Sunday, December 29, 2013

Membeli dengan bijak :)

Assalamualaikum

Lama Rara x update blog. Actually,baru balik dr bercuti. Kuale Kangsor dgn Tg Malim.  eh bukan dah mmg selalu pegi ke -_-

Well guys, Rara still dengan bisness online kat FB dan Instagram. Setakat nie, available baju t-shirt GEEK lengan pendek warna hijau tua, t-shirt GEEK lengan panjang biru tua,. Emilay Whitening Clear Spots, Foundation High Beam, Jubah,dan lain2 sila tgk fb dan fb page kite pliss ;')

INSTAGRAM- MASTURARARA

WARNA YG TINGGAL  (HIJAU)
STRAIGHT CUT/ MALE/FEMALE
COTTON - VERY COMFORTABLE & HIGH QUALITY
FREE SAIZ (FIT S-M) ONLY
RM 25 - Y.E.S

UPDATE : SOLD OUT TQ
WARNA YG TINGGAL  (biru)
STRAIGHT CUT/ MALE/FEMALE
COTTON - VERY COMFORTABLE & HIGH QUALITY
FREE SAIZ (FIT S-M) ONLY 
Update - sold out


Fungsi Emilay (yg ketara)
memutihkan 
menyamakan warna kulit yg tidak sekata
mengurangkan jerawat dan jeragat 
memperbaiki kulit yg rosak (muka)
melembapkan kulit (kulit tidak akan kering)
RM40

*******


HIGH BEAM FOUNDATION 
UNTUK KULIT MUKA YG TAMPAK GLOWING & SEGAR 
RM25
POSTAGE RM5

 Jubah Moslema 
RM60
Cotton-Tidak melekat pada badan 
Saiz :L
Colour : Maroon

update - sold out

Jubah Moslema 
RM60
Cotton-Tidak melekat pada badan 
Saiz :L
Colour : Oren
update - sold out



Membeli dengan bijak :)

Monday, December 2, 2013

MURAH NYE !?? JUALAN PENGHABISAN STOCK ! :)

Assalamualaikum

UPDATE. SEMUA BAJU TELAH SOLD OUT.TQ

So. Lepas re-stock tempoh hari,,ini je lg yg tinggal ^_^ Awesome lah kawan2.. smart kan sesekali pakai bju t-shirt biasa tp stylo dgn text tersendiri ! Ingat lg apa maksud geek? -Org yg up to date, modern, meminati gajet, memiliki pengikut tersendiri dan lain. 

\
Ehsan abe muse. hiasan :)
GEEK T-Shirt
Short Sleeve
Available colour : Green 
Free saiz : Unisex - Male/Female
RM 30 only (pm for discount)
Postage rm6
Wassap/sms/wechat 01127799383 for discount^_^
GEEK T-Shirt
Long Sleeve
Available colour : 
Blue black (smart : with line!)
Black
Blue
Red (awesome colour!) 

Free saiz : Unisex - Male/Female
RM 35 only (pm for discount)
Postage rm6
Wassap/sms/wechat 01127799383 for discount^_^
facebook : https://www.facebook.com/uyarara16

UPDATE- SEMUA BAJU TELAH SOLD OUT

Sunday, December 1, 2013

Photoshoot @ studio. Rara & Qiqi

Assalamualaikum

Lama benor Rara x update gambar2 dari aktiviti photoshoot kan, Gambar dlm folder nun byk lg yg x update.. kekangan masa dan kadang2 lupa..kadang2 mcm x sesuai nak update... Kadang2 malas.

Tp tang malas tu bukan kadang2 sebenarnya, hari2 pun malas -_-

Hari nie i rajin ok !! See.. kenangan ber-photoshoot dengan Qiqi, oleh Ezwan Othman suatu masa dulu.. :) Dulu2 Rara rajin lah photoshoot2 ni..sbb komitmen x byk sgt mcm skg nie. Family,thesis,bisness,students., auh. (Padahal..nak cakap mcm ni * dulu muda skg dah tua, sampai kena makan produk Emilay utk mengekalkan keremajaan)

p/s : Gambar ori dr camera En.Photoghrapher.
Edited by me jerrrr (bkn edit pom,crop jerk. hihi)




