Wednesday, October 3, 2012

Malam dalam khayalan

Assalamualaikum

Ruang malam yang ini aku dongakkan realiti
Infiniti terapung ringan merewang lembut-lembut dalam ingatan
Aku sendiri
Dingin
Seorang.
Aku tambah nilai interaksi komunikasi {Hotlink}
Supaya ikhtiar itu kita nampak segar.  

Kau biar aku di sini terus terusan bersama denting orkestra dalam khayalan
Melodi Sigur Ros meliuk lentok di segenap lapangan_JIWA. 
Aku menghadap setia
Ia milik sesiapa sahaja. 

Melangit aku ke bentuk- bentuk. Itu siling.
Merenung renungan yang aku renungkan.
Keadaan ini sungguh tidak bergraviti.

Berikan aku bandar lagi
Bandar yang lari dalam mindaku tapi hati-hati kali ini nanti aku jatuh
Sebab siapalah aku dalam modeniti ini?
Aku mahu pawagam  
Memancarkan cahaya alternatif menggantikan yang terlindung
Mereka melacur bakat. Aku peminat tubuh,oh bukan.Keringat.

Tapi aku sedang statik. Pegun dalam bayang
Ada entiti mengekang kita sedangkan akulah petikan gitarmu.
Aku telinga yang satu,mendengar dalam pandangan mataku.
Yang terus ke keningmu.
Kucupan pertama. Gila
Aku lari. 
Dalam segan malam. 
Penuh rama-rama . Teruja.
Eh pergi ! Malam ini jangan ada suara bayang 


Monday, October 1, 2012

Photoshoot- Rasydan Ishak Photoghraphy

Assalamualaikum

Dgn malu-malu kucing biawak ini ingin saya tempekkan beberapa keping drpd beratus2 gambar yg telah ditembak pada tarikh : x ingat,haribulan : lupa. Hee. Tp awas gambar2 yang ditempek kat bawah nie mungkin akan menyebabkan  kalian rasa macam nak lempang pipi sy kerana sy byk buat muka poyo+koya. Hal ini kerana *haa ayt student minor BM* untuk photoshoot yg ini diriku tidak murah dgn senyuman. Aiyakkk.. spoillll sgt2.. bukan sengaja pun nak buat muka seposen gini tp ntah..x tau la kemana perginya jiwa raga soul shamsul i masa shoot yg nie. Mgkin sbb segan2 kot dgn photogh baru kenal nie. Hmmm.. Sadis !

Ruginyaaaaaaaaaaa..rugi gambar laaa muka x feellll.. Sorry Dan, kalau u x puas hati, i laaaaaaaaaaaagi x puas hati. Taw.. Huhuk.

Oh anyway.. Sy ringkaskan ;

It all began
At the show one weekend
I was a friend of your bestfriend,
said ;
"hey how you've been"
And with your Body Glove shirt on
And my high heels on
Let's watch something random
Turned into something awesome
Edited from Yuna random awesome.


 Taaadaaa !! ^_^
Perkenalkan... jekaka jejaka bernama Dan.
Klik untuk lihat siapakah gerangan orangnya photogh kian meningkat naik. 

Kelip2 kan mata untuk menatap hasil jari jemarinya.
Gambar nie sy edit. Pastu tgk2 ase mcm sama je edit dgn tak edit (sbb x reti edit) Maka sy pun upload yg x edit lh bermula dari gambar bwh hingga gmbr paling bawah. Terima kasih.


Eh berpaling pulak...










Sekian..
 Best shoot dgn dia. Happening. Tambah2 bila dia guna lens baru kecintaan dia tu. 

Hubungi dia  ::DAN::  013-900 9911 (hny utk yg serius plis)
Jgn lupa Klik  iklan Hotlink 
atau
((Utk majlis kahwin terutamanya. Sbb gmbr2 hasil nurkilan dia lawaaaaaaaaaaaaaa sangaaaaaaatt))

Dia sempoi..Pemalu jugak sikit2 tp bila dah bt lawak, hahaha :)
mls nak lyn 

Kepada Dan, All the best utk karier sekarang dan yg akan datang. I support u. Also. 

Kurus kering. Segala kata cacian.

