Showing posts with label Models & Talent. Show all posts
Showing posts with label Models & Talent. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

Baju kurung by @ Hazanis Fashion - A Definition

Assalamualaikum


Baju kurung  is the traditional attire for Malay women.  It became the official dress for Malaysia and Brunei, can also be found in Indonesia, Singapore and Thailand. This baju kurung suitable to be worn by all classes of society regardless of age. Baju Kurung is also used to attend the wedding ceremony, religious ceremony, and formal occasions. In Malaysia, all women generally wear baju melayu as traditional attire includes formal attire primary and secondary school students. Only designs and cuts baju vary somewhat by state.


In line with the times, now many haute modern design has emerged and accepted by the Malays. Although in general we have accepted modern influence in everyday clothes, but still baju women preferred to be styled. The difference, design baju kurung now more contemporary but still retains original features.



In addition there is a change at the cut and shape, to produce a more modern design and creative, baju kurung also decorated with embroidery, filigree, beads or sequins. Material for producing baju also changed. Now, there is a wide selection of materials including satin, organza, chiffon, silk, batik, linens and more. Changes are made to conform with the current situation or event to be attended by other than trying to imitate the style of foreign deductions may seek to look more elegant. Now there is a wide variation baju and it is known as Baju Kurung Modern.



Although baju kurung has evolved in line with changing times and tastes of the wearer, but the designs are still the same. It is still comfortable and well worn sweet girl showing politeness East and Malay cultural superiority.


mastura rara

Thanks dear.
___Hazanis___

Sunday, December 1, 2013

Photoshoot @ studio. Rara & Qiqi

Assalamualaikum

Lama benor Rara x update gambar2 dari aktiviti photoshoot kan, Gambar dlm folder nun byk lg yg x update.. kekangan masa dan kadang2 lupa..kadang2 mcm x sesuai nak update... Kadang2 malas.

Tp tang malas tu bukan kadang2 sebenarnya, hari2 pun malas -_-

Hari nie i rajin ok !! See.. kenangan ber-photoshoot dengan Qiqi, oleh Ezwan Othman suatu masa dulu.. :) Dulu2 Rara rajin lah photoshoot2 ni..sbb komitmen x byk sgt mcm skg nie. Family,thesis,bisness,students., auh. (Padahal..nak cakap mcm ni * dulu muda skg dah tua, sampai kena makan produk Emilay utk mengekalkan keremajaan)

p/s : Gambar ori dr camera En.Photoghrapher.
Edited by me jerrrr (bkn edit pom,crop jerk. hihi)




By the way ingt lg Qiqi? Hehe..Rara selalu sebut nama dia dlm blog Rara nim. Maklumlah,BFF dr sekolah. Qiqi ade buat contest.... Contest I'M DIVA. Senang je syarat dia. Just attach gmbr u all yg pakai spek hitam kat dia, n get likes. Then menang lah! Hadiah dia... yaa ampun lumayan hokeyyy. Yang sedihnya, Rara x boleh join contest yg dia buat sbb Rara jadi juri ! eheheee... soo...kwn2.... u all join lah k.. sape nak menang,,kena rasuah i dulu tau. hiihookkkk ^__^ gurau jee. Ni link contest kat blog Qiqi... tekan !

nak tengok hadiah yg lumayan tu?? Sinii
(penaja utama is Hazanis Fashion!)

banner contest beliau.
DIVA TAK DIVA TAK? ^_^

Tuesday, November 5, 2013

Pictures bersama Hazanis.Blogspot & Summerlovecheery.blogspot.

