Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Rujuk sini : Blocking colour fashion

Assalamualaikum

Well when i always listen to the words sharing is caring, sometimes i dont really able to do what they means.
So today, hehee. Lets share about blocking colour in fashion.


Kalau u girls perasan kan, (Girls sila klik SINI  ada something hehe) *u boys i tak tau la* skrg ni tengah in fesyen colour blocking.. Ye x? Padanan warna2 kontra dalam berfesyen. Sebagai contoh warna pink dgn hijau. Tak de kena mengena kan? Jauh je kaler tu.  Tapi itulah fesyen yang dipanggil colour blocking. Ulang,Colour blocking.  Errmm secara peribadinya Rara rasa colour blocking ni sesuai utk remaja jew. Bagi yang dah masuk kategori remaja purba mungkin tak sesuai.. Tp x sesuai kat sini bukan bermakna tak boleh cuba. So pada yang nak cuba fesyen colour blocking ni, mungkin boleh rujuk warna2 yang disenaraikan dibawah.Jangan sebarang padan takut nanti jadi 'bahan' pulak. 

Pink + Pastel = 'chic', bergaya & ringkas
Kuning Biru + Pink = Manis & menggembirakan
Merah + Pink = berani & ayu
Biru Merah + Kuning = Ranggi dan bersahaja
Merah + Kuning = berani mengambil risiko, bergembira & bijak bergaya
Biru Merah = Setia & klasik (bendera johor..miahahaha)
Kuning + Biru = Ceria but classic
Biru + Oren = bebas & penyayang
Magenta + hijau = tenang & feminin
Ungu + Kuning + Biru = berani, natural & humor
Pink ungu + merah = setia & sofistikated
Kuning + hijau = tenang & pendam perasaan
Oren pink = Comel, gembira & artistik
Kuning + Oren = mesra & peramah

Sumber :  Utusan.


Sebagai contoh lg annn, Rara pun pernah cuba. Kih3. Saje... tp rasa mcm pemilihan colour saya nie dah ada kena mengena dgn baju dah pun. Tp ahh tak kisah la. Jnj suka. 
Rasanya nie kot first time block colour seterang nie. Disebabkan takut terlalu menyerlah sampai org kata kita nie x bertamadun,sy langsung x mekap sbb tak nak menyerlah kan lg keadaan. Cukuplah kaler je terserlah,muka tak payahhh. Kang 1 kelas gelakkan maqqq. maq malu la nyah. 


Lgpun bahaya block kaler nie tau.. Kalau org yg ''taktaupapettgfeshen'' tgk,silap2 dia tgk kita atas bawah and then say ''ew,ana lulu'' 

Tp kalau org yg berani terima cabaran mcm saya nie. Tak kisah.. kalau ana lulu, so what? 

Haaa lagi 1 nak pesan kepada yang mahir berfeshen dan kepada yang kurang mahir dan kepada yang tak mahir langsung dalam feshen,,
BIAR BUTA FESHEN,
JANGAN BUTA AGAMA. 

hee. k bai i love u too ! 

Sebut pasal buta kan, sy buta pasal benda INI . Haha x malu ngaku.  





- Wearing brights is ninety per cent confidence - 


Hoho yg nie lighting lebihh.

Dalam banyak2 gambar yang ditempek kan,xde 1 pun yang ala2 J.LO kan?
Jenifer Lopez DISINI  
Sapa rasa nak jadi diva boleh la tgk2 kot2 aura diva tu masuk ikut jari 


Ok awak-awak semua, terima kasih kerana membaca. Selamat mencuba. 

Sunday, November 11, 2012

Tips untuk berhijrah

Assalamualaikum

Semalam Rara tido pukul 6.30 pagi. Insomnia ditambah dengan kerunsingan peribadi,kecelaruan perasaan,dan waktu tidur yang tidak mengikut norma sepatutnya Rara. 
Sbb petang tu Rara dah tertidur. Means,tidur siang hari. So akibatnya,malam dah xboleh tido sbb siang dah tido sedap2.. Hmmmm.. 
Itulah saya. X boleh ubah jadual tidur sikit. 
Tak boleh tidur lambat,
Tak boleh tidur awal,
Tak boleh tidur,then bangun balik,tido balik,
Tak boleh ubah waktu tidur langsung... kena hari2 waktu yang sama je.. kalau tak..bgun kepala pusing dehhh ya ampunn.. dan produktiviti dalam kelas akan jd kurang memberangsangkan dan sekaligus menurunkan prestasi keberadaan dalam kelas. Huffffff. 
Sebab itu Rara sangat menghargai tidur yang berkualiti..sbb ia sangat mempengaruhi rutin harian saya nie..

