Thursday, August 11, 2016

Kad Kahwin Kreatif 2016 !

Assalamualaikum

Lebih kurang sebulan saja lagi, Malaysia akan dilanda satu musim yang jarang nak ada di negara lain. Hehe. Musim apa ? 

Musim orang kawen :p Raya haji comingggggg... :) 

Biasanya dekat-dekat nak raya ni pastilah ramai saudara mara sahabat handai akan sibuk mengedar kad kahwin masing-masing sama ada bagi pihak anak-anak mereka atau mereka sendiri. Okay disitu kita akan boleh lihat pelbagai jenis rekaan kad kawen ada ! Semua kreatif-kreatif dan inovatif belaka! Termasuklah kad kawen yang akan Rara review malam ni. 

KAD UNDANGAN PERKAHWINAN KREATIF daripada HMR Success Solution ! Jom kita tinjau-tinjau dulu sekeping dua. 

 DESIGN KAD KAHWIN SKYPE 
 DESIGN KAD KAHWIN FACEBOOK 
 DESIGN KAD KAHWIN BIL ELETRIK 
                                                           DESIGN KAD KAHWIN KAD PENGENALAN 


 DESIGN KAD KAHWIN WHATSAPP
 DESIGN KAD KAHWIN WECHAT 
                                                               DESIGN KAD KAHWIN TIKET FLIGHT 
 DESIGN KAD KAHWIN CADBURY 
                                                    DESIGN KAD KAHWIN TIKET BOLA 

Wahh ! Macam-macam ye sekarang.. kad kahwin je pun hehee. Tapi tu la. Masa Rara kahwin dulu pun kad ala-ala kreatif jugak, Rara punya tema kad kawen dulu design buku latihan sekolah okay ! Hehe.. Saja buat kelainan sikit. Mentang-mentang cikgu kad kawen pun nak berkaitan ngan sekolah yer ? 
Rupa-rupanya pakej kad kawen  yang Rara review ini lebih murah daripada tempat lain,,alaaa ruginya dulu tak perasan pulak. Kalau nak tahu murah banyak mana dengan HMR SUCCESS SOLUTION ni, kawan-kawan boleh la semak di blog HMR SUCCESS SOLUTION sendiri ya, jangan malas klik kalau tak nak bazir duit ye. Haaa. 
Blog : http://hmrsuccesssolution.blogspot.my/ (baru lagi, follow them! )
HUBUNGI : 
0192487831 ( EN. FAIZAL) 
atau 
0132201593 ( PN HASYYATI )
atau 
ALAMAT KEDAI 
LOT 2802K-2-3 KEDAI TKY ATAS 
KG CHANGKAT SIMPANG TIGA
 GOMBAK
53100 KUALA LUMPUR

Bagi anda yang memang tengah survey-survey pakej kad kawen dengan harga rendah, boleh la terus ke kedai mereka di kedai beralamat di atas okay :) 

Dan design pilihan Rara dalam banyak-banyak design HMR ni adalah... 
KAD KAHWIN KREATIF PAPAN HIJAU ! 
Huhu teringat zaman sekolah rendah dulu. Papan hijau gini la cikgu2 duk guna. Kan? Okay sebelum tamat review, Rara nak ucapkan selamat berkahwin lah kepada anda-anda yang bakal berkahwin Raya haji ini. Bagi mereka yang sedang dalam persiapan, make sure kad kawen sediakan awal ya supaya tak 'kalut ribut' last minit nanti. Jangan lupa survey di HMR Success Solution  ya ! See you.

Monday, July 25, 2016

Cincin Mahkota / Crown Ring

Assalamualaikum

Hari tu viral pasal cincin bentuk mahkota ni kan.. Cantik sangat.. sekali tengok terus Rara jatuh cinta terhadap design crown ni.. So bagitaw suami nak cincin macam ni satu yunk..... huhu mengade.. mcm la xleh beli sendiri. So balik KL nanti  nak g cari cincin ni.. yayyyy ! Anggap la cincin sempena hari raya haji pulak.

