Friday, August 23, 2013

Petua untuk kaunselor yang sedang menjalani praktikum.

Assalamualaikum

Memandangkan kaunselor yang sedang menjalani praktikum tu is aku sendiri, so aku kena la baca petua2 or tips2 yg ada ni..pengetahuan am, n bila aku share kat blog aku ni hope classmates semua blh baca k... syg2.. good luck ! 

Petua 1 : Persediaan jasmani. 

1.Sentiasa berpakaian kemas. Sebagai GBK, kita perlu sentiasa menarik dan berkeyakinan. Tidak perlu baju yang mahal, yang penting penampilan yang sesuai
2. Jaga kesihatan. Jangan sengaja mengambil cuti (mc) ketika berpraktikal.

Petua 2 : Persediaan Emosi.

1. Jangan rasa terlalu takut atau terlalu berani. Kawal emosi. Yakin pada diri.
2. Apabila diarah untuk melakukan sesuatu oleh Guru Pembimbing dan pihak sekolah, jangan melawan dan jangan rasa diri dibuli. Kena rasa bangga diri diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu.
3. Kawal emosi dengan pelajar dan guru. Jangan bergaduh, memarahi pelajar (apatah lagi melempang pelajar) atau jatuh cinta dengan pelajar atau guru.

Petua 3 : Persediaan Rohani

1. Mohon agar Allah mudahkan urusan praktikal
2. Banyakkan solat sunat dan mohon pertolongan

Petua 4 : Persediaan Intelek

1. Dapatkan semua bahan yang berkaitan
2. Lakukan perkogsian pintar dengan rakan berpraktikal dari sekolah lain. Usah bergaduh dengan pasangan praktikal anda. Anda seharusnya saling lengkap-melengkapi.
3. Jangan tunjuk pandai dengan Guru Pembimbing. Bagi idea dengan cara yang berhemah
4. Kreatif. Buat sesuatu yang berbeza. Contoh : Buletin Pelajar Praktikal

Petua 5 : Persediaan sosial

1. Pandai menyesuaikan diri di sekolah. Usah jadi kera sumbang. Ingat, anda akan posting kelak, belajarlah bersosial. Memberi salam, menegur dan beramah mesra dengan guru sekolah, tapi janganlah pula terlebih ramah. Bersederhanalah

Petua am :


1. Apabila pelajar datang untuk membuat temujanji, pastikan semua borang yang berkaitan telah diisi. (Elak pelajar ponteng kelas)
2. Kena ambil seberapa banyak peluang untuk belajar. Jangan malu bertanya.
3. Bereskan latihan ilmiah anda, agar tidak menggangu tumpuan pada praktikal
4.Sentiasa berhubung dengan penyelia. Guru Pembimbing hanya membimbing. Penyelia lebih berkuasa terhadap markah praktikal anda. Usah senyap dan buat tidak ambil peduli dengan Penyelia
5. Jangan curi tulang dalam kiraan jam kredit anda menjalankan sesi. Allah Maha Melihat
6. Libatkan diri dalam semua acara sekolah, jika diperlukan seperti Hari Sukan.
7. Jangan berkira tentang duit, tenaga dan masa. Ini sangat penting. Kalau nak pandai, tolonglah jangan berkira dan sentiasa mengharapkan balasan.
8. Tunjukkan anda seorang yang menyenangkan. Anda membawa imej universiti. Usah buat perangai yang memalukan universiti dan pensyarah yang mendidik anda.
9. Ringan tulang membantu Guru Pembimbing melaksanakan program.
10. Sentiasa kreatif. Bagi saya, menjadi GBK perlu kreatif
11. Rakamkan aktiviti dan penglibatan (dokumentasi sangat penting)
12. Jangan tidak hantar Buku Rekod (Latihan Praktikal) kepada sekolah setiap minggu
13. Jaga etika kerahsiaan pelajar. Jika tidak pasti, rujuk Guru Pembimbing.




Sumber : mianasuha09

Saturday, June 1, 2013

Esok Exam..

Assalamualaikum


Dating dengan BFF

Assalamualaikum

Tadi Rara study, akta-akta dan kod2 etika kaunseling. Gituuu...Study3 pastu tetibe teringat pasal jnj untuk sambung entry  ini claim-duit-balik-mengundi. So,alang2 tgh tunggu air panas mendidih nak buat air nescafe kasi mata x ngantuk, ape kate kalau haku update blog sikit ! hehehe.

