Saturday, December 3, 2011

Aku ada konjunktivitis ke? (sakit mata)


Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata(eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa  anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:
  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata (xdok ag stakakat nie)
  • mata terasa gatal (aiii...ada ke?)
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata (x de rasa gini ag)
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata. (merah ja. sikit2)
Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria). (dokkk. staakt nie belum gini lg)
Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu. (ya,selesema.tp sikitttt sgt pun )

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,
Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh
  • debunga ( hay fever) 
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada kedua belah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata  ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. (Bahaya la weiiii. 4 hari lg ada fesyen show!) Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari ,(harap sembuh esok terus! nak rehearsal catwalk) !!  tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu. (aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mati laaaaaaaaaaaaaaaaaaa)
Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,
Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan  anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.
Bagaimana?
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh . ( haaa ok ok )

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.
Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.
 so apa masalah aku skg? huhuuuuuuuuuuuu... kena tunggu tengok,berlarutan atau tidak.