Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Ramadhan Terakhir_ SUNNAH DAN ADAB MENYAMBUT HARI RAYA

Assalamualaikum
Ramadhan terakhir utk tahun nie. Tahun dpn insyaAllah jumpa lg :)

Alhamdulillah.. tamat sudah puasa sebulan kepada yg berpuasa sebulan. Alhamdulillah.. see? see? xde sapa2 pun yg mati sbb puasa sebulan kan? kan? Herrrr. Puasa nie nikmat tau x,nikmat..Masa nie la kita nak rasa betapa susahnya org yg susah. Mereka lapar,mcm kita time puasa jugak la. Same goes to mereka2 yg mcm kat Afrika sana, xde air nak minum.. Sehaus2 tekak kita,haus lg tekak mereka tau.. So syukur lah dgn nikmat yg kita dapat nie. Puasa best kan?  Tgk i, dah turun berat badan. Hufff. Huhu tp x kisah la.. lepas nie boleh naikkan balik.. Apa susah? :)

Alahai bersyarah pulak. Actually nak jerit td.. 1..2...3 !

Esok raya yeay !

Esok raya yeay !

Esok raya yeay !

Ehek. ^__^
Mau x happy, esok pakai bju baru lg kot. Hewhew. Today saya nak kongsi tentang sunnah dan adab menyambut hari raya.. Sy rujuk dr website masjid an nur..

Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.



2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].


3. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.



4. Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.


5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik



6. Berpakaian baru/cantik di hari raya

Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.


7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;

i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.

ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.

iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.

iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.



8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya

Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.


9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya.

 Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”


11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya

Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

P/s : Dialog adalah rekaan semata2. 
Talent : Anisah, Anis & ''Ara'' ! 


Semoga adilfitri kita kali ini memberi seribu keberkatan daripada Allah SWT untuk kesejahteraan kita sepanjang hayat.. Ameen...

NAK BAGI DUIT RAYA KAT KITE TAK? 
Semak kat bawah sini..

Thursday, August 16, 2012

28 Ramadhan_ 28th Day Dua

Assalamualaikum

Buat semua readers blog Rara serta stalker yg sweet2 semuanya.. TQ. 

Maka hari ini adalah hari2 terakhir untuk semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.. Lusa dah Syawal. Alhamdulillah utk yg sempurna puasa penuh.. Kpd yg perempuan tuutt tuutt tu,ganti cepat2 tau. Jom kite puasa 6 sekali ! :) Kejap lg Rara akn mula bz. Nak tolong mak siapkan tempahan ketupat yg beratus2 dan tapai pulut yg beribu2. Alamakkkk aiiiii ! Tiap tahun mmg mcm nie. :) dah biasa sebenarnya..
  
So here's the dua'
 
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ
Ameen..
 
O Allah increasee my enjoyment and satisfaction, in this month, in the prayers I pray out of my own free will, kindly make haste in quick disposal of my affairs in my interest, let me be near to the “Means of Approach” (Muhammad SAW and Aali Muhammad) who are the select best medium to gain Thy favours, O He who does not get confused on account of the ceaseless demands of the countless beseechers, but attend to each and every supplication.

Ya Allah, sempurnakanlah bagiku di bulan ini ibadah-ibadah sunnah, muliakanlah aku di bulan ini dengan memahami setiap masalah (yang kuhadapi), dan dekatkanlah di bulan ini dengan perantara terbaikku (Muhammad SAW dan Alii/keluarga Muhammad) menuju ke haribaan-Mu, wahai Dzat yang tak disibukkan oleh rintihan para perintih.

Selamat tinggal Ramadhan, panjang umur sy.. kita jumpa lg..


Selamat datang syawal.. salam aidilfitri

Gambar cilok dr hazanis.blogspot.
tq mek cah ! hihi.

Dgn ini saya Mastura Sohuya tp panggil Rara je k, ingin mengucapkan
selamat hari raya kepada semua yg kenal saya..
I love u guys.. jemput datang rumah tau. bwk duit raya teeerrrr ! :) 
Salam.........

Cik kak cik abang,meh dulu sini :)


Friday, August 10, 2012

Ramadhan 20_ Tentang Lailatul Qadar

Assalamualaikum
Saya mulakan dengan Riwayat Aisyah


X lama lagi bulan ramadan akan meninggalkan kita. Ada yg sedih sebab pahala yang berganda2 pada bulan ini akan tiba lagi setahun, ada yang gembira sebab tak sabar sangat dah nak raya. Ada yang rasa terharu sebab ramadhan kali nie betul2 bermakna baginya.. ada yang x puas hati sebab x berapa nak banyak amalannya dalam bulan nie.. Dan macam2. Hati manusia.. Hari nie entry pasal Lailatul Qadar. *Sedap kan sebut Lai.la.tul. Qa.dar.... sedap. Sejuk hati. 
Selepas research kat internet, rasanya nak share apa yang sy dah baca. Moga dapat manfaat bersama. InsyaAllah..

INFO MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ”

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan  dalam malam ganjil (mungkin pada malam 21,23,25,27,29 ramadan). ”

Doa yang patut dibacakan ketika bertemu malam lailatulqadar

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

doamalamlailatulqadar
Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “

Sumber : Jais
Bacaan lain : al-azim


Buat readers semua,
Terima kasih kerana menambah ilmu bersama2 saya 
:)
Teruskan ber-ramadhan. 

PESANAN PENAJA

 Tapi pilih yang tutup2 okay?Faham kan. Sy pun kdg2 terlepas pandang,jadi jom sama2 kita ingatkan.

Ikan yang menyentuh hati.. Hati siapa yang kudus boleh check kat  

Mulut orang yang berpuasa harum disisi Allah.Tau? :) Tp tetap kenalah gosok gigi okay ! Oh meh

Tiket flight nak balik raya kat kampung dah ada ke? (Yang naik flight bestnyeeeee..)

Sunday, February 26, 2012

Update blog

Assalamualaikum
Dekat 2 bulan x update blog. Entry terakhir aku sebelum nie adalah tentang kehilangan,atau kematian. . aku terdetik nak ambik yg tu dr google is sbb aku teringat ayah yg sakit di rumah. Jujurnya,aku selalu terbayangkan apa akan jd pd hati aku jika ayh aku xde nnt. jd sbb tu aku baca siap2 ayt2 yg patut,agar aku ada sumber motivasi. Hmmmmm. Juga sbb aku rasa hubungan aku dgn someone ini tak dapat diselamatkan lg dah. hubungan apa? rapat. rapat je.
4 hari kemudian selepas entry itu,aku kehilangan ayah aku. My daddy,he passed away . Masa tu aku baru je balik kampung. Menikmati cuti semester ke 3. Aku sampai umah subuh,. Ayah aku pergi asar.
Ayah,smpai hati tinggal uya.
sampai hati. Dan lepas tu juga aku mmg xmau dihubungi someone itu. I dont need u. i need my daddy back ! if u love me,give me back my daddy ! Find him ! find him to prove me your love.


sampai hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .
al fatihah..

mari baca sama2 saya.
Hari nie hari ke 41 arwah ayh..
he left me. he left me..

Terima kasih....

Friday, January 13, 2012

Sabarlah jika kekasih hati diambil..


Assalamualaikum..

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah..

Mas rindu kita dulu- dulu.



Sumber : Google.