Assalamualaikum

Saya ada kenal dgn seorang perempuan nie.. Dia gitu2 je.. tp mulut perghh.... reti nak gelak kat orang aje. Dia suka tgk orang/renung org then dia terjemahkanlah org tu dgn persepsi dia. Dia dgn kwn dia lg sorang tp kwn dia nie xde la annoying sgt. Sy pun x paham la apa yg menyebabkan dia suka sgt tengok org atas bawah plus tgk orang x berkelip pastu dia akan cari sesuatu pd orang tu untuk dijadikan bahan mengata atau modal nak gelak kuat2.

Hahahaa lawak la dia tu.Mcm hape ntah!? Hahaha
Hahaaha dah mcm *&^%%$$  dah aku tgk kau nie
Hahaha !@#$$ org tu


Dia ckp kat BFF dia tu. Then depa sama2 gelak. Pastu renung orang lagi,then ngumpat,then gelak, begitulah seterusnya..X kira lah sapa..asalkan depan mata dia x kira org tu dia kenal atau x,x kira org tu jenis senyap ke bising ke. Dia tetap gelakkan org.  Bila lama2 sy tgk perangai dia macam tu,sy masih lg nak berfikiran positif terhadap dia. Mungkin dia bergurau. Tp kalau bergurau,xdenye ayat pedas2 kan? N kalau itu gurauan,semua org akan gelak tp ini tidak. Dia je gelak. Org lain kunci mulut je sbb xnk terlibat sama mengata org. Biarr lah dia mengata sorang2 dia. dia yg dpt dosa kan, 

Tp bila dah mmg perangai dia mcm tu,sy mendapati dia menyakitkan hati orang2 di sekeliling dia dgn cara berbisik dan gelak dia tu. Tp orang yg dia gelakkan tu sabar aje..buat2 cool padahal dalam hati bergelora. Alahh x yah tipu i lew u all..
So, sy mula ew dekat perempuan tu.
Kenapa sy ew dekat dia?
Sbb dia sikit pun x ada yang lebih dr orang yg dia gelakkan itu.
Contohnye annn,dia gelakkan org yg kuat shopping. I tgk dia x shopping pun... Npew..xde duit kew cik kak... kalau xde duit senyap2 sudah la..xyh la gelakkan org.. i pun xde duit jugak tp i x gelak kalau tgk perempuan lain kemain ni haa shopping pilih2 baju. Suka hati dia la hobi dia annnnnn. 

Dia gelakkan org yg pakai tudung belit2.. npew...u sendiri pandai ke belit2 cik  kak...belajar laa kat u tube kalau x reti.. jgn la ckp tudung org x lawa,pelik,buang masa sbb belit2 bagai..sbbnya u sorang je gelakkan tudung dia..bg org lain,, perghh stylo la orang tu !  Sebenarnya org yg pakai tudung belit2 nie kreatif,berani,up to date. ko hado? Tp org lain xde pun gelakkan ko pakai tudung sama? kan? Cube tgk tudung ko sendiri.. Dah cukup bagus ke..rasanya mmg mcm tu je la...dr dulu smpai skg. Kalau kite xnk berfesyen, xyh gelakkan org la. kan........

Sy pulak,dia ada ckp ''Weiii Ra kau kurus gilerrr.. tulang je ee'' Tp masa nie sy tak terasa sgt,mungkin sbb dia x gelak. Cuma i ada ckp ;
''Kita sama je kurus. Bezanya Rara suka pakai seluar ketat ngn t.shirt . So jelas la nmpk kurus tu. Mcm awk kan pakai bju kurung,x nmpk la kurus sbb bju kurung kan longgar2.'' 
Dia angguk2 je. Tahu pun dia tu sama je kurus.
Anyway
Selama nie dia xde lg gelakkan i depan2 i.. mungkin dia xde modal sgt. So i xde pape la nk ckp sbb dia gelakkan org lain kan. Bak kata org,belum rasa belum tahu.