By the way ingt lg Qiqi? Hehe..Rara selalu sebut nama dia dlm blog Rara nim. Maklumlah,BFF dr sekolah. Qiqi ade buat contest.... Contest I'M DIVA. Senang je syarat dia. Just attach gmbr u all yg pakai spek hitam kat dia, n get likes. Then menang lah! Hadiah dia... yaa ampun lumayan hokeyyy. Yang sedihnya, Rara x boleh join contest yg dia buat sbb Rara jadi juri ! eheheee... soo...kwn2.... u all join lah k.. sape nak menang,,kena rasuah i dulu tau. hiihookkkk ^__^ gurau jee. Ni link contest kat blog Qiqi... tekan !

nak tengok hadiah yg lumayan tu?? Sinii
(penaja utama is Hazanis Fashion!)

banner contest beliau.
DIVA TAK DIVA TAK? ^_^

Koleksi surat cinta untuk Faizal Ahmad / Mr.Konar Leper / Abe Muse

Assalamualaikum

Fenomena Mr. Konar Leper masih hangat di laman sesawang... ingat tak Rara pernah tulis entry pasal Abe Muse nie? Kalu x ingat terjah SINI Siapa Abe Muse ? Mr. Konar Leper ? 

Hari nie, Rara kumpulkan pesanan daripada kawan2 yang nak sangat suruh sampaikan kat Abe Muse kecintaan ramai ni.. nah.. khas utk abe muse, mereka kirim salam! (padahal aku pun sama hee) Assalamualaikum, baca nih abe muse uuuiiii.


AWAS : Ini bukan surat jiwang, kalau nak jiwang2, tulis kat sini ---> Kongsi cerita jiwang anda
Ini surat untuk Mr. Konar Leper
sambungan di bawah

Daripada Asmah Cemah 
KLIK GAMBAR UNTUK MEMBACA
daripada : Mariatul-Mar 
KLIK GAMBAR UNTUK MEMBACA
daripada : Wan Nur Aqilah-Qiqi 
blog : http://summerlovecheery.blogspot.com/

daripada : Haqimah- Qimah  (call her Qim) 
ni kite punya pantun. hehek ^_^
Mastura-Rara

Okay itu saje untuk kali ini. Kami suka abe muse kecek luarrrrrrrr... 
kami doakan Abe Muse jupo dengan jodoh hok cantik jelita berbudi pekerti mcm 
model2 nie... -------- > Model Hijabista !
  Ok..sesuai la ngan org hensem 

Tuesday, November 26, 2013

Maksud GEEK dan NERD.

Assalamualaikum

Terasa nak kongsi maksud GEEK dan NERD sbb skg ni kan musim Rara jual T-Shirt2 tuuu. :) 

T-SHIRT INSPIRED GEEK/NERD TEE
MALE/FEMALE
short sleeve unisex - RM30
T-SHIRT INSPIRED GEEK/NERD TEE
MALE/FEMALE
short sleeve unisex - RM30
GEEK
Fahaman 1. 
GEEK disini bermaksud seorang yang obses mahupun terperinci dalam sesuatu subjek, biasanya subjek yang berkenaan dengan subculturemahupun budaya popular. Contohnya seperti muzik, filem, tv dan sebagainya. 
Gelaran ini tidak semestinya bermaksud gelaran yang boleh membawa kepada merendahkan martabat seseorang, tapi pada masa yang sama ia tidak semestinya suatu pujian jika digunakan.

Fahaman 2.
GEEK ni orang yang amat suka meluahkan hobinya atau sesuatu yang dia minat. setiap hari benda tu la yang dibuatnya, diulang-ulang, sentiasa up-to-date, kalau jumpa yang seseorang atau geng yang sama minat, memang perkara itulah yang sentiasa menjadi topik utama perbualan. mereka-mereka ni memiliki ramai pengikut (kalau dalam blog kita panggil followers) untuk berkongsi idea atau news terkini mengenai sesuatu yang baru. jenis orang seperti ini paling banyak dalam komuniti terutamanya jika timbul fenomena-fenomena baru seperti ipod, mac, linux, windows (kui3) dan yang terkini “Android“.

Fahaman 3.
GEEK nie org yg obses pada gajet2.

T-SHIRT INSPIRED GEEK/NERD TEE
MALE/FEMALE
short sleeve unisex - RM30

NERD 

Biasanya apabila disebut nerd, kita akan terbayang manusia yang selalu berseorangan, berkaca mata bulat dan tebal, genius, rambut tidak terurus atau sangat ter-urus (minyak rambut tebal dan sikat rapat), ulat buku ataupun selalu mengadap pc/laptop dan macam-macam. hahaha..

