May 17, 2013

Me-Style & KFC Spicy Korean Crunch

Assalamualaikum

Hari tu kami g kepsi nak makan kepsi korea yang hangat tuh.
Boleee la..xde la sedap sangat pun, hehe. Tp ada orang kata sedap, well,lain orang lain pendapat. Rambut sama rebonding,lidah lain2.


Kita kena paham,sesungguhnya dalam pengiklanan,exaggerate sangat diperlukan disitu. Kalau tidak,masakan berpusu2 orang pada hari tersebut beratur nak try menu kfc baru nie. Sah2 mesti lepas menonton iklan dalam talibesen yang wowwwwwwwwwww bestnyeeeeeeeeeee!!!  tuh. :)

Hehe. Exaggerate x exaggerate, kenyang perut  dahku masa tu. ^-^

Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut mood posing mari :)
Tima kacih cik abam sbb teman kite. Hee. http:// kisah-cintaku-2013;html Tanpa awak,siapalah saya..hanya pungguk merindukan bulan "_'' Nanti saya teman awak tengok wayang plak ok.. skg ade wayang yang saya x suka tapi mesti awak suka! "Fast & Furious 6"



Walaupun kite x secomel Lisa Surihani Comel Mr. F suka ambik gambar kite sbb nak elak dari kite amek gambar dia dan/atau  kite nak ambik gambar bersama dia. 
hewhew.


Gambar2 / Video Comel Lisa Surihani Selca! ( Self Capture)

Assalamualaikum

Selain berkepit dengan Shaheizy Sam dalam mempromosikan Wechat,Lisa Surihani juga kini giat posing maut depan kamera...selca u olls. Hehe. Mcm la xde photogh nak shoot dia kan,sampai nak kena selca sendiri kan,,hihi. Tapi itulah, kalau dah minat amek gambar,selca pun jadikkkkkkkkkkkkkkk !

Lisa Surihani
Selca anggun Lisa =) dengan bunga di kepalanya!

Rara pun selalu jugak selca,time bosan2,kompem selca. Dalam kelas,toilet,tunggu bas,dalam bas, sume2 lah. Hew2. Cuma,tak comel la masalahnya . Tsskk T_T
Jadi dengan hobi or minat yang mcm comel2 gini boleh lah kita join peraduan nie. Alahai senang sgt nak join,yang penting kena ada twitter. Twitter Rara ? twitter.com/#!/Ara_Mastura Folo le ite kalo cudi ^_^

CARA NAK JOIN VIEW VIDEO SINI  http://video-lisa-selca-html.
Kalau nak tengok kecomelan Lisa yang mmg comel gilak gilak nie, jemputlah view SINI.  Dalam video nie,,,jelas sangat pelat R Lisa. Lucu dan comel lah. Leb.leb kat lisa.! http://bit.lisa-selca-comel-g (listen sekurghang-kurghannye) 

JOM! :)

Jom selca ! 
Hiasan kat kepala tu...boleh x ? hahak.
no idea