Buh kat sini dulu gambar cincin-cincinnya supaya senang nak rujuk bila memerlukan nanti. Jemput tengok.. cantik kan ?? =P














Wednesday, June 29, 2016

Life changes.

Assalamualaikum

Dua tiga hari lepas ada seorang wartawan ni contact Rara, dia tanya pasal blogger.. Bagai satu tamparan manja la buat diriku sebab tika tu jugak baru terlintas omaigod lamanya i tak update blog ! Haha.. omg.. Bukan ke sewaktu ketika dulu aku pernah menyerlah dalam bidang blogger sampai masuk newspaper bagai... haha..

Oh Allah, how life changes..

Well itu cerita lama la zaman-zaman baru nak up dulu. Pejam celik pejam celik dah lebih kurang setahun jugak la blog aku ni sepi... sepi dan sendiri aku menyendiri..  Sekarang ni ekceli Rara dah 26 years old, married, dan bekerja. Fokus terkini adalah kerja !! Honestly teringin gak nak ber-blog balik tapi bila mengenangkan banyak lagi keje yang perlu dibuat, blog hanya tinggal di google je tanpa kasih sayang pemiliknya.. hehe..

Tapi one day, bila kemahiran kerja hakiki Rara dah meningkat,cekap, dan berada di prestasi cemerlang, insyaAllah Rara akan kembali ber-blog dan berkongsi apa yang perlu dikongsi.. Dalam setahun dua ni Rara masih nak tambah ilmu dalam bidang kerja Rara dan nak fokus belajar untuk membimbing anak-anak bangsa yang diamanahkan ni. Blog ni nanti Rara update sekali sekala ikut mood. Impian Rara setakat ni nak 'educated'kan sikit blog ni. Biar bila orang baca, orang dapat ilmu. Bila orang dapat ilmu, aku dapat pahala hehe.

Kat bawah ni gambar anak buah Rara... Rara belum pregnant lagi so jangan expect secepat itu hehe. Rindu Shasha Rina ( Wan Adriana Alawiyah ) A very good girl... susah nak dengar dia nangis or berwajah muram. Muka dia sentiasa dalam memek 'natural' that's why i love her so much.



Selamat meneruskan ibadah puasa & selamat menyambut hari raya yang akan datang :)

Saturday, January 30, 2016

9 Tanda Hati Yang Mati

Assalamualaikum

Sekali sekala mari kita muhasabah diri... kadang-kadang kita tak perasan iman kita turun naik.. Sementara masih ada umur dan peluang ni. Hidupkan hati kita ! Pesanan untuk diri sendiri :')



Jalan- jalan di Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Gais hari tu aku pegi Tanjung Aru.. Yatt bawak.
Aku tumpang tido kat rumah dia sebelum naik flight kat KK....Besar rumah yatt. hehe. Thanks Yatt sebab tumpangkan Rara. Kalau yatt tak ada, entah di mana laa nak menumpang kasih :')

Kebetulan masa tu di Tanjung Aru tengah ada program tau. Program sayangi hidupan lain la kot.. Motif ; Jaga kebersihan laut supaya hidupan laut tidak terancam. Seronok dan cantik tempat ni. Menarik kan Kota Kinabalu,tengah-tengah kota raya kau akan jumpa pantai...





My favourite k-pop shoes ! Almost RM100 di internet. Beli kat KBMALL, 25 hengget je nok :) 

Di sebabkan pakai kasut k-pop tu, aku mampu capai hujung payung ni. Hee



TQ Yatt.
Rasanya ada lagi gambar kitorang..tapi malas pulak nak godek-godek dalam folder tu.. So tak apa lah..janji blog ni ada update sekali sekala. Huuu. Bye gais. Sehingga kita berjumpa lagi. Salam..