Join kawasan gadis cantik jejaka tampan

Wednesday, December 17, 2014

Catatan Matluthfi

Assalamualaikum

Sebenarnya, aku menghadapi sedikit kesukaran dalam mengeja nama matluhtfi ni. Aku harap, aku bukan satu-satunya yang eja nama mathlufi ni salah. Matluhfi. matlufti. Ejaan sebenar adalah Matluthfi. Eh stress la macam ni ! :( huhuu...

Bila dapat tahu beliau (guna beliau untuk make sure tak salah eja nama beliau) keluarkan buku dia sendiri, aku tersangatlah teruja kerana otak aku ni bakal diisi oleh ilmu-ilmu baru lepas ni. haaa. So aku tanpa membuang masa, terus order online buku Catatan Beliau. Masa tu aku tengah scroll facebook, ada iklan yang promote buku catatan beliau ni. So dengan pantas dan tanpa berfikir,  terus bank in dan beberapa hari kemudian, alhamdulillah sampai jua buku idaman. Ekceli, bukan nak perasan tapi aku ni memang jenis suka membaca weh, cuma kalau buku untuk final exam je aku malas sebab buku tu terlalu sarat dengan ilmiahnye, jadi aku tak rasa otak aku mampu menyedut semua ilmu yang ada dalam buku ilmiah tu. Tapi untuk buku mat beliau ni, aku baca, khatam, ulang baca, ulang khatam banyak kali sebab dia ada humor dan tarikan serta gaya bahasa tersendiri. Heee..

Muka depan buku Catatan Matluthfi
Catatan Matluthfi sudah berada dalam genggaman !
Catatan Matluthfi
 Kalau korang nak tahu, aku pernah la tulis pasal  Matluthfi ni kat blog ni.. masa tu dia datang UPSI. Yeayyy suka angat tapi aku tak boleh pegi :( tapi takpe, bacalah kalau sudi mat-luthfi-di-upsi dan anwar-hadi-di-upsi.


 

Terima kasih sudi bace,dah follow kita? :)

Post a Comment

Popular Posts