NERD VERSI HIJABISTA!
alaaa baju x nerd nih 
T-SHIRT INSPIRED GEEK/NERD WITH LINE
MALE/FEMALE
short sleeve unisex - RM30
Abe Muse styloooo :)
siapa abe muse? Mr. Konar Leper? baca ni
siapa-abe-muse-mr-konar-leper.html

So. dah faham maksud geek dan nerd? ekceli byk versi definisi dia. Tp nie yg paling umum la k. Selamat bershopping kawan2.. :) 

Pinjam gambar kawan kat instagram :)
RM 35 Long sleeve 
EXLUDED POSTAGE
Update- semua baju telah sold out. Sold out . Sold out. Tq. 

Monday, November 25, 2013

Cara pengambilan Emilay Whitening

Assalamualaikum


Balik kampung seminggu yg lepas, org yg pertama Rara jumpa is BFF..sbb dorang yang ambil kat stesen bas. Mek Cah,Anis,dan Mariatul. Honestly, dorang mmg cantik...If jumpa depan2, kawan2 semua x kan ckp indah khabar dari rupa laa.. i berani potong kuku i tau if x caya sgt..hehe. So lepak2 kejap kan sambil bertanya khabar..bercerita..bergosip..menerangkan perkembangan diri masing2. semua lah! =p hal2 perempuan...gitu.. hal kecantikan harusla jadi topik utama.. macam Anis kan, dia punya body dah lawa gilak,x keding mcm aku da :) mek cah, jeragat dah kurang... dulu sebelum dia amal produk2 ni byk jgk jeragat dia, n mariatul. eeee kulit muka dia glowing gila. hewhew. 

    Obses x aku pasal kawan2 sendiri? hihi. Haruslah, benda baik okay. Bukan obses syg..teruja... perempuan mana xnak cantik?? kao bagitaw aku sekarang!!? ^__^ Jadi...pot pet pot pet dorang mmg pengguna Emilay Whitening...huhu.. 

Rara je la slow sikit bab2 produk nie.. sbb study jauh,n x terdedah dengan benda2 ni semua..tambah2 selama 4 bulan praktikal,phew kulit muka... mcm x terjaga langsung... bz2...jadi cikgu mmg bz i tell you... dan paling sedih, turun berat badan sbb makan x teratur... 
hmm, ok ok dah. stop ! 

Now Rara pun amalkan jugak Emilay Whitening..Maklumla dpt free utk yg pertama. Next botol beli la oiiii. kih3 :) kate BFF Best Friend Forever! <3 Syg u olls . So bila Rasa mcm bangun pg segar semacam je kulit muka kan, timbul niat nak share kat kwn2 yg lain plak... Kebetulan skg Rara tgh berniaga online, jual baju cool giler. tengok SINI ---> LINK 
kerja sampingan cuti ni sambil2buat thesis :) Emilay Whitening yg Rara jual RM 40... berpatutan ok! Dah check dah pasaran semasa :)

Cara pengambilan Emilay Whitening

* Pngambilan Emilay Whitening slama 2 bulan sgt digalakkn utk mdapatkn hasil yg maximum.
Then continue utk 3 bulan lg utk menstabilkan kulit anda..Kulit anda tidak akan btukar kpda kulit asal kerana suppliment ini telah mnukarkan sel-sel dalam badan kita .


DOS YANG DIPERLUKAN :
2 x 1 hr (pagi - malam) 
Isi : 60 Softgel (Untuk 1 Bulan) 

NOTE: 


*TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK WANITA HAMIL @ SEDANG GANGGUAN KESIHATAN

UNTUK HASIL MAKSIMA DISARANKAN :



*PERBANYAKAN MINUM AIR PUTIH 2-3 LITER & MAKAN BUAH BUAHAN 

*BERHENTI MAKAN KETIKA PERIOD ( MAKAN SEMULA HARI KE4-KE5) 


*ELAKKAN MAKAN / MINUM MAKANAN YANG BERKAFEIN *UNTUK KULIT ASIA
(Efek pemutihan kulit biasanya dicapai dalam waktu sekitar 3 minggu , dengan pengambilan rutin dan teratur). 


*HASIL MAKSIMA biasanya 2-3 Bulan untuk Putih .





RM40 sebotol
SMS/VIBER/WASSAP/WECHAT 01127799383 sekarang..
Atau PM facebook 


selamat mencuba! 
happy shopping kawan2 :)

Sunday, November 24, 2013

Koleksi gambar comel dan tak berapa nak comel :)

Assalamualaikum


1.TEKAN LIKE www.facebook.com/photo
2.TEKAN LIKE www.facebook.com
3.TEKAN LIKE www.facebook.com/photo
4.TEKAN LIKE www.facebook.com/photo

LIKE & SUPPORT 

Take care people, love u ! eh :P

So dengar citer jual baju?