Pastu tup2 ntah mcm mana ntah i ada bergambar dgn dia. Saja gambar gedik2 sengal ann. Pastu dia peluk i. Then dia ckp ;

''eeeee x rasa pape la peluk kau ni. Kurus kering!? Dah macam tulang kering?! Hahahahahaha '' 

Kemain dowh dia gelak. Actually sblum nie bila berhadapan situasi mcm nie sy okay aje.Siap sy plak yg tercuit hati dgn usikan mcm nie. Yela, betul la  sbbb sy mmg kurus pun. And nie bukan kali pertama org kata sy kurus kering kan. Cuma kali nie sy pelik sikit.  Sbb yg mengata dan gelakkan sy kali nie spesis kurus mcm sy jgk. Dan bila dia pakai seluar track,nampak dia laaaaaaagi kurus dr saya.

Memandangkan i sakit hati,* yela org kurus mengata kita kurus,*org tu mcm x sedar diri kan?
 i pun ;;;; *pandang muka dia then ;


????????? *buat muka awkward sambil agak ternganga
''Eyy excuse me..?.. berat kita sama okayyyy.. forty..Cuma i nie cantik sikit.. you??''

Nahhh amek kau. Depan2 muka kau yg x putih langsung tu. Sedasss sebijik atas dahi kau yg berjerawat dr dahi ke dagu tu. Haaaaaaaaaa. Padan muka! Aku kalau dah sound orangggggggggg.

Please2 sapa yg baca entry nie jgn la kata aku perasan. Sbbnya mmg aku perasan pun. Heii ! Geram kowt org kurus kering kata kita kurus kering. Klau dia montokk or gemuk aku xde la terasa sgt,, sbb dorang mana tahu apa itu erti kurus kering so sedap la mulut bercakap kan? Tp perempuan nie sepatutnya faham yg dia x leh mengata org sbb dia pun sama je mcm org yg dia kata tu. Wekkkkkkkkk.

Pastu dia . senyap. lalu buat hal lain seolah2 aku takde lagi dekat2 dia. Npe cik kak? sentap?
Haaaaaa mcm tu la perasaan org lain bila u gelakkan dorang tau. tp dorang x balas balik sbb dorang jaga hati kau. Tp i? Ohh sorry2. i bukan Izzah ombak rindu nak sabar nak redha.
I. balas . balik . sbb u dah melampau2. Cermin diri dulu cik kak sebelum nak gelakkan org..

Sekian. Aku puas hati sbb dapat buat dia sentap walaupun org akan kata aku perasan nak mamppppp pasnie. K bye

aku kurus dan tak pernah sembunyikan kekurusan tersebut. I tahu  perkara tu salah tp ahh. lantok lew.
Rara mmg kurus tp Rara x mengata orang. Bila kita mengata org,sama la maknanya kita mengata kat Allah. Sbb ALLAH yang. buat. kita. SEMUA.
Subhanallah........

Thursday, September 27, 2012

Talked too much, a photo, before i go.

Assalamualaikum

Baru2 nie ada orang hello2..lepas calling2 janji la nak jumpa..Kemain aih call.Biasa sms je. Kredit byk ek ? Haa nie mesti guna HOTLINK MURAH nie kan? hee. Untunglaa jadi student nie kan. Mcm2 offer org nak bg. Murahnyaaaaa...x pyh la top up tiap minggu... oii percaya la ckp i mak jemahh. 
Oh2 lari topik. Anyway org tersebut bwk beg..Misteri..Dah jumpa dia pun keluarkan sesuatu dari beg tu. 

Ohh.. bunga..
Ah bunga?? 
Yeayy dapat bunga. 
Bunga ros. Plastik
Ihikkkk ^__^ 

Sukewwww. Jadi saya bawak dia ke belakang rumah saya. Indah tempatnya...hijau sungguh hijau. 
Pastu apa lagi.Shoot la.Tu la motifnye nk gtw. Hari nie ada prop. Bunga tu. Pinjam okay bukan bg. 
Wekk =P
Besar2 pun nak main tembak2 lg.. ajak la main masak2 ke..main master chef ke.. karnn..sbbnya bila tgk 1 video nie, rasa mcm teruja plak tgk org masak memasak nie. Ahakk.  Tp itulah,setakat bole tgk ajela.. confirm spesis mcm i nie confuse nak teruskan masak bila diberi pilihan macam tu. I mean, INI. View n tonton sesaat dua. *sesaat kau datang . Macam senang.. kan? senang je kot. Campak je la apa pun..jnj bila mkn x muntah2,mahupun terkena santau.