Oh so semalam byk masa untuk muhasabah diri sorang2..masa tu jugak perasaan nak solat tgh malam membuak2. Rara solat hajat. Mintak Allah tunjukka kat mana salah silap Rara sbg manusia nie.  Sedar tak sedar Mastura Rara kini dengan Mastura Rara yang setengah tahun yang lepas banyak bezanya... byk sangat..  

So bila dah sedar diri nie cepat2 kita ubah balik diri kita kearah yang lebih baik sbb kalau diikutkan,Rara lebih baik dulu dari sekarang.. Terutama pasal kognitif... 

Rara kena berhijrah balik. Yeahhh !! Allah dah bg insight so apa nak tunggu lagi? 

Rasa mcmm gambar tak ikut mood - sooryy


Jom baca 

Tip utk hijrah diri:
  • 1. Bentuk niat yg tulus & harap redha Allah,
  • 2. Matlamat yg membakar smgt tapi munasabah,
  • 3. Buang tanggapan yg negatif ttg diri, 
  • 4. Elak fikir negatif ttg segala perkara-- fikir itu doa!
  • 5. Belajar drp org yg berjaya, 
  • 6. Jgn tergugat dgn komen negatif org lain, 
  • 7. Lakukan langkah demi langkah-- jgn tak sabar, 
  • 8. Elak tangguh2 utk lakukan perkara yg baik,
  • 9. Amalkan dgn istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari, 
  • 10.Byk berdoa & tawakkal kpd Allah swt. Moga Allah beri kita semua taufik & hidayahNya. Aamiin, 

Sumber : Facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Friday, October 19, 2012

Fara Fauzana Fafau di Forum Kesedaran Kanser Payudara

Assalamualaikum

Mari bersama2 saya esok lepas kelas ko kurikulum (kalau sape2 yang ada la) Jumpa Fara Fauzana yang gelak x senonoh tu heheheee. Itu sampingan saja. Yang penting kita x kira laki ke perempuan kena alert pasal nie. Kanser payudara. OMG so scary. Aku mmg alert sbb blablablabla 
So? Jom !
Selain itu kempen yg sedang giat skg adalah : klik SINI and go to app untuk tgk 5 cara bagaimana kita nak support aktiviti2 seumpama ini. Dan kepada semua,skg nie kempen kesedaran ttg kanser payudara makin giat. Tau x kenapa?
Ya.
Sbb skg dah menjadik-jadik. Hmmmm. Mintak jauh..... :(





Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan menganjurkan 
Forum Kesedaran Kanser Payudara ..


Butiran forum seperti berikut...

Tarikh : 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tghari
Tempat : Kolej Aminuddin Baki (KAB)


Pemeriksaan percuma!! 


Lain2 : Again, see HERE and go to app


Dlm byk2 nama dalam poster,dia jugak yg ak highlight kan? hehe. maunye x. Artis kowt :)

Saturday, June 23, 2012

Kepada kamu,perempuan tersebut


Assalamualaikum

Hye. Sy Mastura Sohuya, Tp kot belah fesbuk orang panggil saya Rara. Awk pun panggil sy Rara jugak lah k, sbb sy knl awk pun di fesbuk ini je. 

Sy nak bgtw awk, sy ini x mahir dalam cinta2 nie. Langsung tak fasih. Tp sy pernah juga berpengalaman spt awk. 1 pengalaman yg seolah2 buat kita rasa kita dah byk pengalaman walaupun hakikatnya hanya 1 itu saja pengalaman yang pernah kita lalui. You faham apa itu pengalaman, bukan? Perkara yang lepas. Past tense. 

Straight to the  ampang  point, awk kena percaya tentang jodoh. Bercinta 16 tahun sekalipun,kalau dah tak ada jodoh, boleh putus dalam sekelip mata saja. Bertunang 16 bulan pun, kalau x ada jodoh, putus jua. Berkahwin 16 hari sekalipun, kalau dah tiada jodoh.. bercerai juga... Itu jodoh, rahsia Allah. Awk putus cinta, awak menangis, awk merayu2. awak gila. awk jiwa kacau. Itu biasa untuk bulan pertama, bulan kedua, atau bulan2, atau setahun? lebih? Itu bergantung atas konsep kendiri seseorang individu tersebut. Terpulang atas kekuatan mental individu masing-masing. Mana 1 awk? Hny awak yg tahu sejauh mana awk boleh cope with it.

