Friday, April 20, 2012

Tuhan,dia sabar sangat .

Assalamualaikum


Tuhan…
Dia sangat sabar.
Menyekat kemarahan ku tika aku marah di meja makan di restoren kerana pelayan salah menghantar minuman,
Aku lihat wajahnya yang mula terkial-kial agar marahku tidak didengari pelayan itu
Memotong bicaraku yang ingin aku lemparkan kepada pelayan itu.
Menyuruh aku bersabar.
Meminum air minuman yang silap itu dan menggantikan aku minuman yang baru
Agar aku tidak memarahi lagi
Tuhan..
Dia sabar sungguh.
Memerhatikan pandangan mataku yang akan ku campak pada pelayan restoren lagi,
Kerana lewat menghantar minuman.
Mengawasi gerak geri aku agar aku tidak bangun atau bersuara lantang di meja makan,di depan mereka yang ada.
Tuhan,dia sangat menjaga. Dan aku tak pernah lupa sebenarnya.
Tuhan,kesabaran dia tinggi,
Kala aku diam membatu,
Tundukkan muka namun mataku kupaku atas wajahmu,
Kau mula cuak tak ketahuan hala tuju
Kau takut aku marah padamu
Lalu kau pujuk agar aku redakan apiku
Kau takut aku sepahkan meja makan di depanmu
Sehingga pecah terbengkalai 1 restoren itu
Sebab kau tahu perangai burukku di meja makan,
Kerana engkau selalu bersamaku disitu.
Tuhan,,
Dia sabar orangnya.
Tetap diam walau aku maki beribu yang palsu
Tetap menahan walau aku hamun berjuta ikut rasa
Tetap sabar.
Itu engkau yang tidak pernah minta putus dari aku
Itu engkau yang tak akan melayan aku setiap kali aku minta putus darimu,
Kerana kau tahu kata putus itu bukan dari hatiku,tapi bibirku saja yang mengamuk seperti hantu.
Tuhan.. mana kau cipta manusia sesabar itu..
Tidak pernah mengangkat tangan apatah jari terhadapku
Kerana mulut bias tiap kali tidak bersetuju
Aku sendiri rasa aku patut di pukul di palu
Namun kau,masih sabar dengan aku
Engkau yg sabar bila aku buat begitu
Engkau yg sabar bila aku buat begini,
Kau masih sabar
Kau tetap sabar
Kerana aku
Kau rindu selalu.

Setiap gambar ada puisi :)

Assalamualaikum

Tekadlah kau pada hati
jangan dituntut walaupun janji
Allah itu sengaja menguji
Yang lemah cukup lemah
tidak terkecuali.


 Biar yang pedih di mata itu pasir
jangan sampai tembus ke dalam dada
percaya tidak mampu melawan takdir
teruskan lah.. dengan kudrat sekuat
kuatnya


renunglah lihat angin yang tak nampak
bukan alam maya bukan juga nyata 
kau pejam saja mata sebenarnya ada dalam gelap bila kau pejamkan kelopak
mata 1 mata 2
kedua-dua mata yang kau ada
mata hati.
mata semata-mata
nanti kau..usah di buka kerna belum tiba masanya
sabar 
melangkahlah setapak 
setapak
 bukan masanya untuk gentar


bertanyakan apa alasan ditunduk sebuah ego
ah,kalah kau 
sampai ke kaki jatuhnya
soal lah apa kau dapat wahai rasa yang boleh binasa
rosak kerana rasa yang ego kau lupa

gagal sekali tidak bermakna kita tak kan gagal lagi sekali
ketawa 
aku cabar mereka yang berkata-kata
mampukah mendongak ke langit kalau bukan melihat matahari?
kenapa tidak kau renungkan mata tanpa kau angkat kepala
tataplah matahari
mungkin kau akan lihat sinarnya
sehingga kau buta kerana seri
 mencebik kepada diri 
mana pergi keyakinan diri?
kenapa diturunkan pandangan mata 
kurang berani menanti yang tersedia untuk kita?
pergi.. larilah mengejar harta
harta yang ingin kau puja
harta apa bagimu itu rahsia
sehingga kau rasa apa yang aku rasa
berkenaan dengan harta


andai berdiri jangan kau akui
kekuatan diri tidak selalunya akan pergi 
supaya sedar kita ini sebenarnya dimiliki
Maha Pencipta belum panggil mengadapnya kembali
gigihlah berdiri dengan kedua kaki
andai jatuh ini masanya manfaatkan satu-satunya kaki.
  
gambar dah delete :p