Hari nie saya sayu sikit sebenarnya..Sbb esok pagi nak kena bertolak ke Kedah. Aloq Staq. Umm ada kursus koperasi kat sana..Umm itu leww susah lew bile bakal jadi pemegang saham koperasi nie..Kikiki.. I rasa mcm sayu..pilu...sudu..garpu la nak tinggalkan Tg. Malim nie lama2.. Mybe sbb x minat sgt nk g kursus kot.. Kompem2 le aku tido. K bai.
Tapi kalau pergi konsert ke..ceramah UAI ke..fashion show ke.. pertandingan nyanyi ke..menari ke.. op kos la aku akan semangat ! Muehehehee. Mau x semangat. Klu org menari,kite pun rasa nak terkinja2 jgk an? Huaaaa :) rasa mcm gedik semacam je bila tgk dia orang nie masuk pertandingan menari. 

You guys blh la tgk siniiiii, view link bwh satu persatu supaya tidak tertinggal apa2 maklumat. Sapa2 nak masuk competition nie boleh lah BBM sy skg,sy sokong anda! *But i x pakai BB pun. Klu BB cream foundation pakai la. Sape2 yg berbakat mcm mak Jemah guru tarian AF boleh la join. KLIK ; 


Ok bila dah klik mari kita sambung pasal cerita saya yg akan travel ke jelapang padi esok nie.Aaaaaa.
Travel bukan sebarang travel. Traver bersama tawaran berguna. Apa pun barang x pack x setel, malasnya tp demi TRAVEL ku gigih jua ! 

Ahaa. mcm biasa sy nak bgtw, sy bwk dua2 hp. Celcom n Maxis. Sapa2 ada sesuatu nak bgtw call je. Terutama kepada mereka2 yg ada niat nak belanja saya makan nasi kandaq kat kedah nnt. Nasi kandar ada kat kedah jgk kan? 



Oh pasal photoshoot ini saya tangguh pengUPDATEtannya ek? Sbb gmbr xde ag. Boss x bg uhuk cian i. Tp xpelah. Tunggu ek? Sapa tunggu dia sayang i. Yeayyy ! 


 Minta maaf kalau terkasar bahasa. Tersilap bicara. Sy Mastura Rara dan saya suka bunga. See u . Jgn nakal2 yup? Daaaaa. 

Tuesday, September 25, 2012

Dirompak-Mantan YDP KAB Ditikam 3 Kali

Assalamualaikum.
Semalam kwn dekat call. Cakap pasal mantan YDP kena tikam. Astaghfirullahalazim..
Pastu tgh mlm semalam kawan jauh SMS,pun pasal nie. Suruh hati2 kat Tg Malim nie.Terutama kampus baru.Mesti dia nak cakap pasal benda nie jugak. Annn. Belum ku balas pesanannya.
Kemudian pg nie dpt lg 1 SMS,kwn x berapa dkt x berapa jauh. Dia sedang praktikal. Dia pesan jaga diri elok2 kat u..jgn kuar sgt mlm2..klu nak kuar jgk,berteman..
(masih ada yg sayang padaku..lagu)
Pagi nie homepage fb terselit berita ini. Lalu aku copy dgn jari. Oh jgn risau,aku sertakan sekali sumbernya.
 ___________________________________________________________


TANJUNG MALIM, 25 September - Mantan YDP Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, Abdul Azim Nasri malam tadi telah ditikam tiga kali dikawasan jalan gelap dari Behrang ke Proton City. 
Mangsa yang menunggang motorsikal bersendirian telah ditahan oleh individu yang tidak dikenali ingin meminta bantuan. Sebaik sahaja dia berhenti, dia terus ditikam sebanyak tiga kali dan duit sebanyak RM 20.00 telah dicuri.
Cerita selanjutnya admin perolehi dari FB SUARA MAHASISWA/I UPSI

