Sunday, November 1, 2015

Tempat Makan Menarik di Sipitang, Sabah

Assalamualaikum

Nak cerita pada readers, tempat pertama saya jalan-jalan bila dipostingkan di Sabah ni. Esplanade Sipitang ! Perjalanan dari KP ke Sipitang adalah lebih kurang 45 minit. KP stands for K**** P**** okay. Haiii malas la nak eja penuh nama KP ni, sebab nak elak orang KP google lepas tu jumpa blog ni secara langsung. Hahahaaa. Privacy la konon. 

Thanks Iman sebab ajak saya masuk geng. Jadi inilah kawan-kawan saya kat sini.

Esplanade Sipitang ni terletak di pekan Sipitang. Sangat senang nak cari sebab pekan dia kecil sahaja. Kalau korang ada dengar kawan-kawan nak pegi Sipitang, confirm nak pegi Esplanade  la tu. Makan sate. 
Dua jejaka kat belakang tu Ustaz Kerol dan Ustaz Din. Dorang je la kawan lelaki saya kat sini. Kui3. So, kepada cik abam saya nun jauh di semenanjung tuh... Nothing to worry okay. Mereka baik, kelakar dan islamik. Al-maklumlah, ustaz. Tiap kali lepas baca doa makan, mereka akan bacakan juga doa dipercepatkan kawen. Aminnnn... Hehe first time ni saya berkawan dengan golongan ustaz. Hee. Syukur.



Dua wanita ayu dan sopan ini pula teacher Iman dan Ustazah Yani. Dorang ni kategori gadis Kelantan yang pandai masak. Tak macam haku. Haha.. Iman juga merangkap housemate saya. Dia famous kat daerah ni. Tengok kereta saja pun dah tahu itu Iman. Kalau tak silap mereka berempat ni dah lebih kurang 3 tahun posting di daerah KP. Terima kasih korang sebab bawak saya kenal-kenal tempat kat sini. 

Kat Sipitang ni makanan yang best adalah Sate dia. Kalau pegi sana nanti anda akan lihat berderet-deret restoren dan gerai yang jual sate dan makanan lain. Pandai-pandailah pilih ek. Hehe. 



 Salah 1 piring sate yang kami order. 4 bintang ! 


Biasa kita makan sate dengan nasi himpit kan, tapi kat sini kita makan dengan. dengan. dengan pedia taktau orang panggil? Amende wei nasik dalam daun kelapa yang dianyam tu? 

Lagi satu yang menarik bagi saya lah, dia punya gelas... besarnya ! haha... Lagi besar dari yang korang tengok dalam gambar ini :) Apa-apapun, saya enjoy makan disini. View cantik, tempat bersih, kalau pegi petang-petang lagi seronok sebab lebih teduh. Till we meet again, adios.