Saturday, August 4, 2012

15 Ramadhan_Usah khayal dgn romantisnya pernikahan mereka.Nasib manusia lain-lain

Assalamualaikum


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2
.


Sy tumpang sedih dgn perkara yg berlaku pada pelajar Madam itu. Dan terima kasih atas perkongsian Madam ini sbb dapat membuka mata ramai remaja2 skg nie.  
Hmmm...
So apa yg i cuba nak pesan pada diri i sendiri is udah2 le tu berangan.. bila tgk org kahwin muda then bahagia kemain kat fb masing2, kita pun nak tiru jugak... tergatal2 nak kwin jugak. nak sweet2 jugak. nak jadi rusuk kanan lah kiri lah what so ever. Benda2 tu mmg bagus tp kalau nasib yg baik itu bukan milik kita.. oh dear you know u will cry.   And u never expect that.
Be realistic ! This is your real world.
Klu dalam movie kemain romantik suami isteri tu, jgn la nak berangan sgt kan. Sbbnye skrip mereka ditulis siap2 dan action mereka di arah. Of course la ohhh so sweeeeeeeeeettttttttt
Tp kita? Kita Allah yg tentukan semua nie.. Mana ada Allah bgtw kita siap2. :) Kan.. So kita kena get ready lah. InsyaALLAH la dpt pasangan yg baik2. sama baik dgn kita.  Seyes, insyaAllah lah kan.. X mampu nak buat apa2 skg melainkan usaha dan doa.. 
Perempuan yg baik utk lelaki yg baik
Lelaki yg baik utk perempuan yg baik
Kalau sorang baik sorang x baik
Itu namanya ujian dr Allah.
He knows better. 
Believe in Allah, the Almighty. 

GOOD LUCK EVERBODY