Assalamualaikum
Cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris. | Penggal persekolahan baru tahun 2015 telah pun bermula, walaupun lambat seminggu akibat bencana banjir yang berlaku, namun ibu bapa dan keluarga dilihat tidak patah semangat untuk menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hari ini, penulis (saya) ingin berkongsi mengenai cara untuk mengajar anak-anak subjek bahasa Inggeris. Perkongsian ini bersumberkan oleh laman web ibubapacemerlang2012.com . Semoga ibu bapa diluar sana dapat menambahkan pengetahuan am mengenai teknik mengajar anak-anak subjek bahasa inggeris dengan lebih efektif.
Buat penulis sendiri, info ini sangat berguna memandangkan saya merupakan guru tuition bahasa inggeris di pusat tuition tempat saya mengajar. Agak sukar untuk mengajar bahasa inggeris kerana saya sendiri bukanlah kelulusan di bidang bahasa 'mat saleh' ini dan saya akui saya tidak lah begitu mahir dalam bahasa inggeris, namun demi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, saya sendiri perlu belajar untuk mengajar ! Bismillah.
Baiklah, kita teruskan dengan cara mengajar anak supaya pandai bahasa Inggeris.
1. Kita boleh mula mengajar anak untuk mahir dalam Bahasa Inggeris sejak mereka masih di dalam kandungan lagi. Berbual-buallah dengan mereka dalam Bahasa Inggeris. Nyanyikan nasyid atau lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.
2. Setelah anak dilahirkan, teruskan berbual dengannya dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya mampu, gunakan teknik “One Parent One Language”. Maknanya jika bapa berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, ibu pula berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. In Shaa Allah anak akan mahir dalam kedua-dua bahasa.
3. Jangan jadikan kelemahan kita dalam Bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada Bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Luangkan sedikit masa untuk mempelajari semula asas Bahasa Inggeris. Kita tidak perlu menjadi mahir seperti seorang guru untuk mengajar mereka kerana kita sentiasa boleh merujuk kepada buku-buku, bertanya kepada orang yang mahir berbahasa Inggeris dan lain-lain sumber untuk mengajar.
4. Kad imbas perkataan dan kad imbas bergambar amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan Bahasa Inggeris tanpa perlu kita menggunakan dwibahasa. Ciptakan permainan-permainan yang menarik dengan menggunakan kad imbas untuk mengajar mereka seperti padankan perkataan dengan gambar dan sebagainya.
5. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda di khalayak ramai. Usah peduli pandangan sinis orang lain. Yang penting anak-anak kita akan mahir Bahasa Inggeris. Ingatlah, apabila seorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
6. Belikan buku-buku cerita bergambar dan yang menarik untuk anak-anak. Kalau anak meminati komik, kita boleh belikan komik dalam Bahasa Inggeris.
7. Rajin-rajinlah bacakan buku cerita Bahasa Inggeris kepada anak-anak. Pupukkan sikap suka membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris kepada mereka.
8. Dapatkan sokongan suami atau isteri untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak. Tidak salah juga jika kita memohon pertolongan ibu bapa atau mertua untuk sama-sama membantu . Kadang-kadang mereka ini lebih fasih berbahasa Inggeris dari kita.
9. Jika mampu, hantarlah anak-anak ke tadika yang Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantaraan supaya anak-anak terbiasa dengan bahasa tersebut.
10. Kenali anak-anak kita dan ketahui apa yang mereka minati. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar seperti ASTRO dan sebagainya. Pilih rancangan-rancangan yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder dan lain-lain.
11. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Kita harus mencari teknik-teknik pengajaran yang menarik dan tidak membosankan.
12. Beli poster berbahasa Inggeris yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah. Beri penerangan kepada anak-anak tentang poster tersebut secara berulang-ulang kerana anak-anak kecil mudah lupa. Kita juga boleh melabelkan barang-barang yang ada di dalam rumah seperti label “Fridge” pada petiais, “Chair” pada kerusi dan sebagainya.
13. Kalau betul caranya, kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak. Jangan risau, anak-anak tidak akan keliru jika kita dedahkan dua bahasa yang berbeza serentak kepada mereka sejak kecil.
14. Kita hendaklah konsisten dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Jangan mencampurkan dua bahasa dalam satu ayat. Jika kita bercakap dalam Bahasa Inggeris, habiskan satu ayat dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga jika kita bercakap dalam Bahasa Melayu.
15. Jangan menggunakan bahasa bayi. Sebut perkataan dengan sebutan yang betul serta gunakan ayat yang betul dan tepat tatabahasanya. Jika anak salah menyebut perkataan, betulkan sebutan mereka dengan mengulang semula sebutan yang betul.

(Ya aku memang teacher yang paling kecik di dalam bilik mesyuarat! ) |
p/s : Harap-harap ada diantara ibu bapa pelajar saya yang baca entry ini :) Jom sama-sama lah kita.