Tuesday, October 8, 2013

Petua dan cara hilangkan bintik hitam pada muka

Assalamualaikum

Tips nie untuk diri sendiri... Hehehe.... 

1. Hilangkan bintik hitam dengan kentang

Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu.

2. Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan gula

Letakkan beberapa titisan perahan lemon keatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan bersinar/glowing

3.Hilangkan bintik hitam dengan yogurt

Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam

4.Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan minyak zaitun.

Campurkan beberapa titis perahan lemon dengan 5 titis minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan yang ditumbuhi bintik hitam.

5.Hilangkan bintik hitam dengan putih telur

Cara ini diaplikasikan oleh ramai orang. Ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Selain itu, ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan sesudu makan madu. Campuran tadi kemudiannya diletakkan pada kawasan wajah. Kemudian ambil tisu dan letakkan pada wajah. Tunggu sehingga kering barulah dicabut tisu berkenaan.

6. Hilangkan bintik hitam dengan wapkan wajah

Wapkan wajah adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Wapkan muka anda dua kali seminggu.

Hmm, ok, ok.. 
Kesimpulannya terdapat pelbagai cara untuk menghiangkan blackhead pada wajah kita, sama ada menggunakan kos yang tinggi atau yang rendah. Jika anda semua rasa tidak perlu membazir, maka cubalah petua yang menggunakan bahan semulajadi di atas. Selamat mencuba.