Sebentar tadi admin sempat menziarah saudara kita di Hospital Slim River untuk mengetahui apa yang terjadi kpd Ust. Azim Mantan YDP JMK KAB.. 
kisahnya dia sedang menunggang motorsikal dari behrang..dan ada orang tahan dia untuk minta bantuan..dia pun berhenti.. 
lalu dia ditikam 3 kali di perut..penyangak itu hanya ambil RM 20.00..nasib baik laptop dia tidak diambil... 
apa yang dilakukan Azim sangat mulia..dia hendak membantu orang..tetapi malangnya orang pula menikamnya.. 
setelah ditikam..dia masih mampu menunggang motorsikal dan meminta bantuan dijambatan ke proton city..namun tidak ada yang mahu berhenti..mujul ada seorang hamba allah datang membantu dan membawanya ke klinik kesihatan tg malim.. 
kemudian dia mendapat rawatan susulan di hospital slim river..ketika admin sampai di sana Azim sedang dirawat (dijahit)..bapanya turut hadir. 
Azim..Niat baik yang membawa padah
antara yang hadir td...pengetua KAB..mantan pengetua KAB..ustaz rosli..tuan sayed..Prof Shah..sahabat yang baru menang We Love UPSI dan beberapa orang penyokong Mahasiswa pendidik.. 
beginilah kita mahu.politik secara matang..bila ada keadaan perlukan bersatu kita tetap bersatu... 
sama-sama kita doakan Azim cepat sembuh dan doakan semoga penjenayah itu mendapat baasan setimpal dengan apa yang dibuat!! 
*cerita ini tidak 100% betul..tapi ini yang admin faham
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Abdul Azim.-UPSIDaily
Sumber : UPSIdaily.blogspot

Penjual kek Malaysia yang paling control ayu kat Malaysia nie

Assalamualaikum

Antara saya dan kek mmg ada kena mengena. Walaupun saya x suka buat kek,saya juga x suka makan kek. Yg saya suka ialah kek. Saya suka kek sbb kek biasanya boleh hias cantik2. Perkaitan seni kek terhadap diri saya sungguh tebal. Serasanya. Saya suka sambut birthday sbb confirm akan ada kek. Saya juga suka birthday rakan2 sbb masa tu saya boleh berikan mereka kek.
Tentang kek. Biasanya harganya tak semurah coki2. Jadi saya pilih untuk beli kek yg kecil2 iaitu kek cawan. Amarika sebuk cupcake. Malaysia sebut kek cawan. Jadi kek cawan dengan cupcake.   adalah 2 unsur yang tidak berbeza sama sekali.



Sebagai seorang rakyat Malaysia dan sekaligus penuntut universiti kerajaan Malaysia,saya sedaya upaya mencirikan diri saya sebagai penggemar kek cawan dari Malaysia yang pada masa yang sama saya mahukan Malaysia juga menggemari akan diri saya. Ehhh? Jadi apa yang saya lakukan adalah sangat-sangat mudah.
  


Dengan mengenakan tudung bawal biasa2 yang mana semua wanita  mengenali jenisnya dan juga  menambahkan nilai2 seni pada cara pemakaian tudung tersebut iaitu kilaih tudung tersebut and letok ataih pala,saya mentafsirkan perkara ini adalah perkara yang mengayukan diri sendiri di negara bertuah ini.. Juga saya sematkan pin berjuntai yang kini hilang entah kemana. Rasa macam pernah lihat pada seorang teman tetapi bila ditanya,katanya kakak dia punya. :) Oh tidak mengapa.. Hangus RM5 untuk pin tersebut. Terima Kasih.



Kemudian saya juga turut menggunakan kaedah kepoyosan untuk menonjolkan bakat patriotik yang tersemat di dalam dada saya. Tidak sukar wahai rakan taulan. Poyo-poyo depan kamera handphone masing2. Kalian akan rasa,oh indahnya kalau kitalah rakyat paling comel kat Malaysia. 


Dengan kriteria2 tersebut saya telah menayangkan diri saya di hadapan kek-kek cawan yang ingin saya maksudkan. Walaupun realitinya kek cawan malaysian haruslah bercorakkan nilai2 kenegaraan, tp tidak mengapa kalau kek itu tiada jodoh bersama kita. Sama2 kita KLIK SINI untuk menjadikan kek tersebut hadir dalam pandangan mata kita dalam masa tak kurang dari 3 saat. Silakan wahai insan sekalian alam. Silakan..




Nampaknya bukan saya seorang sahajalah yang poyo?


