Wednesday, April 18, 2012

Antara dia dan dia ada kau?

Assalamualaikum

Sekarang sudah mcm selalu. Ya tidak Ya tidak. Mengapa hati begitu? Kerana diturutkan kata hati itu. Semalam dia memberi 1 peluang.
Bukan, maksud dia, 2 peluang.
Bukan.
Maksud dia,3 peluang.
Bukan. mungkin berpeluang peluang peluang peluang peluang. Ala.. kenapa tidak saja ia dikira. Didesak id. ego kalah. Direnungkan ego,superego mengalah.
Itu nafsu dunia.
Dia,lupakan sajalah si dia. Dia tak ada fungsi,dia tidak ada bakti. Dia tidak berbudi. pada hati,dan sanubari.
Diam diam
Diam sekali lagi. Mana fikiran dia? Amboi inilah manusia mudah lupa pada janji. mudah lupa mana nak cari erti. sengaja lari dari realiti. dasar pengecut,takut untuk mati. mati hati. mati rasa.
Siapakah yang mendukung di saat waktu gembira bersuka suka mencari rasa happy?
Siapa yang memujuk muncung kalau boleh ditarik2 atau dibelai cantik2? dia manja orangnya.
Siapakah yang ada saat takut kerana percaya perkara yang tak nampak tapi boleh rasa,tak kiralah rasa itu logik atau tidak. boleh diterima akal atau tidak.


Siapa kalau bukan dia.
Siapa juga sejauh jalan raya panjang bersama sejuknya embun yang lalu lalang demi cinta atau dia tidak panggil cinta atau dia juga sama tidak akui itu cinta. Kerana dia dan dia tidak nampak itu dikatakan cinta.
Bagaimana harus kau percaya itu cinta kalau kau bukan satu-satunya yang ada di jiwa dia.
Bagaimana?
Kau boleh percaya pada perkara yang hanya kau rasa?
DAN
kau siapa sebenarnya.
Berkata-kata aku tentang dia dan dia. kenapa kau ada sama?
tidak lah ! aku tidak pernah menyebut dia. atau eja perkataan dia.
tidak.