Assalamualaikum

Salam maal hijrah everyone ! :)  Hari nie Rara cuti lg..hee. Best owkay bermalas-malas dirumah baflo banglo sewa ni sambil makan biskut.. Hewhew. 
Memandangkan cuti kan, aku duk lepak2 depan laptop tgk2 ape yg menarik dalam tu.. pastu jumpa la satu folder nie kan... nama folder pun kelassss kau, ''qiqi,caca,rara'' 

*tang caca tu kerlassss x??*
Folder gambar kami bertiga.. Aku,Qiqi, dan Mek Cah. Dengan rajinnye aku edit gambar nih kasi flawwwwwwless! Gitu... hohoo so u guys nnt jgn lah plak mengata mengutuk ye, aku dah bgtw nie gambar nie edit. Jgn nak expect lebih2 plak bila jumpa depan2 nnt..hee.

MOOD : RINDU NAK BALIK KAMPUNG-LEPAK DAN SELCA SAMA2



Dorang nie Rara kenal masa kat sekolah menengah lg, mek cah senior kitorang, Qiqi plak 1 kelas masa form 1. Pastu kitorang terus BFF.. Bila masa meningkatkan usia,masing2 pilih haluan masing2 berdasarkan minat dan cita2 tersendiri. Macam mek cah,dia g uitm dan berjaya dalam bidang blogging dia. Qiqi pegi UTEM dan selalu dapat anugerah atas otak genius dia dalam akademik dia tuh. Rara plak, pegi UPSI dan insyaAllah jadi cikgu 2 tahun lg.



Dah la edit, mekap plak tu ^_^ 
Jgn marah ye.. masa ni kitorang ada photoshoot.

Apa yg sama ttg kitorang, kitorang nie suka la bab2 tengok orang lawa! Hahaha. Dari sekolah kan qiqi kita duk main princess princess. Haha. Sbb tu skg kalau ada projek ke, event ke, apa2 lah yg berkaitan hijabista2 nie kitorang mesti pegi kalau ada masa. Sekadar hobi dan minat,xde plak niat nak jadi model full time berhijab tu. Hee. Terbaru, kalau nak tahu skg tgh hangat dengan Projek Hijabista. Rancangan yang bercirikan Islamiah bagi hijabis2 semua! LINK. Harus tengok ok. Lagi satu, klik SINI . Santapan untuk gadis2. 

**************
So, guys.
LIKE FOLLOW ADD

&
Qiqi - Wan Nur Aqilah 

  

Saturday, May 18, 2013

De Soul Pixture ~ Precious memories should last forever !

Assalamualaikum

FYI, Rara dah lama x outing utk outdoor photoshoot. :)
Kenapa ?
Sebab buzy. Hee. hujung minggu biasanya akan buat proposal thesis sedikit demi sedikit.Lepas tu,berehat atau jumpa orang2 yang tersayang. Tonton kisah cinta bersama yang tercinta ^_^ (LINK). Itu aje.
Last Rara outing kan,dengan mereka nie. Geng De Soul Pixture dengan trademark nye
 ~Let us snap your precious moment~
hehe.
Kenapa kita nak kena snap our precious moment?
Sbb bak kata De Soul Pixture,, 
Your precious memories should last FOREVER!
Geng  De Soul Pixture nie terdiri daripada 3 anak muda yang talented bak hang ! :) Ce tanya umur depa...ce
tanya...

Mereka nie mmg kamceng. Kalau ada job op kos pegi sama2. Kalau ada permasalahan ke,nak diskus pasal photoghraphy ke, mereka sama2 berganding bahu. Gituuu 

Apa yang paling penting ekceli Rara nak bgtw mereka nie menyediakan beberapa jenis perkhidmatan berbayar. 
Macam : 

-Event
-Portraits
-Family Portraits
-Childhood
-Weddings/ Engagements
-Graduation
-Outdoor
-Dan lain-lain

Jadi kalau berminat, atau ada apa2 urusan boleh lah kindly hubungi mereka... ya?? 
Enjoy !! ^______^ 

Gambar2 di bawah adalah utk Dara.com 
by Harith & Asyraff. Rara edit sikit,bg muka licin. Hehe. Yelaaa. nak bagi comel macam Lisa Surihani ! (LINK) *Tp x comel2 jugak.pown. huahuah. 

