Wednesday, November 14, 2012

Duhai bulu mata... tolonglah mata..

Assalamualaikum

Today i went to Selangor sbg ''guru pengiring'' utk outing budak2 form 2 SMKA Simpang Lima (SLISS) They are all happy go lucky students! ^__^ Ada potensi berjaya dik,good2. X konservatif sgt. Hee. And yg aaaaaaaaling penting jgn sia2 kan usia muda,kelak menyesal tiada guna. Taw. Tawwww. 


Sumber : Status facebook i sendiri yaww. 

Ok. Lepas balik sekolah tu, i tido tido tido sampai la dekat maghrib. Muehehee. Astaghfirullahal'Azimm.. Penat.Bkn sbb pnt lyn budak2 tp sebab penat emosi kot. Byk keje karrnn. 
Lepas tu, lepas isyak sy datang KHAR. tido sini ngan aida.. Sembang sejam, pastu buat slide ceramah sampai siap :) 

So skg dah siap dah kejenye sejam yg lepas TAPI  sy x leh tido la bro .. sebab yelah td dah tido petang. Pastu minum nescafe 3 in 1 plak semasa wat esemen td. Heww... mmg nafsu tido tu terhakis lew. So? Nak buat assignment lain rasa mcm xde feel. Xde idea. And xde kerajinan.. Makanya.... gue catatkan semua ini ke blog gue sihhhh.. gitu dong.. 

Alang-alang tuu kan...gue ada nie sesuatu mau share.. org kata sharing is caring gitu lohh... jap ya, tekan SINI  
Suka tak? Suka x? Levi's u ollss.. x mampu maq nak beli byk2.. setakat nie ada 1 je . Heheh. *tetiba citer pasal seluar. Hee.

Lagi satu, INI  Jangan lupa klik LIKE tanda benda alah tu hebat. 

Apakah itu?

Apakah?

Apakah?????

Cekidaut ^_^


Ummm..xtau lah nak cakap apa. itulah,nak tido x ngantuk.. huhu.. klu buat2 tido mesti kelip2 je guling2 tp x jugak tido... uwaaaa.. duhai  bulu mata..tolonglah mata.. tutuplah... tutuplah.... 






Sunday, November 11, 2012

Tips untuk berhijrah

Assalamualaikum

Semalam Rara tido pukul 6.30 pagi. Insomnia ditambah dengan kerunsingan peribadi,kecelaruan perasaan,dan waktu tidur yang tidak mengikut norma sepatutnya Rara. 
Sbb petang tu Rara dah tertidur. Means,tidur siang hari. So akibatnya,malam dah xboleh tido sbb siang dah tido sedap2.. Hmmmm.. 
Itulah saya. X boleh ubah jadual tidur sikit. 
Tak boleh tidur lambat,
Tak boleh tidur awal,
Tak boleh tidur,then bangun balik,tido balik,
Tak boleh ubah waktu tidur langsung... kena hari2 waktu yang sama je.. kalau tak..bgun kepala pusing dehhh ya ampunn.. dan produktiviti dalam kelas akan jd kurang memberangsangkan dan sekaligus menurunkan prestasi keberadaan dalam kelas. Huffffff. 
Sebab itu Rara sangat menghargai tidur yang berkualiti..sbb ia sangat mempengaruhi rutin harian saya nie..

Oh so semalam byk masa untuk muhasabah diri sorang2..masa tu jugak perasaan nak solat tgh malam membuak2. Rara solat hajat. Mintak Allah tunjukka kat mana salah silap Rara sbg manusia nie.  Sedar tak sedar Mastura Rara kini dengan Mastura Rara yang setengah tahun yang lepas banyak bezanya... byk sangat..  

So bila dah sedar diri nie cepat2 kita ubah balik diri kita kearah yang lebih baik sbb kalau diikutkan,Rara lebih baik dulu dari sekarang.. Terutama pasal kognitif... 

Rara kena berhijrah balik. Yeahhh !! Allah dah bg insight so apa nak tunggu lagi? 