Maka dengan ini,ayuh bangkit dan sokonglah kek cawan buatan Malaysia kerana kek tersebut 100% berwajah Malaysia walaupun tidak mengenakan baju kurung mahupun tudung bawal seperti apa yang saya lakukan berikut..
Ini kek yang ingin di'jual'nya... Sila klik disini untuk menengok mendenye.. ye... 

Monday, September 24, 2012

Sedih aku sedih

Assalamualaikum

Ada waktu, apa yang aku pilih untuk rasai, tidak bersebab. Tiada.
Aku putuskan untuk rasai sahaja. Redah. 

Mungkin dalam merasainya itu, aku akan jumpa sebabnya. 

Mungkin. 

Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa, juga.

Bermakna. 

Ia. 

Memang. 

Tidak. 

Bersebab.

Sebab aku pilih untuk merasainya untuk berada di sana.

Dan bukan disini. 

Jadi jangan tanyalah kenapa aku tiada di sini. 

Kerana aku pilih untuk berada disana.
Aku rasa sedih. Ini utk kali pertama dalam perjalanan yang baru 100 langkah ini. Belum sampai seribu.
Aku rasa sedih sangat. Aku cuba tahan,tapi.
Tak pernah aku rasa sedih macam nie sepanjang tempoh masa ini. Lalu titis gugur jua. Aku harap apa yg berlaku hanya permainan hormon semata-mata. Bukan sbb jiwa aku yg lemah. Aku kuat,keras hati sebagaimana aku tidak pernah mengalah selagi bagi aku ia tidak salah. Aku menangis.
Huu
Dengan suara. 
Wah.
Sungguh terasa sampai ke dalam dada. Telinga. Aku pekak seketika. Tenggelam dalam bunyi esak. Sedih aku sedih. 


;'(

Sunday, September 23, 2012

Apabila Rara belajar memandu

Assalamualaikum

Mlm nie nak citer pasal kereta. Sbnrnya nak cite byk lagi,pasal tudung,family,kwn2,tp malam nie pilih pasal kereta sbb the icon is back !!  Hehe. What say you? da tgk kan?

Cuti semester lepas,kat kg,saya belajar memandu dengan BFF sy Hilda. Tp gambar kat bwh nie masa kat UPSI. Gambar diambil semasa kereta masih belum bergerak. Terima kasih.
Nak citer belajar kete ngn ida..Daku belajar memandu kat belakang TESCO Kota Bharu .
Selepas enjin dihidupkan oleh sifat ketakutan diriku yg amat tinggi, Hilda sakit telinga sbb ak x habis2 menjerit. Hahaahaha ! Seyes,jerit je keje ak masa memandu tu. Ahakkss.





Yg nie gambar poyo.. sbb x gerak lagi.. masa blajar ngn ida, muka bukan tersengih2 dpn nie.. lain u.. lain ! haha. Cuak la kot. 
Tp peristiwa nie biarlah tersimpan antara ak dgn Hilda. Kih2. 
Bak kata org2 muda,klik sini so many stories,so much love !  Kongsilah pengalaman anda please. 






Kete gerak jerit
Kete slow pun jerit
Kete laju pun jerit
Kete nak belok lg la jerit
Ada kete lain lalu sebelah jerit x ingat
Ada kete lain kat belakang mau tak jerit
asyik jerit je keje aku. 
Hehe.. 

Soorrry da.. aku takut plus happy so ak ekspresikan perasaan tu dgn jeritan yg mencekik lubang telingamu.. Thanks sbb ajr ak bwk kete.. Daripada aku tak pandai dulu,sampai skg pun ak x pandai2 jugak. Kih3. Nnt cuti lagi,ajar lg k?
Nnt ak jd cikgu,malu la bwk skooter g skolah. Pakai bju kurung plak tu. Hewhew.

Aku rindu kau,Ida. Muahhhh ! 

Photoshoot - Upsian Photoghraphy

Assalamualaikum

Semester ini sy ada kawan baru. Eh bukan2,kawan2 baru.. :) Mereka terdiri daripada kumpulan fotografi UPSI. Kisahnya bermula apabila seorang rakan facebook saya, Iskandar telah meng'add' saya ke dalam group tersebut. Iskandar..nama macam abg kandung saya yg nombor dua jerk.
Tidak lama kemudian, nama saya di tag sebagai talent terbaru. Wuwuwuuuuu maluuuuuuuu... Dah la x kenal sapa2 kat dalam group tu..huhu.. Tp x apelah..buat2 x malu sbb dah ramai komen..pending betul la aku nie. X perasan notifications. Ok. buat2 x malu...