Tudung bawal sulam hadiah oleh Hagemaru-collection . Upah bg gambar buat cover photo :)








Contact :
Harith Rizla (016-6136105)
Ili Athirah (013-2933970)
Asyraf Arshad (016 6591916)

Tidak lupa juga,, Kepada gadis2 atau teruna2 yang baru mula nak berjinak or masuk dunia seni bergambar nie, boleh lah tengok2 gambar  mereka kat facebook.tau,jangan lupa like pulak ! :) Kalau nak  jadi talent or model mereka juga ,boleh hubungi mereka. Nanti kawtim2 la yer. 

Acap
Harith

P/s : Cik abam cik adek jangan mare ek..depa nie adik lagi dari kite tau... hehee. ''kisah cinta kita dot com"

More pictures @ next and next enty 

Saturday, May 11, 2013

Favourite Photoghrapher & Model

Assalamualaikum semua.

Selamat berhujung minggu! Seharian hari nie Rara mengadap esaimen. Fuhhh,nampaknya makin di setadi,makin banyak tak lengkap. Hmmm :( Penat dunia nie. Penat. Moga2 apa yang Rara buat hari nie dapatlah hasilnya kelak... Aminnnnnnn..

Rasa nak rest kejap dengan blog,pictures,memories,fashion dsb lah. Dah lama Rara tak outing shooting2 nie. Hahak. Rindu nak menggedik lagi tp masa jeles dgn i tau nyahhhh. Mana tak nye. Dah sem 6 nie. Sem depan dah start praktikum daa..... nebes nak jd cikgu tau. tsskkk

Anyway meet my favourite photogh @ Ezwan Othman 
andd my favourite model/talent @ Mek Cah 

They are all my best friends! Senang bersama mereka. Miss u guys ! ^_^ 



Some said ''Nothing happens when you sit at home''. So I always make it a point to carry a camera with me at all times…I just shoot at what interests me at that moment. Hee.  So guys.. When the world is your canvas, so to speak, you need your tools with you to capture everything around you. Make a habit of always carrying a camera with you...cuz you will never suffer the regret of wishing you had. Trust me. :)





Kalau sudi jenguklah hasil gambar Ezwan kat sini yang ganas-ganas belake :: photoshoot-blackness. dan juga black-ezwan-photoghraphy. ::
nak lagi ganas???? SINI  
sorry kalau ganas sgt ! haha byeppp. 

Sunday, April 28, 2013

Pictures by Safwan Pictures

Assalamualaikum

Holo ! Dulu sebelum KHAR berpindah ke Proton City, KHAR nie sebelah rumah Rara je.. KHAR means Kolej Harun Aminurrashid. So komuniti yang tinggal di Ulu Selangor nie ramai. Ramai dan bising. Yela. Ramai budak2 UPSI tinggal sini. KHAR,KUO,ARKED,BAHTERA. ramai u...


Tapi skg semua tu hny tinggal kenangan. KHAR & KUO dah pindah ke Proton City arahan oleh pihak Universiti. Jauh u..jauh. Hee.
Perkaitan cerita nie dengan gambar yang ditempek kat bawah nie is gambar diambil sebelum photoghrapher pindah ke sana. Hee. Skg lama x jumpa dia. Dulu petang-petang agak2 bosan xde buat apa selain tido or mengadap esaimen,kami keluar tepi sungai ngan kawan2. Sambil2 menghirup udara segar sambil2 snap pictures. Snap . Snap .
Baju I <3 Bandung nie sponsored by  Bihan Nurulnabihan pinksjetfuel . Jemput tengok hasil mekap dia kat fb tu yer.

Tepi sungai KHAR
mastura rara

mastura rara

mastura rara
Depan rumah pun jadikk ;p
Special thank to Safwan Pictures 
by Safwan Hasbullah 
LIKE tanda suka
  :)

Tuesday, April 16, 2013

Photoshoot Personal & Portrait RM30 jer seorang!