Assalamualaikum

Waalaikumussalam.. *bajet ade org bg salam kat kite la.

Tajuk entry hari nie ilham daripada hasil perbualan Rara dengan seorang kawan semalam. Lama x jumpa dia,dah besar pun dia. Aku jugak la makin kecikk. hee.... 

Citernye, selepas seminggu jadi princess kat rumah, now start lah khoje... xkan nak duk saje kan..Cuti kali nie x dapek nak khoje kat luar sbb situasi tidak mengizinkan. Yang macam mengizinkan ni haaa. Ada, nak bgtw nie,

Rara buat bisness online k cuti kali nie. Start dengan jual bju2 t-shirt nie.. yang lain2 akan datang..

T-SHIRT NERD LENGAN PENDEK
RM 30 EXCLUDED POSTAGE 

T-SHIRT GEEK LENGAN PENDEK
RM 30 EXCLUDED POSTAGE
T-SHIRT GEEK LENGAN PENDEK
RM 30 EXCLUDED POSTAGE

T-SHIRT GEEK LENGAN PENDEK
RM 30 EXCLUDED POSTAGE

T-SHIRT GEEK LENGAN PENDEK
RM 30 EXCLUDED POSTAGE

T-SHIRT GEEK LENGAN PENDEK
RM 30 EXCLUDED POSTAGE

LENGAN PANJANG TURUT DIDAPATI
T-SHIRT GEEK LENGAN PANJANG
RM 35 EXCLUDED POSTAGE

T-SHIRT GEEK LENGAN PANJANG
RM 35 EXCLUDED POSTAGE

T-SHIRT GEEK LENGAN PANJANG
RM 35 EXCLUDED POSTAGE

LENGAN PENDEK TURUT DIDAPATI

Sama ada lengan pendek atau lengan panjang, warna-warna yang didapati adalah ; 

HITAM
PUTIH
KUNING
PINK
MERAH
BIRU MUDA
BIRU TUA
Semua material adalah cotton. 
available saiz adalah S-XL
UNISEX 

Jadi,secara ringkasnye,, kalau berminat boleh la PM Rara kat facebook ek. Mastura Rara.
atau sms/wechat/viber pada nombor 01127799383
untuk sebarang pertannyaan... ok? 

happy shopping ^_^

update - semua baju telah sold out. Sold out. Sold out. Tq

Tuesday, November 5, 2013

Pictures bersama Hazanis.Blogspot & Summerlovecheery.blogspot.

Assalamualaikum

Salam maal hijrah everyone ! :)  Hari nie Rara cuti lg..hee. Best owkay bermalas-malas dirumah baflo banglo sewa ni sambil makan biskut.. Hewhew. 
Memandangkan cuti kan, aku duk lepak2 depan laptop tgk2 ape yg menarik dalam tu.. pastu jumpa la satu folder nie kan... nama folder pun kelassss kau, ''qiqi,caca,rara'' 

*tang caca tu kerlassss x??*
Folder gambar kami bertiga.. Aku,Qiqi, dan Mek Cah. Dengan rajinnye aku edit gambar nih kasi flawwwwwwless! Gitu... hohoo so u guys nnt jgn lah plak mengata mengutuk ye, aku dah bgtw nie gambar nie edit. Jgn nak expect lebih2 plak bila jumpa depan2 nnt..hee.

MOOD : RINDU NAK BALIK KAMPUNG-LEPAK DAN SELCA SAMA2



Dorang nie Rara kenal masa kat sekolah menengah lg, mek cah senior kitorang, Qiqi plak 1 kelas masa form 1. Pastu kitorang terus BFF.. Bila masa meningkatkan usia,masing2 pilih haluan masing2 berdasarkan minat dan cita2 tersendiri. Macam mek cah,dia g uitm dan berjaya dalam bidang blogging dia. Qiqi pegi UTEM dan selalu dapat anugerah atas otak genius dia dalam akademik dia tuh. Rara plak, pegi UPSI dan insyaAllah jadi cikgu 2 tahun lg.



Dah la edit, mekap plak tu ^_^ 
Jgn marah ye.. masa ni kitorang ada photoshoot.