Menangislah wahai perempuan,kalau itu boleh melegakan kamu.. sbb kamu tak boleh buat apa2 dah. Dia dah tinggalkan kamu. Lama dia tinggalkan kamu,sampai sekarang dia dah ada orang lain, cuma kamu saja yang belum menerima kenyataan itu. Dan kamu masih merindui dia dan kenangan2 kamu berdua. Okay, teruskanlah.. Cuma saya nak tny kamu.. 
Sampai bila awk nak mcm nie? 
Sampai bila awk nak macam tu? 
Apa yg kamu dapat apabila kamu menangis?
Adakah ia memberi kelegaan kepada kamu?
Sejauh manakah kelegaan itu benar2 membantu kamu?
Kamu pasti dengan cara kamu melepaskan kesedihan ini berkesan?
Adakah ia boleh membantu kamu?
Kalau jawapannya tidak, please perempuan. Stop it. STOP ! I can't stand anymore. Aku yg sedih pedih melihat kamu. Aku kasihan akan diri kamu. Sifat empati ini sangat menebal dalam diri aku. Aku faham perasaan kamu..aku faham sangat. Tp cukuplah aku melayan perasaan kamu. Kerana kamu memerlukannya. 

Duhai perempuan,kamu cantik. Redup matamu, sedap di pandang. 
Lepaskanlah kenangan2 itu.. biarkan ia berkubur jauh di sudut hati kamu. Tp ingat, jangan kamu campak buang cebisan itu. Biar ia selalu ada dalam-dalam hati kamu. Fungsinya agar tiap kali kamu ingin mengulang cinta, kamu boleh renungkan pengalaman itu sebagai pengajaran. Dengar sini, yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Ramai lagi yang menunggu kamu. Bukalah kedua2 belah mata kamu, kamu akan celik. Bukalah 1 mata hati kamu. Ia jelas terang benderang. 

Lepaskan dia yang tidak lagi mencintai kamu. Ia soal hati, tak siapa boleh paksa. Tak siapa boleh turut. Andai diacukan senjata tajam lagi berbahaya ke arah lehernya sekalipun, cinta itu tak boleh tiba2 ada. Kerana kamu tahu ia dari hati. Bukan dari kata2. Masakan kamu mahu membelah hatinya? Dan menuntut darah untuk buktikan sebuah setia?

Motivasikanlah dirimu sendiri,sbb kalau bukan kamu yang menyedarkan diri kamu sendiri,siapa lagi? 
Hiduplah dengan bahagia.. kerana kebahagiaan itu adalah pilihan. Kamu boleh pilih sama ada ingin hidup bahagia atau sebaliknya? Mulai sekarang, pilih lah. Bahagia atau derita. Percayalah kata-kata Rara. Kita boleh cipta kebahagiaan kita sendiri, tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk membahagiakan diri kita. Jadi kalau kamu ingat kamu perlukan dia barulah kamu akan bahagia, maaf saya terus terang. Itu tidak benar.. Ia adalah 1 fikiran yang tidak rasional yang kamu simpan dalam sistem kepercayaan kamu. Ubah kembali lah belief system kamu, biar ia betul dan selari dengan apa yang kamu lalui sekarang. 

Disini ada beberapa tips yang luaran,yang zahir i nak bagi kalau2 berkesan untuk you. Tips lupakan ex kamu. 

1. Tukar style kamu.
Kalau u selalu pakai Hana Tajima style, apakata tukar kepada bawal Dian Pelangi dan rasailah perubahan itu. Kamu akan segar dan orang di sekeliling kamu akan perasan akan proses perubahan penampilan itu. Dengan itu kamu akan rasa kamu seperti hidup kembali. Tak percaya? Buat dahulu !

2. Penuhkan jadual waktu seharian kamu.
Kalau kamu bekerja, go on. Kerja, Kerja, jangan ingat dia. Waktu rehat keluar lah makan2 dengan teman2 kamu. Jangan bersendiri. Tak perlu lah nak berehat dengan berkualiti jika bersendiri,kerana kamu tahu ruang yang ada itu kamu akan gunakan untuk mengimbau kembali kenangan kamu dengan si dia.