Assalamualaikum semua.. :)

Semalam Rara post promosi from photoghrapher Firdaus @ modern-classic-girls-photoshoot. kan..lepas tu update kat Fb,ramai rakan2 kita yang tanya2 dengan lebih lanjut mengenai pakej personal/portrait tu. So jawapan kami is mengikut pakej asal adalah RM 70 untuk 30 keping gambar dan masa unlimited sampai cukup gambar. Bila kata 30 keping gambar tu ramai kata

wahhhh banyakknya saya x reti nak pose banyak2 tu kak. 
Unlimited? Kalau xde idea nak pose mesti lama untuk saya sorang. Sian orang lain tunggu.
Mahal lah kak..saya nak shoot suka2 je simple2 pun okay dah..

Jadi saya selaku PA (hahaha) berbincanglah dengan bos tentang pendapat2 mereka yang berminat ini.. Sooooooo,, keputusan telah dibuat menggunakan budi bicara bos iaitu harga pakej diturunkan lagi kepada RM 30 seorang tapi untuk 15 keping gambar sahaja. Bila saya bgtw pakej terbaru tu, mereka yg bertanya terus hip-hip hooreyyy sebab mereka mampu bayar dengan tiada sebarang ragu2 and mampu fikirkan pose terbaik mereka untuk shoot nanti. Hehe. Cuma diingatkan, kalau ada gambar yang kurang menjadi, kami akan reshoot kembali sebelum anda pulang sampai la u all puas hati. Sama2 puas hati.. :) 
Tau? Jangan risau pasal tu... apa2 boleh ejas...

****************************************
Sekali lagi diuar-uarkan, pakej terbaru yang lebih mudah dan murah serta cepat :) 

20-22hb  photoshoot session dah fully booked .
After that, jom !  :)
  • Boleh request mana2 tempat *yang cantik2 la.
  • Tema bebas 
  • Boleh bawak teman kalau segan..kawan or pasangan ^_^

Contoh gambar yang boleh diambil (dari koleksi beliau Firdaus Norjaya Photo)
Preety Anis Zahirah.. Beautiful Love Pattzi
nak bawak bear sendiri pun boleh :) cuma outdoor tau. x masuk studio
pose je macam mana pun janji happy kan?

*Rara x dapat nak fokuskan kat pre-wedding and maternity sebab komuniti Rara mostly young and single. Heheheee. 
Tapi kepada awak2 yang sudah berpunya or on the way nak dapat baby, jom abadikan kenangan paling istimewa itu di atas sekeping gambar kenang-kenangan.. :)  Contact us ! 

Personal/portrait..RM30 je seorang....Ingat tu.. ^__^ Berbaloiiiiiiii. 

Modern & Classic Girls Photoshoot

Assalamualaikum


Cuti midsem yg lepas Rara lepak2 dengan Mek Cah a.k.a Hazanis  sambil bergosip. Pasal..macam2 lah,fashion,bloggers,PRU13,universiti,photoghrapher dan sebagainya..Biasalah tu klu dah jumpa. Pastu balik2 tengok ada promosi baikkkkkkkkkkkkkkk punya dari sorang photoghrapher nie.. Firdaus. Skg  ni pun still berlangsung ada lagi promosi tu..

After 19 April, photoshoot boleh dilakukan area Kuala Lumpur 
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan yang kena mengena,
Hubungi Firdaus :  
013-222 0325
Hubungi Rara :  
01127799383

Kalau nak tahu,pasal Firdaus nie,kami pernah jadi talent untuk dia. Daripada duk amek gmbr ngn hp cabuk pastu post kat instagram kate muka x cantik la apa la,*padahal elok je pun kan* alangkah moleknye bila ada peluang bergambar dengan kamera besar dan berkualiti cam gini, kite guna peluang  itu sekali dua. Then bila tengok hasil,memuaskan,masa tu kita akan rasa yg dunia nie tidak sekejam mana. Kita adalah tidak secomot yg kita sangkakan.... :) 