Then.. sehari dua lepas tu admin ajak shoot. Thank u big boss Harith Riz . Mula2 tu teragak2 jugak..sbb x kenal.. huu. Tp lepas dia kata talent mereka si cantikkkkk Aurora Ina ada , ok set. Yes i do : ) Juga ada bersama ialah Ili Athirah juga photoghrapher. Tekun orgnya. . Ina dgn Ili nie dah mmg kenal lama. Sejak depa sem 1 lagi. Masa tu KAK MAS jadi instruktur utk kelas ko kurikulum mereka.. So mereka nie junior la. Bulih la nak buli ke apa. ehhhh . Anyway, kemain la panggil kak mas tapi rupanya sama umur saja.. Opps. Tp ah x kisah la. ADIK ina n ADIK ili tetap kena panggil i kakak k. Haha. Tp skg mereka jarang dah panggil kak mas. Mereka panggil RARA pulak dah... Hehe.. mcm2 lah.. Ikutlah u all lah ea.. jnj sweet  ^_^ 
So set lah sudah pertemuan pertama kami untuk semester baru ini. First time utk saya. Sy tak tau pulak ada group mcm nie dkt UPSI. hee. Tapi group nie more to geng2 photogh la. Klu just talent2 macam sy nie mana reti pasal gmbr..nak komen pun x reti..semua gambar cantik.. Thats all. Titik. Kitew reti sengihh dpn kamera jew..x celik dalam bidang nie.Huu. 
Untuk menghilangkan sifat segan2 cicak i nie, i telah mengajak talent yg preeeettyyy . Lgpun dah lama nak shoot bersama dia sbb dia pandai pose. Byk idea dia blh utarakan. Dia Farah Hani. Ehem. Bakal 'kak' ipar insyaAllah.. ^_^

So its begins.. 
 
LOKASI : Terbaik dari ladang kelapa sawit, Kolej Harun Aminurrashid.
Universiti Pendidikan Sultan Idris





 Oh wajahku telah diperkotak-katikkan untuk eksperimen dan pembelajaran hihi
I love my lips. Muahh ! 
mana ntah gambar asal? x tag pun? hee.


 


The photoghraphers

Godek2 facebook mereka dan pilihlah yang mana berkenan di hati :)


 





The talents
Cantik..Ina talent tetap team ini.
Beautiful..godek2 blog  Princess Farah Hani

Sorry Asyraf,i edit yg ini tp x reti hihi jgn maraa.

Mereka di media cetak
Saya pilih Hanis Zalikha. anda pula?
..THANK YOU.....

Saturday, September 22, 2012

Blogger Pilihan from UPSI

Assalamualaikum

Dah baca newspaper hari nie? Ada org tuuu....masuk.......newspaper.. hihi. Ce selak ce selak dalam page Blogger Pilihan. Ce tgk ce tgk gambar sapa? Ngeh3... ^__^


Hubungan saya dgn Cikgu Hizami mmg  rapat  xde kena mengena. Sy x kenal dia dan semestinya dia x kenal saya. Yg saya tahu,td masa dalam kelas koperasi,saya baca newspaper apa ntah,pastu tgk page blogger pilihan,TERnampak lah dia. Lalu terus teruja sbb dia dari UPSI. Wahh sama la itew,samew samew. Skg mengajar kat Melaka kalau x silap. Hewhew. Semogalah sy pun nnt jadi cikgu+blogger mcm dia..ONE DAY.. InsyaAllah 2 or 3 tahun lagi dehh? ^_^ 

Kepada abe Hizami. Ehhh! Awak smart macam kereta. INI
Tapi Awal Ashaari lagi smart . Oppss
Apa awak nak buat kalau orang buat macam INI kat kereta awak?

Ok lah. Itu saja bendanya nak cakap.. Hee. Tata.




Friday, September 21, 2012

Gathering Geng Forever - Erra Kyra,Love Bunga Querida

..Assalamualaikum..