 Cantik kan kawan Rara nie....... hehe wieeewitttt =P

Kisah kami ada byk,salah satunye : dato-muhammad-arif-photos.html


 Mek cah. Buzy wassap2 ngan customer dia. Dia nie owner bussiness online  Hazanis Fashion. 
kisah kami juga ada dalam : -adab-menyambut.html

 Orghang lapaq...jgn kacau nahhhh! Sebelah mek cah tu adik dia. Happy go luck budaknya :)

Nie Rara punyaaaaaaaa. :) 

Nie mek cah 
Cantik kan kawan Rara nie....hehee..pieewittt  =P
kisah kami lg -selebriti-1.html

Kalau mek cah tau Rara tempek gambar dia besar2 kat sini mesti dia marah. haha. biorrrr..lantok.. selca lagi ngn tab i...ingt Lisa Surihani nak selca selca? hehe.  

blog Anis : Tak de hehe. invited readers only taww

LIKE page Rara taww : www.facebook.com/Masturarama2dotblogspot

Friday, May 31, 2013

Doa Pagi Hari

Assalamualaikum

Ya Allah, bila pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang.
Bila hati kami kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih, sembuhkanlah....

Kami mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan.
Dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi kurniaMu dalam hidup kami.
Jadikanlah airmata-airmata yang mengalir ini, menjadi butiran mutiara kehidupan baginya. Didunia ini dan akhir nanti,...

Ya Allah, ditengah badai kehidupan datang menghempas, hilangkanlah segala deritanya,
Bangkitkan semangat untuk terus berjuang bagi orang yang kelelahan,
Kucurkanlah mata air rahmat sebagai pelepas dahaga,
Berikanlah semangat hidup bagi orang yang berputus asa,

Ya Allah jangan biarkan hati- hati yang berputus asa tenggelam dalam keputusasaannya.
Jadikanlah apapun yang dihadapinya sebagai penuntun untuk lebih dekat dengan MU, sebagai jalan untuk masa depan yang lebih baik, lebih indah dan lebih membahagiakan. .

Yaa Allah, Berilah kami pemahaman bahawa sesungguhnya memberi maaf adalah jalan untuk mendekatkan diri kepadaMU & berilah petunjuk pada hati kami agar mudah bagi kami untuk memberi maaf pada orang yang salah pada kami.

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari kesalahan karena sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

Aamiin Ya Allah..aamiin Ya Rabbal alamiin

Thursday, May 30, 2013

Classmates ^_^ Part 1

Assalamualaikum

Dengan batalnya kelas sintaksis pagi (kelas minor@ fokus) tadi dan dengan selesainya submission proposal tu, kami semua officially tamat lah sem 6..  :)
Alhamdulillah... aweeeeeeesome !
So skg nie lagi 4 hari nak mula final exam. Sikit pun x mula study lg. Asyik duk tgk episod tanah kubur je satu persatu siang malam pagi petang.


Lel : Tok ketua kelas kaedah penyelidikan. hehe 
Lid : Paling tinggi dalam kelas 
Suz : Selalu xde dalam kelas. Rupe2nye balik kampung. Haha.


Me & Pika versi mata terbeliak !
(Except pip - sepet ngat,x dapek nak nolong hihihi) 
Sekarang nie masing2 buzy cari rakan2 dr kos lain yg sama sekolah tempat praktikum nnt. Ada yg happy, sbb dah jumpa geng2. boleh bincang nak duk rumah mana, nak pegi tgk sekolah sama2. Ada yg unhappy sbb x jumpa lg org yg akan sama sekolah ngan mereka. Ye la,susah woo sorang2 di tempat org. Mana nak tinggal,nak pegi sekolah dgn ape,nak mtk tolong ngan sape kalau ada apa2 hal nnt, mcm2 lah. Hny kami je faham perasaan dan kebimbangan nie.... huhu.... :(
Kitorang 1 org utk 1 sekolah.... :(


Nie Siti & Aida. Masa nie hari  Rara baru je beli tab. Esoknye,bwk lah g kelas. X sempat Rara rasmi dorang dah camwhore dulu. Hahaha. Ade gambar dorang buat mulut itik, tp x nak post.Haha..

Tetiba ada gambar nie.
Dari bawah : 
-Beg 
-laptop 
-buku nota kuliah 
-buku things-to do / things-to-buy / kalendar & what happen on dat day / jadual photoshoot (masa awal sem dulu la ^^ ) 
-Beg utk tab 
-beg duit 
-handphone kesayangan 

Cecececee kunun ayu letteww =P
Pakai Sabun Popinje ke? hihi
Alololo...sopan2 je kan budak kaunseling nie...
ce tgk blakang. hahaha!
kitorang pun manusia ok! 
Ok lah u olls, iolls saje je nie. Nak menggamit kenangan, maklum la x lama lg nak berpisah dah :( Nak menghadapi hidup berdikari selama 4 bulan  tp 16 minggu.  good luck tau semua. nantikan next entry, byk lagi gambar korang yg uya nak tempek. wekkk. pdn muka. Nak sgt pakai tab uya kan. hahaha...
tak sabar kan nak abis belajar,dapat kerja,beli kereta besar sendiri. hee. kete ape? kete INI 
love u all.
muah!