Jadi..outing dengan abe jambu Firdaus nie adalah juga satu lg pengalaman yang cun dan terRileks.Sbb dia cool,humble,mesra pelanggan dan mesra pengguna. Heee. Org pro memang camnie..Sbb tu dia layak duk dalam kategori pro . ^_^  Gitewwww  *belanja i cool blog 1* 
*****************************
Ok k . Saya singkatkan kata2 yg x berapa nak singkat nie,Boleh tengok sini koleksi gambar yang rara simpan. #Firdaus 1# & #Firdaus 2#
Koleksi dari mek cah belum sempat di upload lagi..biasalah mek cah buzy sikit.Tp xpe u guys boleh cari gambar mek cah and sorang lg bff kitorang Anis Zahirah dalam FB Firdaus tau. Page pun. FirdausNorjayaPhoto. Ejah like boh :)

Klu pengalaman2 Rara nie, its excellent, ai puas hati dengan gambar2 beliau yang sharp and licin. Hehe. Alah,ekceli Rara x tau sgt pasal gambar2 nie. Yang mana nampak muka licin,putih dan berseri..itulah yg buat Rara suka hik hik sepanjang masa... Tak gitu? Haha..  

*************************
Kat bawah  nie outing kedua Rara dengan Firdaus Norjaya Photoghraphy. 

Gadis yang x berapa nak moden dengan gadis yang memang i tell u wanita melayu terakhir laaaa.. :) Fatin Zulkifli  

Sebelum beraksi depan kamera, beraksi depan makanan dulu.
Hiyarkkkkh! ^_^ Aummmmm..

Sesudah beraksi.
Jambu tak jambu tak. Hehe. Layan k-pop ini abe tw.
Then naaa.. Mempersembahkan,posisi tgn yg sama.. -_-   booooo Rara..
Time owang buat tangan ke lain tak edit pulak dier. Heheeee. Layan je la ek? Leblebleb




Mmg nampak poyo sikit banyak kalau buat muka sombong or x senyum cam gitu,tp best. Tak penat... :) 
*ingat tak penat senyum??? bukan senang nak buat senyum ikhlas dik oiii.. +_+





Nampak tak perbezaan 2 watak ini selain perbezaan ketinggian? Hehe. 

Ok thats all for tonight, nantikan Modern & Classic Girls Photoshoot part 2 okehh? Byk lg gambornye.. Cuma ditempek secara berperingkat ye olls.. 

Till then, tata.. apa2 contact nombor tadi tau... Daaaaaaaaaaaaaa

Friday, March 29, 2013

Bukti sekeping gambar - Behind The Scene

Assalamualaikum

Dulu kalau di tanya ''apa hobi awk?'' Dengan yakin tanpa sangsi lagi aku akan jawab ''jalan2..keluar dengan kawan''. Seterusnya aku berharap sgt agar org tak kan tanya ''biasa awk g mana and dengan sape? Masa mana pergi?'' Sebab jawapannya sgt jujur. ''mana2 lah,dengan sape2 je kwn yg ajak. (kwn yg dipercayai la) masa mana pun x kisah..'' that means malam ke siang ke,kalau ade peluang and ciri-ciri keselamatan yang agak tinggi, u go, i go :) 

Tp itu semua dulu. Sejak sem 4-5, i've changed a lot until now. Sedar x sedar rupanya hobi dah berubah. Bila orang tanya,sekali lagi dengan yakin dan tanpa sangsi, ''hobi saya blogging and shooting'' tp lepas sebut perkataan shooting tu,cepat2 aku betulkan persepsi and mentaliti orang dengan menjelaskan bahawasanya  ''mksud saya bergambar. Jadi talent utk photoghrapher or klu org ade suh jadik model,sy on'' Bunyi nye macam ini semua poyoooooooo tp itulah hobi aku sejak itu hingga kini.  Tp yg jadik model tu mmg tak selalu la sbb aku tak cukup inci dan x cukup alat mekap nak bg cantik. Hahaha. Juga tak cukup isi untuk bg nampak mantop. Kekekekeee. So thats y sy lebih familiar dengan aktiviti2 jadi talent. Outing sana sini untuk menghiburkan hati dan mengekspresikan diri. 