Rasa mcmm gambar tak ikut mood - sooryy


Jom baca 

Tip utk hijrah diri:
  • 1. Bentuk niat yg tulus & harap redha Allah,
  • 2. Matlamat yg membakar smgt tapi munasabah,
  • 3. Buang tanggapan yg negatif ttg diri, 
  • 4. Elak fikir negatif ttg segala perkara-- fikir itu doa!
  • 5. Belajar drp org yg berjaya, 
  • 6. Jgn tergugat dgn komen negatif org lain, 
  • 7. Lakukan langkah demi langkah-- jgn tak sabar, 
  • 8. Elak tangguh2 utk lakukan perkara yg baik,
  • 9. Amalkan dgn istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari, 
  • 10.Byk berdoa & tawakkal kpd Allah swt. Moga Allah beri kita semua taufik & hidayahNya. Aamiin, 

Sumber : Facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Saturday, November 10, 2012

Bicara Selebriti # 1

Assalamualaikum

Godek2 lappy pagi nie terjumpa gambar lama. Semasa Rara and the geng pergi 1 event ilmu kat Kota Bharu. Kalu ado ore Koto Baru yang masih ingat, event Santai Selebriti bersama artis2 yang berhijrah,Ustaz Hasrizal, dan moderator terkenal, Amin Idris.
Bila dah godek2 nie rupanya banyak sgt gambar yg terkumpul. Terus hilang mood nak menaip entry sbb senang2 upload je gambar,biarlah gambar menceritakan segala-galanya...

U see..

Kwn baru- Nisa
My gangs ! - Cemah,Ida,Shikin
Fa,Emmy,Shikin again 
 About my gangs annn, kalau mereka x ikut sekali kan, saya kan, rasa kan, mcm xde life ! 

 Ramai sgt yg dtg. sampai ada yg x dapat nak masuk pun.

Dan.. ramai yg berjilbab labuh . Ramai juga berpurdah  .

khusyuk :)

 They are all awesome ! 























Sekian. Kalau ada mood nanti,saya akan tulis pasal KENAPA YATT HAMZAH DAN ANA RAFFALI berhijrah @ tutup aurat. Yela, sbb sy dengar sendiri pengakuan mereka.. live.. heee. 
Dan juga utk pengetahuan semua inilah kali pertama saya berjumpa dgn LOVE PATZZI iaitu blogger terkenal dan model sambilan yg tinggal di kampung seberang.Disebabkan dekat aje so malam tu kitorang gi amek love patzzi fb nie depan umah dia terus. miahaha . spesial demo nisa ! :)  Walaupun baru kenal, kami semua sgt rapat cikebum cikebum dan sampai skg jadi BFF plak. hewhew. 

Byep

PENYERAHAN KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA UPSI

Assalamualaikum

TARIKH: 6.NOVEMBER.2012
MASA: 8.00AM - 2.00PM
TEMPAT: DEWAN BESAR, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, BANDAR PROTON
V.V.I.P: YB DSU DR RAIS BIN YATIM (MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN)

Alhamdulillah.. setelah sekian lama menunggu, pada 06/11/2012, penyerahan Kad Siswa 1Malaysia kepada mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) telah diadakan.. Terima kasih kepada Dato' Seri Utama Rais Yatim IIatas kesudian menyempurnakan majlis tersebut.. Terima kasih kepada pihak UPSI sendiri, mahasiswa/i UPSI, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi,dan Kesenian, sahabat - sahabat Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, rakan - rakan kepimpinan kolej dan persatuan, rakan - rakan KARISMA dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penyerahan Kad Siswa 1Malaysia dan RTM rentas kampus. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan..



Selasa lepas berlangsungnya program penyerahan KADS1M di dewan besar UPSI dan program-program sampingan bersama Dato Seri Utama Rais Yatim Menteri Mentor UPSI. Ramai siswa/i UPSI tidak melepaskan peluang menghadiri majlis penyerahan tersebut untuk menerima Baucer buku dan Kad Diskaun. 

Kelebihan-kelebihan ini diberikan kepada siswa/i seluruh Malaysia bagi memberi semangat dan kemudahan kepada semua siswa/i agar dapat menimba ilmu dengan lebih tenang. Wartawan UPSIDaily berada di tempat kejadian dan mendapati semua siswa/i hadir dengan wajah yang ceria. 

Selain Itu wartawan UPSIDaily juga menemui YDP MPP UPSI  Saudara Fadlillah bagi mendapatkan pandangan dan beliau memberi ucapan terima kasih kepada Dato Seri Utama Rais Yatim kerana sudi hadir bermesra bersama siswa/i dan memberikan KADS1M. Beliau juga berharap agar semua siswa/i menggunakan kelebihan tersebut secara berkhemah.