3. Elakkan dari menggunakan telefon bimbit. 
Kalau boleh, buat2 lupa yang kamu memiliki handphone. Kamu boleh dengan sengajanya meninggalkannya di rumah,atau membiarkannya kehabisan bateri tanpa di cas kembali, atau biarkan handphone kamu tiada kreadit. Elakkan daripada menghubungi si dia walaupun dengan niat mehu menegur 'hello' . NO ! niat kamu buat masa sekarang bukan untuk berkawan. Tetapi untuk melepaskan kerinduan bukan? Kamu hanya akan menyakiti hatimu sendiri kerana kamu tahu kamu tidak akan di layan sebagaimana yang kamu mahukan sebenarnya. 

4. Remaja-kan-diri. 
Hitung usia kamu. 20an? Kamu ada masa 5 tahun lagi untuk ''membujang'' memilih pasangan, berkenalan dengan mereka2 yang lebih hebat, gunakanlah masa itu. Jangan sia-sia. Ingat, 25 tahun ke atas kamu sudah boleh mula berkira-kira untuk berkeluarga.. jangan nak remaja sangatlah ! :) Ia terpulang atas diri kamu sendiri. Kita perempuan, kita berkemampuan. 

5. Kembali kepada kebergantungan kamu sepenuhnya terhadap Tuhan. Allah S.W.T 
Ingatlah bahawa apa yg kamu lalui sekarang adalah ujian semata2. Aku pasti kamu pernah terleka dan terlupa akan Nya, maka Allah tarik sedikit rasa suka yang Dia pinjamkan kepada kamu. Lalu Dia bagi sedikit duka, yang asalnya kamu sendiri yang cari. Kamu . Allah itu Maha Penyayang, percayalah bahawa Dia tidak akan pernah sesekali ingin menzalimi diri kamu. Ada yang lebih baik telah dia sediakan untuk kamu. Jadi kesedihan,kepiluan yang kamu lalui sekarang adalah hny untuk mengajak kamu kembali mengingati Dia,sujudlah.  Allah itu sangat sayang kepada kamu,lalu Dia bawa pergi orang yang tidak sepatutnya bersama kamu. Renunglah sedalam-dalam hati, ini adalah kerana Allah ingin menyatakan cinta Nya kepada kita insan...

Selamat berkenalan



Thursday, April 5, 2012

Bagaimana ingin mendapatkan bulu mata yang cantik?

Assalamualaikum

Di sini ada 3 cara ; Klu nak banyak cara kena tgk di website lain lah ye :)

Tiba2 rasa nak bukak puasa walaupun x puasa.
1. Buah kurma
  • Ambil beberapa biji buah kurma kering. Klu basah,keringkan dulu. Kikiki
  • Bakar tamar *tgk,ckp arab sikit* Bakar kurma tu sampai hangus. Hitam legamm
  • Kemudian, tumbuk ia sampai hancur. Ambik lesung mak. kata nak pinjam sat.
  • Akhir sekali, jadikannya sebagai celak. Memang mcm comot sikit tp xpa la. Jgn pakai time nk p mana2 sudah la kan :)
2. Maskara


  • Kepit bulu mata dengan pengepit bulu mata. Jangan pengepit kuku. 
  • Apply maskara. Secara berulang2. Bawah...atas..bawah..atas.
  • Ulang2. sampai rasa cantik dah. Hati2 jangan sampai comot. 
3. Pakai bulu mata palsu.
Blh pakai sendiri
Atau bantuan pakar.
  • Pilih yang sesuai dengan saiz mata.
  • Boleh potong yang lebih.
  • Kalau x puas ati dengan lentikan bulu mata palsu yang sedia ada, lentikkan lagi dengan pelentik bulu mata tadi. Sama ada nak kepit dulu baru nak pakai, atau nak pakai dulu baru kepit, terpulang pada sistem kepercayaan masing2 terhadap erti bulu mata yang cantik.
  • Letak gam bulu mata palsu pada bulu mata palsu tersebut. Letak secukupnya. Jgn tamak nnt x leh bukak bijik mata. Jangan juga letak di mata. Kui3,
  • Dah letak gam? Pastikan bukan gam kertas atau gam cap gajah. Dah siap letak gam elok2 maka dah boleh letak pada mata. Juga kena letak elok2. Betul2 atas garisan bulu mata yg asal. Tau......