Hewhew. Itu lah mukaddimah hari ini... Kat bawah nie disebalik tabir masa shoot kat studio saudara dengan Ezwan Othman. 

Jubah jubah,kebaya, ayuh dapatkan di pasaran! Aku pun x tau dr mana sbb tugas aku bukan utk promote jubah tu. LIKE. LIKE. :)  Yg nie kitorang wat dua sesi. Kat indoor - studio n outdoor . Kat tanah lapang. 


Ini bukti muka aku nampak lebih cerah dalam gambar berbanding di alam nyata.
Haha! :p 

Nie plak bukti kening aku lebih tebal berbanding di alam nyata
haha sekali lg =P
(Nie mentang2 kena pakai purdah,mata je touch up. yg lain tak. jimat mekap. haha! apekah? http://her skin care. com
 
Nie plak bukti perut aku buncit berbanding di alam nyata yg leper je.
aduhai jubah ! :p

Next,bukti photoghrapher yg tekun lagi berusaha demi gambar terbaiknya
hee :P

Nie bukti aku x cukup isi!
bye

Bukti aku tgh mendapatkan feel dengan cara mengelamun
''kalau dapat kawen dengan Kamal Adli pun ok jugak kan''
+_+

Nie bukti aku tak pernah berdua-duaan dengan phoroghrapher lelaki owkayyyyyyyy :)
Sahabat sejati,sentiasa melindungi! 
I MISS U GIRLS
Dan akhir sekali,ingin saya buktikan kat Ida dan Asmah bahawasanya sesiapa sahaja boleh memiliki Samsung Galaxy SIII dengan melihat infonya disini ! Samsung@dream

Wednesday, March 27, 2013

Kejelitaan Adalah Hak Milik setiap Insan ^.^V

Assalamualaikum semua..:)

Menarik post dari Lynda Lee hari nie. Tq Lynn,bg izin.hee  <3


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.  Dia perlu menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”.
Jaga Perkataan. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga Kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Boleh lawati page kecantikan di sini <3 http:// whitening cream etc. com

Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

 Jangan rock-rock tau ^_^ 

Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


Terima Kasih kerana membaca ^.^

P/s : Fail aku. Fail terukkkkkk! 

Yang part menjeling tu paling ketara. :( huhu. Keterukan yang berganda sbb kat dia lah paaaaaaaaaling kerap aku jeling. Pantang x puas hati sikit . Adoiii. i need to change! cyaiyokkk

She is.. Lynda Lee. Adorable ! 

Tuesday, March 19, 2013

Fotografi & Graffiti

Assalamualaikum

Salam sejahteraaaaa :) Yup,maka hari ini adalah hari utk saya post beberapa keping gambar lagi dari Firdaus Norjaya Photoghraphy, yang mana update hari ini adalah rentetan daripada entry ini.. firdaus-norjaya-photography.html  yeahh.

Tahu kat mana lokasinya? Di dinding penuh graffiti yang mempamerkan bakat anak muda,atau belia mungkin dengan cara lukisan graffiti tersebut ! Hidup sep hip-hoppp. *mostly geng depa la.





Anda tahu keistimewaan seni graffiti dan seni fotografi? - Both of them really shows how u can express yourself to audience. Apa? tak percaya aaaaaa? Dan sekarang nie yg tgh hot di pasaran domestic is about  undian siapakah yang akan menjadi pemenang artis graffiti utk tahun 2013 ini !? 
Moh le kite vote. 

vote !! 




VIEW, READ MORE AND SELAMAT MENGUNDI ! =P


P/S : 16 Mac yang lepas kite g makan MCD yang RM4 tu. kat sini :) http-McDonald's Weekly.html