Pada 15/9/2012 yang lepas,bertempat di Marry Brown,Berjaya Times Square Shopping Centre,Kalalupo, satu event iaitu GATHERING GENG FOREVER telah diadakan dengan jayanya.Buat laporan program you !  Saya telah dijemput oleh Erra dan telah mengkontek rakan kongsi gelapnya sis bunga untuk sebarang pertanyaan lanjut. Kih3. 
Sebut pasal contact2 nie. Klik link bagaimana kami berjimat
UOX 

Memandangkan tarikh tersebut sy mmg free,dan mmg nak pegi KL masa tu untuk shopping dan outing dgn BFF yang lain,so Alhamdulillah dapat lah sy join event ini  dgn selambanya. Untuk event ini saya telah memaksa mengajak kawan sy.

Jgn mara ea. nak rasmi kamera dulu..cap ayam pun ayam la ^_^ 


Thanks Atin sbb temankan Mas. Muahh!
Ok...
Perkenalkan !  perkenalkan !
Managers event nie..
Ini la ::Erra:: si kaca mata &
 ::Bunga:: si bunga2 cinta. *ehh?
Sebenarnya i segan nak join,.sbb i nie tak gojes2 mcm u olls !! hehe. Tp xpelah. Be my self,be confident. Apa salahnya utk meluaskan komuniti? Bukankah begitu?

Mula2 sampai.. Oppps sis bunga bwk kumbang. Tp xpe..Kumbang dia x nakal. Rilex je melayan karenah kami yg gegirls nie. Time kitorang bermain,dia p main tepi2. Hihi. Sweet kan. Untunglaaa sis bungaaaa.

 Dah mula dah...
 SNAP ! SNAP !
 KLIK ! KLIK !

KAMI GENG ! Nak join x?

Lepas berkumpul and pose maut kat Marrry Brown, kami naik atas. Ingat nak main bowling tp bila pk2 balik.. Uuumm..xyh la kot.. Shopping lg best kan?? Hihi.

 Hee. diriku telah membuat perangai
iaitu pot pet sampai muncung2 mulut aiiiihh ! 

 Hai ! Kitotrang ada game. Jom main tukar2 hadiah. Yeay !
^^ dapat adiah yeay ! dapat adiah yeay ! ^^
Hadiah2 nya adalah... jeng2
Ok undi. Amik sorang satuuuuu
Rebuuuuuuuuuuttt ^_^

Done ! Bersama hadiah masing2 :)
 ::Anem::

::Bunga::




::Fiera:: *gambar fiera x smpat amek berdua..dia balik awl..huhu..
*****THE END*****

Depan2 peluk..
Padahal???
Ahakkks. Gurau2 je..Geng nie mmg sporting habissss.. !! Sangat meriah dgn adanya we all yg semua gile-gile remaja nie. Dah la sporting,cantik pulak tu. >>Ihikk<< Mereka semua sgt cantik.. Gojes you olls.. Lebih preety dari dalam gambar ni tau. Ada jugak yg malu2 tp biasala tu.Mula2 kan..Nnt dah gathering seterusnya agaknya runtuh kot TS nie. Kui2.
Best sgt dpt jmpa u girls. Semoga berjaya dgn kerjaya dan pelajaran serta rumah tangga masing2.. Okayy?
Ada masa nnt kita jumpa lagi..

oOPpS ada lagi..... Beberapa gambar yg di tag di facebook saya 

Meriah kan..bergambar..berkalut..bergossip.. *eh!
Ikut hampa lah nak buat gaya paaaa.. haha


Kemain kusilangkakikakuku

 Sehingga kita berjumpa lagi.. I miss u gilrs... Wish you all the best now and on. Ummmuahhhh ! 

Angkat kaki masing2..Jom balik membawa kenangan :)

Nie hadiah yg Rara dapat. Rama2 ! Hehe. Mmg tepat pada tuannya sbb Mastura suka rama2. Nama blog pun mastura.rara.rama2 dah. Happy ^^ Jam rama2 kite dapat,,tp x tau dari sapa. Hee. Utk pihak sy,sy belikan Hello Kitty. Alih2,dapat kat sis bunga. Good2. Dia mmg obses dgn spesis Hello Kitty !