Disamping itu Fadlillah juga sempat membawa Dato Seri Utama Rais Yatim menaiki motosikal bersama rombongan 50 buah motosikal siswa/i UPSI mengelilingi kampus baru UPSI. Selain itu Dato Seri juga menyumbangkan 10 buah komputer dan 20 buah komputer riba kepada siswa/i.




Friday, November 9, 2012

Stylista Contest

Assalamualaikum

Tadi sy berpesbuk sambil tgk anugerah skrin. Hah pastu ada notification dari group blogger.


Awak !..ada 1 jam lg! cepat2 inbox gambar anda di page kami ^_^
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.482457241777808.106690.276626455694222&type=3



Gitewwwww postnyaaaaa... pastu sy pun baca.wah menariknya !! Heheee. Nasib baik mereka post klu tak sy x tahu..sy nie mmg slow ahh. hewhew. oh btw rajinya dua sahabat sama2 cun nie buat contest. haaa. aku bila lg?

So......saya telah inbox gambar ini pada page mereka.. sedap nama page mereka tau.

Klik LIKE tanda support mereka :)

Lepas tgk page nama sedap n tuan empunya sama2 soo sweet nie jari automatik tekan LIKE. 
Pastu jumpa blog mereka. Sekali lg jari automatik tekan follow sebab blog comel dan ada benda mereka tulis kat blog mereka.. baru ada feel nak baca. sambil baca,sambil santai.. rilexx.

Blog Syira menarik  sebab...... 

1. Warna pink muda ! hehe.

2. Dia cakap dia bukan model tp suka post mcm model. bg saya,syira nie jenis yg berkeyakinan dgn cara itu ! akak suka adik syira :)

3. Saya suka puisi2 dia. dari hati sangat... ikhlas je bila baca..

Blog Dyla menarik sebab....
1. Resepi2 dalam blog dia buat saya rasa nak masak dan saya suka makan masakan dlm senarai resepi tu.

2. Ada tips cinta... so klu tgh nak something new or better utk lover,boleh la cepat2 baca blog dia. idea idea ! :)

3 . Dyla pun suka rama2 jugak. sama la kita.. :)


oh
Ini gambar yang saya inbox 

STYLISTA CONTEST BY SYIRA AND DYLA 



Wish me good luck everybody ! 
with loves, Rara ~

Thursday, November 8, 2012

Sahar Photo

Assalamualaikum

Mungkin ada yang dah bosan tgk gambar Rara berbaju rimau aummm dengan tudung purple nie. Kan? 
Tp xpelah who cares kalau u guys bosan sbb nie blog Rara Rama2 so suka hati kite lah .Kih3 :) Rara bukan apa.. rasa mcm x puas tau kalau x tempek gambar hasil karya mana2 photoghrapher kat sini.. Rasa mcm x ada apa2 Rara buat setelah mereka dgn sweet2nya menembak gambar saya... gitewwwww.. jadi motip i suka sgt nak tempek gmbr hasil photogh kat blog ini adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan mengabadikan sokongan i terhadap mereka yang rajin bekerja di usia muda ini. *Tabik springggggg boh ^__^

Sekeping dua istimewa dari mereka dari PSAS


Dan ini pula daripada 


Framing smart ahh !! cayalah Sahar.
talent je x smart. hufffff

Sharp kan? hewhewhew *mcm aku reti

Saya suka gambar2 saya dia . Anda bagaimana? Haa... jadi jom  gedik2kan jari anda dan klik laman muka buku Sahar Aliff 

atau terus kepada page baru beliau dan tekan LIKE untuk menyatakan SUKA


i like,u like,we like,
we like cuz we care. ceeee "_"

Tuesday, November 6, 2012

Aku yang berubah

Assalamualaikum

Sejak aku masuk dunia ini. Mungkin lebih senang aku kata sejak sem ini. Aku berubah.
Bermula dari senyuman. Aku tidak lagi senyum menampakkan gigi aku kerana aku belajar daripada kamera, senyum tidak menampakkan gigi adalah senyuman anak dara, lebih manis. Sedangkan dahulu aku tidak suka digelar manis kerana ia sangat ''perempuan'' bagi aku. Aku yang dulu is, seorang yang senyum yang sentiasa menampakkan barisan gigi aku. Yang aku lihat sebagai senyuman yang ikhlas,bebas,lincah,nakal, dan yang penting. Menjadi diri aku sendiri. Aku dulu tak kisah kedut pada muka atau mata semasa senyum happy go lucky tersebut. 