Apa yg sama ttg kitorang, kitorang nie suka la bab2 tengok orang lawa! Hahaha. Dari sekolah kan qiqi kita duk main princess princess. Haha. Sbb tu skg kalau ada projek ke, event ke, apa2 lah yg berkaitan hijabista2 nie kitorang mesti pegi kalau ada masa. Sekadar hobi dan minat,xde plak niat nak jadi model full time berhijab tu. Hee. Terbaru, kalau nak tahu skg tgh hangat dengan Projek Hijabista. Rancangan yang bercirikan Islamiah bagi hijabis2 semua! LINK. Harus tengok ok. Lagi satu, klik SINI . Santapan untuk gadis2. 

**************
So, guys.
LIKE FOLLOW ADD

&
Qiqi - Wan Nur Aqilah 

  

Monday, November 4, 2013

Siapa Abe Muse/ Mr. Konar Leper?

Assalamualaikum

Hi friends ! :)

Sejak dua menjak nie kan,perasan x, hot je industri parody nie dgn fenomena ''macam cantik je macam comel je'' by awek Kedah tu. Kan kan kan. Maklumlah,skg semua org cantik mcm gadis-gadis gorjes ini (LINK). Pastu keluar lah macam2 video yang mencuit hatiku ini menular di seluruh news feed dan mana-mana lah laman sesawang yang ada. Salah satu parody yang menarik hati Rara, ialah drpd Abe Muse a.k.a Mr Konar Leper !

Maksud Abe Muse : Abang Musang. 
abg fox?? ^_^ 
First jumpa video dia ni kat facebook lah, kat social medium lain Rara x rajin sgt belek2. Ingat kan sape laaa si jambu nie. Eh mcm jambu je mcm jambu je :) Tgk ade sorang budak nih pakai baju merah dengan parody nya yg tersendiri. Haha.

Terkekek kekek aku gelak dowh masa dia mula kata ''macam terbalik je aku sebut" Hahahaha ^_^
 Lepas tu Rara mulakanlah ekspedisi men-setalk  video2 Abe Muse nih... huhu...  Rupa-rupanya Abe Muse nie ada lg video2 lain..

Ada tgk x yang dia prank operator celcom? Aduiiiii..hahaha.

 :::Abe Muse:::
Siapakah?? 

Nama penuh : Mohamad Faizal Bin Ahmad
Asal : Kelantan. Huk aloh sep kito jah... Ore koto baru
Alamat semasa : Ipoh 
Bila ditanya nape suka buat video.. Katanya sekadar hiburan,Untuk menghiburkan hati..kita happy orang pun happy,orang happy kita pun happy ! 
Umur dia? Emm lahir 6 APRIL 1994.. Haaa kira lah berapa umur dia sekarang. Hai Faizal, call me kak Rara okay! ^_^ Hahaks.
Disebabkan aku tgk ramai jugak haters dia, aku tny la dia mcm mana dia handle haters dia tu kan, dia kata simple je.. baca je komen2 dorang and gelak je la. Hehe. Time marah tu ada lah, hoi sape x marah kan kalau org maki2 kite. Tp wat lek wat steady suda.... Hidup Abe Muse!! Hander.. himlir kam tuh.. :p
Then,sekali lg disebabkan aku byk tanya kan,aku tanya jugak cara dia hargai fans dia mcm mana? Yelaa aku tgk dia mcm ramai je peminat je. Macam ramai je macam ramai je. Awwww.
Abe muse kata, Abe Muse tak anggap fans dia nie peminat. Abe muse anggap fans nie semua sebagai kawan je...kawan2 yang always support him. Gitewww. Mcm sweet je mcm sweet je :) 
Lastly, Abe Muse kata kalau dekat facebook, biar lah orang kenal sy as Abe Muse. Kalau dkt twiter, kenali dia dengan nama Jaasuzuran. Taw.
Gitu....
P/S Keek, Instagram,Twitter Abe Muse semua u all cari sendiri deh... kak Rara tok berapo nok rajin etep.... hee. 
Pesan Kak Rara kat adik muse nih, jange merokok deh... bahayo.. tok cayo??
tgk nih !! ---> Kesan Org Hensem Merokok


Saturday, November 2, 2013

Cara Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum

10 Cara Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa Kita

Redha Allah S.W.T. adalah terletak pada redha ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susah lah hidup kita. Bukan hanya di dunia kita tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti.

Jadi, taati dan jagalah kedua ibu bapa anda sebaik mungkin. Sementara mereka masih hidup ini, cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh.

1. Menghulurkan bantuan kewangan @ material
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

5. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya saya lagi. Baginda S.A.W. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya, "Apa lagi?" Jawab Baginda S.A.W. : "Berjihad pada jalan Allah."

6. Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ;
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud:
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

7. Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah S.A.W. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah S.A.W., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.

Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.