Tuesday, March 13, 2012

Is He Lying to You?

Assalamualaikum..
Nak promote buku dr Amerika sikit. Aaaaaaaaaaaaa amarika demo. ilir kei tuh........ :)
Saya pakai voucher 1 Malaysia! Popular,KBMALL.

Dah berkenan pd buku IS HE LYING TO YOU
walaupun turut berkenan pd buku lain.
Kita mulakan dgn sedikit biodata penulis..
Dan Crum ialah bekas CIA polygraph examiner dan seorang penyiasat yg mana dia menjadi sgt concern setelah mendengar ttg byk wanita frust dan bgaimana wanita2 itu sering diambil kesempatan oleh lelaki. 

Shishi juga berminat akan buku ini.
Kan shi kan?
Si Dan Crum nie buatkn kite 1 siri stategi utk mengesan penipuan yg boleh kaum wanita gunakan. Beliau" ada BS Degree dalam Marketing dari George Mason University. Dia juga ada sijil Graduate dalam Forensic Psychophysiological Detection of Deception dan macam2 lg yg klu nak tahu,google lah.. :) 
Klu budak psikology n budak2 kaunseling yg peka,dia tahu la apa kebenda sijil2 nie. Klu ada budak2 lain yg turut peka,bgus la. bgus2.

LEPAS BELI BUKU NIE RAKAN2 DAN I PERGI LEPAK...

Pinggiran sungai,
TESCO.Kota Bharu. 
Bukti: Kapal

x berlakon
berlakon

 tak

ya





This book was much better than I expected.This is the first book on the topic that actually provides real strategies that I can use to know with confidence when someone is lying to me.Get ready dudes!







I like to recommend this book to anyone who wants to know when you're being lied to.Try. U wont regret.


*To shishi : U x nak promote buku "La Tahzan" u skali?Tips yg u bg kt i tu menjadi tau!

Shi berkenan hok nie!
I MISS U SHISHI.

Saturday, March 3, 2012

Tips lupakan ex boyfriend anda.


1.Menangis
2.Menjerit
3.Dekatkan diri dgn Tuhan – mengikut kepercayaan masing2
4.Sibukkan diri
5.Hapuskan semua benda2 kenangan dr pandangan mata.
6.Elakkan pergi ke tempat2 yg pernah pergi utk ‘dating’ buat sementara waktu
7.Tukar imej
8.Jadi tabah/kuat/iltizam/
9.”remaja’’kan diri
10.Keluar dgn rakan2
11.Ambil tips dr org yg single tetapi bahagia
12.Luaskan pergaulan/bersosial secara positif
13.Layan lelaki lain
14.Sombongkan diri,kecilkan kemampuan sidia
15.Ingt/fikir/bayang yg buruk2 saja tentang dia.

Friday, March 2, 2012

~~Kenali Wanita~~

Assalamualaikum

Kenali Wanita
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas      Saya ! saya !
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan  - betul betul betul. Berahi tak berahi tu x tahu lg.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas – kadang saja ! tp kebanyakan la,,
menguruskan rumah tangga.  – rumah dan tangga nie x pasti. Mungkin kot,,rasa2nya la.
3) Penasihat yang baik  - x tau la tu
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga  -mana saya tahu.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu – ya,tp x cantik2 pun
6) Berwaspada selalu  -tepat sekali !

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah


Kami wanita kami kaum hawa




Saturday, December 3, 2011

Aku ada konjunktivitis ke? (sakit mata)


Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata(eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa  anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:
  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata (xdok ag stakakat nie)
  • mata terasa gatal (aiii...ada ke?)
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata (x de rasa gini ag)
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata. (merah ja. sikit2)
Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria). (dokkk. staakt nie belum gini lg)
Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu. (ya,selesema.tp sikitttt sgt pun )

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,
Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh
  • debunga ( hay fever) 
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada kedua belah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata  ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. (Bahaya la weiiii. 4 hari lg ada fesyen show!) Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari ,(harap sembuh esok terus! nak rehearsal catwalk) !!  tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu. (aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mati laaaaaaaaaaaaaaaaaaa)
Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,
Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan  anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.
Bagaimana?
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh . ( haaa ok ok )

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.
Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.
 so apa masalah aku skg? huhuuuuuuuuuuuu... kena tunggu tengok,berlarutan atau tidak.