Sama juga. Aku berpantang. Ya Allah... apa lagi kurangnya aku ini. 
Aku belajar dari make up, lalu aku tidak mengambil makanan yang berminyak. Keropok goreng, kerepek goreng, semua itu hasil rendaman minyak ! Padahal aku sendiri yang dulu-dulu goreng keropok dan makan semahunya. Tapi sekarang dah lain.Aku takut kandungan minyak itu aku serap lalu keluar balik melalui liang muka. Aku takut muka aku berminyak ! Tak lama lagi adakah aku akan berhenti makan french fries dan chezzy wedges dari KFC or MCD? itu juga hasil rendaman minyak. ! 

Aku bukan nak tubuh secantik dan seseksi perempuan INI tapi aku rasa aku nak muka yang cantik. Aku rasa aku nie x cantik. That's why aku berubah dan ini perubahan pertama aku dalam hidup aku ini. Aku tahu benda nie tak rasional tapi aku..ntahhh !! ini baru 2 perubahan,risau sgt nnt one day habis semua benda aku nak ubah. Ummm

aku yang dulu 

Senarai kedai yang menerima kad diskaun

Assalamualaikum



Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .
Kedai Buku
  1. MPH Bookstores
  2. Imlaq Book Centre
  3. Borders (hanya di KL)
  4. Rona
  5. Kiang Trading
  6. Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
  7. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8. Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk, kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.
Pakaian
  1. Bata
  2. Ifamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  4. Texline Lino
*Bata – Discount 10%
*Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih
Syarat
1. Pakaian Batik
• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)
• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)
• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)
• 30% (Kain pasang cotton/fuji)
• 25% (Kaftan)
2. Songket
• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)
• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)
3. Samping
• 20% (Corak istana)
• 20% (Corak bunga abor)
Kesihatan
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry
Makanan dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Briyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Product
  13. Gloria Jean's Coffees
  14. Bangi Kopitiam
KFC – Diskaun 5%
Syarat
1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.
2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.
A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter
Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel Sdn. Bhd.
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja
Salun / Pusat /Produk Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%
*Proactiv – Diskaun 5%
Syarat
1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja
2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain
3. Tidak sah semasa event/ roadshow
4. Diskaun:-
• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%
• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%
• Semua single item – diskaun 5%
Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih
Syarat
  1. Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
  2. KOPCEL Shoppe – 5% bagi 'Non PLU product' iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng
  3. Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi
Lain-lain
  1. Bkz Bikerz
  2. Roller Star Arena
  3. Double Site
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. Mydin
Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ
  1. Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal
  2. Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan
  3. Percuma caj upah pekerja bagi safety checking
Senarai syarikat dan produk adalah dari laman web www.1pengguna.com

*Hewhew. Yang bergaris adalah yang akan ingin dikunjungi setakat ini. 
P/S : Bata je? Levi's tak?? huhu Levi's tgh hot DISINI!

Sunday, November 4, 2012

Sayang betul aku kat dia

Assalamualaikum


Sayang betul aku kat dia.
Dia buat salah teruk, aku menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, aku jumpa dia, dia tersenyum.
Kesalahan dia memang tak layak untuk bagi senyuman itu.

Aku nak marah, tapi aku nak ketawa.
Aku nak pukul, tapi aku nak ketawa lagi.
Aku nak tunjal kepala dia, tapi aku takut kepala dia sakit.
Aku nak lepaskan kemarahan aku, tapi aku takut dia terasa.
Aku nak merajuk, tapi aku nak berbual dengan dia.
Aku nak paling muka, tapi aku nak tengok muka dia.
Aku nak menangis, tapi aku tak nak bersedih masa tu.
Aku nak maafkan dia sebab aku nak terus sayang dia.

Aku kata dia bodoh, dia kata, memang.
Aku kata dia tak fikir, dia kata, tu lar pasal.
Aku kata dia tak guna otak, dia kata itu betul.
Aku kata dia bangang, dia kata paling bangang.
Aku kata dia jahat, dia kata takda niat.
Aku kata dia takut bila buat salah, dia kata takut gila.
Aku kata dah agak dah, dia kagum dengan firasat aku.

Aku dah tak tau nak kata apa, dia kata,
jangan kata apa, pukul je.
Aku dah tak nak pukul, dia kata maaf.
Aku tanya dah makan? Dia kata nak makan sama.
Aku kata jom.
Aku kata dalam hati..

"Tuhan, kalau betul dia  jodoh, 
biar aku lawan untuk jodoh ini!"

edit dari zahiriladzim.blogspot




Untuk awak ... :)

1 . Saya nak surprise macam nieeeeeeeeeeeeee !! awak masuk la dalam tu.xpe kita masuk sama2. hahaa. lepas kawen ok wekkk ;p

2 . Saya dah teman awak tgk cite yg saya x minat kan..Budak pailang. Awak bila nak teman saya tgk cite mcm nie?? :(

3 . Rumah orang lain..huuu. SINI . kita bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ? 

Friday, October 26, 2012

Selamat hari raya aidiladha :)

Assalamualaikum

 copy

Hai ! Selamat hari raya aidiladha yg pertama 2012.
Tgh cuti raya + midsem sekarang nie.. Rara baru je smpai kg. Kelmarin haa.

Raya pertama best :) Raya kedua pun pasti sama bestnya :)
blh makan byk ! *mcm byk sgt aku makan. X g mana2 pun saya..just pegi rumah sedara mara paaaaaaaaaaaling dekat n g umh kwn2 paaaaaaaaaaaaling rapat je. *td kata x g mana2!
 Mmg pegi nak mkn.. hee. Sbb kat u mana nak merasa mkn sedap2..klu x telur,sardin.
kt sini free plak tu.. hee

Raya aidiladha bagi saya tidaklah semeriah aidilfitri..sbb family dah lama sgt x buat korban.. lembu mahupun kambing.. hee.
So korban kasih ajelah. eh?
Tp overall, mmg meriah aidiladha kat Kelantan nie.Sbb ramai okay yg buat korban kat kg..
Kalo kat bandar.. hmm... ko hado?? kih3 ^___^

Raya ke 3 nnt ada shoot kat studio.
Raya ke 4 nnt shoot outdoor .

Raya ke 5 nak balik UPSI dah :( Ada program. Tp x sure lg lah mak kasi ke tidak.. Hmm..mcm x kasi..masih rindu anak dia yg gedik nie kot... Tp ada program fasilitator..kat Penang.. *nak jadi motivator talented kena byk join benda2 alah nih. kot.
Ntah,dalam dilemma! nak g ke tidak.. ek...

Kalau diikutkan,cuti 11 hari bermula khamis 25 hb 10 hingga Ahad 4 hb. 11
Tp bila dah rasa nak g program tersebut plus byk assignment lg x siap nie.. Bermakna dipotong potong lah cuti tu. hewhewhew.



Photoghrapher : Ahmad Ameeruddin

From : Photo student PSAS
Politeknik Sultan Azlan Shah

Monday, October 22, 2012

Dia & Aku kata

Assalamualaikum


Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.


Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..

"Tuhan, kalau betul dia jodoh, 
biar aku lawan untuk jodo
h ini!"

Photoshoot_ Thousand Years.

Assalamualaikum

  • Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like.
Wahh berfalsampah plak ann malam nie : )  Malam nie Rara cuma nak share atau memberi halwa mata kepada ibuk2 dan bapak2 sekalian dgn beberapa sedikit gambar hasil photoshoot dgn photogh paling berbudi bahasa di abad ini sifu Harith Rizzla 

Photoshoot nie dinamakan THOUSAND YEARS sebab masa Harith shoot,dia asyik nyanyi lagu nie je..Lepas tu dia suh buat feel macam lagu tu. X faham la kat mana kaitannya.. :) Tp buat jelahhhh..Heeehe. 




X suka gambar nie. Selekeh semacam + muka kanak2 x baligh. Tp Harith suka. x paham +,+
Gambar last
Haaaaa. Ini je??? 
A'aaaa.. ini je.. sbbnya Harith dah balik Sabah bah.. X sempat sy nak ambil gambar2 shoot nie dgn dia.. Takpelah..InsyaAllah, ada masa blh jumpa lagi kan.. Dear Harith,I miss u la sifuuuuuuu.

p/s : Gambar last dah tempek pada entry  INI  DULU


Pastu tetiba dia rajin nk custom hihi.
 Thats all...Bye..<3
Untuk pengetahuan semua..Harith edit pakai photoscape je
Simple but so nice bukan? ^_^

Hubungi Harith ( Zell)


godek2 facebook beliau,tgk album. Smart2 kan gambarnya?

Kalau nak call dia,klik SINI kalau xde kredit. Hewhew. Hebakkk boh.
Nak eksyen Galaxy Note II? Tengok SINI


Haa lagi 1. Harith masuk contest ape ntah. So dia letak gambar ppuan kelih bunga tu. Pastu terpilih. Yeayyy ! K bai